12 April 2022

22 June 2021

Prinsip Maqasid Shariah

 PRINSIP MAQASID SYARIAH

1) Menjaga keselamatan agama  (خفظ الدين )

Matlamat syariah yang pertama dan terpenting adalah kehidupan seseorang Muslim ialah menjaga keselamatan agama. Agama menjadi pemisah kualiti sebenar seorang Muslim dan amat berkait rapat dengan aspek akidah. Dalam konteks organisasi, aspek keagamaan perlu dititikberatkan. Kegiatan yang dilaksanakan perlulah dijaga agar tidak bercanggah dengan ajaran yang berteraskan fahaman tauhid serta tidak menggugat akidah yang dianuti seseorang. Membebaskan minda dan kepercayaan manusia dari dibelenggu kurafat, tahyul, bid'ah , munafik, ideologi , dan taklid buta merupakan perkara utama yang ditegaskan menurut susunan atau hierarki maqasid syariah.
Islam datang untuk membebaskan minda dan kepercayaan manusia daripada belenggu khurafat, tahyul, kemunafikan dan kesyirikan. Islam mengajak manusia beriman kepada Tuhan yang Satu dan Esa iaitu Allah s.w.t. dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya (rukun iman) serta menjauhi anasir-anasir syirik dengan menjelaskan pelbagai panduan unluk melaksanakan ketaatan kepada Allah s.w.t.
Contohnya Ibarat rumah yang dilengkapi dengan tiang dan bumbung, begitu juga dalam agama,kita perlu menjaga akidah kita dengan solat. Solat merupakan tiang agama menakala bumbung rumah pula diikuti dengan amalan yang dilakukan.


 Firman Allah s.w.t dalam Surah al-lkhlas ayat 1-3: "Katakanlah wahai Muhammad, Allah itu Satu. Allah tempat tumpuan [meminta]. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang menyamai denganNya". Pada masa yang sama, Allah s.w.t telah mensyariatkan dakwah dan jihad sebagai pendekatan yang afirmatif untuk kelangsungan pemeliharaan kesucian dan kepercayaan terhadap agama Islam.




Firman Allah s.w.t. dalam Surah All Imran ayat 10: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan kamu beriman kepada Allah. . . ". . 

2) Menjaga keselamatan jiwa (nyawa) (خفظ النفس)

Maqasid syariah ialah menjaga dan memelihara jiwa (nyawa) serta tubuh badan manusia. Justeru itu, Islam telah mewajibkan setiap individu untuk menjaga keselamatan diri masing-masing dan pada masa yang sama melarang keras perbuatan yang boleh mengancam keselamatan nyawa diri sendiri atau orang lain.
Contohnya: Dalam peraturan jalan raya kita perlulah patuh kepada lampu isyarat agar kita dapat mengelakkan daripada berlakunya kemalangan, begitu juga dengan manusia. Allah telah menentukan yang terbaik buat hambanya, jika kita merasai kesedihan jangan menyakiti diri atau nyawa sendiri mahupun orang lain sebagai penyelesaian setiap masalah.
Hal ini mewajibkan seseorang itu memelihara nyawanya dan nyawa orang lain sejajar dengan firman Allah , iaitu :


Maksudnya:
''Dengan sebab ( kisah pembunuhan kejam ) yang demikian itu, Kami tetapkan atau Bani Israel, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah - olah dia telah membunuh manusia semuanya, dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.'' 
                                                                                                           ( Surah al - Maidah 5:32 ) 

Maksud ayat tersebut  menjelaskan bahawa nyawa perlu dipelihara oleh setiap individu. Oleh itu, dalam konteks organisasi , persoalan keselamatan harus diberi keutamaan. Hal ini termasuklah unsur keselamatan di tempat kerja atau di sesebuah lapangan perlu dititikberatkan. Segala kegiatan yang boleh menggugat atau mengancam nyawa manusia hendaklah dihindari.


Firman Allah s.w.t. lagi

Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar". Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya).
                                                                          ( Surah al-Anam ayat 151)

3) Menjaga keselamatan akal ( خفظ العقل)

Menjaga akal dan pemikiran merupakan salah satu daripada matlamat syariah Islam. . Melalui keistimewaan inilah manusia diberikan status sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi bersesuaian dengan ketentuan dan perintah Allah s.w.t. Melaluinya manusia dapat mengeksploitasi segala anugerah alam untuk kesejahteraan manusia. Bersesuaian dengan tujuan ini dan agar akal dapat berfungsi dengan sewajamya, syariah Islam telah menegaskan mengenai kepentingan untuk menuntut dan menguasai ilmu pengetahuan. Firman Allah s.w.t.

  
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah mencipta. . .
                                                                                                                  (Surah al- Alaq ayat 1)

Oleh itu, akal dan pemikiran perlu dijaga kerana merupakan anugerah Allah yang paling berharga kepada manusia. Akal dan pemikiran juga merupakan keistimewaan daripada Allah SWT yang membezakan manusia dan makhluk yang lain. Akal bukan sahaja perlu dijaga, tetapi perlu disuburkan fungsinya  pembacaan demi kebaikan umat sejagat. Syariah Islam juga dalam usahanya menjamin kewarasan dan kekuatan berfikir telah mengharamkan sebarang bentuk perlakuan yang boleh untuk menjejaskan fungsi akal.
Contohnya segala unsur yang boleh merosakkan akal adalah sama sekali dilarang dalam islam, termasuklah minum arak, mengambil dadah, serta memirkan perkara yang tidak terjangkau oleh akal manusia.  

Hal ini disebut di dalam firman Allah :


Maksudnya: 
''Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah ( semuanya) kotor ( keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.''
(surah Al-Maidah ayat 90)
Akal akan bertindakbalas melalui pelbagai ilmu yang dimiliki. Jika akal atau minda manusia tidak di isi dengan ilmu pengetahuan, ianya akan mengakibatkan kelemahan kekuatan berfikir. Jika ini terjadi, manusia akan mensia-siakan fungsi kemanusiaan dan kekhalifahannya. Kehidupan meraka akan menjadi rendah nilaianya dan kadangkala lebih hina daripada haiwan yang hanya hidup untuk rnakan, minum dan memuaskan hawa nafsu sahaja.

4) Menjaga keselamatan maruah dan keturunan  ( خفظ النصب )

Syariah Islam amat mementingkan persoalan ini. Memelihara maruah dan keturunan manusia merupakan salah satu matlamat syariah Malah Islam sendiri, dibina atas akhlak yang mulia. . Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bemaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempumakan akhlak yang mulia". jika diteliti seluruh perintah dan larangan Allah s.w.t, akan didapati bahawa ianya bertujuan semata-mata untuk membentuk keperibadian yang luhur dan terhomat.
Lihatlah kepada kesan kewajipan bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat, menunaikan ibadat haji dan lain-lain lagi. Semua ibadat khusus ini jika ditunaikan dengan penuh ketertiban akan dapat membentuk ketinggian dan kemuliaan akhlak. Oleh itu segala bentuk yang boleh membawa kepada pencabulan maruah dan keturunan manusia adalah dilarang sama sekali. Jika diperhatikan tegahan dan larangan Allah s.w.t., ianya mempunyai tujuan yang satu iaitu untuk menghindarkan manusia daripada terjatuh ke lembah kehinaan.
Contohnya seperti pengharaman zina, mengumpat, bercakap bohong, mencuri dan lain-lain lagi. Ianya mempunyai tujuan yang satu iaitu untuk menghindarkan manusia daripada terjatuh ke lembah kehinaan. Lantaran itulah, Allah s.w.t. telah mengharamkan perbuatan-perbuatan ini. Allah s.w.t. telah berfirman

Maksudnya: ''Dan janganlah kami menghampiri zina . Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan ) 
( Surah al- Isra' 17:32 )

Dalam soal pengharaman judi dan meminum arak, Allah s.w.t, berfirman



bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya [meminum] khamar, berjudi, menyembah berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji daripada perbuatan syaitan, makajauhilah perbuatan-perbuatan itu. . . ".
                                                                                         ( Surah al-Maidah ayat 90)

Dalam konteks organisasi , perkara yang boleh mendorong kepada perbuatan zina dan mencabul kehormatan orang lain hendaklah dihalang dengan segera. Hal ini dapat dilaksanakan dengan meningkatkan kesedaran beragama serta mewujudkan budaya yang boleh mengukuhkan nilai dalaman dan akhlak pekerja. Dengan itu, organisasi dapat dilihat .Kesimpulannya, seluruh perintah dan larangan Allah s.w.t. dapat dikaitkan dengan kepentingan untuk menjamin kehormatan dan maruah diri.

5) Menjaga keselamatan harta

Menjaga dan memiliki harta merupakan salah satu tujuan atau maqasid syariah. Tt Tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan yang sempuma bagi sesorang manusia juga amat berkait rapat dengan pemilikan dan penguasaan terhadap harta. Menyedari hakikat inilah, syariah Islam telah menggariskan peraturan, hukum dan undang- undangnya yang tersendiri dalam soal kehartaan. lanya dibincangkan secara meluas di dalam displin dan bidangnya yang tersendiri yang dikenali sebagai Fiqh Muamalat Umumnya, bidang ini telah menggariskan prosedur-prosedur tertentu bermula sejak dari usaha untuk memiliki, menguasai dan membelanjakan sesuatu harta.
Contoh  untuk mendapatkan harta mengikut cara yang betul, Islam mensyariatkan kaedah pemilikan harta seperti jual beli, sewaan dan sebagainya. Manakala bagi melindungi keselamatan harta, Allah mengharamkan jenayah mencuri dan mengarahkan kuatkuasa undang-undang hudud serta mengharamkan kita memakan harta anak yatim. Pemilikan harta hendaklah diusahakan melalui cara dan pendekatan yang diharuskan. Dalam hal ini, misalnya syariah Islam telah mengharuskan jual beli dan telah mengharamkan riba. Di samping itu, dalam usaha pemilikan harta ini, selain daripada riba, syariah Islam juga misalnya telah mengharamkan perjudian, rasuah dan pengurangan atau penipuan dalam timbangan.


“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya ) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang telah mereka telah usahakan ,(juga sebagai)suatu hukuman   pencegahan daripada Allah, dan (ingatlah  ) Allah Maha Kuasa  lagi Maha Bijaksana”                                                                                                                     
                                                                                                                          (Surah al-Maidah 5:38)  


Syariah Islam juga telah menetapkan cara dan kaedah yang tertentu bagi membelanjakan harta. Di antaranya syariah Islam telah mewajibkan zakat kepada harta-harta yang tertentu dan amat menggalakkan sedekah dan pemberian hadiah dalam keadaan-keadaan tertentu. 

Firman Allah s.w.t

bermaksud: "Hendaklah kamu membelanjakan harta kamu pada jalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”. 
                                                                                                                  ( Surah al-Baqarah ayat 195 )

Kredit : http://prinsippengurusanislam.blogspot.com/2016/09/prinsip-maqasid-syariah.html

No comments: