12 April 2022

31 December 2020

Amalan Selawat Tafrijiyah / An-Nariyah

Antara doa yang biasa kita minta setiap kali selepas mengerjakan solat ialah semoga kita dimurahkan rezeki.. Jadi pada kali ini, saya ingin berkongsikan satu lagi bacaan yang sesuai untuk dibaca supaya kita sentiasa dimurahkan rezeki.. Selain daripada mengamalkan Ayat Seribu Dinar


Bacaan yang saya maksudkan ialah Selawat Tafrijiyah atau An-Nariyah.. Selawat ini dibaca untuk Memohon supaya segala hajat kita dikabulkan oleh Allah S.W.T.. Insya Allah..

Selawat Tafrijiyah atau An-Nariyah



Erti Doa Selawat Tafrijiyah
"Ya Allah, berilah restu dan kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kami Nabi Muhammad, Semoga dengan berkatnya terurai segala macam kesimpulan, dilepaskan dari segala kesusahan, ditunaikan segala hajat, tercapai segala keinginan, dan mendapat Husnul Khatimah (Akhir hayat yang baik), dan dicurahkan hujan rahmat dengan berkat peribadinya yang mulia. Demikian juga kepada keluarga dan sahabat Baginda pada setiap kerdipan mata dan hembusan nafas, bahkan sebanyak pengetahuan engkau"

Di Antara Fadhilat membaca Selawat Tafriyah ialah:

1) Dibaca setiap hari 41 kali atau 100 kali: Insya Allah dapat menyelesaikan masalah Penting dan dimudahkan urusan hidupnya

2) Dibaca 11 kali setiap lepas solat Fardhu : Insya Allah rezeki anda tidak putus disamping mendapat kedudukan yang tinggi..


No comments: