12 April 2022

31 December 2020

Ya Hayyu Ya Qoyyum La Ilaha Illa Anta 40 Kali Sebelum Subuh

 

Keramat Syaikhona Kholil Bangkalan

Ini awal dari kisah keramat beliau :

Setiap petang, beliau meminta kepada Tuan Guru Syech Abdul Ghoni bin Subuh bin Ismail Al Bimawy (Bima, Sumbawa) seraya berkata "Ya Tuan Guru, saya ingin pulang".

"Pulang ke mana", tanya Tuan Guru.

"Ke Madura", jawab Mbah Kholil.

Tuan Guru menyahut, "Bila nak datang sini balik?"

"Besok", jawab Kyai Kholil.

Seketika itu Syech Abdul Ghoni memulas telinga Kholil, dan saat itu juga beliau sampai di Madura.

Besok paginya, Kyai Kholil mengajak lima oorang jirannya untuk ke Makkah dengan menaiki perahu sampan.

"Boleh kah?", tanya para jirannya yang ikut.

Kyai Kholil menjawab, boleh dengan izin Allah.

"Ayuh, mari kita membaca bersama : Ya Hayyu Ya Qoyyum, La Ilaha Illa Anta."

Dengan itu,  kami ingatkan ijazah membaca : Ya Hayyu Ya Qoyyum, La Ilaha Illa Anta 

Sebanyak 40 kali sebelum Solat Subuh sebagaimana ijazah yang di berikan oleh para masyayikh secara umum.

Selawat 400 Kali Selepas Isya

Amalan Pohon Rezeki 

Sesiapa yang ingin mempunyai pohon wang (duit atau rezeki) di depan rumah, jangan tinggalkan membaca selawat ini 400 kali sehabis solat Isya' secara rutin. Insya Allah rezekinya akan lancar.

Selawatnya :  "Allahumma Solli ‘Alaa Sayyidinaa Muhammad, Wa ‘Alaa Aali Sayyidinaa Muhammad"

769 Angka Penarik Rezeki

 

769 Angka Penarik Rezeki



Pernahkah anda mendengar bahawa angka tertentu boleh menjadi sumber penarik rezeki?

Tidak dinafikan bahawa masih ramai orang tidak percaya bahawa sains metafizik boleh memberi perubahan dalam kehidupan seharian tetapi sebenarnya angka-angka tertentu dalam kehidupan mampu memberi perubahan dalam kehidupan seharian kita. Terdapat pelbagai turutan nombor yang kadang-kadang tanpa disedari memberi manfaat kepada kita sekiranya kita memilikinya. Misalnya, angka 769.



Angka 7 sering dikaitkan dengan tarikan, pengaruh dan penyokong. Angka 6 pula memberi maksud rezeki dan kekayaan. Manakala angka 9 dikaitkan dengan kejayaan, menonjol, dan status tinggi. Gabungan ketiga-tiga angka ini memberi maksud yang kuat dan tidak salah kalau saya katakan, mampu menarik rezeki ke arah kita secara sedar, mahupun tanpa sedar. 

Berdasarkan pengalaman seorang hamba Allah dimana salah seorang rakannya telah memiliki nombor siri duit yang mempunyai angka 769. Beliau menyimpannya di dalam wallet dan tanpa disedari, rezekinya mulai berubah, malah sentiasa bertambah dari hari ke hari. Itu pun baru not RM10. Beberapa orang rakannya yang lain sanggup membeli not RM10 tersebut dengan harga RM10,000, tetapi beliau tidak menjualnya kerana percaya angka tersebut benar-benar telah mengubah pintu rezekinya. 

Kita memahami angka-angka tertentu yang kita lihat dan perolehi dalam hidup ini memberi makna kepada kita. 

Sesiapa yang memiliki angka 769 pada nombor telefon yang digunakan seharian, pasti akan mempunai rezeki yang banyak dan lancar segala usahanya, berkat dengan kuasa dan rahmat Allah jua.

Amalan Selawat Tafrijiyah / An-Nariyah

Antara doa yang biasa kita minta setiap kali selepas mengerjakan solat ialah semoga kita dimurahkan rezeki.. Jadi pada kali ini, saya ingin berkongsikan satu lagi bacaan yang sesuai untuk dibaca supaya kita sentiasa dimurahkan rezeki.. Selain daripada mengamalkan Ayat Seribu Dinar


Bacaan yang saya maksudkan ialah Selawat Tafrijiyah atau An-Nariyah.. Selawat ini dibaca untuk Memohon supaya segala hajat kita dikabulkan oleh Allah S.W.T.. Insya Allah..

Selawat Tafrijiyah atau An-Nariyah



Erti Doa Selawat Tafrijiyah
"Ya Allah, berilah restu dan kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kami Nabi Muhammad, Semoga dengan berkatnya terurai segala macam kesimpulan, dilepaskan dari segala kesusahan, ditunaikan segala hajat, tercapai segala keinginan, dan mendapat Husnul Khatimah (Akhir hayat yang baik), dan dicurahkan hujan rahmat dengan berkat peribadinya yang mulia. Demikian juga kepada keluarga dan sahabat Baginda pada setiap kerdipan mata dan hembusan nafas, bahkan sebanyak pengetahuan engkau"

Di Antara Fadhilat membaca Selawat Tafriyah ialah:

1) Dibaca setiap hari 41 kali atau 100 kali: Insya Allah dapat menyelesaikan masalah Penting dan dimudahkan urusan hidupnya

2) Dibaca 11 kali setiap lepas solat Fardhu : Insya Allah rezeki anda tidak putus disamping mendapat kedudukan yang tinggi..


30 December 2020

RAHSIA SUAMI ISTERI 18SX


1. Bina kekuatan diri kita....samada masa tu kita sedang bahagia lebih2 lagi sedang menghadapi masalah

2. Layan suami dan berikan perhatian pada keperluannya...macamana kita layan anak....begitulah suami nak kita layan dia...Apa yg maisara lakukan...adalah yg terbaik dari seorang isteri.

3. Pandanglah dan renung wajah suami dgn penuh rasa cinta dan kasih. Pujilah wajahnya yg hensem tu...Masa tu... baca...ayat 4 surah yusuf.. 7 patah ayat akhir ayat 39 surah Taha..."WA ALQAITU 'ALAIKA MAHABBATAN MINNI, WA LITUS NA'AA 'AINI" ,maksudnya...dan aku campakkan/limpahkan kasihsayangku... maka jadilah engkau sentiasa dalam pengawasanKu".... tiupkan perlahan2 ke wajah suami dan ke hatinya....(bersama hajat anda....jamin..mujarab!!

4. Berilah senyuman paling manis... tatkala dia memandang anda... kalau pun dia tidak mambalasnya...tak apa... memang dia suka sebenarnya...cuma mungkin egonya yang menggunung....

5. Di setiap kesempatan yang ada...peluklah dia.... baca ayat diatas tadi...dan kalau hafal...tambah dgn ayat 200 surah Ali-Imran dan hembuskan ke dadanya perlahan... setkan niat dan hajat...

 يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (٢٠٠) 

6. Bila suami nak keluar...nak out station atau gi kerja, peluk dia erat2 seolah2 anda tak ingin berjauhan dengannya....iringi dia ke pintu...dan baca..."SALAMUN QAULAN MIN RABIRRAHIM"(dlm surah yasin) 16X, tiupkan padanya bayangkan seolah2 dia berada dlm lingkungan kesejahtaraan (mcm dlm belon), dan doakan agar dipelihara suami dari godaan samada p'puan...hasutan nafsu syaitan....

7. Hantarlah sms rindu dan cinta anda padanya....kalau dia tak balas..tak apa... memang..dia juga merindui anda sebenarnya….

8. Jaga penampilan diri... di rumah...tau ditempat kerja...lebih2 lagi depan suami. Ramai para isteri....dengan sibuk didapurnya... dengan muka pucat lesinya.... kurang memberi perhatian pada diri sendiri. Dulu....saya berjubah dan bertudung labuh... sekarang... saya masih jaga diri sudut tu... cuma..tukar ke mini jubah dengan kain corak bunga dan dengan tudung turki yang lawa2 tu....

9. Bermanja dengan suami....tapi jangan sampai mengada2. Orang lelaki suka p'puan yg manja.... Disetiap kesempatan yang ada... bacalah ayat2 tadi... dan tiupkan pdnya…

10. Masih bab layan suami....tentang hubungan intim... Ramai para isteri....dek kerana penat kerja....penat layan anak...penat di dapur... tidak berapa ambil berat hal ini! Para suami....terutama yg banyak relax drp tolong isteri kat rumah tu....dia tak ada pikir lain dah!....Wahai para isteri... usahakanlah.... dlm bilik...hanya anda berdua.....paakaian tu...biar terbeliak mata suami anda pandang....godaan anda... harus mengancam.... kerana yang di luar sana...godaannya...tak kurang hebatnya!! Makanlah vits atau herba2 yang boleh mengekalkan stamina anda... biar segar dan bertenaga sentiasa....!! kalau muka letih lesu...pucat lesi.... suami pandang pun tak selera...!! Berdandanlah..Kalau suami minta berjimak.... jangan tolak....walaupun setiap malam..!!

11. Selalunya... orang lelaki/suami sangat senang jika isterinya dapat urutnya.... belainya....Maklumlah...penat kerja...! (kita pun apa kurangnya ya...!!!) Bab ni...saya belajar... jangan main sental aje..silap urut...lain pula jadinya...Bila masanya.... sambil tengok tv.... picit kakinya.... sebelum tidur....urut belakangnya....masa ni lah... nak jampi pun!! paling mujarab.... Al fatihah, ayat 4 surah yusuf... ayat 39 surah Taha...ayat 200 surah Ali Imran.

12. Bila tidur.... biar dia tidur atas lengan kita....macam kita tidurkan anak kecil kita tu....sambil2 usap rambutnya....cium dahinya... seluruh mukanya...... wow...manja habis!! Bacalah segala ayat pengasih yang saya sebut tadi...tiup pelan2 tanpa dia sedari..sesekali.. tukar posisi...biar kita tidur atas lengannya pulak....masa ni tentunya kita pulak nak bermanja dengannya...!!!

13. Masak sendiri makanan.Jadilah chef yang hebat. Kalau tak berapa pandai...belajar... kalau dah pandai...pelbagaikan resepi... Masa masak nasi....alirkan air yang terakhir melalui jari manis...sambil baca selawat 3x, surah al kausar 3x, niat agar suami............. Bila nak makan , baca ayat 200 surah Ali Imran 7x, tiup pada nasi untuknya... air minumnya.... macamtu juga...Kalau anda tak nak makan.... temankan suami makan... jangan biarkan suami makan seorang diri.Masa ni...Pandanglah wajahnya... dengan penuh kasih... baca sekali lagi ayat WA ALQAITU 'ALAIKA MAHABBATAN MINNI, WA LITUSN'A 'ALAA 'AINI... DAN AYAT 4 SURAH YUSUF...tiupkan perlahan2... dengan penuh kasih sayang dan penuh harapan.

14. Untuk Suami/isteri yang bermasalah.... buatlah air Yasin rujuk buku Dr Amran Kasimin YASSIN UNTUK RAEWATAN DAN DOA, M/S 80 DAM M/S 11.. Kalau perlu...minta juga air tawar dgn tok2 guru, atau org alim....

15. Jika sekiranya berlaku perselisihan faham... atau suami memarahi anda....JANGAN JAWAB!! Dengar saja.... saya tahu anda terasa hati.. terluka...nak marah... lebih2 lagi kalau itu bukan kesilapan anda... istighfar banyak2... mohon Allah kuatkan hati anda.... baca juga doa nabi Ibrahim... QULNAA YAA NAARU KUUNI BARDAN WA SALAAMAN 'ALAA IBRAAHIM'…mohon Allah sejukan hatinya...sebagaimana Allah sejukkan api untuk Nabi Ibrahim, ketika baginda dicampakkan oleh kaumnya ke dlm api. Bila dia dah habis berleter...,(saya tahu anda sedih, so..tabahkan hati.....), salam dengannya ,cium tangannya, mohon maaf atas segala kelemahan anda.., buatkan air untuknya... kalau tak hilang juga rasa hati anda tu...pegilah siram pokok bunga ke..., basuh pinggan ke... buatlah apa yang patut. DI SINILAH KEMENANGAN ANDA, mungkin dia tak pujuk anda...tapi saya yakin.. dia tahu anda terasa hati dengan nya, oleh kerana egonya yg melangit... dia tak tunjuk...tapi...mungkin dia cuba berbaik dgn anda... mungkin dia ajak anda minum sekali.... masa tu...janganlah pulak anda jual mahal... dia sedar kesilapan dia tu pun...kira dah ok...!Dan.. inilah yang selalu saya alami... saya tak pernah jawab...walaumacamana perkataan yg terhambur dari mulutnya...!! Selalunya...kalau kecik hati...saya masuk bilik dan duduk diam2 dlam bilik...zikir banyak2.. baca buku... or whatever yang boleh menenangkan hati... tang ni... biasanya bila isteri tak melawan.... suami biasanya mati kutu!!

16. Jangan di ungkit kisah lama... terutama ketika moodnya...baik.

17. Jika dpt tahu suami curang...., cari bukti kukuh, siasat betul2 tanpa pengetahuannya..., JANGAN MELENTING DAN MENGAMUK. Memang kita marah..., kecewa...,dan macam2 lagi... SABAR...TABAHKAN HATI...KUATKAN SEMANGAT, BINA KEKUATAN DIRI..... cari puncanya..., cari jalan penyelesaiannya...minta bantuan rakan yg boleh di percayai.., minta bantuan keluarga..., TANPA PENGETAHUANNYA!!. Selalunya... sisuami... bila rahsianya pecah...ada 2 kemungkinan... samada dia tersedar akan kesilapannya...atau dia akan bertindak lebih dari itu lagi...!

18. Untuk kekuatan dalaman diri... cuba buat meditasi...perlukan latihan. Duduk bersila...macam buat yoga tu... pejamkan mata...kosongkan fikiran dari sebarang masalah.... tarik nafas dalam2,sambil tarik... baca LAAILAAHA ILLALAH...bayangkan kalimah ini masuk kedalam diri...keseluruh urat nadi...bagai aliran darah... tahan nafas 5-10 saat, hembuskan melalui mulut... dengan iringan kalimah tadi...dan bayangkan bersama hembusan nafas...segala energi -ve... segala yang tak baik dlm diri...keluar bersama hembusan nafas tadi.... Ulang 5 x.... kalau ada masa buat setiap hari....

19. Berlatih menggunakan MIND POWER anda... perlu latihan...(dah panjang sgt ni...lain kali cerita...) Mungkin anda juga pernah dengar tentang GERAK HATI.... DAN PERNAH ALAMINYA...TAPI...ANDA SERING ABAIKANNYA...! Sebenarnya... anda harus berlatih menggunakan gerak hati anda... banyak manfaatnya... itu sebenarnya adalah PETUNJUK DARI NYA.... Ramai orang tak perasan akan hal ini... kerana ia datang dlm bentuk LINTASAN HATI..., bila ada sesuatu berlaku... kita pun kata..." saya pun dah terasa dah... sebenarnya... terlintas juga di hati macam tu....." tapi sayang, kadang2 dah terlambat!!!

Jadi.. belajarlah membaca dan menggunakan gerak hati kita...


24 December 2020

SEJARAH NENEK MOYANG AKU

 INI SEJARAH NENEK MOYANG AKU.

SUDAH SAMPAI MASANYA SEMUA ANAK MELAYU TAHU SEJARAHNYA. 


HIKAYAT SANGTAWAL (SEJARAH NENEK MOYANGKU JUA)


Akulah Sangtawal.

Raja Tilam juga namaku,

Empayar Melayur dulunya kekuasaanku,

Akulah cicit Maharaja Bukit Siguntang itu.

Titisan darah iskandar zulkarnain juga mengalir ditubuhku


Bapaku bernama Sakranta,

pemerintah Empayar Jawaka,

Berketurunan dari negara Medang Gana dan Langkasuka

Di akhir abad pertama masihi.


Keturunan ku dari susur galur Empayar Jawadwipa

Suwarnabhumi ( Semenanjung emas) juga jadi sebutannya,

Dari situlah munculnya tamaddun bangsaku:

Al-Jawiyun nama gelarannya,

Tanah jawi tempat asalnya.


Kemuncak zaman keagunganku di abad ke 13.

Pada 1339,bersama sahabatku Gajah Mada,

Kurangkumkan negara diutara semenanjung swarnabhumi,

Campa,Kemboja dan Samudera – Pasai,

Bersatu di bawah Empayar Chermin.

Yang gah bernama Nusantara.


Inilah silsilah keturunanku:


Anakku Raja Bharubhasa ,putera sulungku,

ku beri gelarannya Sultan Jiddah,

Sultan Mahmud shah juga gelarannya.

Langkasuka negaranya.

Bersemayam gagah di Kota Mahligai,

Mengusir jauh Raja Bersiong,

Lalu menakluk Gangga Negara.

Bergabung dengan Mapahit dibawah Gajah Mada,

Untuk kegemilangan Pamalayu Kertanegara di Nusantara.

Lalu menakluk Champa,Kemboja dan Samudera,

Menjadi Empayar Chermin yang terkemuka.

Anakku ini katanya mangkat 1362,

Namun kutahu putera perkasa ku ini ghaib begitu saja.

Kalau mangkat dimana makamnya?


Cucuku Raja Baharun anakanda Raja Barubhasa menakluki Tiktawilwa

Lalu Tiktawilwa ditukar namanya kepada Singa Negara,

Cucu cicitnya kini menyebutnya Senggora atau Songkla.


Cucuku Raja Ibrahim anakanda Raja barubhasa

itulah digelar Pra Ong Mahawangsa,

Dialah nenek moyang raja raja kedah kini.


Cucuku Raja Tanjung Pura anakanda Raja Barubhasa

Atau digelar Sultan Baki Syah

Raja Cermin juga gelarannya.

Keturunan kesultanan kelantan dan Champa

adalah darinya.


Anakku Singa Dhiraja,putera ku yang kedua,

Ku beri gelarannya Sultan Sulaiman Syah,

Langkasuka lama atau Wurawari negaranya,

Cucuku Raja Negeri Mahligai anakanda Singa Dhiraja

Juga digelar Phya Kurub Mahayana

Cicitku Sultan ismail syah,anakanda Raja Negeri Mahligai

Juga digelar Phya Tu NakPa

Darinya bermulanya kerajaan Patani Darussalam.

Cicitku inilah sultan pertama menyebut shahadat dibumi nusantara,

Lalu digelar Sultan Ismail Zilullah Fiil-Alam.

Yang bererti bayangan Allah di mukabumi.


Puteri sulung ku Puteri Urduga,

ku beri gelarannya Cik Siti Wan Kembang.

Tanah Seindah Sekebun Bunga negaranya.

Terpahat namanya di Batu Bersurat Minye Tujuh di Aceh

Tertulis di situ “Warda Rahmatullah berketurunan Barubhasa,

mangkatnya pada jumaat 14 zulhijjah 781 hijrah

bersamaan 1380 Masihi.

Puteri Sadong anak angkatnya,

Juga ghaib hilang entah dimana.


Puteriku yang kedua Puteri Chendana,

Kukahwinkan dia dengan Sultan Malikul Zahir

Iaitu cucunda kepada Sultan Malikul Salih

atau Merah Silu,Sultan lagi wali yang tersohor itu.

Dari keturunan keduanya kah lahirnya Al-mahdi itu?

Yang memiliki titisan darah dan nasab keturunan

Hingga kepada Rasulullah dan dari iskandar Zulkarnain

Yang terkumpul padanya dua kekuatan

Kekuatan Rohani dan Fizikal

Yang akan membawa panji hitam dari timur

Panji kebenaran diakhir zaman


Puteriku yang ketiga Puteri Linang Cahaya.

Kukahwinkan dia dengan Syed Hussien Jamaluddin Kubra,

Dari keturunan keduanya lahirlah Syed Ali Nurul Alam

Yang juga digelar Sultan Qumbul atau Patih Gajah Mada,

Merupakan moyang kepada wali songo yang ternama itu.

Dari keturunan keduanya kah akan lahirnya Bani Tamim itu?

Yang disebut pembantu Al-Mahdi di akhir zaman.


Akulah Sangtawal Sakranta….

Aku kembali mencari negaraku yang hilang.

Aku kembali mencari keturunanku yang hilang.

Aku kembali mencari bangsaku yang hilang.

Aku kembali membuka pintalan sejarah dan menuntut kebenaran

Aku kembali mencari politik Pamalayu dari Kertanegara.

Aku kembali mencari Dinar emas bertarikh 577 Hijrah bersamaan 1180M,

Tertulis disitu cop mohor gelaran “Al-Mutawakkil”

Cop mohor diraja Kelantan atau Kelathana atau Medang Gana.


Ku selusuri jejak dari Himalaya ke Funan

Dari Maharaja gunung dan Sailendra

Mudik kehilir Sungai Mekong

Menjejak Campa dan Gangga Negara

Mencari Sriwijaya dan Mataram

Memburu perlak hingga ke pasai

Dari Pasai Ke Samudera

Lalu ku mengerti

Mengapa Aceh,Kedah dan Kalathana

disebut serambi mekah

Ingin kutitip kembali kisah secupak dari istambul itu.


Aku kembali mencari Sheikh Said Barsisa dari Pasai yang datang dari Hadramaut itu.

Beliaulah yang berjasa mengislamkan cucuku Sultan Ismail Zillulah Fiil-alam.

Aku kembali mencari Masjid Kerisek misteri itu untuk dikenang.

Aku kembali mencari meriam patani Sri Negara ,Sri Patani dan Mahalela yang hilang ,

Aku kembali mencari keris taming sari yang jatuh didasar lautan

Aku mencari kembali adinda Sheikh Jamaluddin Kubra

iaitu Sheikh Thanaudin ataupun digelar Sang Adi Putra

Aku kembali mencari Hang Tuah, laksamana melayu yang terbilang

Untuk bertanya kenapa katanya “Takkan melayu hilang didunia”

Aku mencari Jebat kerana aku kagum dengan semangatmu Jebat.


Aku mencari kitab sejarah melayu itu,

Kitab Sulalatus Salatin yang digubah indah

Oleh Tun Sri Lanang ,negarawan terbilang.

Banyak cerita samar di dalamnya,

haruskah ku ubah,atau haruskah ku uji,

Agar cucu cicitku bisa mengerti.


Aku mencari kitab Mahkota raja raja

Yang dikarang indah pembodek negara

Pengkhianat itu bernama sheikh nuruddin

Angkara dialah Sheikh Hamzah fansuri dihina.

Angkara dialah karya agung fansuri dimusnahkan..

Angkara dialah pengikut fansuri dibunuhnya

Masjid Baitulrahman menjadi saksi

Betapa bencana Tsunami telah menjadi bukti

Masjid ini masih megah berdiri

Berkat daulat dan keramat Hamzah fansuri.

Nah …Kebenaran tetap unggul sepanjang zaman


Demi kebenaran aku datang,

Demi kebenaran aku berjuang.

Kerana sejarah itu kebenaran zaman

Sejarah ditulis oleh yang menang,

Putih katanya putihlah sejarah,

Hitam katanya hitamlah sejarah.

Agar cucu cicitku keturunanku

tidak menelan mentah cerita lama

agar cucu cicitku mengerti

agar mereka menilai segalanya

dengan akal dan mata hati


Mana penglipur lara itu yang memutar sejarah.

Mana penglipur lara itu yang mengubah cerita,

Mana dia tok selampit itu yang memadam sejarah.

Mana dia tok dalang wayang kulit itu yang bijak bersandiwara.

Mana dia juara tukang dikir itu yang mempesona .

Mana dia saudagar sejarah,

Mana dia peniaga bangsa.


Mana dia tetamu yang tak diundang

Musafir bermukim dibawah naugan payung mahkota

Telah lupakah dikau asal usulnya dimana

Tidak bersyukur setelah tidak diminta upah ufti atau dinar emas

Apa lagi untuk berterima kasih atas penghormatan Sang Penguasa

Mengadu domba, meminta betis setelah diberikan paha

Lalu bertanya erti ketuanan

Siapa itu ketuanan Melayu katanya

Apakah sewaktu datang mu dulu

negara berdaulat ini tidak beraja tidak bertuan?

sedangkan kakimu yang berpijak itu adalah atas bumi berdaulat

mana ada ketuanan rakyat?

Sekali lagi mereka cuba menipu sejarah

Namun bila panji kebenaran tertegak

pasti

Cerita dongeng mereka akan berselerak


Bukalah kembali hikayat raja-raja Pasai.

Didalamnya tercatat jelas sabda junjungan

Wasiat Rasul dikeji jangan

Kebenaran pasti datang dari bumi Samudera- negeri dibawah angin

Yang bernama Nusantara.


Mana zuriat keturunanku yang pernah hilang

Mana dia bangsa jawiku yang terbuang

Mana Empayar melayur yang hilang

Mana Empayar Cermin yang pernah terbilang

Moga ketemu diakhir zaman

Moga bersatu diakhir zaman

Moga menang keakhir zaman

Bersama kita nantikan…


CREDIT PD PENCIPTANYA....

04 December 2020

Semalu Rawat Kaki


 Petua Merawat Kuku kaki dan tangan dengan Pokok Semalu.

.

○● Pokok semalu yang dicabut menggunakan playar (keseluruhan pokoknya termasuk akar) direbus di dalam periuk hingga menggelegak. 

.

○● Biarkan sejuk sedikit kemudian masukkan air itu ke dalam besen atau baldi, masuk kan kaki atau tangan dan rendam di dalam air rebusan itu. 

.

○● Air rebusan ini cukup baik untuk mengekalkan kelembapan tangan dan kaki, menghilangkan gatal-gatal tangan dan kaki akibat 'makan sebayan' (loghat Kelantan) atau tangan dan kaki 'dimakan' dek air atau istilah saintifiknya, Athlete's foot dan juga cekam pada kuku tangan dan kaki. 

.

○● Gatal-gatal tangan jenis ini dan juga tangan (keliling kuku) yang agak merah dan bengkak-bengkak (semacam dipenuhi air) - biasa dialami mereka yang banyak 'main air' seperti tukang masak, tukang cuci pinggan dan tukang cuci baju (basuh tangan). 

.

Sumber orang yg memberi petua ini juga adalah pengusaha warung yang setiap pagi memasak pelbagai hidangan untuk sarapan dan juga makan tengah hari dan melihatkan tangan (akibat banyak 'main air' dalam proses memasak) dan kakinya, tiada langsung kesan jenis kerja tersebut pada tangan dan kakinya (akibat berdiri hampir sepanjang hari - tiada langsung pecah tumit dan sebagainya!!) - She is a living proof! Petua di ataslah yang diamalkan olehnya selama berpuluh tahun lepas.

.

Credit info dari : Che Murad Abdullah