12 April 2022

11 July 2017

Pasang Tiles Dan Tukar Accessories


Keputusan sudah dibuat !! Bilik mandi no 1 akan diberi wajah baru. Design belum datang lagi tapi yang PASTI tiles dan accessories akan ditukar.... dan yang was-was, DIY.

First thing first.... Google, Youtube, tauke tauke hardware dan pembantu kedai jadi tempat rujukan. Terima kasih kepada penulis penulis blog bahasa melayu yang banyak membantu. Blog bahasa melayu berkenaan projek DIY sangatlah kurang. Dengan sebab inilah blog ini ditulis semoga perkongsian ini dapat membantu sebagai rujukan kepada yg lain.

Tanpa buang masa, mari kita mulakan.....


Buang Tiles Lama

1. Impact Drill. Ini pakai sebab nak buat tiles lama. Pinjam kawan tapi kalau beli dalam 4-500 jugak. Cari yg 3-mode - rotate only, hammer only and combine rotate/hammer. Power > 700W baru sedap buat kerja
Barang ni sangat berguna untuk bancuh simen, hack dinding atau nak pasang accessories

Tak payah pakai yg manual ketuk pakai tukul. Nasib kena mortar (simen gam ) tebal, nak dapat 1 sqm sehari pun sakit...unless nak buang 2-3 keping je la




2. Drill Bit. Rujuk gambar bawah - pakai jenis bull point untuk buang tiles yg degil & scalling chisel utk buang bekas bekas simen (mortar) supaya lantai rata. Dua perkakas ni cukup untuk buang tiles lama. Macam mana nak pakai tgk Youtube lah




Bab Bancuh Simen (Mortar)


1. Concrete Mixer (RM40-70 depend on kedai). Masa nak beli kena ckp jenis/brand drill nak pakai.. Makita, Borsch etc. Ini memang kena ada, kalau tak penat bancuh simen




2. Baldi minimum 3 biji satu utk bancuhan simen, air utk mencuci, air utk rendam concrete mixer. Mixer ni kalu tak rendam dlm air mortar akan mengeras dkt mixer tu. Satu kerja pulak nak buang. Baldi utk bancuhan simen yg kecik kaler kuning cukup... yg dua lagi baldi besar lah



3. Simen Gam (Concrete Tiles Adhesive), Susu (Latex), simen biasa (Portland Cement).
Saya suggest pakai Duracem (RM18-25/25kg), Latex suggest pakai Pentens 108, Portland Cement apa apa brand pun boleh harga dalam RM14/kg.

Latex ni pakai utk dinding je. Utk lantai tak payah. Fungsi dia nak melekat kuat.













Ratio yg saya pakai 2 Simen gam + 1 Portland Cement. Boleh pakai 100% simen gam tapi lambat kering. Kalau portland simen byk, cepat sgt kering. Ada yg pakai 1:1.
Untuk susu/latex ada tertulis dkt botol tapi saya pakai 1 latex/1 air.


Bab Cara Bancuh Simen (Mortar)

Mcm mana nak bancuh simen ni ada dlm Youtube.

Secara ringkasnya,
1. Sediakan satu baldi kecil,
2. Masuk air sikit (dlm 1/2 inch tinggi), campur Latex 1/2 inch lagi (ratio 1:1 lebih kurang),
3. Masuk simen gam (tiles adhesive) + portland cement (2:1 ratio).
4. Pakai mixer dan gaul sampai pekat dia mcm ubat gigi. Tambah simen(gam+portland) atau air/latex secukup rasa.


Bila dah dpt kepekatan ubat gigi, biarkan 10 min utk chemical yg dibancuh effektif. Selepas 10 minit bancuhan simen dah siap utk dipakai.

Peringatan: Bancuhan ini elok utk 2 jam sahaja. Jadi jgn bancuh byk sgt. Untuk permulaan bancuh cukup utk pasang 2-3 tiles dan bila dah terrer...sukahatilah

Berapa byk bancuhan utk sekaki persegi ?

Ini depend on surface yg nak ditiles tu rata atau tidak. Kalau surface tak rata mcm gamabr bwh, berbukit bukit byk lah bancuhan yg dipakai.

Mcm kes saya, memang tak rata sebab lepas buang tiles lama, bekas hack tu ada.
Anda boleh cuba self levelling compound utk ratakan lantai tapi untuk dinding, kena plasterlah.

Dalam kes saya, 10kg simen gam + 5 kg portland (Total 15kg bancuhan) boleh cover dlm 30 - 40 sq.ft. Latex 1 botol cukup utk 25kg (1 bag simen gam)






Bab Menampal/Pasang Tiles
Ini bab paling mencabar .....

1. Alat -



Margin trowel (dlm gambar bwh jenis square, cari yg jenis 3 segi tu senang nak pakai),
Rubber Mallet (utk ketuk tiles masa pasang)
Sponge (utk cuci tiles - beli dkt kedai hardware ada jual yg besal dan murah)
Tiles trowel (yg bergigi). Beli yg besi senang cuci. Jgn beli yg plastik
Water Level/square edge (kaler merah dlm gambar bwh. ada air kat tgh) ..ini penting ni kalau tak senget benget nanti
Pencil, chalk line, tali, berus, measuring tape, pembaris etc..apa apa yg anda rasa membantu la. ...dan rokok surya
Tiles spacer... mcm mcm saiz ada jual
Tapping Block, pull bar tu tak payah










2. Cara nak menampal...biar video berbicara.

a. Pasang Tiles Lantai Rata
b. Tommy's Trade Secret - Wall Tiling.

Tak cukup paham boleh cari lagi dlm Youtube atau blogs tapi kebanyakan dinding/lantai rata. Kalau lantai/dinding tak rata, mortar kena banyak jadi trowel bergigi mungkin tak berguna.

Tips: Ini tak ditunjuk dlm video.
a. Pasang/Set first tile sebaik mungkin sebab tiles seterusnya akan ikut first tiles. Pastikan dia level (guna water level/straight edge) sepertimana yg anda mahu - condong utk pastikan air turun atau mendatar sepenuhnya.

Youtube Tommy Trade Secret adalah rujukan terbaik utk tiling plan.

b. Jangan kedekut dgn mortar. Pastikan mortar mencukupi. Jika mortar cukup, tile kedua dan seterusnya akan tinggi sedikit dari first tile. Untuk levelkan tiles ini, guna rubber mallet (tukul getah) supaya sama level dgn tiles sebelumnya. Anda akan dapati, mortar akan terkeluar semasa proses mengetuk. Jgn buang simen yg terkeluar ni, recylcle balik.

Kalau tiles yg dipasang rendah dari tiles sebelumnya, bukak dan tambah simen.

Ini memastikan keseluruhan (atau 80-90%) permukaan belakang tiles melekat dgn dinding. Untuk kes lantai, almost keseluruhan (takut ada rongga nanti pecah).


Setelah anda berpuashati, bolehlah letak spacer dan final adjustment supaya tepi tiles tu sama mcm pembaris.

c. Sekali sekala kacau mortar dalam baldi supaya dia tak mengeras. Tak payah pakai mixer, pakai tangan je. Kalau mortar tu dah mcm mengering, kena pakai mixer lah...masa ni jangan tambah air lagi

d. Elakkan menampal tiles berukuran kurang 1.5 inch...susah mau lekat. Jadi pandai pandai la plan supaya yg hujung tu lebih 1.5 inch. Kalau terpaksa, campur mortar dgn latex je, jgn campur air.

e. Kalau dinding yg dicat, kena kasi berlobang dulu, mcm kena tembak. Kalau tidak, tilesnya melekat pada cat nanti tercabut. Melainkan anda larat nak buang cat dulu






f. Tiles moden kebanyakannya kalis air. Nak tahu tiles tu kalis air atau tidak, letak sedikit air di belakang tiles dan biarkan selama 20-30 min. kalau air tu meresap dan berkurang, maknanya tak kalis air (porous). Porous tiles handling dia special sikit.



Sebelum pasang kena rendam dulu dalam 30 min mcm yg kita tgk tahun 80-90an. Ini nak basahkan tiles supaya masa pasang dia tak sedut air dari mortar. Akibatnya mortar kering tak sekata...lama lama tiles mengelembung dan pecah.
Sebelum letak grout permukaan tiles kena letak sealer. Kalau tidak grout akan masuk dlm tiles dan tiles jadi rosak nampak putih/haze


Peringatan: Pastikan tiada ruang kosong di belakang tiles dgn mengetuk menggunakan jari mcm ketuk pintu rumah. Kalau ada ruang kosong, bukak dan buat balik lah sebelum tiles tu jatuh dgn sendiri dan masalah lain yg datang.



Bab Memotong

Ini satu lagi bala....

Untuk memotong lurus, boleh pakai tile cutter. Harga RM170.

Untuk yg lain lain kenalah pakai angle grinder. Harga grinder ni dlm RM100. Mata kena pakai diamond coated khas utk tiles. .. dry type. Harga mata dlm RM26.

Grinder byk debu jadi pakai lah safety glass, glove dan respirator protector. Ukur dan mark pakai marker pen. Jgn risau boleh padam punya.




Grouting

Selepas semua tiles dipasang dan keras, bolehlah pasang grout. Dalam youtube ada tunjuk mcm mana nak letak grout ni.

Fungsi grout nak tutup gap antara 2 tiles. Lebar gap ni bergantung jenis dan saiz tiles. Biasanya dlm 2mm utk dinding atau tiles yg tepinya rata. Lantai biasanya dalam 3mm (tiles lantai tepi dia kasar, tak mcm tiles dinding). Untuk kecik mcm 8 inch, guna spacer 1mm.

Contoh grout mcm gambar bawah. Ada dijual bermacam kaler sesuai dgn tiles yg dipasang atau style yg anda nak buat. Untuk lantai saya suggest pakai kaler gelap supaya tak nampak kotor.

Grout bancuh dengan air jernih dan bersih, tak payah campur bahan lain dah. Jangan campur byk sebab mmg tak byk pakai. Setelah disapu, ada dalam 10-15 min untuk dibersihkan. Cepat mengeras benda ni.

Pastikan grout line straight baru nampak cantik.

Semasa proses membersih, grout akan tertinggal pada permukaan tiles menjadikan tiles nampak putih, berkabus. Guna air bersih dah sapu sekali lagi...sikit sikit tertinggal boleh diuruskan kemudian.






Grout Sealer (Optional)

Grout sealer ni cecair yg bila mengeras membentuk satu lapisan mcm cermin. Saya cadangkan letak benda ni supaya nak cuci nanti senang. Selepas 1-2 tahun anda perasan celah celah tiles jadi hitam sebab kotoran. Susah mau cuci ni. Kalu sealer ni pasang awal awal, senang kerja mcm sapu kotoran dkt cermin je.





Letak sealer hanya pada grout line sahaja, tak payah pada keseluruhan tiles. Sebelum tu pastikan grout bersih dan kering. Sealer ni pun lama lama dia menipis, jadi kena selalu letak mungkin 6 bulan sekali.

Sealer ni ada yg jenis spray, jenis sapu... mana mana pun boleh.


Bab Membeli (dan Membayar)

1. Utk tiles saya suggest Sheng Bee Jln Ipoh, depan sikit dgn Dynasty Hotel - murah dan elok. Choice kedua boleh tgk Super Ceramic...branch merata ni.

Tiles bathroom beli di Sheng Bee



Dinding W/Horse RM6.5/pcs, 30x60cm (1 x 2 kaki)
Lantai Guocera RM7/pcs, 30x60cm
Decorative mosaic utk border RM40/pcs, 30x30cm
Ingat tiles standard dia cm bukan kaki. Jadi masa mengukur dan marking tu jgn pakai kaki/inchi...nanti lari

2. Lain lain perkakas, boleh beli dkt kedai hardware biasa atau Super Ceramics. Grout pakai sikit je, kurang dari 1 kg/10sqft jadi elok beli dalam paket kecil. Super Ceramic ada jual dalam paket kecil brand Davco...ini brand saya rekomen.

Mcm mana nak grout tiles, rujuk Tommy's Trade Secret youtube

Saya rasa cukuplah menaip.... sekarang bab akhir, kita tgk gambar











Bathroom keadaan asal








Buang tiles dinding dan lantai








Dinding dan lantai re-plaster utk ratakan balik





First few tiles installed. Masa ni huru hara sebab tak pandai lagi. Pasang 3 keping, 2 tertanggal tak cukup gam gara gara ikut youtube lantai rata.








Dinding yg dicat dilobangkan supaya tiles melekat.







Dinding dah naik sampai siap satu side. Masa ni konfiden dah tinggi.
Gap tu utk pasang border glass tiles/mosaic. Mosaic ni satu lagi bala





Dinding yg satu lagi. Masa ni kerja dah laju sampai nak ambik gambar pun tak sempat








Memasang mosaic border.
Untuk pasang mosaic, mortar kena pakai kaler putih. Jadi kena beli simen gam lain lah. Mortar dia tak boleh tebal nanti sagging, berkerepot. Jadi dinding belakang nak kena rata dan masa pasang tekan satu satu sampai rapat ke dinding. Bancuh mortar sama mcm yg sebelumnya.











Kerja lantai dan selepas 4 hari siap termasuk satu hari beli tiles top up... tak cukup 3 pcs. Tiling lantai lagi susah dari dinding sebetulnya.
Accesories pun dah pasang














Bathroom yg hampir siap. Sinki je belum pasang. Cabinet ditebuk lubang utk pasang downlight.





Nak jadi cerita drain pipe tak center dgn sinki. Nak kena modify ni





Nasib baik kedai DIY ada jual flexible pipe jadi tak payah nak pasang elbow. Tapi kena modify sikit sebab lubang tak fit, bocor.





Akhirnya siaplah bilik mandi dgn tiles dan accesories baru. Sinki pun dan tak bocor


Tips: kepala paip baik pasang sebelum letak sinki kalau tak susah nak ketatkan. Lain lain boleh pasang selepas.

http://belogkayu.blogspot.my/2016/12/projek-no-1-tandas-pasang-tiles-dan.html 

Plaster Dinding & Render Lantai



Plaster atau Pelepaan dinding boleh dijalankan pada selepas siap ikat bata. Seeloknya pada selepas pasang atap kerana redup sedikit. Kata tukang, jika tak pasang atap dulu, panas akan buat plaster dinding retak atau merekah. Untuk projek ini, disebabkan nak cepat maka buat la mana yang boleh jalan dulu, buat masa ni atap belum sampai sepenuhnya dan kekuda pun masih dalam progress.

Plaster ada dua jenis, 1) kasar, 2) licin. Kasar biasanya pada dinding sebelah luar atau dinding yang nak tile (bilik air/dapur). Bancuhan simen plaster kasar dibuat menggunakan mixer. Bancuhan adalah simen, pasir halus dan air, bancuh sampai jadi macam bubur. Plaster licin biasanya untuk ruang dalam rumah. Plaster licin dilakukan selepas plaster kasar (2 kali kerja). Komposisi bancuhan adalah kapur dan simen sahaja. Bancuh sampai jadi jemek macam lumpur laut atau kolam.

Kerja plaster menggunakan 4 orang, 3 orang buat plaster, 1 orang angkat bancuhan dan prepare/kemas tempat.



(plaster kasar dahulu, sebelum plaster licin)


(dapur, atas plaster licin, bawah plaster kasar untuk pasang tile dinding)


(plaster licin dalam bilik)


(membancuh plaster licin (kapur dan simen) dalam kereta sorong)
Perbelanjaan kerja-kerja plaster setakat ini:
1) Simen 110 beg, RM20/beg = RM2200 (siap hantar, siap turunkan)
2) Kapur simen 2 bundle, 1 bundle = 100beg, RM3.50/beg (100 beg) = RM350 (Hamzah Ibir), RM3/beg (100 beg) = RM300 (Muara Kalongan)
3) Pasir 2 lori, RM360/lori = RM720
4) Mixer RM400/bulan

Selepas plaster siling, render laintai. Render guna simen pasir dan air. sama macam plaster kasar. Sambil itu dah boleh pasang tangki.



(tangki bersaiz 80 gelen, paling kecik di hardware, guna 2 tangki setiap bilik air)


(render lantai dapur)


(render lantai family area dan depan pintubilik)


(render depan tandas 1)


Kos render dan tangki air:
1) Tangki air 80 gelen, 2 biji, RM100/biji = RM200
2) Simen 30 beg = RM600
3) Pasir sedang selori RM300
4) Kayu 2x4 dan plywood alas tangki, guna semula mana2 yang ada.

Kredit: 
http://pengalamanbinarumahsendiri.blogspot.my/2015/05/11-plaster-dinding-render-lantai.html

NISBAH BANCUHAN KONKRIT - 1

Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil... kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalahnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar??

Kita juga banyak menghadapi masalah dalam google kerana google banyak memberi kaedah bancuhan dan bukan pengiraan.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar, kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya??

Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan asalnya... agak susah untuk mengikut seperti dalam design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran lebih dikenali sebagai additive.

Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... SETIAP BANCUHAN PERLULAH DIUJI DGN UJIAN MAMPATAN SEBELUM DILULUSKAN....

untuk G7.5 = 1 : 3 : 6 (Simen : Pasir : Batu)
untuk G20 = 1 : 2 : 4
untuk G25 = 1 : 1.5 : 3
untuk G30 = 1 : 1 : 2

Bagaimana nk menggunakan nisbah ni... Nisbah ini hendaklah digunakan mengikut BERAT bukan ISIPADU..

Bagaimana dengan bancuhan air?

Kalau permukaan konkrit tu tertutup/dlm bangunan dan dia pn bukanlah tanggung beban yg kuat sgt gunakan nisbah air:simen 0.65.

Kalau permukaan konkrit tu terdedah kepada hujan panas/dia digunakan utk tanggung beban gunakan 0.55.

Kalau permukaannya terdedah secara langsung kpd air/ terendam, spt contoh konkrit dlm sungai/laut/bawah tanah , gunakan 0.45.

peratikan contoh mcmn nk gunakan ia....

contoh; untuk membancuh gred 20... 1 kg simen : 2kg pasir : 4 kg batu. dan struktur yang akan kita buat terdedah kepada air hujan, maka nisbah air/simen 0.55.

Langkah 1 : Masukkan satu beg simen ke dalam mesin pembancuh seperti dalam gambar di bawah. Buat rujukan, 1 beg simen 50 kg.

Langkah 2 : Secara automatik, nisbah akan jadi 50kg simen : 100kg pasir : 200kg batu


Langkah 3 : Masukkan semuanya kedalam mesin pembancuh. Anda perlu mempunyai penimbang untuk mengira berat bahan-bahan tersebut.

Langkah 4 : Masukkan air. Perlu diingat, nisbah air/simen adalah 0.55.

Air / Simen = 0.55
Air = Simen x 0.55
Air = 50kg x 0.55 =27.5liter
Air = 27.5 kg / 27.5liter (lebih kurang)

Langkah 5 : Kacau selama 10 - 15 minit. Keluarkan dan masukkan ke dalam acuan. Keseluruhan proses kalau boleh jangan lebih 1 jam.

Langkah 6 : Berapakah berat simen yang dibancuh tadi?

50 kg simen + 100kg pasir + 200kg batu + 27.5 kg air = 377.5 kg konkrit.

Berapakah isipadunya?

Isipadu konkrit = 377.5kg / 2360 kg/m3 konkrit = 0.16 meter padu.

Jadi jika ingin membancuh 1m3 konkrit, ukurannya adalah :

1meter padu / 0.16 meter padu= 7 (anggaran)

7 kali bancuhan diperlukan sekiranya anda ingin membancuh 1m3 G20 konkrit. Maksudnya anda memerlukan, 7 beg simen, 700 kg pasir, 1400kg batu dan 192.5kg air.

INGAT : BANCUHAN INI UNTUK UJIAN MAMPATAN SAHAJA DAHULU.... BILA TELAH LULUS MAKSUDNYA BILA DIUJI, MAMPATAN MELEBIHI 20kN/mm2 SELEPAS 28 HARI, BARULAH IA BOLEH DITERIMAPAKAI.

Bagaimana jika tidak lulus?? 

Cuba gunakan untuk gred yg lebih tinggi...cthnya gunakan bancuhan gred 25 (1:1.5:3) untuk gred 20...kalau gagal lagi gunakan gred yg lbh tinggi lagi.

Kredit: http://civilisation-engineering.blogspot.my/2010/06/nisbah-bancuhan-konkrit.html 

26 May 2017

Koleksi KADAR HARGA UPAH pasang tile adalah mengikut saiz

KOLEKSI INI ADALAH UNTUK PENGETAHUAN SAHAJA

KADAR UPAH UMUMNYA MENGIKUT SAIZ JUBIN

(Mengapa kadar berbeza2? mungkin mengikut lokasi dan tahap kemahiran tukang)

 

A. Kadar harga upah pasang tile adalah mengikut saiz spt berikut:


Tile saiz 1'x1'
upah: RM2.20 + RM3.00 (simen, gam, pasir) /kaki persegi
Sekeping jd RM5.20

Tile saiz 2'x1'
Upah: RM2.50 + RM3.00 / kaki persegi
Sekeping jd RM11.00

Tile saiz 2'x2'
Upah: RM3.00 + RM4.00 / kaki persegi
Sekeping jd RM28.00

--------------------------------

B. Kos Pemasangan Tiles, 

Lantai 
RM 5.00 /Sqf Bagi Tiles 60cm x 60cm 
RM 4.50 /Sqf Bagi Tiles 30cm x 30cm 
RM 2.00 /Sqf Bagi Pemasangan Skirting 
RM 2.50 /Sqf Bagi Pembongkaran & Mengemas Tiles Lama 
RM 2.50 /Sqf Untuk Membuat Lantai Konkrit Brc, Pasir & Simen 

Ia nya Diatas tidak termasuk membekalkan barangan, seperti Tiles & Simen 

Dinding 

RM 5.00 /Sqf Bagi Tiles 30cm x 30cm 
RM 2.50 /Sqf Bagi Pembongkaran & Mengemas Tiles Lama 

Ia nya tidak termasuk membekalkan barangan, seperti Tiles & Simen 

Bilik Air Standard Keluasan 8? x 6? 

RM 1,500.00 / Bilik Air 
RM 600 Membongkar dan Mengemaskan Tile Lama 
RM 600 Menukar Pipe Lama Jenis Pvc Pipe (Sekali barangan) 
RM 450 Water Proof Sika Top Seal 107 (Sekali barangan)

Tangga 

RM 1,350 Pemasangan Tiles & Skirting Untuk Tangga 



--------------------------------

C.  Kos Pemasangan Tiles

KOS JUBIN LANTAI
Upah pesangan jubin lantai 1x1 ft : RM2.50 persq
Upah pemasangan jubin lantai 1 x1 ft + simen gam +simen : RM 5.30
Upah pemasangan jubin lantai 1x1 ft + Simen + Gam Simen + tiles : RM 9.00
Upah pemasangan jubin lantai 1x2 ft & 2x2 ft : RM3.00 per sqft
Upah pemasangan jubin lantai 1x2 ft & 2x2 ft + Simen + Gam Simen : RM4.00 per sqft
Upah membongkar & mengemas jubin lantai lama : RM1.50 per sqft
Upah membuat lantai simen/konkrit (tidak termasuk bahan-bahan) : RM1.50 per sqft
*semua harga pemasangan jubin adalah termasuk skirting.

KOS JUBIN DINDING
Upah pemasangan jubin dinding semua saiz : RM3.00 per sqft
Upah pemasangan jubin dinding semua saiz + Simen + Gam Simen : RM5.50 per sqft
Upah membongkar & mengemas jubin dinding lama : RM1.50 per sqft

Tangga.
Upah membongkar dan memasang jubin baru + skirting = RM800 lump sum.
*harga tidak termasuk jubin dan bahan-bahan.
*harga adalah untuk standard rumah double storey (19 anak tangga).

Table Top (Kitchen Cabinet).
Upah membuat konkrit + jubin 2x2ft (tidak termasuk bahan-bahan) = RM60 per ft length
*harga termasuk memasang jubin dinding + plumbing + pasang sinki dan aksesori


--------------------------------------------------------------
D.  Kos Pemasangan Tiles

Buang lantai & dinding lama = RM 2.00 /kps (bawah dari 500 kaki kos kira lumpsum)
Membuat lantai simen/konkrit = RM 2.00 /kps(Tidak Termasuk Simen & Pasir)

Upah JUBIN LANTAI + SKIRTING

Jubin lantai 1x1 ft = RM 3.50 /kps (Tidak Termasuk Harga Simen)
Jubin lantai 1x1 ft + simen = RM 5.50/kps
Jubin lantai 1x2 ft & 2x2 ft = RM 4.50 /kps
Jubin lantai 1x2 ft & 2x2 ft + simen = RM 6.00 /kps

Upah JUBIN DINDING

Jubin dinding semua saiz = RM3.50 /kps (Tidak Termasuk Harga Simen)
Jubin dinding semua saiz + simen = RM5.50 /kps

Upah JUBIN TANGGA

Memecah dan Memasang jubin baru + skirting = RM1000 (Lump Sum)
(Tidak termasuk jubin dan simen)
Harga adalah untuk rumah dua tingkat yang biasa (18-20 anak tangga) atau RM65 / stair

MEMBUAT TABLE TOP / KABINET DAPUR (Kitchen Cabinet)

Membuat konkrit + Memasang jubin 2x2 ft (tidak termasuk bahan-bahan) = RM85 per ft length
harga termasuk kerja-kerja memasang jubin dinding + plumbing + pasang sinki dan aksesori








BINA RUMAH SENDIRI – HARGA BAHAN BINAAN

Berikut adalah contoh bajet harga bahan binaan untuk projek renovate ubahsuai atau buat rumah di Malaysia dalam RM ringgit. BINA RUMAH SENDIRI – HARGA BAHAN BINAAN RUMAH BATU TIANG PASIR KAYU BESI DAN UPAH TUKANG BUAT RUMAH · 


Berikut adalah contoh bajet harga bahan binaan untuk projek renovate ubahsuai atau buat rumah di Malaysia dalam RM ringgit.

· Simen (1 bag 50 kg) – RM 16.00/kg
· Bata simen – RM0.21 satu
· Bata merah – RM0.35 satu (tak pakai utk rumah ini -utk info)
· Pasir kasar – RM 40 satu ela
· Pasir halus – RM 45 satu ela
· Batu aggregate 3/4″ – RM 45 satu ela
· Besi Y 10mm (40 kaki) – RM 18 sekaki
· Besi Y 12mm (40 kaki) – RM 24 sekaki
· Besi R 6mm (40 kaki) – RM 6.50 sekaki
· Besi BRC A65 – RM 15.90 satu gulung
· Tiang konkrit saip bancuh(4″X4″x12′) – RM 3.30 sekaki
· Tiang Roman 9′ – RM 10 sekaki (tak pakai utk rumah ini -utk info)
· Dawai bata – RM 6.80 satu gulung
· Dawai ikat besi – RM 15 satu gulung
· Bata bunga lubang angin – RM 2 satu
· U drain (tanah liat) – RM 4.10 sekeping

Kerja-kerja kayu ( formwork)

· Plywood(4’X8’X12″) – RM 44 - 76 sekeping
· Kayu 2″X1″X8′ – RM 9.90 satu
· Kayu 2″X1″X10′ – RM 11.00 satu
· Kayu 2″X3″X8′ – RM 14.71 satu
· Kayu 2″X3″X10′ – RM 19.06 satu
· Kayu 2″X3″X12′ – RM 26.44 satu
· Kayu 4″X4″ – RM13 sekaki
· Kayu 2″X5″ – RM3.50 sekaki
· Paku 2 ” – RM 4.96 /kg

Kerja-kerja atap

· Main truss besi 3″X1.5″(kekuda) (20 kaki) – RM 23 sebatang
· Purlin truss besi bumbung (20 kaki) – RM 13.50 sebatang
· Roof corrugated metal sheet (lebar 2.5 kaki) – RM 3.30-4.30 sekaki panjang
· Rabung atap (8.5 kaki) – RM 26 sekeping
· Zink licin (lurah atap laluan air hujan) – RM 3.60 sekaki
· Skru atap – RM 35 sekotak
· L bracket – RM 1.50 satu
· Papan facial board (12 kaki) – RM 22 sekeping
· Mesin Grinder pemotong besi – RM 190
· Gentool Cutter pemotong besi – RM 160
· Disc cutter – RM 2 satu

Lain lain

· Wheel barrow – RM 70 satu
· Frame pintu besi 34″- RM 55 satu
· Frame pintu besi 54″ – RM 65 satu
· Pintu Panel kayu 34″- RM 175 satu
· Pintu Panel kayu 54″- RM 360 satu
· Pintu bilik air (model baru jenis sliding) -RM 380 satu
· Tanah merah – RM 25 satu ela
· Tangki septik – RM 920 satu

Rujukan harga-harga ini dapat memudahkan kerja-kerja pengiraan anggaran kos sesebuah rumah.
Contoh kalau anggaran jumlah bata yang diperlukan ialah 16,000 biji maka kosnya cuma darab dengan harga sebiji RM0.21 = RM 3,360. Jadi sediakan budget ini. Begitulah juga pada setiap kerja-kerja yang lain. Cara nak kira semua itu , kita kena bincang kemudian kut.

Bagi kos kerja-kerja upah cuma kira jumlah anggaran hari boleh siap kerja darab dengan kos pekerja sehari. Katakan kos pekerja sehari = RM 390 dan mereka boleh siapkan pembinaan rumah dalam anggaran 113 hari maka jumlah kos upah pekerja = 390X113 = RM 44,070 (CONTOH ), tetapi ada setengah kos upah berdasarkan kaki..contohnya 1 kaki persegi rm16.00 , kalau luas rumah 2400 kaki persegi , upahnya adalah RM38,400.00

Harga keseluruhan rumah ini termasuk kos:

· Beli barang – RM 80081
· Upah pekerja – RM 44370
· Ukur tanah – RM 350
· Bersih tapak rumah -RM 1750
· Sub kerja wiring – RM 4800 (murah la kerana harga kawan2) biasa depa charge RM 7000 keatas
· Sub kerja siling – RM 6700 ( kira murah juga )
· Sub kerja pasang tile lantai – RM 2500 ( harga kawan2 juga)
· Beli mixer konkrit – RM 2150 ( termasuk sewa lori RM 350 )
· Lain-lain upah – RM 100


http://sz.my/bina-rumah-sendiri-harga-bahan-binaan-rumah-batu-tiang-pasir-kayu-besi-dan-upah-tukang-buat-rumah/