12 April 2022

19 September 2019

BAJA BELACAN MELECUN

Kebaikan Baja Belacan:

  • Menguatkan imunisasi pokok agar tidak mudah diserang penyakit
  • Menggalakkan pertumbuhan bunga
  • Mengelakkan bunga melekat dan tidak mudah gugur
  • Kaya dengan unsur kalium (K) untuk pokok
  • Menguatkan akar pokok agar mudah menyerap nutrien
Bahan:
  1. Belacan – 100g
  2. Gula molases / gula merah – 100g
  3. Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL
  4. Botol 1.5L
Cara buat:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dengan isipadu 1 liter ke atas.
  2. Kacau semua bahan sehingga sebati.
  3. Masukkan sebatian ke dalam botol 1.5L.
  4. Tutup penutup bekas dengan kain kasa bekas tersebut.
  5. Peram selama 2 minggu.
  6. Selepas diperam, kacau dan tapis ke dalam bekas baharu.
  7. Sisa belacan itu boleh ditaburkan sekeliling pangkal pokok untuk dibuat baja.
Penggunaan:
  1. 10 mL pati + 1 L air biasa
  2. Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am atau lewat petang (5pm-7pm), dengan kekerapan seminggu sekali.
Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok ros, pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi. Hasilnya daun pokok akan lebih subur dan banyak bunga akan keluar.

No comments: