12 April 2022

Showing posts with label seks. Show all posts
Showing posts with label seks. Show all posts

13 November 2019

Senaman Harimau - Kuatkan Stamina

Senaman Harimau sesuai untuk mereka yang mempunyai sakit lemah syahwat, nak besarkan burung dan menjaga kesihatan batin dan umum.


InsyaAllah berkesan.. Nak buat benda ni kena ada azam yang tinggi.


Padi Bukit




Gerakan ini dilakukan di kala subuh bagi mengeluarkan segala udara kotor yang terperangkap ketika tidur apabila nafas disedut dan dihembus separuh penuh.
Ia berfungsi memasukkan udara baru yang bersih dan segar bagi menyihatkan paru-paru dan serta segala urat saraf dengan menyerapkan udara baru hingga ke urat biji ranting (avioli) yang berada di hujung urat paru-paru. Ia melatih paru-paru agar mengembang ke peringkat optima.
Gerakan ini dapat membangkitkan kekuatan otot belakang, terutamanya di bahagian tengah belakang dan ia menguatkan stamina jima’.




Langkah gerakan.
1. Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang.
2. Tangan diletakkan di lutut.
3. Bahu harus terbuka lebar.
4. Kemudian nafas ditarik sedalam-dalamnya sehingga terasa udara penuh di dalam paru-paru.
5. Tarik nafas dengan perlahan.
6. Biarkan udara berada dalam paru-paru selama 7 detik.
7. Kemudian hembuskan perlahan-lahan udara itu hingga terasa kosong udara dalam paru-paru.
8. Semasa menghembus nafas, perut hendaklah dikempiskan dan tumpukan tenaga ke arah dada.
9. Ulangi gerakan sebanyak 3 kali.



Nafas Pertapa



Gerakan ini menolong melatih otot kendalian zakar (levator ani) supaya dapat menarik zakar menuju ketegangan seimbang. Ia dapat menambah kemampuan kendalian urat peha. Ia juga dapat menguatkan dada, membesarkan zakar, mengeluarkan biji zakar dan membesarkan kepala zakar serta mengurangkan rasa ngilu pangkal zakar.



Langkah gerakan.

1. Duduk dengan keadaan tumit tapak kaki bertemu dan bawakan hampir dengan kemaluan.

2. Tegakkan belakang, tarik nafas hingga penuh paru-paru, tariklah dengan tempo yang perlahan.
3. Semasa menarik nafas, sila tekan kedua-dua lutut dengan kedua tapak tangan agar kedua-dua lutut itu dapat mencecah lantai. (Jika tidak boleh, buat setakat mampu dulu.)
4. Kedua-dua lengan patut diluruskan bagi mencapai piawai gerakan.
5. Bahu sepatutnya tegak seimbang.
6. Pada masa yang sama, kemutkan otot zakar anda agar kepala zakar kembang.


7. Tahankan nafas 7 detik.
8. Hembuskan nafas dengan perlahan.
9. Ulangi gerakan sebanyak 3 kali.


Rentak Urutan



Gerakan ini bertujuan untuk mengurut urat yang mengalirkan darah ke zakar dan membangunkan urat-urat yang mengalir dan menetap dengan baik di situ. Ia juga membesarkan kembali zakar yang kecil. Disarankan agar urutan menggunakan minyak urut.

Langkah gerakan.
1. Dari posisi sebelumnya, tarik nafas semula dengan perlahan.
2. Dengan perut kedua-dua jari tangan, cari urat peha di bahagian dalam peha dan urut menggunakan perut ibu jari dari hujung peha ke pangkal peha dan akhirnya gerakan itu melalui tepi batang zakar dan akan berakhir di hujung batang zakar.
3. Urutan dilepaskan bila mahu mencecah kepala zakar.
4. Kemudian lepaskan zakar.



Tarik Sepadan




Keseimbangan otot peha serta lutut adalah amat perlu dalam kes-kes lemah syahwat. Otot-otot ini pul berhubung secara langsung dengan urat-urat di kaki. Otot-otot di belakang sepatutnya menjadi kuat. Pada tulang belakang, iaitu di bahagian pinggang, terletak urat-urat yang menegangkan zakar apabila mendapat rangsangan otak atau rangsangan sentuhan. Gerakan ini dapat membantu kearah meningkatkan kemampuan bahagian-bahagian tersebut.

Langkah gerakan.


1. Duduk bersila dengan kedua tapak kaki ditemukan.

2. Kedua tangan memegang ibu kaki kanan dan kiri.
3. Tarik nafas perlahan dan dalam-dalam sambil menarik ibu jari kaki itu hampir kepada kemaluan.
4. Tapak kaki sedapat-dapatnya ditemukan.
5. Lutut seboleh-bolehnya mau mencecah lantai.
6. Jika zakar tegang, maka seharusnya tarikan itu mencecah lantas mencelahkan kepala zakar di antara dua telapak kaki di bahagian yang melengkung di tapak kaki itu.
7. Semasa tarikan berlaku, tumpuan tenaga akan tertumpu ke otot belakang, dan akan terasa bahawa ia diuruti.
8. Kemudian baru lepaskan nafas, secara perlahan sambil letakkan kaki ke posisi asal tadi.
9. Ulangilah gerakan ini sebanyak 3 kali.



Rentak Lentang

Gerakan ini dapat menseimbangkan otot peha, belakang dan baik untuk pinggang. Ia dapat mengubati lemah tenaga batin.


Langkah gerakan.

Dari posisi sebelum ini, tarik kedua-dua jari kaki agar tumit terbuka kearah depan, tetapi tumit tetap ditemukan.
1. Tarik nafas dengan perlahan-lahan dan dalam.
2. Dengan perlahan-lahan maka rebahkan badan ke depan dengan keadaan tangan masih memegang ibu jari kaki.
3. Jejakkan kepala ke lantai. (Jika tidak boleh dijejakkan usahlah dipaksa, buat sekadar termampu.)
4. Balik ke posisi asal dan hembuskan nafas.







Tepis Jengking


Langkah Gerakan.

1. Duduk bersila, belakang ditegakkan.

2. Tarik nafas dan depangkan tangan kanan separas bahu ke kanan dengan perlahan.
3. Bawa tangan itu separas bahu lurus ke arah depan sambil menarik nafas.
4. Kemudian cuba lagi dengan tangan itu untuk ke kiri lagi, lengan lurus.
5. Akan dirasa otot dada akan menghalang gerakan tersebut.
6. Ulangi gerakan tersebut sebanyak 3 kali.
7. Setelah itu barulah anda hembuskan nafas.
Ulangilah perkara yang juga untuk tangan kiri.
Perlu diingat bahawa bahu perlu tegak dan tidak disengetkan semasa pergerakan.


Matahari Naik


Gerakan ini membantu mengurut otot-otot bahagian pinggang serta rusuk, tengkuk dan leher dan dalam masa yang sama merangsang pengaliran darah yang lebih lancar.


Langkah Gerakan.

1. Duduk bersila dan tegakkan belakang.

2. Dengan perut tangan, sila tekan otot pinggang dari arah belakang sambil menarik nafas perlahan.
3. Dengan perlahan juga, urut otot pinggang itu membawa ke rusuk dan dada.
4. Lakukan itu sambil menahan nafas.
5. Bawa tangan itu ke depan dan ke atas hingga dapat dilepaskan tangan itu lurus ke atas kepala, barulah nafas dihembuskan perlahan-lahan.



Lenjang Gajah

Gerakan ini berguna sebagai senaman memulihkan tenaga batin. Tenaga akan tertumpu kepada urat bahu, leher serta urat peha dan betis ketika gerakan ini dilakukan. Kedua-dua tangan dan lutut bagi kaki yang diluruskan tidak wajar dibengkokkan ketika henjutan.


Langkah Gerakan

1. Duduk dengan meluruskan kaki kanan dan melipatkan kaki kiri.

2. Belakang ditegakkan.
3. Tarik nafas dengan perlahan dan dalam.
4. Letakkan tangan kanan ke lutut kiri.
5. Cuba capai ibu jari telunjuk tangan kiri.
6. Henjutkan badan dengan perlahan serta lembut bagi mencapai ibu kaki.
7. Ulangi 7 kali.
8. Lepaskan nafas.







 

Cakar Harimau


Gerakan ini berguna sebagai senaman memulihkan tenaga batin.
Tenaga juga tertumpu kepada urat bahu, leher serta urat peha dan betis ketika gerakan ini dilakukan.
Tangan dan kaki lurus ketika gerakan.


Langkah Gerakan

1. Tarik nafas perlahan, dengan perlahan juga cuba pusingkan badan ke arah kiri dan jangkau tangan kanan itu sejauh yang mungkin ke kiri.

2. Jari-jari kanan itu harus mencecah lantai.
3. Gerakan pusingan ini diulang 7 kali.
4. Hembus nafas.
5. Sila ulangi gerakan untuk sebelah kanan pula.


.




Doa Kuatkan Zakar Waktu Jima'.


Jika terasa lemah zakar hendak berjimak (bersetubuh), bacalah doa ini 3 kali kepada zakarnya di waktu ketika hendak jimak (bersetubuh) niscaya jadi kuat bersetubuh InsyaAllah. Tapi jika dah kuat, usah dibaca nanti tak tahan pula isteri, lari malam pula.
Inilah Doanya. 





24 November 2017

Siri Seks Suami Isteri - Petua Kesihatan Batin Lelaki

Dalam penjagaan kesihatan, terutama berkenaan tenaga batin, masih terdapat segelintir lelaki yg tidak mengambil berat dan memandang remeh perkara ini. 

Mungkin ramai lelaki yg tidak mengetahui bahawa tabiat biasa yg sering dilakukan memberi kesan terhadap keupayaan mereka. Sesetengah membawa kesan serta merta dan ada yg mengambil masa panjang. 

Pelbagai petua dan pantang larang telah diajarkan oleh orang2 tua Melayu bagi menjaga kesihatan batin ini. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu. 

Di sini diperturunkan beberapa petua lama yg berguna.
  • Jangan amalkan minum air batu kerana ia akan mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik. Akibatnya zakar ngilu apabila bersama dengan isteri. Batang zakar harus sentiasa panas. 
  • Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk dan dibekukan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal. 
  • Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu. 
  • Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir. 
  • Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas. Ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika bersama isteri (jimak). 
  • Elakkan amalan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar. 
  • Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air. 
  • Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yg sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar. Tindihan dari paha dan lutut yg sejuk membantutkan aliran. 
  • Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar. 
  • Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu. 
  • Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin. 
  • Kurangkan dari memakan pisang Embun. 
  • Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air. 
  • Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar 
  • Tidak digalakkan mengadakan hubungan kelamin di dalam air. 
  • Selepas melakukan hubungan kelamin, rehat dulu 15 minit. Kemudian barulah minum air. 
  • Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk. 
  • Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks. 
  • Jangan melakukan hubungan kelamin ketika isteri sedang haid kerana ia bukan saja haram di sisi agama Islam tetapi juga boleh mendatangkan penyakit. 
  • Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan. 
  • Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga. 
  • Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik. 
  • Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua. 


Siri Seks Suami Isteri - Teknik Urutan Payudara

Apabila anda memberikan sentuhan lembut, urutan dan belaian ke atas badan wanita jangan lupa bahagian yang paling penting iaitu buah dada wanita. Sekiranya anda tidak melakukan belaian ke atas buah dada wanita, ia bagaikan urutan dan belaian yang tidak lengkap. 

Di bawah disenaraikan 4 langkah cara-cara membelai buah dada wanita dengan betul.


Awas : Pastikan anda membelai dengan lembut dan betul kerana kawasan buah dada merupakan kawasan yang sensitif. Dengan menggunakan cara yang betul, pengaliran darah akan berjalan lancar dan ini akan meningkat rasa keghairahan dan menyeronokkan ke atas wanita tersebut.


Praktikkan langkah-langkah di bawah. Ia mampu meningkatkan tahap keghairahan wanita.


Langkah 1





Letakkan tapak tangan kanan anda rapat di atas buah dada wanita sebelah kiri. Sapu perlahan-lahan, tarik ke arah bahu sebelah kanan. Letakkan tapak tangan kiri anda rapat ke atas buah dada wanita sebelah kanan. Sapu perlahan -lahan, tarik ke arah bahu sebelah kiri.


Pergerakan tangan anda bersilang dan lakukan perkara di atas berturut-turut sehingga 6 ke 7 kali.


Langkah 2





Sapu sedikit minyak aroma di hujung jari anda dan basahkan minyak tersebut ke atas buah dada wanita. Pastikan sentuhan tersebut adalah yang paling lembut di antara tersentuh dengan tidak. Lakukan ke atas salah satu buah dada wanita seperti yang di tunjukkan di dalam rajah di atas. Mulakan dengan pusingan dari luar buah dada secara perlahan-lahan hingga pusingan tersebut mendekati puting buah dada. Kemudian lakukan perkara yang sama ke atas buah dada yang satu lagi.


Langkah 3





Picit dengan pelahan, kepit kulit yang berdekatan dengan buah dada seperti dalam rajah di atas. Geselkan perlahan-lahan ke arah depan dan belakang kawasan puting buah dada. Lakukan dengan lembut dan ulang beberapa kali. Kemudian lakukan perkara yang sama ke atas buah dada yang satu lagi.


Langkah 4





Gentel puting buah dada dengan lembut menggunakan minyak aroma menggunakan jari telunjuk dan ibu jari. Gentel ke kiri dan ke kanan dengan perlahan-lahan. Lakukan selama beberapa minit. Kemudian buat perkara yang sama ke atas buah dada yang satu lagi.

Siri Seks Suami Isteri - Gaya Memecah Dara Malam Pertama



Malam pertama merupakan detik yang dinanti-nantikan, terutama pada pengantin lelaki. Namun, keghairahan ini mungkin tidak dikongsi bersama oleh pengantin perempuan. Perasaan segan dan takut pada kesakitan pecah dara sering menyelubungi pengantin perempuan.


Pengalaman malam pertama tidak semestinya sempurna. Namun, dengan persediaan rapi dari segi mental dan fizikal, pasangan pengantin baru akan dapat menikmati persetubuhan pertama dengan penuh kepuasan.



Cara Bersetubuh Malam Pertama – Persediaan

Banyak pasangan pengantin tidak bersedia untuk persetubuhan malam pertama. Senggama sebaik-baiknya dilakukan dalam keadaan selesa dan tidak tertekan. Jika suami atau isteri terlalu letih selepas sehari suntuk kesibukan dengan pelbagai upacara persandingan, maka pretasi dan kepuasan seks akan tergugat.

Dalam keadaan demikian, kenapa tidak rehat dahulu dan tunggu sehingga keesokannya untuk memecah dara.

Jika kedua-dua pengantin baru masih bertenaga, maka persetubuhan pertama boleh dimulakan. Pastikan pintu bilik sudah terkunci dan para tetamu sudah meninggalkan rumah.

Sediakan pelincir persetubuhan sebagai standby bagi mengurangkan kesakitan isteri jika faraj kekeringan.


Cara Bersetubuh Malam Pertama – Merangsang Isteri

Ransangan yang mencukupi untuk isteri amat penting untuk persetubuhan malam pertama. Apabila isteri teransang, saluran faraj akan dibasahi cecair pelintir. Ini penting untuk kemasukan zakar ke faraj dan mengurangkan kesakitan ketika pecah dara.

Ransangan kepada isteri boleh dilakukan dengan menggunakkan jari untuk meraba bibir faraj dan kelentit. Rabaan ini boleh dilakukan dengan lemah lembut supaya tidak menyakitkan isteri. Jangan cuba memasukkan jari ke dalam faraj pada peringkat ini.

Suami yang lebih adventurous boleh memberi oral seks kepada isteri dengan menguncup bibir faraj dan kelentit. Bibir dan lidah yang lembut sangat berkesan untuk merangsang pintu faraj isteri. Teruskan proses ini sehingga bukaan faraj isteri kebasahan.


Cara Bersetubuh Malam Pertama – Merangsang Suami

Pengantin Perempuan pula boleh meraba dan melancap zakar suami untuk merangsang suami. Biasanya, rangsangan visual dari badan bogel isteri sudah cukup untuk merangsang suami pada malam pertama. Bagaimanapun, ada juga kemungkinan zakar suami tidak tegang pada malam pertama kerana nervous dan terlampau cemas. Jika itu berlaku, cubalah meraba zakar suami dan melancap untuk suami. Si suami harus berhati hati dan memberitahu si isteri untuk berhenti melancap zakar jika terasa ingin memancut. Jangan sampai pula terpancut sebelum persetubuhan dimulakan.


Cara Bersetubuh – Posisi Seks

Mungkin kedengaran aneh, tetapi cara bersetubuh yang paling baik bagi malam pertama ialah posisi duduk berpelukan. Posisi seks ini amat intim dan boleh mengurangkan kesakitan pengantin perempuan.

Cara bersetubuh ini bermula dengan suami duduk di atas katil. Isteri pula melutut duduk di atas paha suami sambil melutut. Dalam posisi seks ini, kedua-dua pasangan boleh berpelukan dan bercumbu-cumbuan.

Apabila bersedia, suami boleh mengangkat punggung isteri untuk menyarungkan lubang faraj ke zakar. Dengan perlahan lahan, si isteri boleh menekan bibir faraj ke atas zakar. Kelebihan cara bersetubuh ini ialah si isteri dapat mengawal kemasukan zakar bagi mengurangkan kesakitan semasa pecah dara.

Pada masa sama, suami pula boleh menolak punggung isteri ke bawah untuk menggalakkan kemasukan. Apabila selaput dara sudah pecah, si isteri masih dapat mengawal rentak dan tusukan zakar mengikut keselesaannya.


Cara Bersetubuh Malam Pertama

Demikianlah cara bersetubuh malam pertama. Banyak debaran, banyak penantian dan banyak yang mungkin tidak sempurna. Jangan khuatir, seperti mana skil yang lain, cara bersetubuh boleh diperbaiki dan diperlajari dari pengalaman. Nikmat dan kepuasan seks penting untuk kebahagiaan perkahwinan.