Ini awal dari kisah keramat beliau :
"Pulang ke mana", tanya Tuan Guru.
"Ke Madura", jawab Mbah Kholil.
"Besok", jawab Kyai Kholil.
"Ayuh, mari kita membaca bersama : Ya Hayyu Ya Qoyyum, La Ilaha Illa Anta."
Amalan Pohon Rezeki
Berdasarkan pengalaman seorang hamba Allah dimana salah seorang rakannya telah memiliki nombor siri duit yang mempunyai angka 769. Beliau menyimpannya di dalam wallet dan tanpa disedari, rezekinya mulai berubah, malah sentiasa bertambah dari hari ke hari. Itu pun baru not RM10. Beberapa orang rakannya yang lain sanggup membeli not RM10 tersebut dengan harga RM10,000, tetapi beliau tidak menjualnya kerana percaya angka tersebut benar-benar telah mengubah pintu rezekinya.
Antara doa yang biasa kita minta setiap kali selepas mengerjakan solat ialah semoga kita dimurahkan rezeki.. Jadi pada kali ini, saya ingin berkongsikan satu lagi bacaan yang sesuai untuk dibaca supaya kita sentiasa dimurahkan rezeki.. Selain daripada mengamalkan Ayat Seribu Dinar
"Ya Allah, berilah restu dan kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kami Nabi Muhammad, Semoga dengan berkatnya terurai segala macam kesimpulan, dilepaskan dari segala kesusahan, ditunaikan segala hajat, tercapai segala keinginan, dan mendapat Husnul Khatimah (Akhir hayat yang baik), dan dicurahkan hujan rahmat dengan berkat peribadinya yang mulia. Demikian juga kepada keluarga dan sahabat Baginda pada setiap kerdipan mata dan hembusan nafas, bahkan sebanyak pengetahuan engkau"
1. Bina kekuatan diri kita....samada masa tu kita sedang bahagia lebih2 lagi
sedang menghadapi masalah
2. Layan suami dan berikan perhatian pada keperluannya...macamana kita layan
anak....begitulah suami nak kita layan dia...Apa yg maisara lakukan...adalah yg
terbaik dari seorang isteri.
3. Pandanglah dan renung wajah suami dgn penuh rasa cinta dan kasih. Pujilah
wajahnya yg hensem tu...Masa tu... baca...ayat 4 surah yusuf.. 7 patah ayat
akhir ayat 39 surah Taha..."WA ALQAITU 'ALAIKA MAHABBATAN MINNI, WA LITUS
NA'AA 'AINI" ,maksudnya...dan aku campakkan/limpahkan kasihsayangku...
maka jadilah engkau sentiasa dalam pengawasanKu".... tiupkan perlahan2 ke
wajah suami dan ke hatinya....(bersama hajat anda....jamin..mujarab!!
4. Berilah senyuman paling manis... tatkala dia memandang anda... kalau pun dia
tidak mambalasnya...tak apa... memang dia suka sebenarnya...cuma mungkin egonya
yang menggunung....
5. Di setiap kesempatan yang ada...peluklah dia.... baca ayat diatas tadi...dan
kalau hafal...tambah dgn ayat 200 surah Ali-Imran dan hembuskan ke dadanya
perlahan... setkan niat dan hajat...
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (٢٠٠)
6. Bila suami nak keluar...nak out station atau gi kerja, peluk dia erat2
seolah2 anda tak ingin berjauhan dengannya....iringi dia ke pintu...dan
baca..."SALAMUN QAULAN MIN RABIRRAHIM"(dlm surah yasin) 16X, tiupkan
padanya bayangkan seolah2 dia berada dlm lingkungan kesejahtaraan (mcm dlm
belon), dan doakan agar dipelihara suami dari godaan samada p'puan...hasutan
nafsu syaitan....
7. Hantarlah sms rindu dan cinta anda padanya....kalau dia tak balas..tak
apa... memang..dia juga merindui anda sebenarnya….
8. Jaga penampilan diri... di rumah...tau ditempat kerja...lebih2 lagi depan
suami. Ramai para isteri....dengan sibuk didapurnya... dengan muka pucat
lesinya.... kurang memberi perhatian pada diri sendiri. Dulu....saya berjubah
dan bertudung labuh... sekarang... saya masih jaga diri sudut tu... cuma..tukar
ke mini jubah dengan kain corak bunga dan dengan tudung turki yang lawa2 tu....
9. Bermanja dengan suami....tapi jangan sampai mengada2. Orang lelaki suka
p'puan yg manja.... Disetiap kesempatan yang ada... bacalah ayat2 tadi... dan
tiupkan pdnya…
10. Masih bab layan suami....tentang hubungan intim... Ramai para isteri....dek kerana penat kerja....penat
layan anak...penat di dapur... tidak berapa ambil berat hal ini! Para
suami....terutama yg banyak relax drp tolong isteri kat rumah tu....dia tak ada
pikir lain dah!....Wahai para isteri... usahakanlah.... dlm bilik...hanya anda
berdua.....paakaian tu...biar terbeliak mata suami anda pandang....godaan
anda... harus mengancam.... kerana yang di luar sana...godaannya...tak kurang
hebatnya!! Makanlah vits atau herba2 yang boleh mengekalkan stamina anda...
biar segar dan bertenaga sentiasa....!! kalau muka letih lesu...pucat lesi....
suami pandang pun tak selera...!! Berdandanlah..Kalau suami minta berjimak....
jangan tolak....walaupun setiap malam..!!
11. Selalunya... orang lelaki/suami sangat senang jika isterinya dapat
urutnya.... belainya....Maklumlah...penat kerja...! (kita pun apa kurangnya
ya...!!!) Bab ni...saya belajar... jangan main sental aje..silap urut...lain
pula jadinya...Bila masanya.... sambil tengok tv.... picit kakinya.... sebelum
tidur....urut belakangnya....masa ni lah... nak jampi pun!! paling mujarab....
Al fatihah, ayat 4 surah yusuf... ayat 39 surah Taha...ayat 200 surah Ali
Imran.
12. Bila tidur.... biar dia tidur atas lengan kita....macam kita tidurkan anak
kecil kita tu....sambil2 usap rambutnya....cium dahinya... seluruh
mukanya...... wow...manja habis!! Bacalah segala ayat pengasih yang saya sebut
tadi...tiup pelan2 tanpa dia sedari..sesekali.. tukar posisi...biar kita tidur
atas lengannya pulak....masa ni tentunya kita pulak nak bermanja
dengannya...!!!
13. Masak sendiri makanan.Jadilah chef yang hebat. Kalau tak berapa
pandai...belajar... kalau dah pandai...pelbagaikan resepi... Masa masak
nasi....alirkan air yang terakhir melalui jari manis...sambil baca selawat 3x,
surah al kausar 3x, niat agar suami............. Bila nak makan , baca ayat 200
surah Ali Imran 7x, tiup pada nasi untuknya... air minumnya.... macamtu
juga...Kalau anda tak nak makan.... temankan suami makan... jangan biarkan
suami makan seorang diri.Masa ni...Pandanglah wajahnya... dengan penuh kasih...
baca sekali lagi ayat WA ALQAITU 'ALAIKA MAHABBATAN MINNI, WA LITUSN'A 'ALAA
'AINI... DAN AYAT 4 SURAH YUSUF...tiupkan perlahan2... dengan penuh kasih
sayang dan penuh harapan.
14. Untuk Suami/isteri yang bermasalah.... buatlah air Yasin rujuk buku Dr
Amran Kasimin YASSIN UNTUK RAEWATAN DAN DOA, M/S 80 DAM M/S 11.. Kalau
perlu...minta juga air tawar dgn tok2 guru, atau org alim....
15. Jika sekiranya berlaku perselisihan faham... atau suami memarahi
anda....JANGAN JAWAB!! Dengar saja.... saya tahu anda terasa hati..
terluka...nak marah... lebih2 lagi kalau itu bukan kesilapan anda... istighfar
banyak2... mohon Allah kuatkan hati anda.... baca juga doa nabi Ibrahim...
QULNAA YAA NAARU KUUNI BARDAN WA SALAAMAN 'ALAA IBRAAHIM'…mohon Allah sejukan hatinya...sebagaimana
Allah sejukkan api untuk Nabi Ibrahim, ketika baginda dicampakkan oleh kaumnya
ke dlm api. Bila dia dah habis berleter...,(saya tahu anda sedih, so..tabahkan
hati.....), salam dengannya ,cium tangannya, mohon maaf atas segala kelemahan anda..,
buatkan air untuknya... kalau tak hilang juga rasa hati anda tu...pegilah siram
pokok bunga ke..., basuh pinggan ke... buatlah apa yang patut. DI SINILAH
KEMENANGAN ANDA, mungkin dia tak pujuk anda...tapi saya yakin.. dia tahu anda
terasa hati dengan nya, oleh kerana egonya yg melangit... dia tak
tunjuk...tapi...mungkin dia cuba berbaik dgn anda... mungkin dia ajak anda
minum sekali.... masa tu...janganlah pulak anda jual mahal... dia sedar
kesilapan dia tu pun...kira dah ok...!Dan.. inilah yang selalu saya alami...
saya tak pernah jawab...walaumacamana perkataan yg terhambur dari mulutnya...!!
Selalunya...kalau kecik hati...saya masuk bilik dan duduk diam2 dlam
bilik...zikir banyak2.. baca buku... or whatever yang boleh menenangkan hati...
tang ni... biasanya bila isteri tak melawan.... suami biasanya mati kutu!!
16. Jangan di ungkit kisah lama... terutama ketika moodnya...baik.
17. Jika dpt tahu suami curang...., cari bukti kukuh, siasat betul2 tanpa
pengetahuannya..., JANGAN MELENTING DAN MENGAMUK. Memang kita marah...,
kecewa...,dan macam2 lagi... SABAR...TABAHKAN HATI...KUATKAN SEMANGAT, BINA
KEKUATAN DIRI..... cari puncanya..., cari jalan penyelesaiannya...minta bantuan
rakan yg boleh di percayai.., minta bantuan keluarga..., TANPA PENGETAHUANNYA!!.
Selalunya... sisuami... bila rahsianya pecah...ada 2 kemungkinan... samada dia
tersedar akan kesilapannya...atau dia akan bertindak lebih dari itu lagi...!
18. Untuk kekuatan dalaman diri... cuba buat meditasi...perlukan latihan. Duduk
bersila...macam buat yoga tu... pejamkan mata...kosongkan fikiran dari sebarang
masalah.... tarik nafas dalam2,sambil tarik... baca LAAILAAHA
ILLALAH...bayangkan kalimah ini masuk kedalam diri...keseluruh urat
nadi...bagai aliran darah... tahan nafas 5-10 saat, hembuskan melalui mulut...
dengan iringan kalimah tadi...dan bayangkan bersama hembusan nafas...segala
energi -ve... segala yang tak baik dlm diri...keluar bersama hembusan nafas
tadi.... Ulang 5 x.... kalau ada masa buat setiap hari....
19. Berlatih menggunakan MIND POWER anda... perlu latihan...(dah panjang sgt
ni...lain kali cerita...) Mungkin anda juga pernah dengar tentang GERAK
HATI.... DAN PERNAH ALAMINYA...TAPI...ANDA SERING ABAIKANNYA...! Sebenarnya...
anda harus berlatih menggunakan gerak hati anda... banyak manfaatnya... itu
sebenarnya adalah PETUNJUK DARI NYA.... Ramai orang tak perasan akan hal ini...
kerana ia datang dlm bentuk LINTASAN HATI..., bila ada sesuatu berlaku... kita
pun kata..." saya pun dah terasa dah... sebenarnya... terlintas juga di
hati macam tu....." tapi sayang, kadang2 dah terlambat!!!
Jadi.. belajarlah membaca dan
menggunakan gerak hati kita...
INI SEJARAH NENEK MOYANG AKU.
SUDAH SAMPAI MASANYA SEMUA ANAK MELAYU TAHU SEJARAHNYA.
HIKAYAT SANGTAWAL (SEJARAH NENEK MOYANGKU JUA)
Akulah Sangtawal.
Raja Tilam juga namaku,
Empayar Melayur dulunya kekuasaanku,
Akulah cicit Maharaja Bukit Siguntang itu.
Titisan darah iskandar zulkarnain juga mengalir ditubuhku
Bapaku bernama Sakranta,
pemerintah Empayar Jawaka,
Berketurunan dari negara Medang Gana dan Langkasuka
Di akhir abad pertama masihi.
Keturunan ku dari susur galur Empayar Jawadwipa
Suwarnabhumi ( Semenanjung emas) juga jadi sebutannya,
Dari situlah munculnya tamaddun bangsaku:
Al-Jawiyun nama gelarannya,
Tanah jawi tempat asalnya.
Kemuncak zaman keagunganku di abad ke 13.
Pada 1339,bersama sahabatku Gajah Mada,
Kurangkumkan negara diutara semenanjung swarnabhumi,
Campa,Kemboja dan Samudera – Pasai,
Bersatu di bawah Empayar Chermin.
Yang gah bernama Nusantara.
Inilah silsilah keturunanku:
Anakku Raja Bharubhasa ,putera sulungku,
ku beri gelarannya Sultan Jiddah,
Sultan Mahmud shah juga gelarannya.
Langkasuka negaranya.
Bersemayam gagah di Kota Mahligai,
Mengusir jauh Raja Bersiong,
Lalu menakluk Gangga Negara.
Bergabung dengan Mapahit dibawah Gajah Mada,
Untuk kegemilangan Pamalayu Kertanegara di Nusantara.
Lalu menakluk Champa,Kemboja dan Samudera,
Menjadi Empayar Chermin yang terkemuka.
Anakku ini katanya mangkat 1362,
Namun kutahu putera perkasa ku ini ghaib begitu saja.
Kalau mangkat dimana makamnya?
Cucuku Raja Baharun anakanda Raja Barubhasa menakluki Tiktawilwa
Lalu Tiktawilwa ditukar namanya kepada Singa Negara,
Cucu cicitnya kini menyebutnya Senggora atau Songkla.
Cucuku Raja Ibrahim anakanda Raja barubhasa
itulah digelar Pra Ong Mahawangsa,
Dialah nenek moyang raja raja kedah kini.
Cucuku Raja Tanjung Pura anakanda Raja Barubhasa
Atau digelar Sultan Baki Syah
Raja Cermin juga gelarannya.
Keturunan kesultanan kelantan dan Champa
adalah darinya.
Anakku Singa Dhiraja,putera ku yang kedua,
Ku beri gelarannya Sultan Sulaiman Syah,
Langkasuka lama atau Wurawari negaranya,
Cucuku Raja Negeri Mahligai anakanda Singa Dhiraja
Juga digelar Phya Kurub Mahayana
Cicitku Sultan ismail syah,anakanda Raja Negeri Mahligai
Juga digelar Phya Tu NakPa
Darinya bermulanya kerajaan Patani Darussalam.
Cicitku inilah sultan pertama menyebut shahadat dibumi nusantara,
Lalu digelar Sultan Ismail Zilullah Fiil-Alam.
Yang bererti bayangan Allah di mukabumi.
Puteri sulung ku Puteri Urduga,
ku beri gelarannya Cik Siti Wan Kembang.
Tanah Seindah Sekebun Bunga negaranya.
Terpahat namanya di Batu Bersurat Minye Tujuh di Aceh
Tertulis di situ “Warda Rahmatullah berketurunan Barubhasa,
mangkatnya pada jumaat 14 zulhijjah 781 hijrah
bersamaan 1380 Masihi.
Puteri Sadong anak angkatnya,
Juga ghaib hilang entah dimana.
Puteriku yang kedua Puteri Chendana,
Kukahwinkan dia dengan Sultan Malikul Zahir
Iaitu cucunda kepada Sultan Malikul Salih
atau Merah Silu,Sultan lagi wali yang tersohor itu.
Dari keturunan keduanya kah lahirnya Al-mahdi itu?
Yang memiliki titisan darah dan nasab keturunan
Hingga kepada Rasulullah dan dari iskandar Zulkarnain
Yang terkumpul padanya dua kekuatan
Kekuatan Rohani dan Fizikal
Yang akan membawa panji hitam dari timur
Panji kebenaran diakhir zaman
Puteriku yang ketiga Puteri Linang Cahaya.
Kukahwinkan dia dengan Syed Hussien Jamaluddin Kubra,
Dari keturunan keduanya lahirlah Syed Ali Nurul Alam
Yang juga digelar Sultan Qumbul atau Patih Gajah Mada,
Merupakan moyang kepada wali songo yang ternama itu.
Dari keturunan keduanya kah akan lahirnya Bani Tamim itu?
Yang disebut pembantu Al-Mahdi di akhir zaman.
Akulah Sangtawal Sakranta….
Aku kembali mencari negaraku yang hilang.
Aku kembali mencari keturunanku yang hilang.
Aku kembali mencari bangsaku yang hilang.
Aku kembali membuka pintalan sejarah dan menuntut kebenaran
Aku kembali mencari politik Pamalayu dari Kertanegara.
Aku kembali mencari Dinar emas bertarikh 577 Hijrah bersamaan 1180M,
Tertulis disitu cop mohor gelaran “Al-Mutawakkil”
Cop mohor diraja Kelantan atau Kelathana atau Medang Gana.
Ku selusuri jejak dari Himalaya ke Funan
Dari Maharaja gunung dan Sailendra
Mudik kehilir Sungai Mekong
Menjejak Campa dan Gangga Negara
Mencari Sriwijaya dan Mataram
Memburu perlak hingga ke pasai
Dari Pasai Ke Samudera
Lalu ku mengerti
Mengapa Aceh,Kedah dan Kalathana
disebut serambi mekah
Ingin kutitip kembali kisah secupak dari istambul itu.
Aku kembali mencari Sheikh Said Barsisa dari Pasai yang datang dari Hadramaut itu.
Beliaulah yang berjasa mengislamkan cucuku Sultan Ismail Zillulah Fiil-alam.
Aku kembali mencari Masjid Kerisek misteri itu untuk dikenang.
Aku kembali mencari meriam patani Sri Negara ,Sri Patani dan Mahalela yang hilang ,
Aku kembali mencari keris taming sari yang jatuh didasar lautan
Aku mencari kembali adinda Sheikh Jamaluddin Kubra
iaitu Sheikh Thanaudin ataupun digelar Sang Adi Putra
Aku kembali mencari Hang Tuah, laksamana melayu yang terbilang
Untuk bertanya kenapa katanya “Takkan melayu hilang didunia”
Aku mencari Jebat kerana aku kagum dengan semangatmu Jebat.
Aku mencari kitab sejarah melayu itu,
Kitab Sulalatus Salatin yang digubah indah
Oleh Tun Sri Lanang ,negarawan terbilang.
Banyak cerita samar di dalamnya,
haruskah ku ubah,atau haruskah ku uji,
Agar cucu cicitku bisa mengerti.
Aku mencari kitab Mahkota raja raja
Yang dikarang indah pembodek negara
Pengkhianat itu bernama sheikh nuruddin
Angkara dialah Sheikh Hamzah fansuri dihina.
Angkara dialah karya agung fansuri dimusnahkan..
Angkara dialah pengikut fansuri dibunuhnya
Masjid Baitulrahman menjadi saksi
Betapa bencana Tsunami telah menjadi bukti
Masjid ini masih megah berdiri
Berkat daulat dan keramat Hamzah fansuri.
Nah …Kebenaran tetap unggul sepanjang zaman
Demi kebenaran aku datang,
Demi kebenaran aku berjuang.
Kerana sejarah itu kebenaran zaman
Sejarah ditulis oleh yang menang,
Putih katanya putihlah sejarah,
Hitam katanya hitamlah sejarah.
Agar cucu cicitku keturunanku
tidak menelan mentah cerita lama
agar cucu cicitku mengerti
agar mereka menilai segalanya
dengan akal dan mata hati
Mana penglipur lara itu yang memutar sejarah.
Mana penglipur lara itu yang mengubah cerita,
Mana dia tok selampit itu yang memadam sejarah.
Mana dia tok dalang wayang kulit itu yang bijak bersandiwara.
Mana dia juara tukang dikir itu yang mempesona .
Mana dia saudagar sejarah,
Mana dia peniaga bangsa.
Mana dia tetamu yang tak diundang
Musafir bermukim dibawah naugan payung mahkota
Telah lupakah dikau asal usulnya dimana
Tidak bersyukur setelah tidak diminta upah ufti atau dinar emas
Apa lagi untuk berterima kasih atas penghormatan Sang Penguasa
Mengadu domba, meminta betis setelah diberikan paha
Lalu bertanya erti ketuanan
Siapa itu ketuanan Melayu katanya
Apakah sewaktu datang mu dulu
negara berdaulat ini tidak beraja tidak bertuan?
sedangkan kakimu yang berpijak itu adalah atas bumi berdaulat
mana ada ketuanan rakyat?
Sekali lagi mereka cuba menipu sejarah
Namun bila panji kebenaran tertegak
pasti
Cerita dongeng mereka akan berselerak
Bukalah kembali hikayat raja-raja Pasai.
Didalamnya tercatat jelas sabda junjungan
Wasiat Rasul dikeji jangan
Kebenaran pasti datang dari bumi Samudera- negeri dibawah angin
Yang bernama Nusantara.
Mana zuriat keturunanku yang pernah hilang
Mana dia bangsa jawiku yang terbuang
Mana Empayar melayur yang hilang
Mana Empayar Cermin yang pernah terbilang
Moga ketemu diakhir zaman
Moga bersatu diakhir zaman
Moga menang keakhir zaman
Bersama kita nantikan…
CREDIT PD PENCIPTANYA....
.
○● Pokok semalu yang dicabut menggunakan playar (keseluruhan pokoknya termasuk akar) direbus di dalam periuk hingga menggelegak.
.
○● Biarkan sejuk sedikit kemudian masukkan air itu ke dalam besen atau baldi, masuk kan kaki atau tangan dan rendam di dalam air rebusan itu.
.
○● Air rebusan ini cukup baik untuk mengekalkan kelembapan tangan dan kaki, menghilangkan gatal-gatal tangan dan kaki akibat 'makan sebayan' (loghat Kelantan) atau tangan dan kaki 'dimakan' dek air atau istilah saintifiknya, Athlete's foot dan juga cekam pada kuku tangan dan kaki.
.
○● Gatal-gatal tangan jenis ini dan juga tangan (keliling kuku) yang agak merah dan bengkak-bengkak (semacam dipenuhi air) - biasa dialami mereka yang banyak 'main air' seperti tukang masak, tukang cuci pinggan dan tukang cuci baju (basuh tangan).
.
Sumber orang yg memberi petua ini juga adalah pengusaha warung yang setiap pagi memasak pelbagai hidangan untuk sarapan dan juga makan tengah hari dan melihatkan tangan (akibat banyak 'main air' dalam proses memasak) dan kakinya, tiada langsung kesan jenis kerja tersebut pada tangan dan kakinya (akibat berdiri hampir sepanjang hari - tiada langsung pecah tumit dan sebagainya!!) - She is a living proof! Petua di ataslah yang diamalkan olehnya selama berpuluh tahun lepas.
.
Credit info dari : Che Murad Abdullah