[sms terakhir seorang Vat69]
"Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna..
Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah..
Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara..
Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia..
Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya.."
Mari sedekahkan al-fatehah kepada mereka.....
Pautan mengenai VAT69
1. http://www.facebook.com/pages/VAT-69-Perjuangan-Semalam/403142033068693
2. http://ms.wikipedia.org/wiki/VAT_69/UTK
--------------------------------------------------------------------------------
Kisah sebenar serangan ke atas komando VAT 69
LAHAD DATU 2 Mac - Kisah sebenar bagaimana dua anggota komando VAT 69 terbunuh manakala tiga lagi cedera ketika diserang kumpulan penceroboh terungkai apabila mangsa yang cedera mendedahkan Tentera Diraja Kesultanan Sulu menggunakan taktik kotor.
Sumber memberitahu Mingguan Malaysia, sebaik sahaja melihat komando VAT 69 berada pada jarak 75 meter, anggota penceroboh bertindak mengangkat bendera putih yang diikat pada raifal masing-masing sebagai tanda kononnya mereka mahu menyerah diri.
Melihat keadaan itu dan atas dasar mahu berunding, pasukan keselamatan negara tersebut bertindak menghampiri kumpulan penceroboh tetapi setelah mereka memasuki jarak 25 meter, anggota komando VAT 69 kemudian ditembak bertalu-talu.
Tembakan tersebut tepat mengenai kepala Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud menyebabkan kedua-dua wira negara itu mati serta-merta di tempat kejadian manakala tiga yang lain cedera di bahu, kaki, tangan serta punggung.
Menurut sumber yang sama, pasukan VAT 69 kemudian menyerang balas dan berjaya membunuh 12 anggota kumpulan penceroboh, seorang cedera dan 10 lagi menyerah diri walaupun musuh berada pada kedudukan lebih strategik iaitu di atas bukit.
"Satu seksyen komando VAT 69 yang ditugaskan untuk mengetatkan kepungan telah terserempak dengan sekumpulan anggota penceroboh semasa mereka menghampiri sasaran. Anggota VAT 69 seterusnya mengambil kedudukan untuk bertindak dengan posisi meniarap.
"Bagaimanapun, tembakan tidak dilepaskan kerana anggota kita ternampak lilitan kain putih di raifal penceroboh tetapi mereka kemudian bertindak melepaskan tembakan pada jarak 25 meter sehingga membunuh dua anggota VAT 69 dan mencedera tiga yang lain," katanya.
Dalam pada itu, salah seorang saudara anggota keselamatan yang tercedera ketika ditemui di Hospital Lahad Datu memberitahu, semasa kejadian kesemua anggota berkenaan tidak berhasrat mahu berperang, sebaliknya ikhlas mahu mengadakan rundingan.
"Selepas menaikkan bendera putih, anggota keselamatan kita terus menghampiri mereka dengan sangkaan baik. Namun, apabila semakin hampir mereka ditembak menyebabkan dua daripadanya terkena tembakan di kepala, tiga yang lain pula cedera.
"Pada masa itu, anggota VAT 69 hanya mampu merangkak memandangkan pasukan penceroboh berada di kawasan berbukit tetapi pasukan keselamatan negara tetap menyerang balas tanpa rasa takut sehingga akhirnya berjaya membunuh ramai musuh," katanya.
Bercerita lanjut, beliau yang enggan namanya disiarkan menambah, kumpulan penceroboh asing tersebut juga bersikap kurang ajar apabila melambai-lambai tangan semasa anggota VAT 69 bertungkus-lumus membawa rakan mereka ke kawasan yang lebih selamat.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130303/dn_11/Kisah-sebenar-serangan-ke-atas-komando-VAT-69#ixzz2MXlDupb9
© Utusan Melayu (M) Bhd
Antara ayat al-Quran menjelaskan cara mengurus perpecahan manusia ialah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jika dua puak daripada orang beriman berperang, maka damaikan di antara keduanya; jika salah satunya melakukan kezaliman terhadap yang lain, maka perangilah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikan antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah) serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang bertindak adil.” (Surah al-Hujurat ayat 9)