1. Anda ada 3 buah dapur. Dapur gas, dapur kayu, dan dapur arang.
Namun ada mempunyai hanya sebilah mancis. Yang mana satukah perlu
dinyalakan terlebih dahulu?
Mancis
2. Lelaki ini mengunting rambut beberapa kali sehari. Tetapi dia tetap juga memiliki rambut. Siapakah dia?
Tukang gunting.
3. Kotak apa yang tak boleh buka?
Kotak penalti.
4. Ada berapa bulankah yang mempunyai 28 hari?
Semua 12 bulan.
5. Menghabiskan masa dilantai atau tanah, tetapi tidak pernah kotor. Siapakah dia?
Bayang-bayang.
6. Dalam banyak-banyak ubat, ubat apa yang dicipta bukan untuk menyembuhkan penyakit tetapi membunuh?
Ubat nyamuk.
7. Rambut putih namanya uban, rambut merah namanya dye, kalau rambut hijau namanya?
Rambutan belum masak.
8. Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba?
Esok (kerana apabila tiba, ia menjadi hari ini)
9. Pen apakah yang boleh dimakan?
PENadol. Hehehe. Gurau saja.
10. Macam mana cara kita nak berhentikan air terjun?
Tangkap gambar, nnti berhentilah dia. Hehehe.
11. Dalam banyak-banyak batu, batu apa yang sejuk?
Stone Cold
12. Dipanggil Ubat Tapi Tak Boleh Dimakan
Ubat Nyamuk
13. Buah Apa yang nak makan kena langkah dulu?
Buah Dam
14. Pintu apa yang tak boleh bukak walaupun tak berkunci?
Pintu yang suruh tolak dia pergi tarik
15. Apa dia yang jauh di mata tapi dekat di hati?
Usus
16. Apa dia yang lalu kat rel keretapi tapi bukan keretapi?
Zip
17. Apa yang mahal pada BMW?
Huruf W. Cuba tukarkan W ngan X. Jadi BMX. Kan murah tu.
18. Ada Lembu Tapi Bukan Lembu
Minyak Sapi
No comments:
Post a Comment