Resipi.
3 kg batang pisang (deboq) yang belum berbuah
1 kg gula merah
1 botol yogurt / yakult
Cara-cara
1. Pastikan pilih batang pisang yang belum berbuah. Buangkan 2-3 lapis kulit utama. Hiris kecil2 EMPULUR batang pisang
2. Masukkan empulur kedalam bekas perapan & masukkan gula merah & yogurt/yakult
3. Gaul rata & tutup rapat diperam 7 hari
4. Selepas 7 hari, tapis dan simpan cecair yang dihasilkan dalam botol kedap udara.
Cara guna:
Campur 50ml pati baja dengan 20 liter air tanpa klorin. Semburkan pada keseluruhan pokok terutama bahagian daun sekali sehari - petang/pagi
12 April 2022
07 November 2018
7 Bahan sisa Dapur Ini-Baja Organik Terbaik Gred AAA+++
Oleh: Nor Salehan Jamaludin
Ramai sekarang lebih ke arah penanam organik. Tapi kalau nak beli baja
yang dikategorikan sebagai organik harga nya agak mahalkan. Dari anda
beli mahal-mahal, lebih baik buat sendiri. Tapi apa barang atau bahan
yang boleh kita gunakan sebagai baja organik? Itu haaa.. barang yang
anda buang hari-hari dari dapur dan laman. Itu lah barang organik yang
berkualiti tinggi lagi original tau. lepas ni jangan buang dah 7 bahan
ini:
1. Grass clippings/keratan rumput
Keratan rumput adalah antara bahan yang paling mudah mereput atau terurai. Kebiasaanya kalau kita mesin rumpu atau upah orang, keratan rumput tersebut kita akan longgok dan bakar atau masukkan di dalm plastik untuk di buangkan? RUGINYE.
Keratan rumput yang masih segar mengandungi 55 nitrogen manakala yang telah kering 2% sahaja. Lepas ini, kalau selesai tugas memotong rumput anda longgokkan ia terus di bawah pokok atau tanaman. Dalam masa yang sama keratan rumput tadi akan menjadi sungkupan yang akan mengekalkan kelembapan di dalam tanah.
PERHATIAN: Jika anda menggunakan sebarang racun serangga/perosak pada rumput, ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai baja organik. Buang lah.
2. Kulit pisang
Kulit pisang kaya dengan potassium, phosphorous dan kalsium. Tapi bender nie lah yang orang selalu buang. Pelbagai kaedah atau cara untuk jadikan kulit pisang sebagai baja organik. Anda boleh tanamkan terus kulit pisang pada pangkal pokok atau potongkan ia kecil-kecil dan taburkan sekitar pangkal pokok. Ada juga kaedah paling mudah iaitu dengan menggunakan ekstrak kulit pisang. Rendam kulit pisang didalam air selama 48 jam, kemudian siram terus pada medium tanaman.
3. kulit telur
Kulit telur merupakan sumber terbaik dalam membekalkan kalsium di dalam tanah. Ia boleh diletakkan terus ke tanah atau dijadikan sebagai salah satu bahan kompos. Selain itu juga, anda boleh hancurkan kulit telur tersebut dan letakkannya sebagai lapisan pertama did alam lubang tanaman. Disamping itu, kulit siput berupaya mencegah masalah siput dan lintak bulan. Siput dan lintah bulan tidak gemarkan tekstur kulit terlur yang tajam keran ia bakal mencederakan mereka.
4. Arang
Selesai kerja mengemas laman dan kebun perkara terakhir yang akan anda lakukan adalh membakar longgokkan kayu dan daun. Proses pembakaran yang anda lakukan sebenarnya adalah salah satu cara yang mudah untuk anda memperoleh baja organik yang mudah terurai. Tapi ramai yang abaikan.
Arang diperkaya dengan potassium dan bersifat alkali. Ini menunjukkan arang berupaya mempertingkatkan kadar pH di dalam tanah dan boleh menggantikan kapur pertanian. Arang lebih efektif apabila ia dicampurkan bersama air kencing. Dengar macam kotorkan, tapi itu yang disahkan oleh National Geographic. Melalui paduan dua bahan tersebut, ia berupaya mempertingkatkan 5 kali ganda hasil di kebun anda. Baca artikel tersebut untuk lebih faham Human Pee With Ash Is A Natural Fertilizer.
5. Air rebusan
ramai yang tidak sedar air rebusan telur, sayur, kerang dan pelbagai lagi mengandungi nutrian yang ditinggalkan oleh bahan yang direbus tadi? Air rebusan ini amat bagus untuk tanaman anda. Tapi ada beberapa syarat penggunaan air rebusan yang perlu anda tahu.
Sisa ikan memerlukan kerja yang sedikit rumit untuk menjadikannya sebagai baja organik kepada kebun anda. Namun, hasilnya ‘SUPERB’. Kebiasaanya baja hasil daripada isisa ikan kebiasaannya di pangil FISH AMINO ACID.
Resepi Fish Amino Acid
Bahan – bahannya:
a) 1 kg gula merah / molases
b) bekas plastik atau kaca berpenutup (atau kertas dan tali)
c) 1 kg sisa ikan
Cara – cara:
1. Sisa atau isi ikan dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi
2. Campurkan bersama gula merah atau molases pada kadar nisbah 1:1
3. Masuk ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan penutup. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
4. Baja ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FAA.
Kaedah penggunaan:
1. Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 ml atau satu sudu besar ke dalam 5 liter air dan disiram kepada tanaman.
Kopi adalah sumber nitrogen yang terbaik diperlukan oleh tanah untuk tumbesaran tanaman. Ia bole dicampur terus kedalam medium tanaman ataupun campurkan bersama bahan-bahan kompos lain dalam penyediaan baja oganik. Selain itu juga, jika anda taburkan ia pada permukaan medium tanaman, ia berupaya menjadi sungkupan seperti Peat moss yang mengekalkan kelembapan tanah.
Resepi baja kompos kopi
- 1/3 daun kering
- 1/3 serbuk kopi
- 1/3 potongan rumput
Cara-cara:
- Campurkan ke tiga-tiga bahan did alam satu bekas dan biarkan ia mereput
- Lebih mudah sediakan bekas yang sistematik di mana bahagian yang telah terurai akan mudah di bawa keluar untuk digunakan. Yang belum, boleh terus dibiarkan shingga sedia.
1. Grass clippings/keratan rumput
Keratan rumput adalah antara bahan yang paling mudah mereput atau terurai. Kebiasaanya kalau kita mesin rumpu atau upah orang, keratan rumput tersebut kita akan longgok dan bakar atau masukkan di dalm plastik untuk di buangkan? RUGINYE.
Keratan rumput yang masih segar mengandungi 55 nitrogen manakala yang telah kering 2% sahaja. Lepas ini, kalau selesai tugas memotong rumput anda longgokkan ia terus di bawah pokok atau tanaman. Dalam masa yang sama keratan rumput tadi akan menjadi sungkupan yang akan mengekalkan kelembapan di dalam tanah.
PERHATIAN: Jika anda menggunakan sebarang racun serangga/perosak pada rumput, ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai baja organik. Buang lah.
2. Kulit pisang
Kulit pisang kaya dengan potassium, phosphorous dan kalsium. Tapi bender nie lah yang orang selalu buang. Pelbagai kaedah atau cara untuk jadikan kulit pisang sebagai baja organik. Anda boleh tanamkan terus kulit pisang pada pangkal pokok atau potongkan ia kecil-kecil dan taburkan sekitar pangkal pokok. Ada juga kaedah paling mudah iaitu dengan menggunakan ekstrak kulit pisang. Rendam kulit pisang didalam air selama 48 jam, kemudian siram terus pada medium tanaman.
3. kulit telur
Kulit telur merupakan sumber terbaik dalam membekalkan kalsium di dalam tanah. Ia boleh diletakkan terus ke tanah atau dijadikan sebagai salah satu bahan kompos. Selain itu juga, anda boleh hancurkan kulit telur tersebut dan letakkannya sebagai lapisan pertama did alam lubang tanaman. Disamping itu, kulit siput berupaya mencegah masalah siput dan lintak bulan. Siput dan lintah bulan tidak gemarkan tekstur kulit terlur yang tajam keran ia bakal mencederakan mereka.
4. Arang
Selesai kerja mengemas laman dan kebun perkara terakhir yang akan anda lakukan adalh membakar longgokkan kayu dan daun. Proses pembakaran yang anda lakukan sebenarnya adalah salah satu cara yang mudah untuk anda memperoleh baja organik yang mudah terurai. Tapi ramai yang abaikan.
Arang diperkaya dengan potassium dan bersifat alkali. Ini menunjukkan arang berupaya mempertingkatkan kadar pH di dalam tanah dan boleh menggantikan kapur pertanian. Arang lebih efektif apabila ia dicampurkan bersama air kencing. Dengar macam kotorkan, tapi itu yang disahkan oleh National Geographic. Melalui paduan dua bahan tersebut, ia berupaya mempertingkatkan 5 kali ganda hasil di kebun anda. Baca artikel tersebut untuk lebih faham Human Pee With Ash Is A Natural Fertilizer.
5. Air rebusan
ramai yang tidak sedar air rebusan telur, sayur, kerang dan pelbagai lagi mengandungi nutrian yang ditinggalkan oleh bahan yang direbus tadi? Air rebusan ini amat bagus untuk tanaman anda. Tapi ada beberapa syarat penggunaan air rebusan yang perlu anda tahu.
- Jangan gunakan air rebusan yang telah di tambah garam, gula, sodium atau sebarang perisa tambahan.
- Janggunakan air rebusan yang mengandungi kanji seperti kentang dan keledek
- Gunakan air rebusan sejuk sepenuhnya.
Sisa ikan memerlukan kerja yang sedikit rumit untuk menjadikannya sebagai baja organik kepada kebun anda. Namun, hasilnya ‘SUPERB’. Kebiasaanya baja hasil daripada isisa ikan kebiasaannya di pangil FISH AMINO ACID.
Resepi Fish Amino Acid
Bahan – bahannya:
a) 1 kg gula merah / molases
b) bekas plastik atau kaca berpenutup (atau kertas dan tali)
c) 1 kg sisa ikan
Cara – cara:
1. Sisa atau isi ikan dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi
2. Campurkan bersama gula merah atau molases pada kadar nisbah 1:1
3. Masuk ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan penutup. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
4. Baja ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FAA.
Kaedah penggunaan:
7. serbuk kopi dan teh
Serbuk kopi mahu pun uncang teh terpakai juga mempunyai manfaat kepada tanaman terutamanya bahagian medium tanah. Jika anda bukan peminat kopi, anda boleh dapatkan serbuk kopi terpakai dari kafe-kafe yang menyediakan menu kopi seperti Starbuk dan sebagainya.Kopi adalah sumber nitrogen yang terbaik diperlukan oleh tanah untuk tumbesaran tanaman. Ia bole dicampur terus kedalam medium tanaman ataupun campurkan bersama bahan-bahan kompos lain dalam penyediaan baja oganik. Selain itu juga, jika anda taburkan ia pada permukaan medium tanaman, ia berupaya menjadi sungkupan seperti Peat moss yang mengekalkan kelembapan tanah.
Resepi baja kompos kopi
- 1/3 daun kering
- 1/3 serbuk kopi
- 1/3 potongan rumput
Cara-cara:
- Campurkan ke tiga-tiga bahan did alam satu bekas dan biarkan ia mereput
- Lebih mudah sediakan bekas yang sistematik di mana bahagian yang telah terurai akan mudah di bawa keluar untuk digunakan. Yang belum, boleh terus dibiarkan shingga sedia.
Jom Buat Baja Sendiri - Baja MOL
MOL : CARA PEMBUATAN DAN PENGGUNAAN
Apakah itu MOL
MOL ialah singkatan dari perkataan Mikroorganisma Lokal. Istilah ini berasal dari Indonesia. MOL pada dasarnya ada benda yang sama dengan FAA (Fish Amino Acid), FPJ (Fermented Plant Juice), FFJ (Femented Fruit Juice).Bagi saya, menggunakan istilah MOL lebih mudah, tak mengelirukan dan senang nak tulis dan sebut. Lidah tak tergeliat. Mol adalah baja dan penggalak tanaman yg terhasil dari peraman bahan tertentu, contohnya sayuran, buahan, bawang, ikan, kekacang bersama gula merah. Setiap bahan yg digunakan untuk membuat mol mempunyai khasiatnya yg tersendiri. Mol yg baik; bila digandingkan semasa pembajaan, lengkap unsur NPKnya.
* Penggunaan baja tahi ayam/kambing/lembu/kuda melengkapkan keperluan NPK tanaman. Begitu juga penggunaan Calphos, baja tulang dsbnya.
* Mol boleh tahan hingga bertahun. Namun begitu jika mencapai umur lebih dari 6 bulan dan jika mol sudah berbau ammonia, tambahkan sedikit gula merah.
Kenapa menggunakan gula merah?
* Gula merah berupaya 'memerah keluar' khasiat bahan yg diperam.
* Gula merah juga bertindak sebagai pengawet pati bahan yg diperam, jadi pati ini tahan lama.
* Gula merah juga adalah makanan kepada bakteria yg terdapat dalam bahan peraman.
Resepi yg saya berikan (bukan resepi saya) adalah resepi asas. Tuan puan boleh gunakan kreativiti dan imaginasi untuk menambah dan membuat sendiri mol mol yg mungkin kita tidak pernah terfikir boleh dibuat.
Kredit : Salina Shamsudin ..
ANTARA JENIS2 MOL dan PANDUAN
Kandungan nutrien dalam bahan bahan baja dan penghindar perosak dan penyakit kaedah Natural Farming hb
MOL Kangkung (FPJ)
Jenis tanaman yang tumbuh dengan cepat,
Gibberellin, auxin and cytokinin - hormon ransang pertumbuhan,
Ambil hujung kangkong, cincang dan campur dengan gula merah pada kadar 1:1, peram selama 7 hari
Sembur tanaman & siram tanah untuk tanaman tumbuh & membesar cepat.
MOL Buah Pisang (FFJ)
Disembur kepada tanaman pada peringkat hendak berbunga,
Mengandungi K tinggi,
Memacu pembungaan dan pembuahan tanaman,
Tingkat kualiti buah,
Makanan supplement ternakan.
Beli buah pisang terlebih masak pada harga murah, potong dan campur dengan gula merah pada nisbah 1:1 dan peram selama 7 hari
MOL Sisa Ikan (FAA)
Sumber N yang baik untuk tanaman,
Memacu pertumbuhan awal tanaman,
Sembur tanaman & siram tanah untuk tanaman tumbuh & membesar cepat.
Sisa buangan ikan yang segar, ikan yang murah, dipotong-potong kecil dan
dicampur dengan gula merah pada kadar 1:1 dan diperam selama sebulan.
MOL Kulit Telur (Ca.P)
Calcium carbonate, P, Mg, trace Na, K, Zn, Mn, Fe, Cu,
Sembur/siram semasa mula berbunga,
Putik buah lekat ditangkai & tingkat kualiti buah.
Kulit telur ayam atau burung, digoreng/dibakar sehingga kuning keperangan dan direndam bersama cuka asli/nipah selama 1 bulan
MOL Tulang (P.Ca)
Tulang dibakar hingga putih dan direndam dengan cuka asli/nipah selama 1 bulan
Phosphoric acid,
Untuk pertumbuhan yang baik,
Sembur pokok muda hingga hendak berbunga,
Meransang pembungaan,
Tingkat hasil tanaman.
Sembur/siram
Kandungan Air Laut
Mengandungi sodium, mineral & micronutrient.
Meransang metabolisme tumbuhan,
Pokok jadi kuat melawan penyakit,
Buah jadi lebih manis.
OHN -Kawalan Tanaman
Penghindar serangga perosak,
Kawalan penyakit bakteria & kulat.
Kamcui:Tongkui:Kulit kayu manis:Bawang putih:Halia
Kombinasi pada kadar 2:1:1:1:1
Menjaga kesihatan pokok disemua peringkat pertumbuhan.
OHN Bawang Putih
Penghindar serangga perosak,
Mengandungi antibiotik & antifungal allicin dalam bawang putih segar,
Melawan bacteria, virus, kulat, parasit,
Sembur pokok / siram ke tanah.
Ekstrak dengan nira 12-jam beri lebih ‘power’.
OHN Halia
Ekstrak dengan nira 12-jam beri lebih ‘power’.
Essential oil sesquiterpenes, Capsaicin menghindar serangga perosak,
Anti-bakteria & anti-fungal,
Ekstrak dengan nira 12-jam beri lebih ‘power’.
OHN Kulit Kayu Manis
Mengandungi coumarin,
Antiseptik – antibakteria, anti-fungal,
OHN Tong Kui (Angelica acutiloba)
Guna bahagian akar,
Mengandungi coumarin,
Pahit,
Anti-bakteria.
OHN Kam Cui (Glycyrrhiza uralensis )
Akar, Rasa manis 50x gula,
Mengandungi glycyrrhizin,
Anti-bakteria
Cuka Nira
Anti-fungal – powdery mildew, dll.
Matikan rumput muda.
Membuat Cuka Beras
Cara membuat cuka beras bagi menggantikan cuka nipah atau cuka yang terdapat di kedai.
Dedak beras campur dengan beras hancur pada kadar 1;1. Kukus dan sejukkan
Tambah ragi dan simpan selama 2 hari
Tambah air 85% dari jumlah nasi tadi
Selepas 2 hari ada buih dan bau manis
Selepas 5 hari alkohol terbentuk
Selepas 10 hari jadilah cuka
Baja Organik Cecair untuk Buah Besar
Cara membuat baja organik cecair sebagai baja buah. Kita boleh gunakan bahan dari dapur sebagai bahan utama baja cecair.
Bahan:
1. Gula merah (1 kg) (dicairkan dengan 200 mL air)
Kisar (A)
1. Kulit pisang (700g)
2. Kulit udang (belum dimasak) (200g)
3. Kulit telur (100g)
Alat:
1. Bekas besar
2. Botol plastik 1.5 L
Cara-cara:
1. Campurkan segala bahan di dalam bekas dan gaul rata
2. Setelah itu masukkan ke dalam botol 1.5 L.
3. Tutup dengan kain kasar agar tiada serangga masuk. Penggunaan kain agar berlaku proses pengudaraan untuk mikrob bekerja.
4. Peram selama 20 hari.
5. Setelah itu, tapis cecair hasil peraman.

Penggunaan:
1. Campurkan baja cecair bersama air dengan nisbah 1:20 (baja cecair: air). Contohnya 10 mL baja dengan 200 mL air.
2. Sembur pada daun pokok untuk kesan maksimum. Tidak kisah waktu semburan. Jika hujan selepas itu, boleh lakukan semburan kembali.
Kelebihan baja buah ini kepada tumbuhan:
1. Kulit pisang membekalkan kalium (K) sesuai untuk pembuahan
2. Kulit udang membekalkan unsur surih (TE) sesuai untuk tumbesaran
3. Kulit telur membekalkan kalsium (Ca), fosforus (P) sesuai untuk pertumbuhan batang dan buah pokok

Kesan penggunaan baja organik cecair buah
Pokok Cili Kuat Dengan Belacan
Pokok cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang
sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan
yang rapi, dan mudah diserang penyakit.
Oleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok.
Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.
Bahan:
Cara buat:

- Belacan – 100g
- Gula molases / gula merah – 100g
- Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL
Cara buat:
- Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut.
- Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati.
- Tutup dengan kain kasa bekas tersebut.
- Peram selama sebulan.
- Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.
- 10 mL pati + 2 L air biasa
- Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali
Subscribe to:
Comments (Atom)