12 April 2022

23 January 2018

Ilmu/Jampi Pengasih

--------- AMARAN ----------

ADA ILMU PENGASIH BUKAN UNTUK DIPRAKTIKKAN. 

Sekadar menambah pengetahuan dan diambil pengajaran.Diambil dari koleksi penulis dan koleksi kajian para pengkaji. 

(PENGUMPUL TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESAN YANG DITERIMA PENGAMAL)

 

 

Ilmu/Jampi Pengasih

1.   Ilmu Pengasih Imam Mahdi


Cara: Baca dengan membakar kemenyan pada malam Jumaat. Ilmu yang keras. Boleh diamalkan pada malam yang lain juga.

"Ya Hu, Ya Allah, Ya Birru, Ya Hakim, Ya Salam, Ya Latif, Ya Muiz, Ya Nur, Ya Hadi...Aku cinta kepada namanya, buatlah dia cinta gila kepadaku. Ibiola rajah menempoh raja dicuring bergerak sidang berahi, menencing sendayang gila sendra memancur gila. Aku ini di dalam tentera Imam Mahdi. Ya Tuhan, aku pohon kepadamu dengan keredoaanmu. Bukakanlah pintu hati umat Muhammad memandang aku dengan yang seorang dengan berkat doa La ila haillallah, muhammad rasul Allah."

2.   Ilmu Pemanis Seri Muka


Guna: Mentera ini ialah untuk pemanis umum

Cara: letak minyak rambut di atas telapak tangan dan terus diuli dengan kedua tapak tangan sambil membaca:

"Bismillah. Hai Minyak sepudi kaca, aku gantung dipintu Kaabah. Aku berdiri sebagai raja. Oleh sebab gajah putih tunduk sujud dibawah tapak kakiku. Kalau engkau tidak sujud  dan sembah dibawah tapak kaki kananku, aku sumpah engkau pada betapa(tara?) guru dengan berkat doa la ila haillallah muhammadur rasullullah."

3.   Seru Semangat


Bertujuan menyeru semangat orang yang dicintainya atau orang diidamkan mencintai kita dibaca sepanjang masa tanpa jemu.

"Sikat-sikat penyikat aku, cahaya menyeri kemukaku. Kasih sayang akan diriku.Tunduk mengikut telunjukku. Seri menguasai diriku, Kau bersatu dibawahku. Semangat kuseru kita bersekutu. Serta berkat doa la ila haillallah muhammadurrasullal."

4.   Mentera Ular Cintamani


Gunanya: pelaris bisnen dan rezeki.Diamalkan setiap hari.

Bismillah.. 

Hai sri mani cintamani aku menghadap ke timur aku makmur aku mengadap ke barat aku isyarat. Berkat aku memakai doa ular cintamani. Ada seekor ular cari hantar aku makan supaya murah rezekiku. Syeikh Saidi mengajar aku berkat guru makbul limpah aku Kuuuuurrrr semangat, sekelian umat Muhammad ..menyerkup bumi tapak adam, cucur mencurah menimbun lambak kepadaku kuuuuurrr semngat. Sekelian umat Muhammad menyerkup langit. Cucur mencucur menimbun lambak kepada aku, kurrr semangat. Sekelian umat Muhammad memandang aku-aku manis. Laut darat timur barat utara selatan. Cucur mencucur menimbun lambak kepada aku. Salleh Wali menjaga depan pintu mukaku. Syeikh saidi mengajar aku. Berkat guru makbulku. Berkat doa: la ila haillallah muhammadurasulallah."

6.   Pengasih Putih


Baca dnegan membakar kemenyan bila-bila masa.

"Onkon, onkon,tandok giam, om, om, om, om, om, om, om. Datanglah kepadaku dengan cinta berahi wahai namanya.  Cerai sombong, serai iman, kun payah kun, berkat doa. Roh aku naik Allah memegang, Roh aku turun Muhammad memegang. Roh aku naik, kalbu Allah, kun payah kun, berkat doa. Pengajarku Allah, guruku muhammad, berkat menjadi kepadaku. Berkat doa la ila haillalah"

7.   Ilmu pengasih Ratu Ajasmoro


Jika anda dilamun cinta tapi takut anda bertepuk sebelah tangan sahaja, jadi pakailah ilmu ini alhamdulillah mujarab. Duduk di hadapan pintu rumah anda, kalau duduk dirumah pangsa duduk menghadap pintu. Tepuk tanah/lantai 7 kali kemudian baca:

"Hai Ratu Ajasmoro, datanglah bersama air mata Siti Fatimah;kuseru namamu membantuku;kembalikan roh namanya   kasih kepadaku. Hai ibu bumi; kuseru 7 petala bumi;kuseru 7 petala langit;kembalikanlah kasih cucu Adam dan Hawa kepada hamba. Biar 7 gunung menghalang, biar 7 lautan mennetang;sedangkan kuman diseberang laut lagikan datang; siapa mendatang, siapa kecundang. Hai ratu ajasmoro, kembalikanlah roh namanya  kepadaku. Atas berkat nur siti fatimah; berkat kalbu kata guruku, kalbu kata pengajianku."

8.   Ilmu Pengasih Satu Purnama


baca 3 kali sebelum tidur peluk bantal dan bayangkan wajah kekasih sehingga terlena.Cinta bertempoh 30 hari sahaja.

"Bismillah. hai nursa, nursi, nurpapu;nur aku nur Muhammad, nur namanya . Datanglah kau kepadaku, ku panah gunung, gunung runtuh , ku panah bukit, bukit runtuh, ku panah burung yang terbang tinggi lagikan hinggap. Ini kan hati manusia bernur. hai nursa, nursi, nurpapu. Nur aku, nur Muhammad. Bawalah si roh namanya  kepadaku segera;30 hari kasih kepadaku. Berkat kata la ila hailallah muhammadurrasulullah."

9.   Ilmu Pengasih Seri Muka


Berpuasa hari Khamis dan selepas maghrib, baca Basmallah 121 kali, lepas isyak 121 kali, lepas subuh baca lagi 121 kali. Kemudian tulis huruf huruf ini pada kertas putih yang bersih. Tulisan ini hendaklah sekali sahaja-jangan padam-padam dan jadikan azimat. INsya Allah jadilah pada penglihatan orang wajah laksana bulan cantik dan manis.

Ayat azimat
yang ditulis dengan bercerai huruf: Basmallah .

10.   Ilmu Pengasih Panah Arjuna


Sering digunakan untuk mendapatkan gadis yang angkuh atau menolak pinangan. Agar mudah ditawan gadis itu. Apapun bergantung kepada Allah jua. KALAU IA DISALAHGUNA BOLEH MEMBAWA MUDARAT KEPADA SI PEMAKAI.

Caranya: Ambil pasir dari bekas tepalak kaki gadis/jejaka itu bakarkannya siang dan malam tanpa minyak dan mmebaca:

"Bismillah. Bakar bakar pasir tanah!Aku bakar mata hati jantung nama  itu . Bakarku panah Sang Rajuna; Aku bakar di gunung, gunung runtuh, Aku bakar di batu, batu belah. Aku bakar di mata hati jantung hawa nafsu di namanya. Kena hancor loluh panag segala tubohnya. Gila berahi kepada aku. Tidak bolehs enang diam;seperti pasir ini terbakar. Benchilah nama  kepada ibu bapa, kepada saudara sahabat handainya;berjalan. Datang kepada aku. menyerahkan dirinya. Hilang akal, hilang malu . Berkat nama  kena bisa panah Sang Rajuna, Berkat doa, La ila haillalllah Muhammadurrasulullah."

11.    Ilmu Pengasih Puteri Laut Selatan


Dibaca waktu hendak tidur malam. Sambil baca mentera tepuk bantaldan jangan cakap lagi sehinggalah tertidur. Baca tiga kali:

"Bismillah. Tepuk bantal panggil semangat. Semangat datang dalam mimpi. Aku tak tepuk bantal, aku menepuk jasad dan roh si namanya  . Satu badan dua nyawa  satu tubuh dua hyawa. Rindu kasih sayang kasih. Aku goncangkan jasad dan roh namanya  kau wahai namanya  Aku melipat hati kamu namanya Terbukalah pintu hatimu kepadaku. Seri pengasihku sri dali putih;berkat diiringi sang semar dengan berkat doa la ila haillalah muhammadur rasullah."

12.    Ilmu Memuja Kekasih


Baca dengan membakar kemenyan

"In taku misko la hab batin, min har da lin fatakun fidah ra tin au fis samawatin au fil, fil ardhi yak ti bi ha. Uaha in nalla ha la tif fun  khabir namanya .  In taku namanya   mis kola nama ibunya  jan natin min namanya   khardalin namanya  fa takun fi sakh ratin au fis sama wa ti namanya  au fil ardhi nama ibunya  yaktibihallah. In nallaha latifun khabir."

13.   Ilmu Meminang


Baca tujuh kali mula melangkah dari rumah ketika hendak pergi meminang

Salamun qaulan mirrabbir rahim

Walam dkhalu min hai su amara hum, abu hum. Ma ka na yugh ni anhum minallahi min syai in illa hajatin fi nafsin yak kuba ka dha ya."


14. Ilmu Pelembut Hati


Bila tunang meinggalkan kamu dan mencari pasangan lain atau percintaan kamu tidka direstui. Bacanya lepas solat tengah malam dan baca selawat tujuh kali sambil merenung asap kemenyan dan pusatkan fikiran kepada gadis/teruna dengan niat lembut hatinya. Selawatnya adalah:

"Allahumma salli ala nuril anwar wasir ril asrar wataryakil aghyar wa miftahi babil yasar saidina MUhammadil muhtar wa a lihil athar wa ashabil akhyar adad niamil lahil wa if dahil."

 

KOMENTAR


Berdasarkan jampi diatas terdapat beberapa perkataan dan penyeruan kepada makhluk sama ada makhluk itu dikenali atau tidak tu belakang cerita. Apapun memang peliklah. Contohnya...korang carilah sendiri dalam jampi diatas tuh... :scool:

Jadi, fikir fikirkanlah sebelum nak mengamalkannya. Banyak dalil qur an dan hadis menyatakan KeEsaan Allah Ta'ala dan penegasan jgn mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun. Tetapi menariknya, ditamatkan mentera dengan kalimah tauhid pula.  :bonk:

Jika tidak salah pada ingatan den terdapat hadis nabi yang mengutuk/melaknat sesiapa yang menggunakan nama rasulullah atas nama kesesatan/ kesyirikan...  :hand:

Selain itu terdapat penggunaan asap kemenyan/setanggi dan sebagainya.Banyak spekulasi timbul Kalau orang diluar bidang ini akan mengaitkan ia dengan makanan jin dan mengundang kehadiran mereka. Terdapat hadis yang menyokong premis ini. Tetapi bagi pengamal itu sendiri mereka memberi alasan ia untuk berwangi-wangian semata. Benarkah begitu? :confused5: :scool:

Dan den percaya unsur sebegini terdapat dalam hampir kesemua jampi serapah mentera Melayu. Ini kena pastikan.

Melainkan yang menyebut asal diri yang tidak bertentangan dengan Islam dan Sains. Tetapi yang menjadi persoalannya banyak ungkapan tradisi tersebut masih belum terjangkau oleh sains hingga sukar untuk kita memastikannya.

Selebihnya lebih kepada sarana-sarana yang positif seperti hendak memperkuatkan keyakinan diri sahaja. Kalau kita yakin sebenarnya kita pun dapat membuat jampi serapah baru. Atau lebih tepat berdoa sahaja sudah lebih daripada mencukupi.

Malah ada yang diambil dari ayat al qur an dan selawat nabi. Namun adakah ia masih bersih daripada syirik?Atau kalau terlepas daripada syirik, apakah ia terlepas daripada bida aah?Ni kena tanya ahli Usuluddin kot.

21 comments:

Danial said...

Izin amalkn tuan

Danial said...

Izin amalkn tuan

Unknown said...

Izin amalkan tuan

Unknown said...

Izin amalkan tuan

Unknown said...

Izin amalkan tuan..

Own said...

Izin kan saya amalkannya

Unknown said...

izin kan saya mengamalkan

Unknown said...

Sy ingin mengamalkan nya tuan...

Unknown said...

assalmualaikum tuan izinkan saya mengamalkannya

Hik said...

Izin sy amalkan

Yusri said...

Izin kan tuan

Unknown said...

Izinkan saya

sak said...

izin kan saya mengamalnya

Unknown said...

Izin saya mengamalkan..supaya menjadi lebih baik dan tenang.amin

Unknown said...

Assalamualaikum tuan saya pulang kan apa yg saya ambil ini kepada tuan kembali.maaf kan saya ambil tampa minta izin.saya dah selesai menggunakan kaedah ini.dah selesai dan saya pulang kan kembali pada tuan...terima kasih tuan

Mat said...

Izinkan sy amalkn kerana sy hampir kehilangan isteri.moga menambat hati dia kembali.
Terima kasih

Mat said...

Izinkn sy mengunakan ilmu ini

firdausrosli said...

izinkan saya tuan

A said...

Izinkan saya utk beramal

LUQMAN said...

Kenapa tuan?

5678 said...

izinkan saya amalkan yaaa tuan