Al KisahNya...
Inilah ilmu sirrullah (rahsia) Hak Subhanallahu ta’ala yang diturunkan kepadaku...
Janganlah dikatakan sana sini melainkan gurunya dengan murid maka dapat dikatakan ia وبا والله janganlah bersangka sangka lagi, kita inilah yang bernama Insan Kamil dan kita inilah yang menanggung rahasia Allah Ta’ala, maka sekalian ini kita belaka, jibril, mikail, isrofil, izrail itupun kita belaka, Tauhid Iman Islam kita belaka dan sirr cita cita Rasa, ‘isyiq, asyiq, masyuq pun kita belaka dan wadi madi mani ma’nikam suatu juga, tanah api air angin pun kita belaka dan syari’at thariqat hakikat ma’rifat pun kita belaka, awal akhir zahir bathin pun kita belaka, dunia akhirat syurga neraka pun kita belaka, wujud ‘ilmu Nur dan syuhud suatu juga, alam arwah alam misal alam ajsam dan alam insan suatu juga kepada nubuwah insan kamilmukamil menzahirkan Allah dan nama Muhammad lagi pula tersurat nama Allah dan Muhammad kepada tubuh insan lagi pula ghoib Allah kepada Muhammad, Muhammad ghoib kepada Allah karena Allah dan Muhammad itu tiada bercerai barang suatupun.
Dan lagi pula nyawa tumbuh tumbuhan dan segala binatang itu tubuh kepada perempuan dan nyawa perempuan itu tubuh kepada kita dan nyawa kita itu berubah lima kali pada sehari semalam, pertama waktu subuh kepada ujung sulbi duduknya, dan waktu dzuhur itu kepada antara pusat dengan tulang belakang duduknya dan waktu ‘asar itu kepada tengkuk duduknya dan waktu maghrib itu kepada antara kedua kening duduknya dan i’sya kepada ubun ubun duduknya sampai solat witir itu kepada fuad duduknya.
Wallahi demi Allah Rasulullah, janganlah syak lagi.
Adapun syari’at itu nyawa kepada kita dan ma’rifat itu Iman kepada kita, adapun Laa ilaha ilallah itu puji tubuh dan Allah Allah itu puji hati dan ya Allah ya Allah itu puji nyawa dan HUWA HUWA itu puji rahasia pada kita.
AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHU SIFATI WA SIFATI ILLA GHOIRIH
INSAN ITU ADALAH RAHSIA KU DAN AKULAH RAHSIANYA, SIFAT ITU ADALAH “SIFATKU TIADA LAIN AKU LAH AKAN SIFAT ITU”
AKU ADALAH ZAT YANG BERNAMA ALLAH YANG MENJADI RAHSIA BAGI BADAN DIRIMU YAKNI MENJADI DIRI BAGI BADAN,
OLEH ITU YANG DIKATAKAN DIRI YANG SEBENAR DIRI ITU ADALAH AKU JUA YAKNI ALLAH, MAKA SEDARLAH BAHAWA ENGKAU ITU YANG BERDIRI ITU ADALAH ALLAH JUA, TIADA LAIN DARI ZATKU JUA.
JANGAN ENGKAU TAKUT DAN BIMBANG LAGI DALAM MENYATAKAN BAHAWA ENGKAU ITU AKU.
INGATLAH SELAGI ENGKAU MENGATAKAN NYAWA ITU NYAWA ATAUPUN ENGKAU MENGATAKAN BAHAWA ROH ITU ROH MAKA SELAGI ITULAH ENGKAU TIDAK MENEMUKAN TUHANMU YAKNI AKU. NYAWA ATAU ROH, DIRI ATAU SUKMA ITU SEMUA NAMA SAHAJA
YANG SEBENARNYA IANYA ADALAH AKU ZAT YANG MAHA SUCI.
AKU JELASKAN PADAMU WAHAI INSAN PENCARI TUHAN, BAHAWA AKU ADALAH NYAWAMU ITU DAN ENGKAU ADALAH AKU.
INNA ROBBUN WAL ABDUN WAHDAH
SESUNGGUHNYA TUHAN DAN HAMBA ITU ESA.
ENGKAU DAN AKU ADALAH ESA JUA TIADA DUA DAN BERBILANG-BILANG
SEGALA YANG BERBANGSA NYAWA ITULAH AKU,
SEGALA YANG ZAHIR ITU ADALAH PE-NYATA-AN AKU.
OLEH YANG DEMIKIAN ITU AKU MENGATAKAN YANG WUJUD ZAHIR MAUPUN BATIN ITU ADALAH AKU JUA.
UNTUK ENGKAU FAHAM DAN SAMPAI KEPADA KE-ESAAAN INI BUANGKAN SEGALA NAMA BAGI YANG BERNAMA BARULAH ENGKAU BERTEMU DENGAN AKU YAKNI ZAT YANG MAHA SUCI.
NAMA ATAU ASMA-ASMA ITU ADALAH HIJAB ATAUPUN PAKAIAN BAGI SEGALA SIFAT-SIFAT WUJUDKU. HILANGKAN NAMA ITU SEBAGAI CONTOH:
HILANGKAN NAMA ALLAH
HILANGKAN NAMA MUHAMMAD
HILANGKAN NAMA ADAM
HILANGKAN NAMA ROH
HILANGKAN NAMA NYAWA
HILANGKAN SEGALA NAMA
APABILA SEGALA NAMA TELAH ENGKAU HILANGKAN DAN PENDAMKAN MAKA NYATALAH IA YANG DIKATAKAN ZAT YANG MAHA SUCI YAKNI “AKU” .
MAKA AKULAH YANG DIKATAKAN DIRI BAGIMU YAKNI ZATULLAH. AKU YANG TIADA HURUF DAN TIADA SUARA TETAPI AKU LAH YANG MENGHIMPUNKAN SEGALA-GALANYA SEUMPAMA DAKWAT DIDALAM PENA, YANG MENGHIMPUNKAN SEGALA HURUF DAN AYAT SERTA KALIMAH, BAIK PUJI MAUPUN KEJI.
NYAWA YANG SEBENAR NYAWA ITU ADALAH BAHAGIAN ZATKU DAN APABILA IA BAHAGIAN DARI ZATKU MAKA IA ADALAH ZATKU JUA.
AKU SINGKAP AKAN RAHSIA INI BUATMU AGAR ENGKAU MENGERTI DENGAN MEMAHAMI SECARA MENDALAM AKAN PERIHAL HAKIKAT NYAWA MU ITU.
DARI ZATKU LAH TERBITNYA SEGALA SIFAT DAN RUPA SAMA ADA ZAHIR MAUPUN BATIN,
JIKA ZAHIR ORANG NAMAKAN TUBUH ATAU BADAN,
JIKA BATIN ORANG NAMAKAN ROHANI.
MANAKALA SEGALA SIFAT ITU IANYA TERKAIT DENGAN SIFAT MA’ANI DAN MAKNAWIAH IAITU:
SIFAT MA’ANI YANG TUJUH
HAYAT-HIDUP JASAD KERANA NYAWA
ILMU-TAHU JASAD KERANA NYAWA
QUDRAT-BERKUASA JASAD KERANA NYAWA
IRODHAT-BERKEHENDAK JASAD KERANA NYAWA
SAMA’-MENDENGAR JASAD KERANA NYAWA
BASAR-MELIHAT JASAD KERANA NYAWA
KALAM-BERKATA-KATA JASAD KERANA NYAWA
SIFAT MAKNAWIAH YANG TUJUH
KAUNUHU HAYYUN-HIDUP NYAWA KERANA ZAT
KAUNUHU ALIMUN-TAHU NYAWA KERANA ZAT
KAUNUHU QODIRUN-BERKUASA NYAWA KERANA ZAT
KAUNUHU MURIDUN-BERKEHENDAK NYAWA KERANA ZAT
KAUNUHU SAMIUN-MENDENGAR NYAWA KERANA ZAT
KAUNUHU BASIRUN-MELIHAT NYAWA KERANA ZAT
KAUNUHU MUTAKKALIMUN-BERKATA-KATA NYAWA KERANA ZAT.
INILAH SIFAT-SIFAT YANG TERBIT DARIKU YANG KINI IANYA ADALAH NYAWAMU.
QIAMUHU BINAPSIHI
“BERDIRI DENGAN SENDIRI”
ENGKAU YANG DITEGAKKAN DENGAN KEDUA KAKIKU (QUDRAT DAN IRODHAT) ADALAH DEMI AKU MENYATAKAN KEKUASAAN PADA WUJUDKU JUA.
OLEH YANG DEMIKIAN ITU BERDIRILAH ENGKAU DENGAN KAKIKU YANG MAHA SEMPURNA,
HAKIKAT DARI TEGAKNYA ENGKAU BERDIRI ITULAH MENUNJUKKAN YANG AKULAH YANG BERDIRI ITU,
YA ITULAH AKU YANG BERDIRI SEKARANG INI.
ALLAHU LAA ILAHA ILLA HUWAL HAYYU QOYYUUM
“AKU ADALAH ALLAH TIADA TUHAN MELAINKAN AKU YANG HIDUP BERDIRI SENDIRI”
AKU YANG BERDIRI DENGAN SIFATKU YANG MAHA SEMPURNA,
SEDARLAH OLEHMU BAHAWA DIRIMU ITU ADALAH BAHAGIAN ZATKU YANG AKU TEGAKKAN IA MENJADI DIRI BAGI TUBUH YANGKU NAMAKAN ADAM ATAUPUN MANUSIA.
YAKINLAH BAHAWA SEGALA APA YANG AKU LAKUKAN ATAS WUJUD INI ADALAH SUATU HIKMAH KEKUASAANKU.
ENGKAU YANG AKU TEGAKKAN ATAS KEDUA KAKIKU INI KINI MENJADI SEBAHAGIAN DARIKU JUA.
JANGAN LAGI ADA RESAH DAN BIMBANG ATAS APA JUA KERANA HAKIKAT DIRIMU ITU ADALAH ZATKU JUA YAKNI ALLAH.
BILA ENGKAU SEDAR BAHAWA HAKIKAT DIRIMU ITU ADALAH ALLAH DAN LAGI SEBENARNYA ENGKAU ITU ADALAH AKU JUA YANGKU NAMAKAN MUHAMMAD RASULULLAH.
MAKA TETAPLAH BERDIRI TEGAK ATAS KAKIKU INI.
SESUNGGUHNYA PADA SIFATKU YANG DINAMAKAN “AL-QOYYUM” ATAUPUN QIAMUHU ITU DAPATLLAH ENGKAU LIHAT PADA DIRIMU ITU YAKNI NYAWAMU.
NYAWAMU ITULAH DALIL AL-QOYYUMKU YANG BERDIRI IA DENGAN SENDIRINYA.
WAHAI INSAN AKU ADALAH NYAWAMU
JIKA ENGKAU MAHU TAHU, TIADA YANG LAIN DAPAT BERBUAT KECUALI AKU JUA.
JIKA ADA YANG LAIN PUN TETAP IA DARI BAHAGIAN ZATKU JUA. KERANA SEGALA YANGKU TEGAKKAN PADA KEDUA KAKIKU ITU ADALAH KENYATAANKU JUA.
AKU YANG MENEMPATKAN DAN MENJALANKAN SESUATU ITU DENGAN SIFAT KU.
AKU ZAT YANG MAHA ESA MENEGAKKAN KAMU DAN KEJADIAN LAINNYA DENGAN SEGALA SIFAT-SIFAT YANG BERDIRI DENGAN KEKUASAANKU,
ENGKAU ADALAH YANG AKU TEGAKKAN DENGAN KEDUA KAKIKU DAN YANG LAIN ITU BERADA DIBAWAH TELAPAK KAKIMU PULA.
KHOLAQOL INSAANA FII AHSANI TAQWIIM
“AKU CIPTAKAN INSAN ITU DENGAN SEBAIK-BAIK KEJADIAN”
KESEMPUNAAN ATAUPUN SEBAIK-BAIK KEJADIAN ITU ADALAH DARI BEKAS KEDUA TANGANKU YANGKU CIPTAKAN DAN ENGKAULAH HASIL TEMPAAN YANG AKU KHUSUSKAN DENGAN BERPANDUKAN AR-RAHMANKU. .
PADAMU ITU AKU NYATAKAN AKAN RAHSIA DIRIKU,
MAKA ITULAH ENGKAU YANG DIGELARKAN “AHSANI TAQWIIM”
INGATLAH OLEHMU BAHAWA BERDIRINYA ATAU TERTEGAKNYA ENGKAU ITU ADALAH DENGAN ZATKU YANG MAHA KUASA.
MAKA SEGALA JALAN DAN TINGKAHMU ITU TETAP BERGANTUNG PADA KEDUA BELAH KAKIKU.
AKU YANG BERDIRI SENDIRI YANG TIADA BERGANTUNG DENGAN YANG LAIN,
DAN SESUNGGUHNYA TIADA YANG LAIN KERANA YANG LAIN ATAU SELAIN DARIKU ITU ADALAH KENYATAANKU JUA.
OLEH KERANA BENTUK DAN RUPA YANG MENUTUP ATAU MENGHIJAB MAKA ENGKAU MENGATAKAN IANYA LAIN DARIKU.
AKU YANG BERDIRI DENGAN SIFATKU JADI ALAM INI ADALAH KENYATAAN SIFATKU, ..
MAKA TERTEGAKNYA ALAM INI ADALAH DENGAN SIFATKU JUA.
ALAM YANG HAKIKATNYA TIADA WUJUD AKAN HAKIKATNYA SENDIRI AKAN TETAPI HAKIKAT ALAM ITU ADALAH AKU (ALLAH)
HAL INI DAPATLAH KITA IBARATKAN SEPERTI:
SEBUAH RUMAH, YANG MANA RUMAH ITU TIADA HAKIKAT BAGINYA SEBAGAI RUMAH TETAPI HAKIKAT RUMAH ITU BERDIRI DENGAN “KAYU”,
OLEH YANG DEMIKIAN ITULAH AKU MENGATAKAN YANG AKU INI TIADA BERGANTUNG DENGAN YANG LAIN MALAH YANG LAIN ITU BERGANTUNG DENGANKU.
ALIF YANG DI ITTIBARKAN KEPADA SIFAT “WUJUD”
SEGALA SIFAT YANG LAINNYA BERGANTUNG KEPADA SIFAT WUJUDKU ITU.
MAKA ITULAH IANYA DINAMAKAN ORANG ALIF YANG BERDIRI SENDIRI, SERTA ALIF ITULAH JUA AKAN ITTIBAR KEPADA WUJUD ZATKU. (ALIF KIAMUHU BINAPSIHI)
SEGALA SIFAT YANG LAIN IAITU 19 SIFAT ITU MENUMPANG PADA “WUJUD” ZAT KU INI.
WUJUD
QIDAM,
BAQO,
MUKHOLAFATUHULIL HAWAADIST,
KIAMUHU BINAPSIHI,
WAHDANIAH,
ILMU,
HAYAT,
QUDRAT,
IRODHAT,
SAMA’,
BASAR,
KALAM,
KAUNUHU ALIMAN,
KAUNUHU HAYYAN,
KAUNUHU QODIRAN,
KAUNUHU MURIDAN,
KAUNUHU SAMI’AN,
KAUNUHU BASIRAN,
KAUNUHU MUTAKALLIMAN.
INILAH SEMUA SIFAT YANG BERGANTUNG DENGAN WUJUD ZATKU,
BEGITU JUA AKAN ASMA-ASMA SIFATKU YANG 99
ITU KESEMUANYA MENUMPANG PADA HAKIKAT ALIF (WUJUD ZATKU).
JIKA DIFAHAMI MAKA ENGKAU AKAN FAHAM AKAN HAKIKAT YANG AKU INI BERDIRI DENGAN SENDIRI DAN AKULAH JUA YANG MENEGAKKAN ENGKAU PADA KEDUA KAKIKU.
TIADA ENGKAU BERPIJAK DIMUKA BUMI INI MELAINKAN DENGAN SIFAT-SIFAT YANG AKU TAJALLIKAN PADAMU.
DENGAN INI AKU SEBAGAI ZAT YANG BERNAMA ALLAH MENYATAKAN AKAN SEGALA WUJUD-WUJUD INI TIADA KERANA LAIN DEMI MENUNJUKKAN AKAN SEGALA KEKUASAAN SERTA KEBIJAKSANAAN KU.
AKU TAJALLIKAN PADAMU YAKNI AKU YANG MENYATAKAN AKAN SEGALA SIFATKU DARI TIADA KEPADA ADA.
KAMU DISINI MEMBAWA MAKSUD “SIFATKU” ATAUPUN DINAMAKAN ORANG SEBAGAI MUHAMMAD RASULULLAH.
LA MAUJUDUN BIHAKIKATI ILLALLAH
“TIADA YANG WUJUD DENGAN SEBENAR-BENARNYA HANYA ALLAH”
ENGKAU YANG AKU TEGAKKAN ITU DENGAN KEDUA KAKIKU SEBENARNYA “AKU JUA” KERANA ENGKAULAH SIFATKU.
DENGAN RASA KASIH DAN SAYANGKU TERHADAP DIRIKU SENDIRI
MAKA TERZAHIRLAH ENGKAU DARI CERMINAN MUHIBBAHKU. PESONA BAYANGAN7 CINTA WAJAH TERINDAH DARI TANPANAN KEQADIMANKU WUJUDLAH ENGKAU, ZAHIRLAH ENGKAU, NUR CAHAYAKU.
AKU ADALAH ENGKAU DAN ENGKAU ADALAH AKU,
SATU TAK TERPISAH ANTARA KEDUANYA, MAKA DENGAN INI ESALAH NAMANYA.
HAYAT ITU BAYANGAN HAYYUN,
ILMU ITU BAYANGAN ALIMUN,
QUDRAT ITU BAYANGAN QODIRUN,
IRODHAT ITU BAYANGAN MURIDUN,
SAMA’ ITU BAYANGAN SAMI’UN,
BASAR ITU BAYANGAN BASIRUN
KALAM ITU BAYANGAN MUTAKALLIMUN.
“ITULAH ESA PADA KE-ESAAN”
Bertanyalah engkau kepada kesadaran akan keberadaan wujud diri zahir dan batinMu, maka wujud siapakah itu?
Tentukanlah jawabannya wujud Mahluk-kah atau-kah wujudnya Allah?
Seumpama engkau bercermin dalam qalbumu apakah berbeda yang menilik dengan tuan yang ditilik?
Pernahkah wajahMu itu berbeda dari yang tergambar didalam cermin qalbu mu?
Atau apakah bayangan rupaMu yang didalam cermin qalbu mu itu berbeda dari wajahMu yang asal?
Jika jawabanMu memihak kepada tidak, yakinlah dan percayalah, bahwa wajahMu yang ada didalam cermin qalbumu itu sama dengan wajahMu yang diluar cermin tersebut, manakala wajah Allah itulah wajah makhlukNya...
Itulah sebagai tanda dan bukti orang yang mengenal diri itu sudah tidak ada lagi baginya wujud selain dari Allah.
Yang dipandang, dirasa, dinikmatinya, sehingga yang memandang, yang merasa, yang menikmati wujud itu adalah Allah itu sendiri.
Dengan hanya melihat dan memandang kepada dirinya sendiri ianya sudah lebih dari ingat dan sudah lebih dari berzikir.
Sungguhpun ucapan zikirnya tidak terlafaz melalui bibir dan mulutnya, sebab Wajah Allah itu sudah cukup termaktub dan sudah cukup meliputi pada wajahnya.
Biarpun melalui bayang wajahnya, engkau akan tetap dapat mengenal Allah dengan sejelas-jelas dan senyata-nyatanya.
Sebab Wajah Allah yang hakiki itu, terzahir beserta dengan wajah makhluknya.
Bagi yang melihat makhluk, maka terlihatlah Allah karena wajah Allah itu dimana-mana, sebagaimana firmanNya...
"Kemana saja engkau menghadap, maka disitulah wajahKu"
Bayang dengan empunya bayang itu sebenarnya satu (sama).
Seumpama perkara nafi dengan perkara isbat, sungguhpun nafi itu bukan isbat dan tiada lain darinya.
Sebab perkara nafi dengan isbat itu, tidak boleh bersatu dan juga tidak boleh berpisah.
Barang siapa memisahkan antara nafi dan isbat, itulah sejahil-jahilnya umat Muhammad.
Selagi engkau merasa dan memandang akan adanya ujud dirimu itu maka engkau belum lah lagi sampai kepada Aku yang sejati, karena segala yang ujud ini adalah kenyataan dari azali yaitu Tuhan.
Ke-akuan diriMu menyatakan kewujudan Tuhan secara menyeluruh inilah yang Aku kehendaki, oleh itu engkau haruslah memahaminya dalam arti kata yang sebenarnya...
Karena penampakan atau kezahiran ujudMu yang zahir maupun ujudMu yang batin itu adalah semuanya itu dalil, dan engkau sememangnya Kenyataan Tuhan pada Sifat Az-zahiru (yang zahir)
Karena ujudMu itu hanyalah satu jua pada nisbah wujud yaitu Zatullah, maka yang lain itu adalah kenyataan wujudku, dengan makna bahwa Aku itulah yang wujud dan engkau inilah ganti nama bagi Sifat Kewujudanku.
Engkau itu adalah Esa dari Ke-esaan Tuhan, engkau dinamakan Sifat yang nyata dari alam zat, setelah nyataNya engkau maka Zat itu telah ghaib didalam sirrMu, kini yang dilihat dan dirasa itu adalah Sifat Kenyataan Zatku.
Esa-Mu menyatakan Tuhan umpama bayangan pada cermin, mana mungkin bayang atau gambaran didalam cermin itu menjadi dua kalau yang diluarnya satu objek saja.
Inilah maknanya engkau itu satu diluar dan menunjukan satu itu pula yang didalam cermin, maka tiadalah engkau itu dua melainkan satu jua.
Perjalanan tentang pengakuanMu dan penyaksian yang hakiki pada hakikatMu sendiri yaitu Tuhan, maka hadrat ilahi lah yang meleburkan ke-akuanMu pada pahamanMu yang mengatakan engkau ini ada, dan engkau ini lain sebagaiNya.
Dan apabila hampirnya engkau pada maqamku yaitu KetuhananKu, maka engkau yang dulunya ada telah menjadi tiada karena disitu TIADA LAGI SIFAT melainkan ZAT semata-mata.
Ini dapat engkau tahu apabila engkau merasai hilang perasaanMu pada keadaanMu sendiri, maka pahamkanlah bahwa engkau ini ujud yang menyatakan ujudnya Allah.
Tanpa engkau menyatakanNya maka tidak akan Nampak wujudNYA Allah, karena engkaulah yang menyatakanNya, maka nyatalah Dia
*INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJI'UN’*
Ertinya di dalam bahasa Syariat:
"Dari Allah datangnya segala sesuatu dan akan kembali semula kepada Allah akhirnya."
Akan tetapi pengertian di dalam bahasa Hakikat yang sebenarnya adalah;
“Sesungguhnya dirimu itulah Allah dan harus sentiasa menjadi Allah”.
Maka akuilah hakikat diri anda yg sebenar ANA(AKU) ALLAH.
Adapun badan Ruhani itu ialah Allah,
dan Allah itu jangan dicari lagi,
karena Allah Ta'ala sudah menjadi segala Nyawa, jangan engkau cari lagi,
karena Allah Ta'ala itu LAISA KAMISLlHI.
Penjelasan :
Engkau itu adalah RahsiaKu,
maka rahasia itulah yang menuju kepada Aku,
sehingga engkau itu adalah pendengaranku dan penglihatanku dan kesemuanya itu terhimpun di dalam Rahasia Ku maupun di dalam atau di luar.
Sehingga engkau Fana Ul Fana dan tiada mempunyai daya upaya,
sehingga batin engkau itulah yang dikatakan Ta'ala.
Jikalau engkau hilangkan tubuh menjadi Nur sehingga tubuh engkau menjadi Ruh,
maka hilangkan tubuh engkau itu menjadi titik,
maka titik itulah yang disebut Kaca Putih,
yaitulah asal-asalnya kejadian Alif,
maka Alif itulah bergerak di dalam laut rahasia,
itulah yang disebut Hayat maka hiduplah dan bergeraklah tubuhnya,
itulah yang dinamakan sifatNya yang ada di dalam tubuh engkau itu,
itulah namanya itulah dirinya.
Maka AKUlah yang Laisa dan jangan dicari lagi. Itulah yang disebut sudah menjadi Nyawa.
Kalau engkau kosongkan maka yang berbunyi AKU itu Wujudku,
kalau engkau keluarkan maka berbunyi Rahasia.
Maka kalau engkau naikkan nafas engkau maka berbunyi,
Wujud Idafi.
Nafas itu adalah Rahasia antara turun naik,
itulah yang berkata AKU ADALAH ENGKAU dan ENGKAU ADALAH AKU.
Disitulah engkau di dalam diriNya,
naik berbunyi Wujudku dan turun berbunyi ZatKu,
disitulah engkau mengetahui atau yang berkata disebut Rahasia di dalam Rahasia,
maka hilanglah Rahasia itu,
yang ada hanyalah Wujudku.
Disitulah engkau Mi'raj,
pertemuan dalam HadiratKu dan apabila engkau turun maka wajiblah engkau mengerjakan perintahku,
sehingga engkau cinta kepadaKu dan engkau jauhilah segala yang AKU haramkan.
Engkau lihatlah Syahadat,
disitulah engkau menyempurnakan segala- galanya, berpeganglah kepadanya,
karena jikalau tidak maka engkau itu adalah sesat, maka selalulah engkau wajib mengerjakan perintahKU.
Syahadat itu adalah tubuh engkau.
Alhamdu itu AKU dengan engkau.
Ingat itu adalah RahasiaKU Kepada engkau.
Jikalau engkau tiada berpegang pada yang diajarkan Nabi kita itu maka engkau sesat lagi kafir.
Oleh sebab itu wajiblah engkau mengerjakan perintahnya dan taat kepadanya,
dan hendaklah engkau Khauf dan cinta dan jangan engkau lupa setiap saat.
Jikalau engkau lupa maka AKU lebih jauh dan kalau engkau dekat maka AKU lebih hampir dan kalau engkau hampir maka AKUlah dirimu dan diriKu adalah LAISA KAMISLIHI, disitulah engkau zauk.
Marilah kita bersama-sama memperbanyak amaliah sehingga terbukalah bagi engkau satu dinding rahasia atau hijab yang dikatakan NUR ALA NURIN.
Maka Nur itu "tajallilah kepada dirinya,
sehingga engkau ghaib maka engkau adalah di dalam WUJUD-HAQ.
Kita sebut kalimah zikir LA ILAHA ILLA ALLAH satu nafas itulah yang disebut KALAMULLAH.
Jikalau engkau naikkan nafas engkau itu AKU atau HU,
maka itulah yang dinamakan WujudKU yang Laisa, ialah yang tiada Huruf dan tiada suara. Jikalau engkau zahirkan suara engkau itu maka zahirlah sifatku, Jikalau tiada engkau zahirkan maka engkau ghaib di dalam Wujud Idafi.
Wujud itu Laisa Idafi,
itu suci murni dan bersih.
Itulah yang disebut Nur dan itulah yang dinamaKan AHMAD dan juga adalah dinamakan Nur-Zat.
Maka zat itulah yang disebut engkau,
barulah itu dikatakan Fana UL Fana atau yang disebut karam dan engkau itu sampailah sudah kepada Baqa UL Baqa.
Disitulah engkau melalui segala-galanya yang disebut NUR ALA NURIN atau ghaib dengan ghaib sampai Haq kepada Haq.
Marilah kita kembali kepada asalnya AL FATIHAH,
Aku Laisa,
di dalam Aku engkau maka disitulah engkau naikkan nafas engkau kepadanya.
Kalau engkau turunkan ke bumi atau ke dalam jasad,
jasad itulah yang berbunyi ALLAH hurufnya.
Jikalau engkau hilangkan huruf ALLAH itu menjadi HU itulah yang disebut kosong,
tiada tahu lagi akan dirinya,
hanya yang ada Wujud saja lagi.
Maka engkau tiadalah berujud lagi dan sifat bersifat lagi,
dan tiada nama bernama dan tiada buat berbuat.
Maka disitulah engkau karam di dalam Kalimah ini,
barulah engkau itu hilang semuanya,
yang ada hanya Wujud saja lagi semata-mata,
disitulah engkau bernama NUK atau NUKTAH.
Maka NUKTAH ini ialah satu-satunya yang menjadi awal sekalian yang ada ini,
Maka selalulah engkau taat akan segala perintahnya,
ingatlah selalu akan kataNya :
Esakan Aku, esakan Aku atau sempurnakan Aku.
Jika engkau sempurnakan maka engkau itu yang bernama Insan,
jikalau engkau manusia maka DIAlah manusia Insan-Kamil.
Sebenar-benarnya diri itu Ruh,
sebenar-benarnya Ruh itu Sir.
Sebenar-benarnya Sir itu Rahasia.
Sebenar-benarnya Nur Muhammad itu Sifat,
sebenar-benarnya Sifat itu Zat.
Sebenar-benarnya Zat itu Sir.
Maka Sir itulah yang disebut Aku Laisa Kamislihi Syai'un.
Sudahkah engkau membaca Zikrullah ?
Sudahkah engkau membaca Tasbih?
Sudahkah engkau membaca Qul Huwallahu Ahad ?
Sudahkah engkau membaca Yasin ?
Sudahkah engkau membaca Suratul Fatihah?
Maka marilah menghilangkan tubuh kita sampai menjadi misra apa yang disebut di atas itu dan bagaimana jalannya itu?
Jikalau engkau sudah misrakan,
maka rindulah engkau kepadaNya,
sebab dengan rindu itulah orang baru sampai kepadaNya.
Maka jadikanlah darah engkau itu Kalimah Zikrullah.
Jadikanlah tubuh engkau itu Tasbih.
Jadikanlah tubuh engkau itu Qul Huwallahhu Ahad,
atau Hilangkan tubuh engkau itu menjadi wujud yang hakiki.
Dengan Yasin jadikanlah tubuh engkau itu Nur Muhammad.
Jadikanlah Al Fatihah itu wujud yang maha suci.
Maka dengan demikian itu adalah kita di dalam RahasiaNya.
Adapun artinya Qul Huwallahhu Ahad itu ialah :
Berkata Allah: Esakan Aku.
Maka oleh itu supaya engkau mendapat satu rahasia,
karena di dalam kalimat Qul Huwallahhu Ahad itu terkandung lima rahasia;
satu di dalam Rahima Kumullah,
kedua dalam Rahim ibu,
ketiga dalam liang lahat,
keempat di Yaumil Mahsyar dan
kelima di Hadratullah.
Telah berkata Allah, bahwasanya siapa hambaku yang sarnpai di maqam ini maka Aku adalah engkau, engkau adalah Aku.
Marilah kita bersama-sama membersihkan tubuh kita yang kotor ini,
sebab tubuhlah yang mengandung maka jadikanlah tubuh engkau itu seperti kaca yang terang benderang dan cahaya itulah yang disebut NurKu.
Maka Alhamdu ialah perkataan yang mula-mula,
sebab dialah yang maha suci Itulah yang dikatakan bacalah dengan namaKu yang menjadikan engkau BA ( ﺏ ).
Itulah yang menimbulkan satu rahasia atau Nur,
itulah yang memuji kepada dirinya, sebab disitulah kejadian asal dari pada Kun.
Adapun Kun itu ghaib atau Laisa, maka jadilah satu titik atau menjadi huruf BA (ﺏ ).
Maka BA itulah yang berbunyi namaKu atau yang berbunyi = ﻮﻫ ﺏ = yang dua kata itu yang berbunyi : bacalah dengan namaKu
Maka BA itulah yang disebut bathin, maka tubuh engkau itu karamkan atau hancurkan atau leburkan atau binasakan, barulah engkau bertubuh Nur saja lagi, sebab tubuh atau jasad engkau itu yang berbunyi :
ﷲﺎﺑﻻﺍ ﺓﻮﻗﻻﻮﻟﻮﺣﻻ
Maka kembalilah kita kepada mula-mula asal Ruh yang tiada lupa kepadanya, sebab tiada lupa itulah darah engkau menjadi kalimah zikir dan Tasbih,
itulah cahayanya sehingga engkau adalah Aku.
Sebab itu berhati hatilah engkau jangan sampai lupa kepadaNya. Kalau engkau lupa kepadaNya,
Dia lebih jauh.
Kalau engkau hampir,
Dia lebih dekat.
Kalau engkau dekat maka Akulah pendengarnya,
Akulah penglihatnya dan
Akulah yang meliputinya, sehingga engkau misra dalam Wujud-Haqiqi.
U Pasal : U Inilah satu uraian huruf yang bernama dan berbunyi ALIF, maka Alif itu ialah yang dikatakan Esa. Alif adalah termasuk rahasia diriNya, sebab DIAlah yang ada sendirinya. Kemudian lalu Alif itu bergerak, maka gerak itulah yang berbunyi HAQ, itulah yang dikatakan atau yang berbunyi Wahdatul-Wujud, maka Laisalah diriNya itu,
atas yang dikatakan ghaib,
di dalam laut Ghaibul-Ghuyub atau Bahrul Butun.
Maka di dalam laut titik itulah yang dikatakan atau yang bernama NURULLAH ialah juga yang disebut NUR ZAT,
maka ghaiblah Nur Zat itu menjadi Roh Idafi,
dan Roh idafi itu disebut AHMAD,
maka Ahmad itulah yang bernama ZATUL BUTHI.
Itulah namanya yang tiada rosak dan hancur.
Jadikanlah jasad dan tubuh engkau atau diri engkau itu semuanya karam di dalam KalimahKu.
Maka engkaupun tiada lupa memuji Aku,
sebab Aku tiada lupa berbunyi HU ALLAH tiadalah lupa Aku memuji diriKu sendirinya.
Dengarkanlah di dalam engkau itu yang berbunyi Wujud Zat dan itulah yang berbunyi Tik-Tik-Tik itulah bunyinya yang lebih cepat. Bahwasanya Roh itu tiada lupa kepadaNya,
sehingga keluarlah cahaya Nur-Nya yang sangat terang,
maka cahaya itulah yang dikatakan atau yang disebut Insan.
Maka kembalilah kita kepada Satu yang dikatakan ZATUL-BUHTI atau itulah yang dimaksud Allah Ta'ala. Sehingga menjadi Akulah pendengarannya, penglihatannya, penciumannya dan pengrasanya, maka. yang empat itulah yang disebut Akulah kesemuanya. Maka itulah yang disebut engkau adalah Aku, dan Aku adalah engkau. Maka engkau tiada berpisah atau bercerai sebab disitulah yang berbunyi Wujud-Zat.
Pasal : Adapun yang terhimpun di dalam tubuh kita ini ada dua Ruh yang hendak diketahui, yaitu pertama Ruh yang dikatakan Ruhul-Kuddus, dan yang kedua dinamakan Ruhani. Adapun sebutannya Ruhul-Kuddus itu ialah HU dan sebutannya Ruhani itu ialah ALLAH. lnilah yang kita cari yang dinamakan Rahasia Allah dengan Muhammad. Jikalau engkau hendak mengetahui ilmu rahasia ini bersungguh-sungguhlah menuju jalan ini, supaya engkau selamat dunia dan akhirat. Inilah jalan rahasia Tuhan yang tersembunyi di dalam diri kita ini, dan jangan dikeluarkan kepada orang awam rahasia ini.
Jangan susah-susah mencari Allah, karena Allah sudah lenyap menjadi nyawa sekalian batang tubuh, KUN HATITAH namanya diri engkau itu. Jangan susah mencari bilah, bilah ada di dalam buluh. Jangan susah mencari Allah, Allah ada di dalam tubuh.
Di mana ada Nur Nya tentu tidak terputus dari yang Empunya Nur. Bersatu tapi tiada bersekutu, itulah antara kita dengan Allah.
3 comments:
Terimo kasih tuan
Email saya
mshahmdin12@gmail.com
Assalamualaikum tuan admin.. Boleh tuan email saya.. Saya ada pertanyaan.. ��
zulhelmimahbob@gmail.com
Post a Comment