12 April 2022

23 June 2019

Melayu & Kersani

-Amuk-

Ketika menziarahi seorang wali Allah di Pahang, beliau ada menyebut yang bangsa Melayu dikenali sebagai Melayu melalui roh Kersani yang ada mengalir dalam setiap darah Melayu. Ianya keras dan gagah. Apabila dibiar akan tidur, apabila diseru akan bangkit. Bila sampai waktu, jika bertemu dengan "penjaga" atau "pewaris" bangsa Melayu asli lalu menyeru bangkit, semua roh Kersani akan bangkit dan mengalir deras, semua Melayu asli akan bersatu dan bangkit. Kersani akan mati apabila Melayu tadi menjual diri dan jiwa kepada musuh agama, menjadi tali barut, bangsat bangsa dan tidak menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Tuanku Raja-raja Melayu yang telah diamanahkan untuk menjaga "zahir" tanah Melayu.

Jadi walaupun mursyid bangsa Melayu datang menyeru sekalipun, para bangsat dan pengkhianat tidak akan mengalir Kersani nya kerana sudah mati dibunuh tuannya walaupun pekat darah Melayu dalam badannya.

Bila ada yang menyeru, mereka yang masih bernaung setia di bawah raja-raja akan datang "semangat" atau "naik Syaikh" atau "isim" atau apa-apa nama yang menunjukkan satu perasaan Kemelayuan yang "aneh" .

Kalau ada rasa tu, maknanya seruan berperingkat sedang dilakukan oleh para "penjaga" tanah Melayu.

Dan kemuncak roh Kersani diseru akan membangkitkan satu "isim" yang sangat dahsyat dan digeruni komunis, British dan mana-mana kafir atau munafik.

"Isim" itu dinamakan "Amuk".

Zakuan Faiz
Tanah Melayu
19 Jun 2019

Note: Patutlah selepas hampir 12 tahun tak pakai baju melayu lengkap bersamping tiba-tiba tahun ni "naik Syaikh". 😅 Yang lain pun tiba² je pakat bertanjak lah apa lah. Rupanya ada yang "menyeru" Kersani Melayu tu beberapa bulan lepas mengikut kata wali tu. Wallahua'lam. Hang panggil, aku mai. Ada sebab kenapa dikatakan tanah Melayu ni "tanah tumpahnya darahku".

*Semalam masa saya copy paste mentera semerah padi tu ramai yang kata meremang tiba-tiba. Ye lah kot sebab dalam mentera tu memang ada "seruan".

No comments: