12 April 2022

07 November 2018

Pokok Cili Kuat Dengan Belacan

Pokok cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit.
Oleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok.

Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.

Bahan:
  1. Belacan – 100g
  2. Gula molases / gula merah – 100g
  3. Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL

Cara buat:
  1. Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut.
  2. Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati.
  3. Tutup dengan kain kasa bekas tersebut.
  4. Peram selama sebulan.
  5. Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.
Cara guna:
  1. 10 mL pati + 2 L air biasa
  2. Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali

No comments: