1. Awak kalau kayuh basikal perlahan² ye
Kenapa?
Nanti awak pelahan² masuk dalam hati saye
2. "Awak ni atlet ke?"
Tak la, kenapa
Dari dulu saya cuba nak kejar awak tapi tak dapat-dapat..
3. Excuse me..Awak ni architect ke?
Tak, kenapa
Sebab pandai awak bina istana cinta dalam hati sy..
4. Apa beza awak dengan laut?
Apa Dia?
Laut ada ikan yu,
Awak I Love You
5. Mulai sekarang saya tak mahu jadi Cikgu lagi
Habistu nak jadi apa?
Saya mahu jadi petani je
Kenapa mahu jadi petani?
Supaya saya boleh menanam cinta di hati awak!
6. Tahu apa beza awak dengan jerebu?
Tak tahu
Jerebu masuk hidung saya,
Awak masuk hati saya
7. Kalau awak tutup mata awak nampak apa?
Gelap, Kenapa!
Macam tu lah hidup saya tanpa awak
8. "Awak tahu tak organ paling penting
utk saya?"
"Apa?"
"Hati"
"Sebab apa?"
"Sebab ada awak disitu"
9. Kalau saya jadi superhero, Saya tak tak Nak Superman
Habistu Nak Jadi Apa?
Saya Nak Jadi YourMan
10. Awak tudung awak Cantik, Tapi Sayang!
Sayang Kenapa?
Akhirnya awak panggil juga saya sayang
11. Awak Apa beza awak dengan Camera?
Tak tau Apa?
Kamera Simpan Memory di SD Card, Tapi awak Tersimpan di Hati Saya
12. "Awak nak burger?"
"Burger ape?"
"Burger lah (bergelar) isteri saya...?"
13. Awak tahu tak kenapa air laut masin?
Kenapa?
Sebab Manisnya ada kat awak
14. Awak, rumah apa yang paling indah?"
"Rumah banglo?"
"Salah,. Rumah paling indah adalah rumahtangga yang bakal kita bina.
15. Kenapa ye? sejak saya kenal awak saya cuma tahu hanya satu musim je dalam dunia ni"
"Musim ape?"
"Musim rindu..
16. "Tumpang tanya, saya baru lagi kat sini. nak Tanya direction"
Yer, Nak Pergi Mana?
Boleh tak bagi direction jalan nak pergi ke hati awak?"
17. "Betulkah awak duduk Klang?"
"Ye, kenapa?"
"Patutlah hati saya Klang kabut tengok awak"
18. "Cuba teka, Kalau dulu berat saya 60 kilogram, sekarang?"
"65?"
"Salah. Sekarang saya berat nak lupakan awak."
19. "Makanan hari ni biar saya yang bayar."
"Eh, mengapa pula. takpela saya yang patut bayar."
"Takpe hari ni saya bayar. Duit awak tu simpan untuk belanja majlis perkahwinan kita nanti"
20. Awak Ada Pelampung Tak
Sebab saya takut tenggelam dalam hati awak.
21. "Banyak-banyak kuda, kuda apa yang paling kuat?"
"Kuda lumba, kuda kepang?"
"Salah"
"Habis tu?"
"KUDApat hatimu dan ku simpan di dalam hatiku"
22. "Awak, saya gemuk tak?"
"Tak la"
"Tipu. Saya gemuk!"
"Ye la, Walaupun awak gemuk tapi awak tetap muat kat hati saya."
23. Awak, Nak tanya satu soalan matematik ni!
Apa dia?
Boleh tak awak gantikan X saya and don't ask Y?"
24. "Awak ni sama macam dodol la"
"Kenape pulak?"
"Sebab saya suka kacau awak.."
25. "Banyak-banyak air tin, air ape yang paling asyik?"
"Coke? Pepsi?"
"Salah!"
"Habis tu?"
"Air tin king (thinking) of you everyday.."
No comments:
Post a Comment