Saya bukan ahli kepada mana-mana parti tetapi saya adalah seorang yang mencintai keamanan di Malaysia.... masih makan nasi dengan tangan kanan.
Arwah datuk saya berkhidmat sebagai Polis Sarjan "Special Branch".Balai Polis akhir dia berkhidmat ialah di Selatar, Singapore. Dia menikah dengan nenek berbangsa Cina berasal dari negara China berumur 15 tahun (nama Cina; Moi Chong See nama Melayu; dipanggil Hajah Puteh kerana kulitnya yang putih) berkerja sebagai buruh bangunan ( brick layer).Tiap-tiap penumpang yang tidak membayar tambang dari negara China akan dijual kepada taukeh secara dilelong setibanya dipelabuhan dan di tattoo atas tangan sebagai tanda hak milik taukeh. Nenek saya diselamatkan oleh datuk saya dari dijual di kelab-kelab malam, kuasa polis masa itu. Kelebihan nenek ialah dialek yang jarang2 digunakan oleh kaum cina. Biasalah isteri cina datuk pun pandai tertutur dalam bahasa cina termasuklah juga dialek, kerana dialek diguna dirumah dengan emak kepada nenek dan 2 adik lelaki. Bapa saya anak tunggal dibenci berterusan oleh bapa suadara cina dan emak mentua ciina termsuklah kami cucu nenek saya disebabkan kami melayu dan juga Islam. Meraka lupa tambang kepal dari nagara China di tangong oleh datuk saya. Moyang atau emak kepada nenek cina saya hilang entah kemana sebabkan dia nyayok, datuk2 cina atau 2 orang adik nenek kaya raya di Singapore dan kami dibuang terus tidak mahu mengaku bersaudara. Saya pernah bertanya kpd moyang saya, sebab dia nyayok dia jawap pertanyaan saya... kena apa moyang benci sangat dgn kami? org melayu Islam, bodoh, pemalas, bangsat, semua burok2 bagi org melayu dari padangan org cina.
Semasa arwah datuk saya hidup, pernah saya bertanya kena apa melayu hilang kuasa di Singapore? Sebelum parti PAP di tubohkan
1. Singapore mesti keluar dari Tanah Melaya
2. Mengasut orang melayu sama melayu bergaduh seperti pergaduhan antara orang melayu di Jembatan Merah, Singapore
3. Perjumpaan ketua2 berbangsa cina sedunia di Peking, China pada tahun 1951 termasuklah wakil dari Malaya Dr Tan Chee Khoon (DAP Batu Road KL nicknamed "Mr. Opposition") ( sokongan dan dana)
4. sekat anak2 melayu yg pandai2 dari memasuki University dgn cara paksa masuk National Services
5. sekat tambahan binaan Mesjid dan robohkan Mesjid2 yang lama dan tidak boleh melaungan waktu azan.
6. sekat kenaikan pangkat bagi orang melayu.
7. robohkan perkampungan orang2 melayu. dan bayak lagi.
Saya bertanya lagi macam mana datuk tahu semua ni? jawapanya sebagai seorang Special Branch Polis Singapore dan dari dialek cina yg tak ramai yg tahu dan juga kelebihan Pedana Menteri Singapore pertama Lee Kuan Yew boleh bertutur 17 bahasa dan boleh juga membaca dan melulis jawi dan membaca ayat Quran.
Perjuwangan DAP belum selesai ....
Untuk pengetahuan anda;- David Marshall (ahli politik Singapura) berketurunan Yahudi yang membantu Kewangan, Tentera dan Politik utk Perdana Menteri pertama Singapore Lee Kuan Yew yang menubuhkan Parti PAP di Singapura ... Pernah Anda terpikir apa dah terjadi pada bangsa Melayu di Singapura sekarang (pegemis dinagara sendiri) .... inilah niat DAP utk Malaysia . Keinginan DAP ialah melayu sama melayu bergaduh dan berpecah mudahlah bagi DAP ambil kuasa. Pihak DAP mengapi-apikan lagi orang melayu. Besar kemungkinan DAP dibayari oleh PAP Singapore utk menjatuhkan bangsa melayu seperti di Singapore.
Rothman Hj Abas
12 April 2022
06 May 2020
05 May 2020
Doa Memohon Allah Menerangi Diri Dengan Nur
*💎Doa memohon cahaya..✨*
* Al fatehah (21X) tidak termasuk bacaan "Amin"
*۞ Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad Wa'Ala Ali Sayyidina Muhammad ۞* (9X)
*۞ بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّØۡـمَÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØِـــــــيمِ*
*YA ALLAH..*
*Jadikanlah cahaya di dalam penglihatan kami,*
*Jadikanlah cahaya di pendengaran kami,*
*Jadikanlah cahaya di lisan kami,*
*Jadikanlah cahaya di dalam hati kami,*
*Jadikanlah cahaya di kanan kami,*
*Jadikanlah cahaya di kiri kami,*
*Jadikanlah cahaya di depan kami,*
*Jadikanlah cahaya di belakang kami,*
*Jadikanlah cahaya di atas kami,*
*Jadikanlah cahaya di bawah kami,*
*Jadikanlah untuk kami cahaya di hari Kiamat,*
*dan anugerahkanlah kepada kami cahaya yang gilang gemilang di Dunia & di Akhirat.*
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Makbulkan permohonanku ini
ISIKAN-lah PANCARAN CAHAYA NURILAHI
melalui UBUN UBUNKU
kedua belah tapak tanganku
seluruh anggotaku
seluruh jasadku
ruhani dan jasmaniku
Tiada aku yang berkuasa
Allah-lah Yang Maha Berkuasa.
Amin ya Rabbal Alamin.
* Al fatehah (21X) tidak termasuk bacaan "Amin"
*۞ Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad Wa'Ala Ali Sayyidina Muhammad ۞* (9X)
*۞ بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّØۡـمَÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØِـــــــيمِ*
*YA ALLAH..*
*Jadikanlah cahaya di dalam penglihatan kami,*
*Jadikanlah cahaya di pendengaran kami,*
*Jadikanlah cahaya di lisan kami,*
*Jadikanlah cahaya di dalam hati kami,*
*Jadikanlah cahaya di kanan kami,*
*Jadikanlah cahaya di kiri kami,*
*Jadikanlah cahaya di depan kami,*
*Jadikanlah cahaya di belakang kami,*
*Jadikanlah cahaya di atas kami,*
*Jadikanlah cahaya di bawah kami,*
*Jadikanlah untuk kami cahaya di hari Kiamat,*
*dan anugerahkanlah kepada kami cahaya yang gilang gemilang di Dunia & di Akhirat.*
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Makbulkan permohonanku ini
ISIKAN-lah PANCARAN CAHAYA NURILAHI
melalui UBUN UBUNKU
kedua belah tapak tanganku
seluruh anggotaku
seluruh jasadku
ruhani dan jasmaniku
Tiada aku yang berkuasa
Allah-lah Yang Maha Berkuasa.
Amin ya Rabbal Alamin.
30 April 2020
KERJA2 MELEPA (PLASTERING)
Permukaan bata yang memerlukan kerja-kerja lepaan adalah dikhususkan pada dinding atau tembok yang menggunakan bata tanah, bata pasir, blok konkrit atau apa juga jenis bata yang sesuai untuk dilepa bagi menutup permukaannya. Ini bertujuan untuk menyerlahkan lagi kecantikan, memberikan perlindungan pada dinding atau tembok yang dibina itu sendiri.
Tujuan Lepaan
i. Melindungi atau menutup kerja-kerja bata atau konkrit yang kurang elok.
ii. Melindungi atau menutup bahan binaan yang rendah mutunya.
iii. Memberikan permukaan yang lebih cantik iaitu lurus, rata dan licin.
iv. Melindungi permukaan daripada tindakan cuaca supaya ia lebih tahan lama dan lasak.
v. Memberi alas yang sesuai untuk mengecat.
vi. Menghasilkan permukaan tembok atau siling yang bersih dari segi kesihatan.
Jenis-jenis Lepaan
a. Lepa Kapur
b. Lepa Gypsum
c. Lepa Simen
a.Lepa Kapur
Lepa ini mengandungi kapur, pasir dan air yang dibancuh mengikut nisbah yang tertentu. Nisbah campuran/bancuhan yang lazimnya dibuat adalah 1:2 ( 1 bahagian kapur : 2 bahagian pasir) dan lepa ini dikemaskan lagi dengan dampul kapur.
b.Lepa Gypsum
Bahan-bahan untuk lepa jenis ini adalah terdiri daripada serbuk gypsum yang dibancuh dengan air. Bancuhan tersebut hendaklah pekat dan liat supaya mudah kerja-kerja lepaan dilakukan. Lepaan jenis ini tidak perlu tebal memadai 5 mm sahaja. Kerja-kerja lepaaan jenis ini hanya dilakukan pada permukaan siling sahaja. Lepa gypsum tidak tahan pada tindakan cuaca lembab, oleh itu lepaan hanyalah dibuat pada ruangan yang tertutup/berbumbung sahaja.
c.Lepa simen.
Lepa simen dibuat dengan menggunakan simen, kapur dan pasir halus. Nisbah bancuhan lepa simen adalah 1 : 1: 4 ( 1 bahagian simen : 1 bahagian kapur : 4 bahagian pasir halus) ataupun 1:3 jika kita menggunkan simen yang telah dimasukan kapur / simen penampal (Wallcrete / Masonry Portland Cement). Lepaan jenis ini boleh dibuat pada semua bahagian dinding samada bahagian dalam atau luar, siling dan lantai kerana ianya tahan pada tindakan cuaca.
Kerja-kerja lepa boleh dibahagikan kepada 3 bahagian :
a. Lepaan bahagian dinding
b. Lepaan bahagian lantai
c. Lepaan bahagian atas / siling
Mortar untuk Lepaan
Mortar ialah bahan utama untuk melakukan kerja-kerja lepaan. Terdapat beberapa nisbah bancuhan mortar untuk digunakan mengikut tempat yang dikehendaki. Ia terdiri daripada campuran simen dengan pasir yang dibancuhkan dengan air bersih.
a.Nisbah bancuhan 1:3 (1 bahagian simen : 3 bahagian pasir) dibuat pada tempat yang menanggung beban seperti kilang, bengkel berjentera dan lain-lain dengan ketebalan 25 mm.
b.Nisbah bancuhan 1:4 ( 1 bahagian simen : 4 bahagian pasir) dibuat pada bahagian dinding- dinding bangunan samada bahagian luar atau dalam dengan ketebalan 18.75mm ( 20mm)
Peralatan kerja Lepa
a. Sudip lepa (Plastering Trowel)
b. Kayu perata (Wooden Float)
c. Pemaras kayu panjang (Darby)
d. Penatang Mortar (Hawk)
e. Sudip Penjuru (Angle Iron)
f. Baldi (Bucket)
g. Alat aras Spirit (Spirit Level)
h. Berus cat
i. Sponge Trowel
j. Rough Cast Machine
k. Penyembur air (Iron Spray)
l. Kotak Penyukat (Gauge Box)
Perkakas dan peralatan Kerja Lepa
Penyediaan Pada Permukaan Yang Hendak Dilepa
Tempat yang akan dilepa mestilah bersih dari sebarang kekotoran seperti habuk, tanah, minyak, cat
dan apa-apa yang menghalang mortar daripada melekat pada permukaan yang hendak dilepa.
a. Permukaan bata
Permukaan ini kebiasaanya terdiri dari bata-bata yang ikatannya dari jenis bata tanah, bata pasir ataupun blok
b. Permukaan konkrit.
Konkrit-konkrit juga memerlukan lepaan terutamanya pada bahagian lantai, dinding, rasuk, alang dan pada mana-mana permukaann yang terdedah pada cuaca. Selain untuk menutup permukaannya yang kasar, ianya juga dapat mencantikan bahagian luar agar kelihatan lebih kemas dan menarik kecuali permukaan yang tidak memerlukan lepaan iaitu hiasan asal konkrit yang diadakan dengan sengaja.
Kaedah Lepaan
Kerja-kerja lepaan yang dijalankan mempunyai kaedah yang tersendiri. Selain penggunaan mesin
lepaan, ianya juga dilakukan secara manual iaitu lapisan demi lapisan. Lapisan untuk dilepa boleh
dibahagikan kepada tiga lapisan.
Bagi lapisan pertama, ia dikenali sebagai lapisan asas yang dilepa kasar setebal 10-12mm. Untuk lapisan kedua ianya lebih dikenali sebagai lapisan tengah atau pertengahan. Permukaan ini dilepa
dan diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan diratakan dengan menggunakan kayu perata. Ketebalannya dibuat setebal 8-10 mm.
Sementara lapisan ketiga iaitu lapisan penyudah atau lapisan kemasan. Lapisan ini boleh dibuat dengan kemasan licin, kemasan muka pasir, kemasan lapisan skim, kemasan shanghai dan
kemasan kerutu.
a. Kemasan Licin (Cement Face)
Kemasan ini dibuat dengan menggunakan bancuhan simen yang pekat (Cement Slurry) kemudian di ratakan pada permukaan lepaan dengan menggunakan sudip lepa (Plastering Trowel) untuk mendapatkan permukaan yang licin. Lapisan simen yang ratakan hendaklah nipis sahaja dan tidak boleh ditebalkan, kerana jika ditebalkan permukaan tersebut berkemungkinan tidak rata pada keseluruhannya. Lapisan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering.
b. Kemasan Muka Pasir (Sponge Finishing)
Kemasan ini dibuat dengan menggunakan span (Sponge Trowel) yang diratakan pada permukaan lepaan untuk menampakkan permukaan pasir. Kemasan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering supaya muka pasir nampak lebih cantik serta jelas dan memudahkan kerja-kerja merata dengan span.
c.Kemasan Shanghai
Kemasan Shanghai dibuat dengan menggunakan campuran batu kelikir (shanghai / pebbles stone) dengan simen portland biasa atau simen warna. Nisbah bancuhan adalah 1:1 (1 simen : 1 bahagian batu Shanghai) atau 1:2 (1 bahagian Simen : 2 bahagian batu Shanghai). Campuran bahan tadi dilepa pada permukaan dinding/tembok bermula daripada bahagian bawah ke atas. Setelah dilepa, permukaan tersebut diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan kayu perata untuk mendapatkan permukaan yang sama dan rata. Setelah permukaan tersebut rata dan hampir kering, permukaan tersebut disembur dengan air menggunakan penyembur air (Iron Spray) untuk menampakkan permukaan batu Shanghai / Pebbles. Kemudian permukaaan tersebut diberus dengan menggunakan berus kecil seperti berus kasut supaya menyerlahkan lagi permukaan batu tersebut. Selepas itu permukaan tersebut dilap dengan menggunakan span yang bersih. Setelah permukaan batu tersebut bersih dan kering bolehlah kita menyapukan permukaan tersebut dengan menggunakan pengilat batu supaya nampak berkilau dan tahan pada tindakan cuaca.
d. Kemasan Kerutu (Rough Cast Finishing)
Kemasan kerutu dibuat setelah sesuatu permukaan dilepa. Ianya dibuat dengan menggunakan bancuhan mortar yang di masukkan ke dalam mesin penyembur ( Rough Cast Machine). Kemudian di semburkan ke permukaan yang dilepa mengikut corak yang dikehendaki setebal 10 mm. Kemasan tersebut pada tembok / dinding hiasan sama di dalam atau di luar sesuatu binaan.
e. Kemasan Skim (Skim Coat Finishing)
Kemasan skim dibuat hampir sama dengan kemasan licin, cuma bahan yang digunakan adalah daripada campuran air dan serbuk skim (skim coat) yang dibancuh menjadi pekat. Seterusnya bancuhan tadi dilepa pada permukaan kering yang telah dilepa untuk menampakkan kerataan dan kecantikan.
Kredit:
https://www.facebook.com/search/top/?q=Kontraktor%20Malaysia%20kerja%20melepa&epa=SEARCH_BOX
25 April 2020
Istilah Keturunan Orang Jawa
Orang Jawa punya Istilah untuk Anak Turunannya sampai turunan yang ke 18 :
Keturunan ke-1. Anak
Keturunan ke-2. Putu,
Keturunan ke-3. Buyut,
Keturunan ke-4. Canggah
Keturunan ke-5. Wareng
Keturunan ke-6. Udheg-udheg
Keturunan ke-7. Gantung siwur
Keturunan ke-8. Gropak Senthe
Keturunan ke-9. Debog Bosok
Keturunan ke-10. Galih Asem
Keturunan ke-11. Gropak waton
Keturunan ke-12. Cendheng
Keturunan ke-13. Giyeng
Keturunan ke-14. Cumpleng
Keturunan ke-15. Ampleng
Keturunan ke-16. Menyaman
Keturunan ke-17. Menya-menya
Keturunan ke-18. Trah tumerah.
Keturunan ke-1. Anak
Keturunan ke-2. Putu,
Keturunan ke-3. Buyut,
Keturunan ke-4. Canggah
Keturunan ke-5. Wareng
Keturunan ke-6. Udheg-udheg
Keturunan ke-7. Gantung siwur
Keturunan ke-8. Gropak Senthe
Keturunan ke-9. Debog Bosok
Keturunan ke-10. Galih Asem
Keturunan ke-11. Gropak waton
Keturunan ke-12. Cendheng
Keturunan ke-13. Giyeng
Keturunan ke-14. Cumpleng
Keturunan ke-15. Ampleng
Keturunan ke-16. Menyaman
Keturunan ke-17. Menya-menya
Keturunan ke-18. Trah tumerah.
21 April 2020
Rahsia Window 10
While Win10 has a new way to do this, this works for any version of windows. Right click on the C:\ drive in Explorer. Select Properties, On the General Tab click the Disk Cleanup button. Then click the "Clean up system Files" button. Select the "More Options" tab then click the second "Clean up" button. Back on the "Disk Cleanup" tab, check all items that you would like to cleanup. I was able to help a customer get back 30+GB of disk space on a system he thought was full (and it wasn't because of a previous windows 10 install)
Subscribe to:
Comments (Atom)