12 April 2022

27 June 2018

Diabetis & Mati Pucuk


A. Memang bagus minum ketum untuk penyakit kencing manis,amat2 berkesan..rebus dalam dua puluh helai masukkan 2liter air dan buang batang tengah daun tu untuk kurangkan getah dia..masak 1-2 jam dengan api yang paling perlahan..smkin lama ketum tu direbus semakin berkurangan getah dia.. biarkan sejuk dan isi dalam botol letak dalam peti ais..boleh tahan sampai seminggu lebih..cara minum plak tuang 1/4 gelas sahaja selebihnya campur air masak..amalkan satu kali sehari sahaja sebelum tido.. selamat mencuba


B. nk jga jantung mkn omega 3..minyak ikan..nk elak cancer mkn bwg putih dan bji aprikot mentah..klau ada masalh buah pingang..amlkan minum air rebusan daun pasley dan bulu jagung..


C. Nurul Farsha Azlan pling snang nk dpt pkok dukong anak.. tumbuh meliar je.. daun ketum bhya.. skrg mmg blh jdkn ubt.. tp ksan lain ade..kalo ambik pkok dukong ank rebus skali akar2 tp bsuh smpai brsih ye dlu.. lps rbua mnum..1 cawan?..jgn hentam cawan mug udah.. sbaiknya mnum dlm cawan sukatan ubat batuk tu saja.(Cwn 10ml) jgn dcmpur dgn apa² utk ubat

D. Kalau kencing manis memang pelir mati pucuk. Wanita jugak sama. Urut pun tak jadi. Oleh itu rawat dulu kencing mànis dengan herba berikut:

Limau nipis dibelah dua & dimasuk GARAM kasar seketul. Slps itu, direbus dengan 3 gelas air hingga susut tinggal 1 gelas. Lepas itu, lenyek limau bersama bijiknya hingga hancur dengan sendok. Tapis. Bubuh dalam gelas. Bila sejuk, minum.

Ulang hingga 3 hari.

Slps itu, pergi urut dengan tukang urut

E. Sy pernah dgr dan terbaca di google,utk menguatkan zakar perlu buat urutan zakar mengikut cara yg betul,cara nya 10saat ke atas di sebelah kiri,10saat ke atas di sebelah kanan,dan juga 10saat di bawah di sebelah kiri dan dituruti disebelah kanan ke atas,bukan urut,tp ibarat kita senaman kepala,atas 10 saat,bawah 10saat,tp kalau kemaluan dibawah mengahal ke kanan,dan di bawah menghala kan ke kiri,buat 10saat,inn shaa Allah..

F. DENGAQ SEMBANG GUNUNG PUN BOLEH RUNTUH.


Baiklah hari ini saya nak berkongsi tips untuk menjadi lelaki perkasa sikit bagi orang yang sembang besar tapi sebanarnya lemah, untuk kebahagiaan rumah tangga.

Kita dah mencuba berbagai ubatan termasuk moden dan juga tradisional tetapi masih lagi tak berubah, kenapa jadi begitu?.

Nak kata tak berurut dah mencuba tetapi masih lagi sama.

Untuk pengetahuan kenapa masih sama walaupun kita mengurutnya. Sebenarnya ramai orang berkata di tempat kelakian itu ada 6666 urat. Itu adalah cerita sahaja, yang sebanarnya ada 8 urat penting sahaja iaitu kalau dalam bahasa saintifiknya ialah:-

1) SUPERFICAL DIRAMAL VEIN.
2) DEEP DORSAL VEIN.
3) DORSAL ARTERY AND NERVE (ada dua )
4) LATERAL SUPERFICAL VEIN (ada dua )
5) DEEP ARTERY (ada dua)

Punca yang menjadi lemah serta rumit untuk di rawat ialah kerana saraf yang menjadi sempit dibahagikan yang dalam iaitu.

Internal pudendal artery dan Deep dorsal vein, bagai mana kita hendak mengurutnya?
Adalah mustahil kita dapat menyentuhnya kerana ia berada tempat yang begitu dalam.

Jadi disini saya nak mengajar petua bagaimana cara nak membetulkan ARTERY yang terhimpit itu dengan cara orang tua-tua dahulu.

Caranya.

1) sehelai daun sirih.
2) secubit kapur untuk sekali makan.
3) sepiak pinang.
4) sejemput habatus sauda.
5) seulas bawang merah ros India jantan.( pergi tanya orang tua-tua)

Buat amalan dengan cara makan seperti kita memakan sirih pinang sahaja, buat amalan makan dua atau tiga kali sehari selama tiga minggu atau sebulan, dengan cara ini ia akan dapat melaraskan artery yang terhimpit itu.

In Sha Allah baru boleh sembang besaq orang Kedah cakap.
Kredit:Md Rosdi Hasan.


G.

Sambal Goreng Jawa 2

A. Sambal Goreng Jawa Asli Meletop:


Bahan-bahan:
5 biji. Kentang sederhana besar ( hiris sederhana tebal dan kecil )
3 keping. Tauhu basah ( Potong bentuk petak)
5 keping. Tempe ( dihiris nipis dan kecil )
3 keping. Fucuk ( tauhu kering ) ( gunting kecil dan rendam )
1 bungkus. Suhun. (Gunting dan rendam )
2 biji Bawang besar
Bahan Kisar
10 biji Bawang merah
5 biji. Bawang Putih
1/2 cawan. Ikan bilis (rendam dahulu )
15 biji. Cili padi/ cili kering ( ikut selera)
1 inci. Serai
1/2 inci. Lengkuas
Bahan Lain :
1 1/2 Santan pekat
1/4 cawan. Asam jawa
Kicap lemak manis
Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat:
1- Goreng kentang dan ketepikan. Kemudian diikuti tempe dan tauhu.
2- Kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan juga bawang besar yang sudah di hiris.
3- Masukkan bahan-bahan yang sudah digoreng dan dipotong tadi secara sedikit demi sedikit. Kacau sekali lagi.
4- Kemudian masukkan fucuk dan suhun yang sudah direndam.
5- Masukkan kicap, asam jawa dan santan.
6- Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
7- Kacau sekali lagi sehingga kering dan sedia untuk dihidang.
* kalau suka boleh je tambah kacang panjang, hati, pedal atau sewaktu dengannya.


 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>0<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

B. Sambal Goreng Jawa Sebenar Orang Johor 



Bahan-bahan kisar Sambal Goreng Jawa :
Hidangan untuk 4-5 orang makan

Bawang merah- 10 biji
Bawang Putih- 5 biji
Ikan Bilis setengah cawan ( direndam dahulu )
Cili padi/ cili kering 15 tangkai ( ikut kesesuaian )
Serai 1/2 inci
lengkuas 1/2 inci

Bahan-bahan Untuk Dihiris/ Potong :

Kentang sederhana besar 5 biji ( hiris sederhana tebal dan kecil )
Tauhu basah 3 keping ( Potong bentuk rectangle )
Tempe 5 keping ( dihiris nipis dan kecil )
Fucuk ( tauhu kering ) 3 keping ( digunting bentuk segi dan direndam )
Soo Hoon sebungkus kecil ( digunting dan direndam )
Ikan Bilis sederhana besar ( digoreng sehingga kekuningan )
Bawang Besar  2 biji ( di hiris )

Bahan-Bahan lain :

Kicap lemak manis
Santan pekat 1 1/2 cawan
Asam jawa 1/4 cawan
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak Sambal Goreng Jawa Sebenar

1. Goreng terlebih dahulu kentang yang sudah dipotong nipis dan disejatkan airnya.Diikuti goreng tempe, tauhu basah dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau sehingga naik 
    bau.Masukkan juga bawang besar yang sudah di hiris.
3. Masukkan bahan-bahan yang sudah digoreng dan dipotong tadi secara sedikit demi 
    sedikit.Kacau sekali lagi.
4. Masukkan pula fucuk dan soo hoon yang sudah direndam.
5. Masukkan kicap, asam jawa dan diikuti santan pekat. Letakkan garam, gula dan serbuk 
    perasa mengikut kesesuaian.
6. Kacau sekali lagi sehingga kering dan sedia untuk dihidang.

Sambal goreng Jawa ni boleh dikatakan resepi original sambal goreng. Sebabnya kalau ikutkan, sambal goreng ini dimakan dengan nasi ambeng dan ia tidak perlu tambahan seperti udang, hati atau pedal ayam kerana bila kita makan nasi ambeng, ia akan dihidangkan dengan ayam kicap atau ayam goreng berempah, serunding kelapa, mee goreng dan macam -macam lagi.

 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>0<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

C. Sambal Goreng Bersantan, Memang Jawa Asli



Saiz hidangan: 3-4 orang

BAHAN-BAHAN:
  • 1 liter santan pekat
  • 200gm perut lembu (babat) |bersihkan & rebus empuk
  • 50gm suhun | rendam
  • 50gm fucuk/tauhu kering | rendam
  • 50gm udang kering |rendam & tumbuk lumat
  • 3 biji tauhu | potong dadu
  • 3 biji ubi kentang | potong dadu
  • 3 keping tempe | potong dadu
  • 8 biji cili merah |hiris nipis
  • 10 ulas bawang merah | mayang halus
  • 5 ulas bawang putih | mayang halus
  • 4cm halia | mayang halus
  • 2 batang serai | mayang halus
  • Garam, gula dan lada sulah secukup rasa

CARA-CARA:
  1. Tauhu, ubi kentang dan tempe digoreng hingga kekuningan dan agak garing. Ketepikan.
  2. Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, cili merah, serai dan halia hingga wangi.
  3. Masukkan perut lembut, suhun, fucuk dan separuh santan. Biarkan mendidih hingga semua bahan empuk dan sebati.
  4. Masukkan bahan-bahan yang digoreng dan lebihan santan. Didihkan dengan api yang kecil hingga semua bahan masak sebati.
  5. Tambahkan garam, gula dan lada sulah secukupnya.


 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>0<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

D. SAMBAL GORENG JAWA


Bahan-bahan:
4 tauhu
2 tempe
1 fucuk
200g suun
300g udang segar
100g udang kering
1/3 cawan kicap manis
2 sudu besar kicap pekat
Gula dan garam secukup rasa
2 cawan minyak masak, untuk menumis dan menggoreng
5 cili merah
2 cili hijau
½ cawan air
5 ulas bawang putih
4 bawang merah
1 inci halia, dihiris halus
Sedikit air asam jawa
Cara Membuatnya:
1. Goreng dan potong tauhu dan tempe kepada setengah inci.
2. Rendam fucuk dan suun dengan air.
3. Tumbuk halus udang kering dan bawang putih.
4. Mayang halus bawang merah dan halia. Cili merah dan cili hijau pula dihiris.
5. Tumiskan bahan yang dimayang. Masukkan udang kering dan udang segar. Tambahkan air, air asam jawa dan kicap manis.
6. Masukkan cili, suun dan fucuk. Tambahkan gula dan garam.
7. Masukkan tauhu dan tempe, gaul rata. Biarkan seketika dan angkat.

  >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>0<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

E. RESEPI SAMBAL JAWA

Bhn2:


5 tangkai kacang panjang, hiris serong
2 keping tempe, potong kiub dan goreng
2 keping tauhu, potong kiub dan goreng
1 biji kentang, kupas, potong kiub dan goreng
1/4 bahagian kobis bulat bersaiz kecil, hiris
20 gram fucuk, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1 genggam isi udang
1 camca besar cili kisar
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang merah, hiris
1/2 camca teh pes asam jawa
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap manis
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos tiram dan pes asam jawa, kacau dan masukkan udang. Masak hingga udang berubah warna.
  2. Tambah tempe, tauhu, kentang, kacang panjang dan gaul rata. Tambah sedikit air, masukkan tauhu kering (toskan), kobis, cili merah, cili hijau dan kicap manis. Masak hingga tauhu kering lembut. Tambah soo hoon (toskan) dan kacau.
  3. Perasakan dengan sedikit garam secukupnya. Masak hingga kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, dan kalau nak ngam, buat juga ayam masak kicap...hmmmmm...

 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>0<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<


F. Sambal Goreng JAwa 
 
Bahan dihiris / potong
  • soo hoon sebungkus kecil - gunting & rendam
  • 5 keping tempe - dihiris kecil & nipis
  • 5 biji kentang sederhana besar - hiris tebal & kecil
  • ikan bilis - goreng
  • 3 keping tauhu basah - potong dadu kecil
  • 2 biji bawang merah besar - hiris
  • 3 keping tauhu kering / fucuk - gunting bentuk kotak & rendam
 
 Bahan Kisar
  • 10 biji bawang merah
  • 15 tangkai cili kering / padi (kurangkan jika nak kurang pedas)
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2" lengkuas
  • 1/2" serai
  • 1/2 cawan ikan bilis - rendam dahulu
 Bahan Tambahan
  • 1/4 cawan air asam jawa 
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • kicap lemak manis
  • gula & garam secukup rasa


Cara PEnyediaannya
  • kentang yang telah dipotong ditoskan
  • goreng tauhu basah, tempe & ikan bilis
  • panaskan minyak dan goreng semua bahan yang telah dikisar sehingga naik bau harum - mauskkan hirisan bawang besar
  • perlahan-lahan masukkan semua bahan yang telah digoreng dan dipotong tadi kemudian masukkan soo hoon dan fucuk 
  • masukkan air asam jawa, kicap lemak manis, santan pekat kacau rata kemudian gula dan garam - perasakan jika okey - kacau hingga kering2 lembab :) 
  • TADAAAA SIAP - angkat dan hidangkan
 
 

26 June 2018

Akar Semalu Rawat Sakit Sendi

Intelligence VS Wisdom

The difference between Intelligence and  Wisdom!
I found this worthy reading:

1. Intelligence leads to arguments.
Wisdom leads to settlements.
2. Intelligence is power of will.
Wisdom is power OVER  will.
3. Intelligence is heat, it burns.
Wisdom is warmth, it comforts.
4. Intelligence is pursuit of knowledge, it tires the seeker.
Wisdom is pursuit of truth, it inspires the seeker.
5. Intelligence is holding on.
Wisdom is letting go.
6. Intelligence leads you.
Wisdom guides you.
7. An intelligent man thinks he knows everything.
A wise man knows that there is still something to learn.
8. An intelligent man always tries to prove his point.
A wise man knows there really is no point.
9. An intelligent man freely gives unsolicited advice.
A wise man keeps his counsel until all options are considered.
10. An intelligent man understands what is being said.
A wise man understands what is left unsaid.
11. An intelligent man speaks when he has to say something.
A wise man speaks when he has something to say.
12. An intelligent man sees  everything as relative.
A wise man sees everything as related.
13. An intelligent man tries to control the mass flow.
A wise man navigates the mass flow.
14. An intelligent man preaches.
A wise man reaches.

Intelligence is good
but wisdom achieves better results.

Hancurkan sihir dalam badan

Baca Ayat Ini, In Sha Allah Akan Hancur Ilmu Sihir di Tubuh Badan Kita

Ruqyah biasanya dilakukan dengan membaca ayat-ayat di dalam Al-Qur’an. Agar ruqyah tersebut mujarab maka kita harus membaca ayat untuk menghancurkan ilmu sihir.Oleh itu, ayat apakah yang harus dibaca tersebut? Berikut maklumat selanjutnya.
1. Al Baqarah Ayat 102
Ayat pertama yang dapat digunakan untuk menghancurkan sihir terdapat dalam surah Al-Baqarah ayat 102. Allah Ta’ala berfirman:
“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babilon yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.”
2. Al A’raaf Ayat 117-122
Surah selanjutnya yang dapat menghancurkan ilmu sihir yakni QS. Al-A’raaf ayat 117-122. Allah Ta’ala berfirman:
“Dan Kami wahyukan kepada Musa: “Lemparkanlah tongkatmu!”. Maka sekonyong-konyong tongkat itu menelan apa yang mereka tipu dayakan. Kerana itu nyatalah yang benar dan batallah yang selalu mereka kerjakan. Maka mereka kalah di tempat itu dan jadilah mereka orang-orang yang hina. Dan ahli-ahli sihir itu serta merta meniarapkan diri dengan bersujud. Mereka berkata: “Kami beriman kepada Tuhan semesta alam, (yaitu) Tuhan Musa dan Harun”.”
Di dalam ayat tersebut, Allah SWT memberitahukan bahwa Dia telah mewahyukan kepada hamba dan Rasul-Nya, Musa as. dalam situasi yang sangat genting. Yakni situasi untuk membedakan yang haq dan yang bathil. Kemudian Allah memerintahkan kepada Musa agar melemparkan tongkat yang ada di tangan kanannya.
Fa idzaa Hiya talqafu (“Maka sekonyong-konyong tongkat itu menelan.”) Maksudnya memakan. Maa ya’fikuun (“Apa yang mereka tipu dayakan.”) Yaitu, apa yang telah mereka lemparkan dan apa yang mereka buat seakan-akan nyata, padahal sebenarnya adalah bathil.
Ibnu ‘Abbas berkata: “Lalu tongkat Musa itu tidaklah melewati tali-tali dan tongkat-tongkat mereka itu melainkan ditelannya. Akhirnya para ahli sihir itu mengetahui bahwa hal itu merupakan sesuatu yang datang dari langit dan bukan sihir. Maka mereka pun meniarapkan diri dengan bersujud seraya mengatakan: aamannaa bi rabbil ‘aalamiina rabbi muusaa wa Haaruuna (“Kami beriman kepada Tuhan semesta alam. Yaitu Tuhan Musa dan Harun.”)
Muhammad bin Ishaq berkata: “Tongkat Musa itu mengejar tali-tali dan tongkat-tongkat mereka satu persatu sehingga apa yang mereka lemparkan itu tidak terlihat lagi di lapangan. Setelah itu, Musa as. mengambil kembali tongkatnya seperti sediakala. Dan para ahli sihir itu pun bersujud seraya berkata, “Kami beriman kepada Rabb semesta alam, yaitu Rabb Musa dan Harun. Seandainya ia adalah seorang tukang sihir, nescaya ia tidak dapat mengalahkan kami.”
3. Yunus Ayat 81-82:
Ayat terakhir yang juga dapat digunakan untuk menghancurkan sihir ialah QS. Yunus ayat 81-82. Allah SWT berfirman:
“Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: “Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya” Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-yang membuat kerusakan.Dan Allah akan mengokohkan yang benar dengan ketetapan-Nya, walaupun orang-orang yang berbuat dosa tidak menyukai(nya)”
4. Thaha ayat 69
Surah terakhir yaitu QS. Thaha ayat 69, Allah Ta’ala berfirman: “Dan lemparkanlah apa yang ada ditangan kananmu, nescaya ia akan menelan apa yang mereka perbuat. “Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang.”
Jika orang-orang yang terkena sihir ataupun gangguan jin kemudian dibacakan ayat-ayat di atas, maka mereka akan merasakan tanda-tanda khusus. Di antaranya iaitu akan ada rasa yang menjalar di tubuh, bergetar atau kesemutan dari ujung badan/persendian. Ada pula yang merasakan sakit kepala yang hebat serta sesak nafas.
Demikianlah informasi mengenai ayat-ayat yang boleh dibacakan ketika seseorang terkena sihir dari orang-orang yang mengerjakan kebatilan. Semoga boleh menjadi sumber rujukan bagi kita untuk menolong orang lain yang terkena sihir.
Wallahualam.
Semoga bermanfaat. Sila sebarkan.