12 April 2022
23 June 2019
Constructive Dismissal..
Kredit: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2106737326206006&id=1955334971346243
Tertekan dengan bebanan kerja yang tidak masuk akal? Sering dimaki oleh boss atau majikan yang tidak bertimbang rasa? Berasa murung di pejabat akibat daripada tingkahlaku pengurusan atau majikan sehingga rasa nak letak jawatan?
Ini dinamakan ‘constructive dismissal’ atau penamatan kerja secara konstruktif. Walaupun anda sendiri yang meletakkan jawatan dan bukan dipecat, ini masih dianggap sebagai seolah-olah anda telah dibuang kerja di sisi undang-undang.
Anda meletakkan jawatan kerana sudah tidak tahan lagi dengan perangai bos anda. Namun anda tidak akan letak jawatan jika bukan kerana tingkah laku bos anda tersebut. Ini adalah prinsip yang diputuskan di dalam kes Southern Investment Bank v. Yap Fat.
Dalam kes ‘constructive dismissal’ seperti ini, anda boleh menyaman bos anda dan menuntut gaji sehingga 24 bulan gaji anda sebagai ganti rugi!
Di dalam kes Bouzourou v. The Ottoman Bank, Bouzourou telah menyaman majikannya kerana beliau sangat tertekan sehingga terpaksa meletakkan jawatan berpunca daripada tindakan majikannya memindahkan beliau ke wilayah cawangan lain yang mendedahkan beliau kepada ancaman merbahaya.
Seperti juga di dalam kes Donovan v. Invicta Airways, di mana juruterbang telah kerap kali di arah untuk membuat penerbangan yang merbahaya sehingga beliau meletakkan jawatan. Mahkamah memutuskan perletakan jawatan beliau sebagai ‘constructive dismissal’.
Juga di dalam kes Simmonds v. Dowty Seals Limited, dimana Encik Simmonds telah ditawarkan untuk bekerja pada waktu malam sahaja (night shift) namun secara tiba-tiba majikan beliau mengarahkan beliau untuk bekerja pada waktu pagi sehingga beliau meletakkan jawatan. Majikan beliau telah disaman dan Encik Simmonds berjaya di dalam samannya.
Paling popular adalah kes Kevin Keegan v. Newcastle United FC. Peminat bola sepak sudah tentu mengenali siapa Kevin Keegan ini. Keegan telah dilantik menjadi pengurus pasukan Newcastle United FC dan beliau sepatutnya mempunyai kuasa untuk membeli pemain dan menjual pemain mengikut kesesuaian beliau.
Namun peranan beliau telah dikebelakangkan dan akhirnya beliau meletakkan jawatan kerana gagal memainkan peranan dalam urusan jual beli pemain.
Keegan telah menyaman Newcastle United FC dan mendapat gantirugi berjumlah £2 juta pound!
Gopal Sri Ram, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan ada menyatakan di dalam kes Quah Swee Khoon v. Sime Darby Bhd terdapat beberapa taktik majikan yang tidak suka pekerjanya melakukan pelbagai cara supaya memberi tekanan kepada pekerjanya sehingga pekerjanya akan meletakkan jawatan.
Ini termasuklah memindahkan pekerjanya ke bahagian lain yang lebih teruk, menurunkan pangkatnya, tidak memberikan peluang dan peranan yang penting untuk mengembangkan karier pekerjanya, dan akan cuba memporak perandakan kehidupan pekerjanya sehingga pekerjanya meletakkan jawatan. Ini adalah contoh-contoh ‘constructive dismissal’.
Bukan sahaja pekerja yang mengingkari kontrak pekerjaan, malah ada juga majikan yang melanggar kontrak pekerjaan sehingga memusnahkan mood, enjoyment, dan kehidupan pekerja terbabit yang membawa kepadanya meletakkan jawatan kerana sudah tidak tahan lagi dengan perangai majikan. Awas para majikan! Anda boleh disaman!
Sebagai pekerja, anda harus merujuk kepada terma dan syarat dalam surat tawaran pekerjaan anda. Di dalam surat tawaran, terdapat skop pekerjaan anda yang perlu anda patuhi. Jika majikan menyuruh anda melakukan sesuatu yang sangat asing daripada skop pekerjaan, anda berhak menolaknya!
Jika majikan juga menyuruh anda melakukan sesuatu pekerjaan yang mustahil untuk dilakukan, anda berhak untuk menolak permintaan majikan anda oleh kerana ia bukan lah datang dari lingkaran skop kerja anda.
Like FB 🔴 JUMPA KAT MAHKAMAH sekarang untuk informasi terkini berkaitan isu undang-undang dan hak anda serta ajukan sebarang persoalan & masalah berkaitan undang-undang kepada kami 👨🏻⚖️🏛👩🏻⚖️
#JumpaKatMahkamah #SeeYouinCourtSayang #KnowYourRights #MalaysianLaw #AskYourLawyer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment