Resepi ini untuk 3 liter JAMU .
Resipinya:
Segenggam Kunyit matang.**
Segenggam Halia Bentong. ** Kalau tiada halia bentong, boleh pakai halia tua. Makin tua, makin pedas makin tinggi zat nya.
Segenggam Temukunci**. Ambil ubi dan jari jemari sekali
Segenggam cekur / kencur **.
Daun pandan sehelai - simpulkan .
Daun Sirih 3 ke 5 helai ikut saiz. - optional. ( untuk wanita bagus )
Air 3 mangkuk.
Perisa ikut selera memasing:
2 genggam Asam Jawa , ambil airnya.
2 keping Gula Melaka ( nak manis letak lebih sikit )
Sebiji lemon - belah - belah
Sebatang serai - ketok je
Lada Hitam utk yang lepas bersalin boleh tambahkan ketika fasa memblender tu.
saya letak je semua ni, sedaap nanti.
.
Bahan bertanda (**) mestilah di kisar halus.
.
Khasiat Jamu ni :
Memulihkan tenaga
Memanaskan badan
Melancarkan peredaran darah
Membuang angin
Atasi lenguh lenguh , sengal badan
Mengurangkan bau badan
Mencuci dalaman badan dan menyah toksin
Menghilangkan keputihan
Memulihkan luka dalaman
Mengecutkan peranakkan
Melawaskan pembuangan
Menyerikan wajah
Mencantikkan kulit
Khasiat tinggi
Agen awet muda
Sesuai untuk wanita dan lelaki
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Tidak Sesuai Ketika:
🙅🏻♀️ Waktu haid
🙅🏻♀️ Sedang hamil
🙅🏻♀️ Anak kuning / jaundis
👉🏼 Kalau kencing manis, jangan letakkan gula melaka. Boleh gantikan dengan daun stevia kering.
👉🏼 Kalau darah tinggi, jangan masukkan garam. Gula pun kurangkan.
👉🏼 Ini JAMU bukan air sirap boleh minum hari - hari, dapat 1 cawan sehari & cuma 2-3 x seminggu sudah memadai.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
NOTA KAKI :
Jamu Asam Kunyit Herba siap diminum. Boleh minum panas suam suam. Kalau nak minum sejuk tu boleh minum air sunquick la. Jamu lagi elok , lagi bermanfaat, lagi afdal kalau minum panas suam suam. Minum secawan pagi sekali secawan Malam sekali. 2 - 3 x seminggu pon dah ok.
.
Boleh tapis bahan kisar tu sebelum masak , dan hampasnya buat LULUR jika RAJIN ya. Tapi saya ikut style mak, tak tapis, bahan kisar tadi terus masuk periuk & masak sehingga mendidih . Sehingga tersejat 1 inci. Mak kata “ BIOR KELUOR SARIPATINYA !”
Orang sedang berpantang dalam seratus hari , boleh tambah lada hitam ketika blend.
JANGAN TERUS AMBIL JAMU jika anak JAUNDIS .
Bagus untuk panaskan badan dan pecah darah beku. Minum jangan banyak takut anak tak tahan .. panas kan jamu ni. 1/2 cawan waktu pagi sudah memadai. Khasiat kunyit juga untuk mengecutkan rahim yang kembang lepas bersalin.
Orang lelaki pon boleh minum,
Inilah cara orang dulu keluarkan toksin dari badan selain buat rutin kerja harian, memang abis berpeluh , sendawa & kentut tu.. petanda bagus tau !!
Perubahan yang boleh nampak ialah, kulit nampak lebih jernih, berseri & pink - pink sikit.
Part lain kena cuba sendiri dulu lah ye.