12 April 2022

25 November 2018

Selawat Badawi / Anwar

Ya Allah,
limpahkan selawat dan salam kesejahteraan
Atas nur (cahaya) segala nur
Sir (rahsia) segala sir
Ubat segala penyakit
Pembuka pintu kesenangan
Junjungan Maulana Muhammad yang terpilih
Bersama ahli keluarga baginda yang suci bersih
Dan para sahabat baginda yang baik berbudi
Selawat dan salam sebanyak bilangan nikmat Allah dan kelebihanNya.



Fadhilatnya :

1. Jika membaca setiap solat fardhu, insya Allah terhindar ia dari mara bahaya.

2. Beramal membacanya 40x atau 100x setiap hari, insya Allah memperolehi rezeki zahir dan batin, makbul segala hajat dan memperolehi cahaya Ilahi.

3. Amalkan membaca 21x setiap kali ke tempat kerja untuk memperolehi kedudukan dalam jabatan kerja.

4. Amalkan 7x setiap kali ingin tidur, insya Allah terhindar dari sihir.

5. Berkata Sayyid Ahmad Ruslan : Selawat ini mujarab sekali untuk memenuhi hajat, mengusir kesusahan, menolak bencana dan mendapatkan cahaya. Bahkan khasiatnya multi fungsi.
Wallahu a’lam.




Selawat Badawi adalah sebuah selawatAnugerah Allah kepada Umat Islam khususnya untuk pejuang islam akhir zaman (Ikhwan & Asoib).


Ianya pertama kali diamalkan oleh Syeikh Sayid Ahmad Al Badawi R.H, Merupakan Pengasas kepada Thoriqah Al- Ahmadiah Al Badawiyah / Thoriqah Badawiyyah.

Selawat badawi terkenal dengan beberapa nama seperti Selawat Al-Anwar, Selawat Nuril Anwar, Selawat Nur Anwar &Selawat Ahmad Badawi.

Selawat Badawi adalah penghubung rindudan cinta terhadap Rasulullah (Makrifat), Pengamal Thoriqah menjadikannya sebagai amalan harian seperti Berselawat setiap kali sebelum masuk waktu solat.

Selawat Badawi dapat membina peribadi yang agung dengan rindu dan cintakan Rasulullah, Melahirkan Solat yang agung,Membina semangat cintakan islam danmemperjuangkannya dengan gigih serta Membentuk Ahklak yang tinggi(Bersulam Taqwa & Rasa Kehambaan).

Selawat Badawi adalah Khazanah Agung dari Allah untuk menghubungkan diri dengan Nur Muhammad, Menjadi Amalan Salafus Soleh dan Umat Ghuraba (Asing)di akhir zaman.


RAHSIA SELAWAT BADAWI





SELAWAT BADAWI





"YA ALLAH Sampaikanlah Salam Rindu kepada Cahaya sebagai Sumber Segala Cahaya, Rahsia Segala Rahsia, Ubat Seluruh Penyakit, Anak Kunci Segala Kejayaan, Dialah Pemimpin yang kami Rindu, Nabi Muhammad yang Terpilih, Keluarganya yang suci (Ahlul Bait), Serta Para Sahabat yang menjadi Pilihan, Sebanyak bilangan Nikmat-Mu, dan Kemuliaan-Mu YA ALLAH"



Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian dua pusaka yang berharga: Al-Qur’an dan ‘Itrahku, Ahlul baitku.” (Shahih At-Tirmidzi 2: 219).



KESIMPULAN


Selawat Badawi mengandungi pelbagai pembelajaran dan pengajaran, memiliki banyak hikmah bagi sesiapa yang mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh.


Selawat Badawi adalah Hadiah Allahuntuk Islam di akhir zaman, Hadiah ini janganlah di sia-siakan, kerana padanya ada Cahaya segala sumber segala cahaya,Rahsia segala rahsia, Ubat seluruh penyakit dan Anak kunci segala kejayaan (kunci kemenangan).


Amalkanlah selawat badawi setiap kali sebelum masuk waktu solat, jadikanlah ianya sebagai selawat harian dibibir dihati, InsyaAllah akan ada respon dari Allah dan Rasul jika kita melaksanakannya dengan penuh keihklasan dan penuh rasa kehambaan.


Jangan mengharapkan fadhilatnya, tagihlah keampunan dankeredhaan Allah untuk kita semua, selawat badawi adalah Selawat Umat Nabi Muhammad yang sangat cinta dan Rindukan Rasulullah S.A.W juga Rindukan Islam kembali bangkit untuk kali keduaini.


Selawat Badawi adalah Kunci Kemenangan Islam dengan terbinanya insan-insan yang berperibadi Agung danhamba-hamba Allah yang bertaqwa / sangat bertaqwa. Islam akan menangapabila di dalam hati Umat Islamkeseluruhannya sudah ada Iman dan Taqwa, inilah Rahsia keagunangan selawat Badawi, mari bersama-sama kita berselawat mengagungkan Tuhan dan memuji-muji Rasulullah serta Sahabatnya, InsyaAllah.

1 comment:

Hero Api said...

Assalamualaikum... Terima Kasih diatas info dan Ilmu yang disampaikan... Mohon izin untuk dikongsikan info selawat ini kepada insan² yang lain yer Tuan.