12 April 2022

Showing posts with label jambu semarang. Show all posts
Showing posts with label jambu semarang. Show all posts

25 February 2013

Jambu Semarang Part 2

Hari Isnin minggu lepas (18-2-2013) aku letak BAJA PENGGALAK BUAH tiga2 pokok buah - ciku, mangga & jambu semarang


Semalam (24-2-2013) pokok jambu semarang dah keluar bunga...yang lain...masih nak kena 'dera' dgn baja buah tu...


harap2 bunga2 yang kembang ni bertukar jadi buah jambu yang segar & berkhasiat..

22 February 2013

Jambu Semarangku Gila Daun

Berpandukan gambar yang dilekat kat anak benih jambu semarang di MAHA 2010, buahnya kemain cantik dengan saiz buah yang panjang warna merah darah pekat...NYUMMMMMMM sungguh menyelerakan. So kami decide beli dengan harga RM10.

Berapa lama pokok ni keluar buah? soal kami pada penjual tu, "dalam 2 tahun bang"..ringkas jawabnya.

Selama hampir 2 tahun kami letak baja subur;.......wahhhhhhhh gila mabuk daun pulak...kemain banyak daunya....

Tak boleh jadi...akhir tahun lepas dalam bulan Oktober 2012...kami buat pencantasan [pruning] dengan harapan dia akan mengeluarkan buah yang lebat & cantik menawan serta segar untuk dimakan.

Kami mementingkan Praktis Pertanian yang Baik [Good Agriculture Practices] ... minimum racun & baja kimia.




Tapi jambu ni bentuk buah tak seperti yang diiklankan....