12 April 2022
23 January 2018
Jampi Pengasih Bermetaforakan Cahaya dan Nabi
Basmallah
kun fayakun cahayaku jadikan Allah
terdiri seperti bedil
terpasang seperti kasbollah
rupaku seperti Nabi Allah Yusof
Suaraku seperti Nabi Allah Daud
Burung terbang burung berhenti
Air mengalir air berhenti
berkat la ila ha il lalllah
berkat muhammadurrasulullah
Dikutip daripada Mohd Fuad J Atik.
Berikut pula jampi orang asli yang dikutip daripada Werner
Mentera Pembangkit Sirih Pemanis (versi koleksi penulis sama dengan koleksi Werner)
Dibaca pada sirih yang siap dikapur dan dibubuh segala ramuan seperti mana hendak makan sirih. Ia dibaca sekali sahaja pada sepiak sireh bertujuan pemakainaya dilihat manis dan berseri.
"Sirih kuning gagang kuning.Tanam mari belukar muda. Naik cahaya kuning nak buat seri muka. Seri naik kemukaku. Aku tahu asal sirih. Cahayamu kepadaku. Sirih tangkai kuning. Pinang tangkai musa. Seri naik kekening seri naik kemuka, cahaya naik kemuka,. Cahaya Allah Cahaya Muhammad. Cahaya baginda rasullallah dengan berkat doa La ila haillallah."
Contoh lain..
Sirih kuning dagang kuning
tolak mari pintu raja
Semilah Halim semambang kuning
memakai cahaya muka
bukan aku yang memakai
Nabi Rasulullah yang memakai
atau
Sikat jarang sikat
sikat tengahari muda
Aku diri seperti Puteri
Aku emakai ilmu sikat
cahaya muka
kabul aku kabul alam
guru datang dari Allah
atau
Serosa pinang rosa jentik jari kelingking
bagai muka ku sama
naik muka manis
cahaya malam bulan 15
pancar matahari
pancar tubuhku
Tuhan Allah yang memancar
Atau jampi pengasih daripada orang Bugis: :thumbsup:
Pecahkan kaca digigiku
api bersinar-sinar pada wajahku
bulan empat belas hari berkilauan di wajahku
berkat kun fayakun
saya buku ini rumah ku (ya Fatimah)
sama seperti terbuka nasib baik pada diri ku
berkat la ila ha illallah muhammadurrasullullah
(semasa mandi-selawat dalam hati-Ertinya)
Salam dans elawat ada junjungan kami Muhammad
yang diselubungi rahmat
juga selawat pada junjungan kami Muhammad
yang diselubungi olehNya
nikmat begitu juga berkat
Dikutip daripada T. Sanipar
Jampi serapah dan mentera ini pengaruh campuran daripada kepercyaan animisma+daripada agama Hindu-Budhha yang menjadi kepercayaan awal masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam beratus tahun lampau.
Bila Islam datang, banyak ungkapan jampi hindu ini ditapis-tapis dan ditukar/ditambah kepada kalimah tauhid di hujungnya. Walau begitu, terdapat jampi yang dikatakan bersih inipun masih lagi terdapat ungkapan yang tidak difahami dan menyeru kepada sesuatu makhluk atau benda.
Ataupun ungkapan tersebut sukar hendak dimengerti. seperti kalimah tubuh Allah yang memancar. Ni kena tanya ustaz kot.
Cahaya dan selawat nabi merupakan elemen penting dalam jampi diatas. cahayaku atau nurku dijadikan ALlah sebagai satu kalimat kosmologikal yang termaktub dalam Surah An-Nur ayat 35. Cahaya bukan sekadar api, sinaran, pancaran, yang juga bermaksud lawan kepada kegelapan. Cahaya manusia adalah anugerah Allah. Cahaya adalah ilmu yang berbeza dengan kejahilan dan kegelapan.
Cahaya itu dikias seperti bedil dan dipasang seperti kasbollah (kasbu-daya usaha). Satu seruan satu harapan tinggi rupa dan suaranya seperti rupa Nabi Allah Yusuf dan suara semerdu Nabi Allah Daud. Oleh kerana terlalu tinggi harapan ini maka burung yang terbang pun boleh terhenti dan air mengalir pun terhenti.
Terdapat jampi pengasih yang lebih mendalam maksudnya iaitu jampi yang menerangkan asal diri dan kekuasaan Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment