LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN
Mula-mula bersihkan ayam dan toskannya.
Masuk air ke dalam periuk, biarkan ayam itu tenggelam sedikit sahaja. Jangan menggunakan terlalu banyak air.
Ketuk tujuh ulas bawang putih dan hiris nipis 2 inci halia.
Masuk 1 sudu besar garam dan gula. Biarkan air itu masin sedikit.
Rebus sebentar sahaja, keadaan ayam setengah masak sahaja memadai.
Apabila air kelihatan mendidih terus padamkan api. Ambil ayam dan toskan. Air rebusan jangan dibuang dahulu.
Bahan perapan untuk 1/2 ekor ayam dipotong 4.
2 inci halia.
2 inci lengkuas.
4 batang serai.
1 sudu besar jintan.
1 sudu besar biji ketumbar.
1 sudu besar lada hitam (jika suka pedas menyengat).
1 sudu besar garam.
2 sudu besar gula (jika nak manis, boleh letak lebih).
3 sudu besar tepung gandum.
Kutip semua halia dan bawang putih dalam air rebusan ayam.
Kisarkan semua di atas dengan menggunakan sedikit air rebusan ayam. Jangan terlalu banyak, cukup sekadar memudahkan proses mengisar.
TIPS SEDAP
Lagi lama ayam diperap lagi sedap.
Tos sebelum goreng.
Goreng jangan terlalu lama kerana ayam sudah 1/2 masak.
Jika nak bakar pun boleh. Sapu minyak pada ayam sebelum dibakar.
No comments:
Post a Comment