12 April 2022

Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

10 November 2016

Pembajaan Melalui Daun (baja Foliar) dan 10 soalan panas tentang keraguannya

Posted by HAZNEL on FEBRUARI 11, 2016


Dalam air hujan terdapat nutrient yang diperlukan oleh tanaman. Di atas permukaan lautan dan pantai, terhasil begitu banyak buih –buih air yang berterbangan diudara, begitu juga di tepi pantai, hentaman –hentaman ombak pada batu-batu di pesisir pantai menghasilkan begitu banyak buih-buih air yang berterbangan di udara, partikal-partikal ini dinamakan “aerosols” , kemudian partikel ini bergabung dengan debu-debu yang berterbangan dari daratan, menjadi partikel nutrient yang kemudiannya naik dan berkumpul di atmosfera dan menjadi awan yang terkumpul kemudian menjadi hujan menimpa bumi, kemudian mencurah ke helaian daun tanaman. Boleh dikatakan setiap luas permukaan daun terkena air hujan yang mencurah ini, kemudian pula mengalir kesetiap ranting – ranting yang bercabangan dan kemudiannya turun ke batang. Jika pokoknya sawit, disimpannya nutrient bersama air hujan pada sisa –sisa pelepah yang masih terlekat pada batang menjadi simpanan makanan yang diperlukan. Lihat sahaja struktuk daun-daun yang diciptakan, cukup bersedia menerima dan memerangkap air. Lihat padi, ada struktur bulu-bulu berupa seperti bulu roma kita pada daunnya, menegak dan condong ke sisi, bersedia menerima hujan dan memerangkap sedikit air pada roma-romanya.

Walaubagaimanapun, pencemaran udara yang telah kita buat, menyebabkan air hujan kini sedikit berasid, namun fenomena air hujan ini, menjadi satu bukti jelas bahawa pembajaan melalui daun adalah kaedah sebenar yang diperlukan tanaman, tinggal sahaja cara melasaksanakannya, mungkin peralatan, kaedah, atau formulasi baja yang diolah masih tidak bersesuain lagi.



Pembajaan melalui Daun (foliar), dengan cara semburan pada daun adalah teknik baru berbanding dengan teknik pembajaan melalui tanah, yang mempunyai sejarah yang cukup panjang. Kaedah ini menjadi satu kaedah yang luarbiasa dan banyak salah faham timbul, kerana dikatakan seolah-olah kaedah yang menyalahi hukum alam dan dianggap satu kepercayaan karut. Sekumpulan saintis di NTS telah melakukan beberapa kajian ke atas aplikasi pembajaan foliar dan beberapa penemuan yang menakjubkan ditemui mereka.

Disini saya senaraikan jawapan mereka dengan 10 soalan yang biasa ditanya tentang Aplikasi pembajaan foliar.

1) Bolehkah pokok menyerap nutrient melalui daun tanpa melalui sistem akar?

Jawapan kepada soalan penting ini telah dikaji dan ditemui pada tahun 1950s oleh H.B. Tukey & S.H. Wittwer dari Michigan State University, USA. Mereka menyembur pokok dengan radioaktif potassium (K) dan phosphorus (P) dan dengan menggunakan sejenis alat Geiger, mereka mengira dan mengukur kadar serapan, nutrient pada pokok. Mereka menemui nutrient bergerak dengan kadar 0.3 m/h (dalam masa satu jam) ke semua bahagian pokok.Liang Stomata

2) Adakah baja cecair foliar sebenar-benarnya terus diserap oleh pokok melalui daun atau dari tanah melalui semburan yang jatuh ke tanah atau melalui baja semburan yang terlekat pada daun yang kemudiannya masuk ke tanah kerana hujan?

Baja Urea telah digunakan dengan semburan foliar pada daun sebagai percubaan ke atas tanaman pisang, Kopi dan juga apel.
Dan keputusannya lebih 65% Urea diserap dalam masa 25 minit, dengan majoritinya diserap pada daun yang lebih muda dan juga bahagian bawah daun. Jumlah masa serapan pada pisang ialah 30 jam, dan pada kopi dan tanaman koko ialah dalam masa 24 jam, dan bahagian bawah daun muda pokok apel menyerap nutrient lebih baik dari daun tua pokok apel. Ujian ini dengan jelasnya menunjukkan bahawa nutrient diserap secara terus oleh daun. Cuma kaedah foliar pada dasarnya, lebih popular digunakan sebagai baja tambahan top dressing dan sebagai salah satu kaedah alternatif.

3)Bagaimana aplikasi foliar menyerap nutrient?




Daun mengandungi lubang transcuticular ( lubang yang terletak diantara struktur sel) dan juga liang stomata, nutrient yang di sembur masuk melalui liang-liang tersebut. Lubang transcuticular ada di bahagian atas dan bawah daun, terbuka sentiasa, jadi nutrient akan masuk melalui liang ini. Liang Stomata lebih banyak wujud pada bahagian bawah daun, yang terbuka pada awal pagi atau lewat petang , yang mana jika kita sembur pada waktu ini adalah sangat berkesan ia lebih efektif melalui daun berbanding akar. Rumput pastura dan juga pokok tebu, mempunyai stomata atas dan bawah daun, jadi tak perlu sembur satu bahagian bawah sahaja.

4) Adakah hanya di daun sahaja pokok menyerap nutrient?

Tidak, eksperiment yang pertama dilakukan oleh Tukey dan Wittwer, menunjukkan tunas, ranting, batang, bunga dan buah menujukkan penyerapan nutrient berlaku.Contohnya penyemburan boron pada jenis pokok daun luruh seperti Cheri dapat menghasilan pembentukan bunga yang bagus dan banyak ( dan kaedah ini penting dalam industri penanaman cheri).

5) adakah penggunaan agent perekat boleh meningkatkan lagi kecekapan pembajaan foliar?

Ya, idea yang bagus untuk meningkatkan lagi kecekapan pengambilan nutrient, dan ia memberi keuntungan kepada kaedah foliar ini.

6) Adakah pembajaan foliar hanya sekadar baja tambahan atau sampingan, atau boleh mengantikan cara pembajaan secara tradisi melalui akar?
Pembajaan melalui foliar adalah sangat sempurna bagi merawat kesan kekurangan mikro element dari masalah tanah, contohnya pada kawasan tanah gambut, pemberian mikro nutrient terus pada daun adalah salah satu “short-cut” yang paling baik. Begitu juga pembajaan unsur utama seperti calcium disembur terus kepada buah, bila ia perlukan, walaupun dalam keadaan kadar serapan yang perlahan. Pembajaan boron secara foliar pada tomato sebelum berbunga, menghasilkan pertambahan hasil buah yang banyak, dan ini terhasil dari kualiti bunga yang terbentuk.



7) Apakah kelemahan aplikasi pembajaan foliar ini?

Aplikasi foliar ini tidak melibatkan masa dan peralatan seperti sistem fertigasi. Walaubagaimanapun, ada beberapa kes yang menyebabkan pengurangan pengambilan mineral lain melaui tanah secara antagonis (antagonis ialah pengurangan ketersediaan unsur disebabkan tindakan nutrient lain).
Di atas kelemahan yang kecil ini, menjadikan ianya satu faktor yang pembajaan melalui tanah atau fertigasi adalah lebih bagus walaupun banyak melibatkan kos sebelumnya. Inilah masanya kita menggunakan kaedah aplikasi foliar, nilai penyerapan nutrient yang cekap melalui kaedah ini adalah berbaloi berbanding kos dan masa dari kaedah yang lama. Begitu juga masalah dengan nilai NPK dengan pekatan yang tinggi berpotensi menyebabkan kesan terbakar pada pokok disebabkan kandungan garam dan asid yang tinggi, masalah ini menyebabkan kaedah foliar ini memerlukan kekerapan semburan yang tinggi berbanding kaedah baja melalui akar dan tanah.

8) Bolehkah aplikasi foliar ini mengantikan nutrient berbanding aplikasi pembajaan melalui tanah?

Kajian keatas beberapa pokok jenis citrus dari California mencadangkan bahawa kaedah foliar ini tidak mustahil.
Dari perspektif sains tanah, keseimbangan mineral di dalam tanah adalah kritikal, terutamannya nisbah kalsium dan magnesium, yang ditentukan dengan kandungan oksigen yang ada dalam tanah. Begitu juga masa “counterproductive ” peringkat – peringkat pusingan tumbesaran tanaman, contohnya mineral ferum tidak boleh diberi pada peringkat berbunga pada mana-mana tanaman.



Ada beperapa nutrient yang kurang tahap mobilinya, contoh yang menarik ialah unsur boron (B), Tahap mobilitinya adalah berbeza mengikut jenis pokok juga. Jika di dalam Sap pokok mengandungi gula seperti sorbitol dan mannitol, boron akan merekat dengan jenis gula tersebut dan bergerak secara bebas didalam pokok.

Pokok jenis citrus(limau) mengandungi jenis gula sukrosa yang tinggi, sukrosa ini tidak merekat dengan boron, dan factor ini menyebabkan boron tidak bebas bergerak di dalam pokok jenis citrus, dalam situasi sebegini kaedah aplikasi foliar adalah yang terbaik untuk membekalkan nutrisi jenis boron pada pokok. Membekalkan pokok jenis citrus ( limau) dengan rumpai laut (Seaweed) juga adalah bagus kerana seaweed kaya dengan sumber mannitol. Asid Fulvic juga perlu di tambah dengan cara semburan secara foliar , penggunaannya mampu meningkatkan pengambilan nutrient sehingga 30% dengan mengaktifkan sel membran menjadi cepat.

9) Adakah penggunaaan Aplikasi pembajaan foliar mempunyai kesan sampingan?


Apabila nutrient dibekalkan pada daun dengak aplikasi foliar, menyebabkan pokok memerlukan lebih gula dan nutrient –nutrient lain pada zon akar. Perkara ini menyebabkan aktiviti mikrobal pada zon akar meningkat. Dimana pada masa yang sama ia meningkatkan pengambilan nutrient oleh pokok melalui tanah. Proses ini hampir dikenal pasti boleh berlaku pada semua jenis pokok dan tanaman, dan inilah manfaat paling besar yang diperolehi dalam kajian mereka. Aplikasi foliar ini juga boleh meningkatkan ketumpatan chlorophyll dan juga proses fotosintesis dengan membekalkan mikrob berfaedah dan dengan cara ini juga, pengambilan nutrient menjadi cekap.

10)Adakah Sistem hidroponik memerlukan keperluan khusus untuk pembajaan aplikasi foliar?

Di dalam sistem tanpa tanah seperti hidroponik interaksi nutrient hanya berlaku pada zon akar sahaja, menyebabkan sesetengah nutrient susah untuk pokok menyerap mineral disebabkan oleh ikatan antagonism antara nutrient. Kekurangan ferum banyak berlaku pada tanaman, ini disebabkan oleh tekanan suhu rendah. Begitu juga dengan isu lebihan pemberian Nitrate dalam sistem hidroponik, biasanya hanya dua jenis jenis nitrogen digunakan dalam dua bahagian pekatan hidroponik, kesimpulanya kaedah foliar boleh menjadi kaedah tambahan sampingan dalam pembekalan nutrient ini . Nitrogen dalam bentuk ammonia boleh diberi secara aplikasi foliar untuk membekalkan nutrient yang seimbang.


Haznel
Create From The Creator

Rujukan:
-Al-Quran Surah Al-hijr ayat 22, Al-Baqarah ayat 265, SURAH AL AN’AAM ayat 99, SURAH AR RA’D ayat 4, SURAH AL KAHFI ayat 32, SURAH AL MU’MINUUN Ayat 17 Hingga 20, SURAH AL NAML ayat 60.
-www.miracleofthequran.com
-Washington State University (USA) http://www.tfrec.wsu.edu/Horticulture/nutspray.html
http://www.nutri-tech.com.au.

SHARE THIS:


Kredit: https://butterflyfertilizer.com/2016/02/11/pembajaan-melalui-daun-baja-foliar-dan-10-soalan-panas-tentang-keraguannya/

Kaedah Menyuburkan Pokok




Pokok memerlukan air, baja dan cahaya yang cukup untuk kehidupan yang subur, bagaimanapun tidak semua tanah pertanian subur. Oleh itu diperlukan teknik diatas supaya pokok mendapat cukup bekalan air daripada air hujan. Jika tanah tersebut jenis subur, ia akan jadi lebih subur.


Caranya: 
Cangkul keliling pokok supaya ia menjadi lekuk, tujuannya supaya air dapat bertakung semasa hujan. Air yang bertakung akan diserap ke dalam tanah dalam kuantiti yang banyak. Jika tidak dibuat lekuk, air tidak dapat dikumpulkan dan diserap dengan banyak ke dalam tanah. Pokok akan mengalami kekurangan air dan akan mengakibatkan pembesarannya lambat, kurus, tidak subur. 

Tanda-tanda pokok mendapat cukup air dan baja ialah:

1. Sentiasa ada daun baru yang tumbuh.
2. Daun yang sudah matang hijau hitam berkilat seolah berminyak,
3. Daun lebar-lebar, tebal dan hijau gelap
4. Pucuk baru tumbuh kerinting.(Tanda baja cukup)
5. Daunnya lebat dan lambat gugur.
6. Batangnya gemuk dan tegap.
7. Sihat dan tidak mudah diserang penyakit.


Pastikan pokok mendapat cukup air dan baja berterusan supaya ia membesar dengan pantas. Seterusnya mendatangkan hasil yang lumayan dan berlipat ganda.

Jika pokok cukup baja, tetapi kekurangan air, ia tetap tidak subur. Oleh itu cubalah teknik diatas.

Dengan teknik diatas...seolah-olah anda selalu menyiram pokok tersebut. Tapi sebenarnya anda hanya goyang kaki sahaja...


Pokok yang sesuai, karas/gaharu, kelapa sawit, kelapa, durian, mangga, rambutan, dokong dan semua jenis pokok buahan. Tanaman kontan seperti tebu, sayur sayuran, tembikai dan sebagainya.
Teknik lama dimana dipangkal pokok digembur atau ditimbus dengan tanah. Teknik ini akan menyebabkan pokok subur sementara sebab mendapat zat dari tanah yang ditimbus dipangkal pokok. Setelah habis zat tersebut pokok akan kembali tidak subur semula, sebab pangkal pokok tidak boleh menyerap air. Pertumbuhan pokok akan lambat serta tidak membanggakan.


Teknik membaja, anda perlu cari jenis baja yang paling murah dan sesuai caranya:


Setelah lubang keliling pokok dibuat, masukkan sesudu baja ke pangkal pokok, siram dengan air kalau anda mahu, jika tidak tunggu hujan. Apabila baja terkena air barulah ia akan meresap kedalam tanah kemudian lihat hasilnya selepas 2-4 minggu. Tengok, adakah pucuk baru tumbuh kerinting, jika tidak tukar kepada baja lain, pastikan sukatannya sama iaitu satu sudu. Jika daun baru tumbuh kerinting menandakan baja itu sesuai.


___________________________________________________


Bahagian bawah adalah pokok yang mendapat seimbang air dan baja, pucuk baru juga akan tumbuh keriting tetapi sihat dan segar bugar.
Cara menilai daun: Subur segar, berkilat, berminyak, warna hijau kehitaman.





Sumber: http://pokoksubur.blogspot.my/

CARA BUAT BAJA CECAIR ORGANIK AGAR BUAH BESAR


Bahan

1. Gula merah 1kg dicairkan dengan 200mL air
2. Kisar (A)

  • Kulit pisang 700g
  • Kulit udang mentah 200g
  • Kulit telur 100g
3. Alat

  • Bekas besar
  • Botol 1.5L


4. Cara-cara Penyediaan

  • Campurkan segala bahan dalam bekas dan gaulkan rata
  • setelah itu masukkan ke dalam botol 1.5L
  • Tutup botol dengan kain kasa agar berlaku pengudaraan untuk mikrob bekerja disamping elak serangga masuk.
  • Peram selama 20 hari
  • Setelah itu tapis cecair hasil peraman.


5. Cara Guna

  • Campurkan baja cecair dengan air pada nisbah 1:20 - contoh 10mL baja cecair dengan 200mL air.
  • Sembur pada daun pokok untuk kesan maksimum.

Nota.

  • Kulit pisang kaya KALIUM (K) - penggalak untuk pembuahan
  • Kulit udang kaya bahan surih (TE) - penggalak tumbesaran
  • Kulit telur kaya bahan kalsium (Ca), fosforus (F) sesuai pertumbuhan batang dan buah


Cara Buat Penggalak Tanaman

Posted in Organik, Pembajaan, Tanaman By Salina Shamsudin On August 5, 2015


Penggalak Tanaman (Plant Booster) memudahkan tanaman menyerap baja. Penggunaan baja boleh diminimakan bila digandingkan dengan penggalak tanaman ini. Sesuai digunakan disemua peringkat tanaman, dari anak pokok hingga berbunga, berbuah, hingga pokok tua. Kalau pokok dah mati tak payah gunalah…

Bahan-bahan


Bahan A. Kisar halus pisang, nenas, betik, kangkung dan belacan.

Bahan A (kisar halus)

1. 0.5kg pisang
2. 0.5kg nenas
3. 0.5kg betik
4. 0.5kg kangkung
5. 0.25kg belacan




Bahan B. Susu, gula merah, telur dan beras hancur.

Bahan B

6. 5 biji telur, sekali dgn kulitnya
7. 0.5kg gula merah
8. 0.25kg dedak (sy gantikan dengan beras yg dihancurkan)
9. 1L susu cair
10. 10L air



Bahan C. Ragi dan labu dipotong nipis.

Bahan C

11. 0.5kg labu, hiris nipis, lebihkurang 2mm tebalnya.
12. 3 biji/peket ragi.


Cara Membuat


Masukkan bahan A dan B. Susun labu di atasnya.

1. Campur bahan A (yg dikisar) dengan bahan B. Masukkan dlm satu bekas, kacau.

2. Susun labu yg dipotong nipis atas permukaan bahan. Tabur ragi diatas permukaan labu dan bahan cecair. Jangan tanya saya kenapa, kalau nak tau jugak pasal apa, sila tanya Jabatan Pertanian, diaorang suruh buat macam tu.


Tabur ragi di atas permukaan bahan.

3. Tutup bekas samada dengan kain atau penutup lain. Kain batik orang rumah pun boleh guna. Pastikan bekas yg digunakan tidak penuh. Perlu ada sekurang2nya 1/3 ruang untuk udara dalam bekas peraman. (mikrob pun nak bernafas jugak).


Tutupkan dengan kain

4. Peram seminggu. Hari ke 5 dan ke 6, kulapuk dah mula banyak dipermukaan. Biar saja, jangan usik usik dia.


Lepas seminggu, ada kulapuk putih dipermukaan. Baunya masam masam manis. Dah menjadi Penggalak Tanaman ni.

5. Baja matang selepas hari ke 7. Baunya masam masam manis.



6. Bila baja dah matang, kacau dan tapis. Bersabar waktu menapis, istighfar banyak banyak sbb proses menapis sangat menguji kesabaran. Kalau tapis sambil baca nasyid pun boleh jugak. PT ni agak pekat dan sedikit berlendir.


Nah. Tudia, hasilnya 11.5L Penggalak Tanaman.

Cara penggunaan.

Cairkan PT, 10ml atau 20ml dengan 1L air tanpa klorin dan sembur atau siram pada keseluruhan pokok dan tanah. Ikutlah citarasa masing masing. Seperti biasa, saya selalu bermewah-mewah dengan penggunaan baja buatan sendiri. Kalau habis boleh buat lagi. Seronok pulak main peram- peram baja ni.

Gunakan sekali atau 2 kali seminggu. Adalah perlu diingati bahawa Penggalak Tanaman ini perlu digunakan bersama baja.

Nota : Penggalak Tanaman ini saya ubahsuai dari resepi Jabatan Pertanian

http://www.ilmutani.com/cara-buat-penggalak-tanaman/

17 October 2016

Penggalak Tanaman Guna BELACAN

1. Belacan - 100g
2. Gula merah / molases - 100g
3. Air bebas klorin - 500mL
4. Kain kasa.

Kaedah

1. Hancurkan dan rendam belacan dalam bekas berisi air 500mL. Kacau rata & larut.
2. Masukkan gula merah - kacau hingga sebati.
3. Tutup bekas tersebut dengan kain kasa.
4. Peram selama 1 bulan
5.Selepas peram, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.

Cara Guna

1. 10mL pati + 2L air tanpa klorin
2. Sembur pada batang, daun, tanah pada waktu antara 7 - 10 pagi. Seminggu sekali.


Penggalak ini sesuai untuk tanaman sayuran, tin, cili, mulberi dan lain2.