12 April 2022

27 June 2018

Sambal Goreng Jawa 2

A. Sambal Goreng Jawa Asli Meletop:


Bahan-bahan:
5 biji. Kentang sederhana besar ( hiris sederhana tebal dan kecil )
3 keping. Tauhu basah ( Potong bentuk petak)
5 keping. Tempe ( dihiris nipis dan kecil )
3 keping. Fucuk ( tauhu kering ) ( gunting kecil dan rendam )
1 bungkus. Suhun. (Gunting dan rendam )
2 biji Bawang besar
Bahan Kisar
10 biji Bawang merah
5 biji. Bawang Putih
1/2 cawan. Ikan bilis (rendam dahulu )
15 biji. Cili padi/ cili kering ( ikut selera)
1 inci. Serai
1/2 inci. Lengkuas
Bahan Lain :
1 1/2 Santan pekat
1/4 cawan. Asam jawa
Kicap lemak manis
Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat:
1- Goreng kentang dan ketepikan. Kemudian diikuti tempe dan tauhu.
2- Kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan juga bawang besar yang sudah di hiris.
3- Masukkan bahan-bahan yang sudah digoreng dan dipotong tadi secara sedikit demi sedikit. Kacau sekali lagi.
4- Kemudian masukkan fucuk dan suhun yang sudah direndam.
5- Masukkan kicap, asam jawa dan santan.
6- Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
7- Kacau sekali lagi sehingga kering dan sedia untuk dihidang.
* kalau suka boleh je tambah kacang panjang, hati, pedal atau sewaktu dengannya.


 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>0<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

B. Sambal Goreng Jawa Sebenar Orang Johor 



Bahan-bahan kisar Sambal Goreng Jawa :
Hidangan untuk 4-5 orang makan

Bawang merah- 10 biji
Bawang Putih- 5 biji
Ikan Bilis setengah cawan ( direndam dahulu )
Cili padi/ cili kering 15 tangkai ( ikut kesesuaian )
Serai 1/2 inci
lengkuas 1/2 inci

Bahan-bahan Untuk Dihiris/ Potong :

Kentang sederhana besar 5 biji ( hiris sederhana tebal dan kecil )
Tauhu basah 3 keping ( Potong bentuk rectangle )
Tempe 5 keping ( dihiris nipis dan kecil )
Fucuk ( tauhu kering ) 3 keping ( digunting bentuk segi dan direndam )
Soo Hoon sebungkus kecil ( digunting dan direndam )
Ikan Bilis sederhana besar ( digoreng sehingga kekuningan )
Bawang Besar  2 biji ( di hiris )

Bahan-Bahan lain :

Kicap lemak manis
Santan pekat 1 1/2 cawan
Asam jawa 1/4 cawan
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak Sambal Goreng Jawa Sebenar

1. Goreng terlebih dahulu kentang yang sudah dipotong nipis dan disejatkan airnya.Diikuti goreng tempe, tauhu basah dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau sehingga naik 
    bau.Masukkan juga bawang besar yang sudah di hiris.
3. Masukkan bahan-bahan yang sudah digoreng dan dipotong tadi secara sedikit demi 
    sedikit.Kacau sekali lagi.
4. Masukkan pula fucuk dan soo hoon yang sudah direndam.
5. Masukkan kicap, asam jawa dan diikuti santan pekat. Letakkan garam, gula dan serbuk 
    perasa mengikut kesesuaian.
6. Kacau sekali lagi sehingga kering dan sedia untuk dihidang.

Sambal goreng Jawa ni boleh dikatakan resepi original sambal goreng. Sebabnya kalau ikutkan, sambal goreng ini dimakan dengan nasi ambeng dan ia tidak perlu tambahan seperti udang, hati atau pedal ayam kerana bila kita makan nasi ambeng, ia akan dihidangkan dengan ayam kicap atau ayam goreng berempah, serunding kelapa, mee goreng dan macam -macam lagi.

 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>0<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

C. Sambal Goreng Bersantan, Memang Jawa Asli



Saiz hidangan: 3-4 orang

BAHAN-BAHAN:
  • 1 liter santan pekat
  • 200gm perut lembu (babat) |bersihkan & rebus empuk
  • 50gm suhun | rendam
  • 50gm fucuk/tauhu kering | rendam
  • 50gm udang kering |rendam & tumbuk lumat
  • 3 biji tauhu | potong dadu
  • 3 biji ubi kentang | potong dadu
  • 3 keping tempe | potong dadu
  • 8 biji cili merah |hiris nipis
  • 10 ulas bawang merah | mayang halus
  • 5 ulas bawang putih | mayang halus
  • 4cm halia | mayang halus
  • 2 batang serai | mayang halus
  • Garam, gula dan lada sulah secukup rasa

CARA-CARA:
  1. Tauhu, ubi kentang dan tempe digoreng hingga kekuningan dan agak garing. Ketepikan.
  2. Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, cili merah, serai dan halia hingga wangi.
  3. Masukkan perut lembut, suhun, fucuk dan separuh santan. Biarkan mendidih hingga semua bahan empuk dan sebati.
  4. Masukkan bahan-bahan yang digoreng dan lebihan santan. Didihkan dengan api yang kecil hingga semua bahan masak sebati.
  5. Tambahkan garam, gula dan lada sulah secukupnya.


 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>0<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

D. SAMBAL GORENG JAWA


Bahan-bahan:
4 tauhu
2 tempe
1 fucuk
200g suun
300g udang segar
100g udang kering
1/3 cawan kicap manis
2 sudu besar kicap pekat
Gula dan garam secukup rasa
2 cawan minyak masak, untuk menumis dan menggoreng
5 cili merah
2 cili hijau
½ cawan air
5 ulas bawang putih
4 bawang merah
1 inci halia, dihiris halus
Sedikit air asam jawa
Cara Membuatnya:
1. Goreng dan potong tauhu dan tempe kepada setengah inci.
2. Rendam fucuk dan suun dengan air.
3. Tumbuk halus udang kering dan bawang putih.
4. Mayang halus bawang merah dan halia. Cili merah dan cili hijau pula dihiris.
5. Tumiskan bahan yang dimayang. Masukkan udang kering dan udang segar. Tambahkan air, air asam jawa dan kicap manis.
6. Masukkan cili, suun dan fucuk. Tambahkan gula dan garam.
7. Masukkan tauhu dan tempe, gaul rata. Biarkan seketika dan angkat.

  >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>0<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

E. RESEPI SAMBAL JAWA

Bhn2:


5 tangkai kacang panjang, hiris serong
2 keping tempe, potong kiub dan goreng
2 keping tauhu, potong kiub dan goreng
1 biji kentang, kupas, potong kiub dan goreng
1/4 bahagian kobis bulat bersaiz kecil, hiris
20 gram fucuk, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1 genggam isi udang
1 camca besar cili kisar
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang merah, hiris
1/2 camca teh pes asam jawa
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap manis
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos tiram dan pes asam jawa, kacau dan masukkan udang. Masak hingga udang berubah warna.
  2. Tambah tempe, tauhu, kentang, kacang panjang dan gaul rata. Tambah sedikit air, masukkan tauhu kering (toskan), kobis, cili merah, cili hijau dan kicap manis. Masak hingga tauhu kering lembut. Tambah soo hoon (toskan) dan kacau.
  3. Perasakan dengan sedikit garam secukupnya. Masak hingga kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, dan kalau nak ngam, buat juga ayam masak kicap...hmmmmm...

 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>0<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<


F. Sambal Goreng JAwa 
 
Bahan dihiris / potong
  • soo hoon sebungkus kecil - gunting & rendam
  • 5 keping tempe - dihiris kecil & nipis
  • 5 biji kentang sederhana besar - hiris tebal & kecil
  • ikan bilis - goreng
  • 3 keping tauhu basah - potong dadu kecil
  • 2 biji bawang merah besar - hiris
  • 3 keping tauhu kering / fucuk - gunting bentuk kotak & rendam
 
 Bahan Kisar
  • 10 biji bawang merah
  • 15 tangkai cili kering / padi (kurangkan jika nak kurang pedas)
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2" lengkuas
  • 1/2" serai
  • 1/2 cawan ikan bilis - rendam dahulu
 Bahan Tambahan
  • 1/4 cawan air asam jawa 
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • kicap lemak manis
  • gula & garam secukup rasa


Cara PEnyediaannya
  • kentang yang telah dipotong ditoskan
  • goreng tauhu basah, tempe & ikan bilis
  • panaskan minyak dan goreng semua bahan yang telah dikisar sehingga naik bau harum - mauskkan hirisan bawang besar
  • perlahan-lahan masukkan semua bahan yang telah digoreng dan dipotong tadi kemudian masukkan soo hoon dan fucuk 
  • masukkan air asam jawa, kicap lemak manis, santan pekat kacau rata kemudian gula dan garam - perasakan jika okey - kacau hingga kering2 lembab :) 
  • TADAAAA SIAP - angkat dan hidangkan
 
 

No comments: