12 April 2022

10 November 2023

Kos Pasang Jubin 2023 Di Malaysia


Harga pasang jubin dipengaruhi banyak faktor seperti jenis jubin, luas kawasan serta jarak perjalanan tukang ke tempat anda. Sekadar rujukan, boleh guna jadual di bawah ni.




Sumber: bahanbinaan.com

Pemasangan jubin biasanya dilakukan oleh mereka yang profesional dalam bidang pembinaan.

Seperti semua perkhidmatan pengubahsuaian, kerja pemasangan jubin mengambil kira kos bahan dan buruh.

Walau bagaimanapun, bayaran buruh kebiasaannya mahal kerana kemahiran yang diperlukan dalam pemasangan jubin.

Jubin seramik 30cm x 30cm berharga sekitar RM1.80 sekeping, sementara jubin porselin dengan saiz yang sama pula berharga RM2.

Sekadar untuk perbandingan, jubin homogen dengan saiz yang sama boleh mencecah sehingga RM2.70 sekeping.

Jadi, untuk bilik mandi biasa berukuran 60 kaki persegi boleh dikatakan memakan kos RM120 (untuk jubin sahaja). Lazimnya kos pemasangan jubin mengira pemasangan dengan jumlah kaki persegi kawasan.

Ini menjadikan harga pemasangan jubin bermula dari RM8 kepada RM12 untuk satu kaki persegi, bergantung kepada jenis jubin yang dipilih. Semakin besar saiz jubin, semakin tinggi kosnya.

Seperti biasa, nak pasang jubin, kena beri perhatian kepada bajet anda juga. Buat sikit-sikit pun tak apa, asal puas hati. Boleh juga

No comments: