12 April 2022

02 July 2021

Sejarah Hitam Kesultanan Mealyu

 Tragedi 3 Mac 1946. 

'Ketuanan Rakyat' Yang Menjadi Detik Hitam Sejarah Melayu

-------------------------------------------------------------------------


65 tahun tidak lama. Adakah kita telah lupa? Dua bulan sebelum UMNO ditubuhkan di Istana Johor, lima sultan di lima negeri Melayu di Sumatera Timur telah dibunuh dengan kejam. Beribu-ribu orang kerabat raja turut dibunuh kejam.


Jam 12 malam 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur. Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk menyertai gagasan Indonesia.


Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan pendatang luar.


Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula menguasai partai politik dan juga membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh atau Parti Komunis Indonesia.


Akibat jarak dan kegagalan Sukarno berhubungan dengan sultan-sultan Melayu di Sumatera bagi mendapatkan kepastian mereka dalam pernyataan sokongan kemerdekaan dari Belanda, Timbalan Gabenor Sumatera yang dilantik, Amir Syarifuddin (salah seorang pro-komunis) tiba di Serdang dalam negeri Asahan dari pulau Jawa dan menghasut para penyokong komunis supaya menghapuskan kuasa Sultan dan bangsawan di istana mereka di Serdang. Dia merupakan seorang penulis yang merupakan redaksi majalah Pemoeda Soematra.


Secara diam-diam, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk menghapuskan monarki kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan. Mereka kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk menghasut rakyat dengan laungan 'Daulat Rakyat' bagi melawan laungan 'Daulat Tuanku'. Selain itu, isu bahawa Raja-Raja Melayu ini mempunyai hubungan baik dengan dengan Belanda dimainkan selain kononnya pihak istana memeras dan menindas rakyat.


Muslihat ini dilakukan setelah Gabenor Sumatera yang dilantik, Tengku Muhammad Hassan beserta rombongan yang 7 buah kereta , bertolak dari Medan pada 6 Februari 1946 melalui Brastagi dan Sumatera Tengah menuju ke Sumatera Selatan, dan mengikut rancangan, akan kembali ke Medan pada 22 Mac 1946.


3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang kebanyakan rakyat pendatang, telah dipimpin oleh orang-orang komunis kiri PKI dan mengajak bersama-sama mereka PNI dan Pesindo, menyerbu istana dan pejabat kerajaan Melayu dan mengumumkan bahawa kerajaan Melayu telah dihapuskan oleh rakyat Indonesia.


Pembunuhan terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain, di lakukan oleh orang ramai yang pro-komunis yang dipimpin Parti Komunis Indonesia.


Penyerbuan itu merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa gelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu. Kesemua sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang Sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis.


Hampir separuh penduduk negeri-negeri ini terdiri dari kaum pendatang yang didatangkan sebagai kuli di ladang-ladang.


Di tempat lain, istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota Binjai diserbu dan dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan Indonesia yang terkenal, Tengku Amir Hamzah. Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa dan yang lebih memilukan lagi pemerkosaan dilakukan di depan mata baginda Sultan Langkat, dan putera mahkota yang masih muda hilang entah ke mana. Kekejaman ini dilakukan oleh seorang pemimpin PKI bernama Marwan dan pengikut-pengikutnya.


Kesultanan Langkat adalah kesultanan paling kaya dan mewah di Sumatera kerana mempunyai hasil petroleum dan jika istana Sultan Langkat yang hangus dibakar itu masih berdiri, ia merupakan khazanah yang tinggi nilainya untuk orang Melayu sedunia.


Kerabat-kerabat lelaki di negeri Asahan dibunuh kesemuanya termasuk isteri Tengku Musa dan anaknya. Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenalpasti sebagai kerabat raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunuh dengan kejam di Asahan sahaja.


Mereka kemudian menangkap semua kerabat-kerabat diraja Melayu di beberapa daerah terdiri dari perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan di Simalungun dan Tanah Karo, disiksa, dihina dan dibunuh.


Indonesia pada waktu ini seolah-olah menyokong kekejaman ini sehinggakan dua generasi orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka. Mereka takut mengaku Melayu, takut memakai baju Melayu dan menambah gelaran Batak di depan nama mereka supaya boleh bersekolah atau diterima di pejabat kerajaan. Mereka menghilangkan gelaran Tengku atau Wan karena takut dicaci sebagai kerabat raja.


Akhirnya, selepas 19 tahun, pada 30 September 1965, terjadilah rampasan kuasa oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan Jenderal Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia. Puak pro-komunis Indonesia menerima nasib yang dianggap sebagai balasan kepada apa yang telah mereka lakukan ke atas Sultan-sultan Melayu di Sumatera. Hampir 2 juta puak pro-komunis Indonesia telah dibunuh oleh tentera Indonesia dan sebahagian besar pemimpin Parti Komunis Indonesia di Sumatera Timur terbabit mencetus 'Revolusi Sosial 1946' di Sumatera Timur dengan membunuh parak Sultan dan kerabat diraja serta merompak istana-istana ditangkap dan dibunuh oleh tentera dan juga rakyat.


Sinar bagi orang Melayu di Sumatera Timur kembali pada tahun 1971 apabila pemimpin masyarakat Melayu Sumatera Timur yang dilindungi oleh Panglima Komando Wilayah Sumatera, Leftenan Jenderal Ahmad Tahir, telah mengumpul dan menyatukan sebanyak 17 organisasi masyarakat Melayu dan membentuk payung organisasi bernama MAJLIS ADAT BUDAYA MELAYU INDONESIA (MABMI) .


Sehingga kini, adat budaya Melayu masih banyak yang hilang akibat terputusnya dua generasi pada masa mula revolusi sosial dan sepanjang zaman pemerintahan Sukarno. Walaupun kini telah ada yang berusaha menggali khazanah budaya Melayu Sumatera Timur tetapi itu belum cukup tanpa bantuan dari orang orang Melayu di seluruh penjuru dunia.


Para pecinta sejarah Indonesia kini menyesali keterlanjuran masyarakat yang mudah ditipu oleh pihak komunis yang kononnya pro-rakyat yang meniup fitnah demi merampas kuasa pemerintahan dengan jalan mudah.


Sumber   :   http://ipohmalay.blogspot.com/2011/02/tragedi-3-mac-1946-ketuanan-rakyat-yang.html?m=1


Gambar  :  

http://revealpics.blogspot.com/2011/02/tragedi-3-mac-1946-daulat-rakyat-yang.html?m=1


#MelayuBangkit

#PemantauMalaysiaBaru

#GerakkanSuaraRakyat

#LJU18

Tun Fatimah II


29 June 2021

Akhlak hadapi musibah: 7 teladan kisah Nabi Yusuf AS

 


Written by Nik Fatma Amirah
Rate this item
(3 votes)

1. Menjadi ayah yang dicintai

“(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku." (Surah Yusuf: Ayat 4)

Ayat ini menceritakan bahawa Nabi Yusuf alaihissalam meluahkan kepada ayahnya mengenai mimpi yang dia alami. Beliau menggunakan perkataan “Ya Abati” - Wahai ayah yang saya cintai. Nabi Yusuf melafazkan kepada ayahnya, Nabi Yaakub alaihissalam seolah-olah bermaksud “Wahai ayah yang saya kasihi”. Dia bercakap dan meluahkan kepada ayahnya yang dia cintai.

 

Persoalan untuk kita, selepas beberapa minggu PKP ini, apabila kita duduk bersama anak-anak dan isteri di rumah, adakah berlaku peningkatan kasih sayang anak kepada kita?

 

Bukanlah bermaksud anak melafazkan “saya cinta ayah dari hari ke hari”, tetapi sejauh mana berlakunya situasi ayah yang sayangi anak, sehinggakan anak merasakan ayahnya memberi telinga untuk mendengar tentang anak-anak, memberi keadilan kepada anak-anak jika berlakunya pergaduhan?

 

Bagaimana kayu ukur ayah yang dicintai anak? Iaitu apabila ayah memberi telinga apabila anak mahu meluahkan sesuatu. Jika Nabi Yaakub tidak mempunyai karakter seorang ayah yang baik, mana mungkin Nabi Yusuf boleh meluahkan mimpinya.

 

2. Elakkan menonton pornografi dan sumbang mahram

 

“Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya." (Surah Yusuf: Ayat 23)

 

Menerusi ayat ini Allah merakamkan perbuatan yang tidak menundukkan pandangan atau zina mata. Isteri al-Aziz menggoda Nabi Yusuf berpunca daripada tidak menundukkan pandangan, sehingga akhirnya mencari mangsa (iaitu Nabi Yusuf) untuk melakukan perbuatan zina.

 

Surah Yusuf mengajar kita bahawa seseorang boleh diheret kepada lembah penzinaan akibat tidak menjaga mata daripada melihat perkara yang buruk seperti menonton pornografi.

 

Nabi Yusuf waktu itu masih muda, belum berkahwin, duduk jauh dengan ibu ayah dan Nabi Yusuf telah dipersiapkan dengan suasana yang menyebabkan tiada orang ketiga yang tahu.

 

Baginda duduk di negara bukan Islam, boleh beri alasan kerana arahan isteri majikan dan boleh saja dia menjadikan ini sebagai alasan untuk berzina. Tetapi beliau tidak melakukan sedemikian dan beliau berdoa untuk mencari kekuatan.

 

Jadi dalam tempoh PKP ini, banyak berlakunya gangguan seksual, gejala menonton pornografi dan sebagainya, sehinggakan trafik Pornhub di Malaysia meningkat sehingga 84 peratus sepanjang wabak COVID-19 ini dan Malaysia menjadi tempat keempat yang tertinggi di dunia.

 

3. Membuat simpanan jangka panjang

 

Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.” (Surah Yusuf: Ayat 47)

 

Nabi Yusuf menyarankan dari dalam penjara, pelan bertindak untuk pemerintah Mesir waktu tersebut. Beliau telah menegaskan kepada raja Mesir, bahawa Mesir akan mengalami subur tujuh tahun dan berlaku kehijauan dan kesuburan, maka jangan terperangkap di zon selesa.

 

Kita perlu ada sikap seperti Nabi Yusuf sarankan dalam ayat ini:

 

1. Daaban (دأبا) - Bekerja lebih kuat daripada biasa dan bersungguh-sungguh, bukan setakat dapat makan untuk keluarga tetapi ada simpanan untuk tujuh tahun kemarau nanti.

 

Pastikan kita tidak boros berbelanja. Musim PKP ini jangan banyak tidur walaupun kita masih ada gaji. Kita mesti ada cara lain untuk mencari rezeki. Mungkin hikmah musim PKP ini, Allah ingin kita belajar mencari rezeki tambahan. Nabi Yusuf memerintahkan supaya rakyat Mesir supaya bercucuk tanam. Pekalah dengan orang lain sama ada cukup makanan atau tidak.

 

2. Tuai ((حَصَدتُّمۡ فَذَرُوهُ فِي سُنۢبُلِهِ) - Jangan pisahkan daripada tangkai (utamakan kualiti makanan)

 

Simpan beras/gandum yang tidak terpisah daripada tangkai atau maksudnya menjaga kualiti makanan supaya dapat disimpan lama. Tempoh kritikal ini, kita cuba simpan untuk jangka masa panjang dan tidak mudah luput. Utamakan makanan sihat. Jangan pula kita bebas daripada COVID-19 tetapi kita dapat penyakit lain. Jangan makan benda manis.

 

3. Berjimat cermat (قَلِيلا) - Makan sedikit dan belajar untuk jadi orang miskin waktu ini.

 

4. Merancang untuk elakkan bahaya akan datang

 

Bapa mereka berkata: "Aku tidak sekali-kali akan melepaskan dia (Bunyamin) pergi bersama-sama kamu, sehingga kamu memberi kepadaku satu perjanjian yang teguh (bersumpah) dengan nama Allah, bahawa kamu akan membawanya kembali kepadaku dengan selamat, kecuali jika kamu semua dikepong dan dikalahkan oleh musuh."

Maka ketika mereka memberikan perjanjian yang teguh (bersumpah) kepadanya, berkatalah ia: "Allah jualah yang menjadi Saksi dan Pengawas atas apa yang kita semua katakan itu." (Surah Yusuf: Ayat 66)

 

Jangan jatuh di lubang yang sama dua kali. Ambil teladan daripada orang yang sudah melalui. Nabi Yaakub menyuruh anak-anaknya untuk membuat perjanjian untuk menjaga Bunyamin sebelum melepaskan Bunyamin pergi bersama saudara kandungnya.

 

Timbul persoalan, mengapa Nabi Yaakub membuat perjanjian ini, sedangkan ketika Yusuf keluar bersama saudara kandungnya dahulu, beliau tidak membuat perjanjian seperti ini? Kerana Nabi Yaakub tidak mahu masuk di lubang yang sama dua kali.

 

Kali ini Nabi Yaakub mengambil langkah berjaga-jaga (extra protection) bukan tawakal semata-mata, tetapi dengan cara lain iaitu perjanjian. Beliau tidak mahu perkara sama yang dihadapi oleh Nabi Yusuf.

 

Untuk elakkan bahaya, Nabi Yaakub meminta mereka bersumpah atas nama Allah untuk tidak melakukan keburukan kepada Bunyamin. Nabi Yaakub juga pesan kepada anak-anaknya menerusi ayat ke-67 surah yang sama supaya anak-anaknya tidak masuk ke bandar Mesir dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuk dari beberapa pintu yang berlainan. Pecahkan diri dan jangan berhimpun kerana bimbang ada penyakit ain. Ini strategi seorang ayah untuk elakkan bahaya.

 

Bukankah elok tawakal sahaja dan tidak perlu strategi? Sunnah mengajar kita atas beberapa keadaan kita perlu ada langkah berjaga-jaga atau extra protection (ikhtiar), bukan tawakal semata-mata. Jika kita sudah ambil langkah berjaga-jaga dan terjadi juga sesuatu yang bahaya serta tidak boleh atasi, ia adalah perancangan Allah.

 

Musim COVID-19 ini walaupun kita sudah ambil langkah berjaga-jaga, kita harus ingat, boleh jadi kita terkena juga penyakit tersebut dan mati boleh datang pada bila-bila masa.

 

5. Memperbanyakkan istighfar ketika rezeki tertahan

 

“Maka (bertolaklah mereka ke Mesir,dan) setelah mereka masuk mengadap Yusuf, berkatalah mereka: "Wahai Datuk Menteri, kami dan keluarga kami telah menderita kesusahan (kemarau), dan kami datang dengan membawa barang-barang yang kurang baik dan tidak berharga (untuk menjadi tukaran bagi benda-benda makanan negeri ini).” 

“Oleh itu, sempurnakanlah sukatan bekalan makanan bagi kami dan mendermalah kepada kami, sesungguhnya Allah membalas dengan sebaik-baik balasan kepada orang-orang yang bermurah hati menderma." (Surah Yusuf: Ayat 88)

 

Apabila rezeki kita agak tertahan atau Allah uji rezeki kita, maka kita perlu banyakkan istighfar. Allah tahan rezeki untuk kita kembali semula kepadaNya. Kekuatan kita boleh ambil d isebalik istighfar. Jadikan musibah rezeki sebagai peluang untuk banyakkan istighfar.

 

Ayat ini menceritakan bahawa saudara Nabi Yusuf datang ke Mesir dalam keadaan kurus kering, mengharapkan belas ihsan oleh kerajaan, merayu kepada pemerintah supaya sempurnakan sukatan dan bersedekah kepada mereka.

 

“Waktu ini kalian masih ingat apa yang kalian buat kepadaku?” Nabi Yusuf mengajar mereka pada saat mereka sedang diuji dengan tiada aset. Pentingnya taubat dan istighfar. “Kalian jadi tersepit ekonomi kerana tidak pernah menginsafi apa yang kalian sudah buat”. Yusuf ingatkan mereka tentang dosa mereka.

 

6. Meyakini Allah Maha Menyembuhkan

“Pergilah dengan membawa bajuku ini, kemudian letakkan pada muka ayahku supaya ia dapat melihat dan selepas itu bawalah kepadaku keluarga kamu semuanya." (Surah Yusuf: Ayat 93)

 

Kepada Allah kita memohon. Kita yakin Allah Taala mampu menyembuhkan. Dalam ayat 93, Nabi Yusuf berkata kepada saudaranya, pulanglah dengan bajunya dan letakkan pada muka ayahnya supaya ayahnya dapat melihat, manakala ayat 96 pula:

 

“Maka sebaik-baik sahaja datang pembawa khabar berita yang menggembirakan itu, dia pun meletakkan baju Yusuf pada muka Nabi Yaakub, lalu menjadilah ia celik kembali seperti sediakala. Nabi Yaakub berkata: "Bukankah aku telah katakan kepada kamu, sesungguhnya aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) daripada Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya?" (Surah Yusuf: Ayat 96)

 

Apabila mereka meletakkan baju pada muka ayahnya, mata ayahnya dapat melihat. Persoalannya, bagaimana baju boleh merawat mata yang tidak boleh melihat?

 

Ulama ada mengatakan ini adalah perkara luar daripada adat atau batasan logik. Nabi Yaakub boleh melihat bukan kerana baju itu, tetapi kerana izin Allah. Allah Yang Maha Menyembuhkan.

 

Nabi Yusuf bukan menghantar doktor untuk merawat ayahnya, tetapi baju sahaja. Ini bukti kuasa Allah dan baju tersebut hanya asbab sahaja. Musim COVID-19 ini, kita jangan putus asa mengharapkan keajaiban daripada Allah. Jika ada ahli keluarga kita positif COVID-19 atau ada penyakit lain, teruskan bersihkan hati kita agar doa kita mustajab, sesungguhnya Allah Maha Menyembuhkan.

 

7. Memperbanyakkan mengingati mati

 

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian daripada kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian daripada ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh." (Surah Yusuf: Ayat 101)

 

Banyakkan mengingati mati, jangan kita selesa jika kita tidak dijangkiti. ‘Stay At Home’ bukan boleh memelihara kita daripada kematian. Anggaplah COVID-19 ini sebagai peringatan untuk kita sentiasa mengingati kematian. COVID-19 hanya asbab kematian, peluang untuk banyak mengingati mati.

 

Doa Nabi Yusuf kepada Allah “tawaffani musliman, wa alhiqni bissolihiin” (Ya Tuhanku, seandainya kau akan wafatkan aku, maka wafatkan sebagai Muslim dan hubungkan bersama orang-orang soleh).

 

(Nota dari Kuliah Online Ustaz Muhamad Syaari Ab Rahman di page facebook Tadabbur Centre)

Link: https://www.facebook.com/TadabburCentre/videos/209192110510104/

Ditulis oleh: Nik Fatma Amirah Bt Nik Muhamad

22 June 2021

KEJAHATAN LEBIH BESAR DAN DIAGUNGKAN?

 Kredit: #TabungDiri# Azizul Azli Ahmad


BIGGER AND GLORIFIED CRIME?


In the book Barking Up The Wrong Tree is explained.


1. Not all good happens as in the end to a Disney movie. We grew up that good would come eventually.


2. In the study Bad is Stronger than Good explained that, bad things have a greater effect than good things


3. Bad emotions, bad parental education, scam scams have a worse effect than good information.


4. All the findings of the study show ‘the bad have a stronger psychological effect than the good’.


5. We always find naughty, uneducated people successful and rich in life and career.


6. Rude people get higher and better values.


7. Too good people are considered less competitive, naughty people are considered competitive.


8. Many teachers, motivators, sifo exposed their deception. They remain as revered today as the Brilliant but Cruel review.


9. People prefer challenging things to good things.


"Is it really possible to become a millionaire fast?"


"Is there really a purchase without capital?" 


10. Research also shows that bad people have more good leadership qualities than good people. They guard their clan like in a prison cell or a street gang.


11. Good people will be trampled to achieve the power of this leader. They are glorified as good leaders and leadersGood


12.people will leave this race, they don’t like arguing and fighting with evil people. So many people remain deceived and become the next victims.


Only the brave will continue to remain fighting and ready to be sued.



#Source of the script Barking Up The Wrong Tree - most of the success we know is a consequential of a big mistakes. 


#There are many free seminars that attract members for thousands ringgit a result of us being lazy to read the data only


dollars#Who Has Ever Attended Expensive Paid Classes?





Prinsip Maqasid Shariah

 PRINSIP MAQASID SYARIAH

1) Menjaga keselamatan agama  (خفظ الدين )

Matlamat syariah yang pertama dan terpenting adalah kehidupan seseorang Muslim ialah menjaga keselamatan agama. Agama menjadi pemisah kualiti sebenar seorang Muslim dan amat berkait rapat dengan aspek akidah. Dalam konteks organisasi, aspek keagamaan perlu dititikberatkan. Kegiatan yang dilaksanakan perlulah dijaga agar tidak bercanggah dengan ajaran yang berteraskan fahaman tauhid serta tidak menggugat akidah yang dianuti seseorang. Membebaskan minda dan kepercayaan manusia dari dibelenggu kurafat, tahyul, bid'ah , munafik, ideologi , dan taklid buta merupakan perkara utama yang ditegaskan menurut susunan atau hierarki maqasid syariah.
Islam datang untuk membebaskan minda dan kepercayaan manusia daripada belenggu khurafat, tahyul, kemunafikan dan kesyirikan. Islam mengajak manusia beriman kepada Tuhan yang Satu dan Esa iaitu Allah s.w.t. dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya (rukun iman) serta menjauhi anasir-anasir syirik dengan menjelaskan pelbagai panduan unluk melaksanakan ketaatan kepada Allah s.w.t.
Contohnya Ibarat rumah yang dilengkapi dengan tiang dan bumbung, begitu juga dalam agama,kita perlu menjaga akidah kita dengan solat. Solat merupakan tiang agama menakala bumbung rumah pula diikuti dengan amalan yang dilakukan.


 Firman Allah s.w.t dalam Surah al-lkhlas ayat 1-3: "Katakanlah wahai Muhammad, Allah itu Satu. Allah tempat tumpuan [meminta]. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang menyamai denganNya". Pada masa yang sama, Allah s.w.t telah mensyariatkan dakwah dan jihad sebagai pendekatan yang afirmatif untuk kelangsungan pemeliharaan kesucian dan kepercayaan terhadap agama Islam.




Firman Allah s.w.t. dalam Surah All Imran ayat 10: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan kamu beriman kepada Allah. . . ". . 

2) Menjaga keselamatan jiwa (nyawa) (خفظ النفس)

Maqasid syariah ialah menjaga dan memelihara jiwa (nyawa) serta tubuh badan manusia. Justeru itu, Islam telah mewajibkan setiap individu untuk menjaga keselamatan diri masing-masing dan pada masa yang sama melarang keras perbuatan yang boleh mengancam keselamatan nyawa diri sendiri atau orang lain.
Contohnya: Dalam peraturan jalan raya kita perlulah patuh kepada lampu isyarat agar kita dapat mengelakkan daripada berlakunya kemalangan, begitu juga dengan manusia. Allah telah menentukan yang terbaik buat hambanya, jika kita merasai kesedihan jangan menyakiti diri atau nyawa sendiri mahupun orang lain sebagai penyelesaian setiap masalah.
Hal ini mewajibkan seseorang itu memelihara nyawanya dan nyawa orang lain sejajar dengan firman Allah , iaitu :


Maksudnya:
''Dengan sebab ( kisah pembunuhan kejam ) yang demikian itu, Kami tetapkan atau Bani Israel, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah - olah dia telah membunuh manusia semuanya, dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.'' 
                                                                                                           ( Surah al - Maidah 5:32 ) 

Maksud ayat tersebut  menjelaskan bahawa nyawa perlu dipelihara oleh setiap individu. Oleh itu, dalam konteks organisasi , persoalan keselamatan harus diberi keutamaan. Hal ini termasuklah unsur keselamatan di tempat kerja atau di sesebuah lapangan perlu dititikberatkan. Segala kegiatan yang boleh menggugat atau mengancam nyawa manusia hendaklah dihindari.


Firman Allah s.w.t. lagi

Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar". Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya).
                                                                          ( Surah al-Anam ayat 151)

3) Menjaga keselamatan akal ( خفظ العقل)

Menjaga akal dan pemikiran merupakan salah satu daripada matlamat syariah Islam. . Melalui keistimewaan inilah manusia diberikan status sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi bersesuaian dengan ketentuan dan perintah Allah s.w.t. Melaluinya manusia dapat mengeksploitasi segala anugerah alam untuk kesejahteraan manusia. Bersesuaian dengan tujuan ini dan agar akal dapat berfungsi dengan sewajamya, syariah Islam telah menegaskan mengenai kepentingan untuk menuntut dan menguasai ilmu pengetahuan. Firman Allah s.w.t.

  
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah mencipta. . .
                                                                                                                  (Surah al- Alaq ayat 1)

Oleh itu, akal dan pemikiran perlu dijaga kerana merupakan anugerah Allah yang paling berharga kepada manusia. Akal dan pemikiran juga merupakan keistimewaan daripada Allah SWT yang membezakan manusia dan makhluk yang lain. Akal bukan sahaja perlu dijaga, tetapi perlu disuburkan fungsinya  pembacaan demi kebaikan umat sejagat. Syariah Islam juga dalam usahanya menjamin kewarasan dan kekuatan berfikir telah mengharamkan sebarang bentuk perlakuan yang boleh untuk menjejaskan fungsi akal.
Contohnya segala unsur yang boleh merosakkan akal adalah sama sekali dilarang dalam islam, termasuklah minum arak, mengambil dadah, serta memirkan perkara yang tidak terjangkau oleh akal manusia.  

Hal ini disebut di dalam firman Allah :


Maksudnya: 
''Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah ( semuanya) kotor ( keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.''
(surah Al-Maidah ayat 90)
Akal akan bertindakbalas melalui pelbagai ilmu yang dimiliki. Jika akal atau minda manusia tidak di isi dengan ilmu pengetahuan, ianya akan mengakibatkan kelemahan kekuatan berfikir. Jika ini terjadi, manusia akan mensia-siakan fungsi kemanusiaan dan kekhalifahannya. Kehidupan meraka akan menjadi rendah nilaianya dan kadangkala lebih hina daripada haiwan yang hanya hidup untuk rnakan, minum dan memuaskan hawa nafsu sahaja.

4) Menjaga keselamatan maruah dan keturunan  ( خفظ النصب )

Syariah Islam amat mementingkan persoalan ini. Memelihara maruah dan keturunan manusia merupakan salah satu matlamat syariah Malah Islam sendiri, dibina atas akhlak yang mulia. . Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bemaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempumakan akhlak yang mulia". jika diteliti seluruh perintah dan larangan Allah s.w.t, akan didapati bahawa ianya bertujuan semata-mata untuk membentuk keperibadian yang luhur dan terhomat.
Lihatlah kepada kesan kewajipan bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat, menunaikan ibadat haji dan lain-lain lagi. Semua ibadat khusus ini jika ditunaikan dengan penuh ketertiban akan dapat membentuk ketinggian dan kemuliaan akhlak. Oleh itu segala bentuk yang boleh membawa kepada pencabulan maruah dan keturunan manusia adalah dilarang sama sekali. Jika diperhatikan tegahan dan larangan Allah s.w.t., ianya mempunyai tujuan yang satu iaitu untuk menghindarkan manusia daripada terjatuh ke lembah kehinaan.
Contohnya seperti pengharaman zina, mengumpat, bercakap bohong, mencuri dan lain-lain lagi. Ianya mempunyai tujuan yang satu iaitu untuk menghindarkan manusia daripada terjatuh ke lembah kehinaan. Lantaran itulah, Allah s.w.t. telah mengharamkan perbuatan-perbuatan ini. Allah s.w.t. telah berfirman

Maksudnya: ''Dan janganlah kami menghampiri zina . Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan ) 
( Surah al- Isra' 17:32 )

Dalam soal pengharaman judi dan meminum arak, Allah s.w.t, berfirman



bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya [meminum] khamar, berjudi, menyembah berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji daripada perbuatan syaitan, makajauhilah perbuatan-perbuatan itu. . . ".
                                                                                         ( Surah al-Maidah ayat 90)

Dalam konteks organisasi , perkara yang boleh mendorong kepada perbuatan zina dan mencabul kehormatan orang lain hendaklah dihalang dengan segera. Hal ini dapat dilaksanakan dengan meningkatkan kesedaran beragama serta mewujudkan budaya yang boleh mengukuhkan nilai dalaman dan akhlak pekerja. Dengan itu, organisasi dapat dilihat .Kesimpulannya, seluruh perintah dan larangan Allah s.w.t. dapat dikaitkan dengan kepentingan untuk menjamin kehormatan dan maruah diri.

5) Menjaga keselamatan harta

Menjaga dan memiliki harta merupakan salah satu tujuan atau maqasid syariah. Tt Tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan yang sempuma bagi sesorang manusia juga amat berkait rapat dengan pemilikan dan penguasaan terhadap harta. Menyedari hakikat inilah, syariah Islam telah menggariskan peraturan, hukum dan undang- undangnya yang tersendiri dalam soal kehartaan. lanya dibincangkan secara meluas di dalam displin dan bidangnya yang tersendiri yang dikenali sebagai Fiqh Muamalat Umumnya, bidang ini telah menggariskan prosedur-prosedur tertentu bermula sejak dari usaha untuk memiliki, menguasai dan membelanjakan sesuatu harta.
Contoh  untuk mendapatkan harta mengikut cara yang betul, Islam mensyariatkan kaedah pemilikan harta seperti jual beli, sewaan dan sebagainya. Manakala bagi melindungi keselamatan harta, Allah mengharamkan jenayah mencuri dan mengarahkan kuatkuasa undang-undang hudud serta mengharamkan kita memakan harta anak yatim. Pemilikan harta hendaklah diusahakan melalui cara dan pendekatan yang diharuskan. Dalam hal ini, misalnya syariah Islam telah mengharuskan jual beli dan telah mengharamkan riba. Di samping itu, dalam usaha pemilikan harta ini, selain daripada riba, syariah Islam juga misalnya telah mengharamkan perjudian, rasuah dan pengurangan atau penipuan dalam timbangan.


“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya ) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang telah mereka telah usahakan ,(juga sebagai)suatu hukuman   pencegahan daripada Allah, dan (ingatlah  ) Allah Maha Kuasa  lagi Maha Bijaksana”                                                                                                                     
                                                                                                                          (Surah al-Maidah 5:38)  


Syariah Islam juga telah menetapkan cara dan kaedah yang tertentu bagi membelanjakan harta. Di antaranya syariah Islam telah mewajibkan zakat kepada harta-harta yang tertentu dan amat menggalakkan sedekah dan pemberian hadiah dalam keadaan-keadaan tertentu. 

Firman Allah s.w.t

bermaksud: "Hendaklah kamu membelanjakan harta kamu pada jalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”. 
                                                                                                                  ( Surah al-Baqarah ayat 195 )

Kredit : http://prinsippengurusanislam.blogspot.com/2016/09/prinsip-maqasid-syariah.html

20 June 2021

Warak, Haram & Syubhah

 Warak, Haram Dan Syubhah


Wajib tahu apa yang diharamkan Allah


Orang yang beragama tak sepatutnya terjerumus dalam perkara yang haram seperti makan binatang yang haram atau ambil harta orang lain


Warak ada 4 tingkatan:

1. Warak udul, memelihara diri daripada perkara yang terang haram


2. Warak salihin, memelihara diri daripada perkara yang difatwakan oleh Mufti iaitu halal, dengan andaian ada kemungkinan haram perkata tersebut


3. Warak muttaqin, meninggalkan perkara yang halal kerana khuatir terlibat perkara yang haram


4. Warak sadiqin, memelihara diri daripada mengambil perkara yang halal selain daripada Allah


Orang kebanyakan biasanya terlibat dengan perkara syubhah sebab terlepas pandang 3 perkara:


1. Meninggalkan menyelidik pada tempatnya

Tidak usul periksa perkara syubhah


Manusia ada 3 golongan:

- Seorang yang dah dikenali kebaikan (orang baik, orang soleh), makanlah makan yang dihidangkannya, ambil hadiah/sedekah, jual/beli tiada masalah

- Orang yang tak dikenali (tak tahu baik atau tidak), tanya dengan lemah lembut mana datang makanan ini, tapi sekiranya takut dia berkecil hati maka tak perlu tanya

- Orang yang terkenal dengan kezaliman (melakukan dosa besar sama ada meninggalkan kewajipan atau melakukan tegahan), jangan bermuamalat sama sekali melainkan terpaksa, tetapi selidik dulu dan bertanya tentang dirinya


2. Tidak memelihara diri daripada muamalat yang rosak

Menjauhi semua urusan muamalat yang rosak dan yang makruh


Jangan sampai menjual dan membeli tanpa lafaz akad jual beli yang betul

Jangan tipu ketika menjual, jangan sembunyi perkara tentang barang yang dijual

Jangan terlibat dengan riba, dosa besar


Contoh syarat jual beli, kedua belah pihak kena bersetuju dengan harga yang ditetapkan

Tapi pembeli nak beli sayur yang dijual RM5, kata nak bayar RM2 saja, bila bayar terus pergi, haram pembelian tersebut


“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.”

(Surah Al-Baqarah Ayat 278)


Hadis yang diriwayatkan dari Jabir:

“Rasulullah SAW melaknat seorang yang mengambil riba, seorang yang memberikan (membayar) riba, seorang yang mencatatkan (merekodkan) transaksi tersebut dan dua orang saksi yang terlibat. Baginda bersabda : Mereka semuanya sama bersalah”.

(Hadis Riwayat Muslim)


“Apabila ditukar emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus (pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual belilah kamu sebagaimana disukai.”

(Hadis Riwayat Muslim)


3. Tenggelam dalam pelbagai keinginan keduniaan

Menurut hawa nafsu, nak makan sedap, nak pakai selesa, nak kenderaan mewah


Kena zuhud, ambil dunia kadar hajat


Halal itu banyak, cukup sekadar tahu yang zahir ianya halal maka kita yakin, atau kuat sangkaan bahawa ianya halal

Tapi bila kita syak, maka tinggalkan perkara yang syubhah

Wajib pelihara diri daripada yang haram


Zahirnya halal, dihukumkan mufti ianya halal, tapi dalam hati rasa tak sedap, maka kita kena tinggalkan

Sekiranya kita tak jaga yang syubhah, buat perkara yang haram, kita susah untuk bangun malam untuk beribadah


Hanya dari Allah datangnya taufik, berharap Allah bagi kita kekuatan untuk buat amal ketaatan, sepakat dengan apa yang dipersetujui dan dikasihi Allah


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4119956751425030&id=100002322382789