12 April 2022

Showing posts with label salafi. Show all posts
Showing posts with label salafi. Show all posts

13 June 2014

Penerangan Kepada Golongan Wahabi...


Mat Taiko with Haizam Zariman Mohd Yusof
19 hrs · Edited ·

Selepas solat subuh di masjid pagi tadi. Sambil iktikaf dan menghabiskan wirid. Seperti biasa Pak Wahab yang kaki provoke datang duduk kat sebelah.

Pak Wahab : Kamu tahu tak ? Apasal agama Kristian lebih pesat berkembang dari Malaysia ? Sebabnya orang Islam kerjanya jual air jampi, jual air yang dibaca ayat Al Quran.

Aku dengar aje sambil habiskan wirid.

Pak Wahab : Ustaz-ustaz kasi ceramah bagi bayaran tinggi.

Aku dengar aje.

Pak Wahab : Jabatan agama sibuk tangkap orang buat maksiat.

Aku dah habis wirid. Sambil perbetul urat, aku dengar lagi.

Pak Wahab : Gereja orang boleh masuk. Masjid orang kafir tak boleh masuk.

Aku pun menyampuk ... Ada beberapa perkara saya nak tanya Abang.

Pak Wahab terdiam.

Aku : Boleh tak abang BUKTIKAN dakwaan Abang yang agama Kristian lebih berkembang dari agama Islam di Malaysia ?

Pak Wahab : Itu sekarang sedang tersebar di internet, masuk FB, tweeter, Whatsapp. Kamu tak baca ke ?

Aku : Abang orang terpelajar, golongan professional, ada Diploma, ada Degree, ada Master ada PhD. Fikrah Islamik. TAK KAN boleh terus pegang apa yang di publish kat FB ? Abang jga kata nak ikut AL Quran dan Sunnah saja. Selain Al Quran dan Sunnah adalah bida'ah. Facebook tu Al Quran dan Sunnah abang ke ?

Pak Wahab terbeliak biji mata. Mukanya dah merah padam.

Aku : Zaman sekarang, jika hendak buat perbandingan, dan buat kesimpulan darinya. Kenalah KAJI, datangkan bukti dan fakta. Abang ada PhD kan ? Tak kan Abang tak tahu disiplin dalam membuat keputusan dan kesimpulan ? Tak kan abang mudah-mudah percaya apa yang kat Facebook tanpa lihat ANOVA analysis, varian, p-value ? Sebab tu orang cakap, PhD Abang tu PhD beli. Sebab Abang cakap tanpa fakta dan bukti.

Pak Wahab makin merah mukanya.

Aku : Ustaz-ustaz bagi ceramah, minta bayaran tinggi. Betul ke ? Fakta atau auta ? Kalau dia demand, berapa dia demand dan tunjukkan bukti ? Saya pernah jumpa orang yang BUKAN Ustaz, untuk invite dia CAKAP pasal agama, dia minta RM700. Fuiyoooo. Saya pernah jemput seorang Ustaz yang memang betul-betul Ustaz, ada sanad ijazah untuk ceramah agama. Dia tak minta duit pun. Tapi saya bagi dia RM 1500. Dia terkejut. Dia kira duit yang saya beri, dia pulangkan RM 1300 dengan memasukkan duit tu dalam Tabung Masjid. Dia cuma ambil RM 200. Dia cakap kat saya, RM200 tu untuk duit minyak dan toll serta duit makan minum dan beli buah tangan untuk keluarganya. Dia minta HALALkan lagi. So What ?

Abang cakap, orang jual air jampi ayat Al Quran penyebab agama Kristian berkembang. Saya nak tanya Abang, Abang tak jual pun air yaasin, air ruqyah, air zam zam. DAH BERAPA RAMAI orang yang Abang dah Islamkan ?

Pak Wahab terdiam dan tertunduk.

Aku : Apasal Abang diam ? Abang tak jual pun air jampi, air ruqyah, air zamzam, tapi tak ada seorang pun yang Abang Islamkan. INI FAKTA BUKTI, orang tak masuk Islam bukan sebab-sebab yang Abang sebut tu.

Pasal Jabatan agama pergi rush orang buat maksiat.Itu tanggungjawab mereka dalam usaha MENCEGAH MUNGKAR. Ada dalilnya dalam Al Quran Surah Al Imran ayat 104:

“Dan hendaklah ada di antara kamu, sebahagian yang MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”

ALLAH sifatkan orang sebegini adalah orang yang BERJAYA. Cuba lihat di Singapore, Jabatan Agama mereka tak rush orang khalwat, tak rush orang minum arak. Lihatlah muda-mudi muslim di Singapore, rosak. Duduk di Geylang kalau boleh jumpa perempuan pakai tudung sempurna cukup susah. Itukah yang Abang nak jadi kat negara kita ? Tak ada cegah kemungkaran ?

Abang nak ikut Al Quran dan Sunnah atau nak ikut Facebook ?

Pak Wahab makin terkedu.

Aku : Pasal gereja orang Islam boleh masuk, masjid orang bukan Islam tak boleh masuk. Come on laaa Bang. Jangan jumud sangat. Masjid Negara tu Barrack Obama masuk, OK aje. Ada masalah ke ?

Abang nak tahu tak ?

Pak Wahab : Apa dia ?

Aku : Sebenarnya, apa yang Abang baca kat Facebook tu, dibuat oleh seorang missionary Kristian sebagai psychological warfare untuk memecah belahkan umat Islam. Cara dia ulas tu pun kita dah tahu.

Cuba Abang cek di JAWI dan majlis agama seluruh Malaysia. Betul ke agama Islam ni tak berkembang ?

Cuba tanya Ustaz Mohd Fadli Yusof betul ke dia gagal Islamkan orang di Sabah ? Yang pasti kita tahu, dia berjaya mengIslamkan ramai orang di Sabah dan berjaya buka kampung, bina masjid, buka sistem kehidupan Islam di Sabah.

Abang yang tak jual ayat Al Quran, tak minta duit atas kerja Abang konon2nya, yang tak pergi ikut jabatan agama pergi rush pusat maksiat dan setuju orang kafir masuk masjid, DAH BERAPA orang masuk Islam dan dah berapa kampung Islam dan masjid yang abang dah bina ?

Pak Wahab terus senyap dengan mata yang buntang.

AKU : Ginilah Abang. Sebenarnya, Islam tak berkembang kerana adanya orang-orang yang macam Abang ni.

Bila masuk bulan Rejab, Abang menyalak membida'ahkan sambutan Israk Mikraj. Bila masuk bulan Sya'ban, Abang menyalak membida'ahkan amalan di bulan Sya'ban. Nanti bila masuk bulan Ramadhan, membida'ahkan jumlah rakaat solat terawikh. Bila masuk bulan Syawal, Abang menyalak pasal puasa enam syawal dijamakkan bersama puasa qadak. Zikir berjemaah, sambutan Mawlidur Rasul, Tahlil arwah, menziarahi kubur, itu semua isu khilafiyah yang sudah selesai dibahaskan. Tetapi Abang dan orang yang mentality rendah macam Abang membida'ahkannya. Sedangkan isu-isu tu semua DAH SELESAI dibahaskan oleh alim ulamak muktabar sejak 1000 tahun lepas. Isu khilafiyah. Tapi masih diungkit-ungkit oleh Abang dan orang spesis Abang yang low mentality.

Sebab itulah Islam tak berkembang di tangan Abang dan ditangan orang-orang macam Abang yang kerjanya membida'ahkan orang. Umat Islam lain maju ke depan meninggalkan isu khilafiyah dan aktif mengIslamkan orang, Abang pula ajak orang mundur 1000 tahun ke belakang. Sebab itu Islam tak berkembang di tangan Abang dan TAK ADA orang masuk Islam di tangan Abang. Lebih-lebih lagi Abang sendiri terpedaya dengan posting missionary Kristian di Facebook. Kasihannnnn.

Sekarang, nak GLAMOUR punya pasal. Bawa isu babi halal di makan lak. Come on la. Hadis Arbain Nawawi, Rasulullah SAW kata yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Jangan ajak orang makan babi. Sebab dah terbukti babi tu najis dalam syariat.

Pak Wahab terus terkedu.

Abang serang. Saya terang.