12 April 2022

27 January 2017

PREVE - simptom2 engin mati semasa tukar gear / RPM tinggi


Jentera cfe turbo. Kalau masa idle tukar gear , enjin mati atau pun start rpm naik dan mati kena start banyak kali. 

Ini penerangan/pemerhatian saya.

1) ecu masa idle tak peka nak compensate bila engage gear, gear mula ambil power dari enjin. Kedua rintangan wayar (qualiti vendor proton yg begitu baik lagi... Sarcastic tone) sensor tambah kerana suhu ruang enjin yg tinggi, maka voltan/ signal tak cukup/tak cantik ke ecu maka lah mati.

Solusi, tambah grounding wayar. Boleh dapat dari member mcm Zali hassan, azam dan co. Tambah grounding, semua bacaan wayar sensor akan baik. I dah test setiap satu dgn volt meter , dgn jarum, bacaan tanpa dan dgn grounding cable di suhu operasi enjin.

2,3 tahun dulu, ada pro , kedai kereta cakap ni tak boleh pakai, skerang sudah diam diam... Tak paham suhu dgn rintangan wayar, bacaan sensor yg sensitif ...

2) bateri lemah. Pakai bateri bagus yg poket dapat beli. I pakai yg kena tambah air, murah , ok tahan lama. Kebanyakan bateri kering dinmalaysia , bukan bateri kering maintenance free yg 100 percent design bateri Mf yg asli, sbb itu tak tahan suhu, susah start, bila dah lama, Bateri air kena tambah , bila suhu tinggi, air menyejat instead of expand kat dalam bateri kering yg turun performancenya.

3) reset ecu, cuci ocv, pakai atau tukar minyak eo sampai sesuai. Pakai injector cleaner, cuci trotle body, Semua benda benda nie boleh search kat atas fb, baca jugak komennya sekali. Saya tak pernah cuci ocv, tapi i guna engine flush liqui moly masa tukar eo, dengan harapan, ia cuci ocv dan buang mendapan karbon di liang liang saluran eo. Ocv ni guna eo untuk aktif sistem vvt. So, bila ada chemical flush enjin, ocv pun di bersihkan ... Setakat mana, i tak tahu. Tapi tak ada jerk di enjin saya.

Kadang kala clip sensor ocv dan crank longgar, atau dirty pun satu sebab.

Injector, ocv sikit tak cantik, misalnya ada karbon atau sisa sia petrol, pembakaran yg tidak optimal, pun menyebabkan enjin mati.

4) kalau ada warranty, sc nak tukar ocv, o2 ke , biar mereka tukar. Habis warrantu, jangan buang duit begitu tanpa trouble shoot sendiri. O2 sensor tahan lama, tapi semakin lama, kejituan nya lari. Baru punya mestilah ok. Tapi boleh diselamatkan menggunakan gc
.

5) kalau mileage 70 ribu keatas, enjin getar, taada power, check mounting enjin atau cat con eksos sumbat, eksos berlubang, secara umum nya.

Problem enjin mati bila tukar gear dalam kamus saya, bukan problem lagi. Huhuhuhu

Last sekali, i janji ini boleh bantu, sbb kereta i dan segelintir member sini daru dulu dah ok. Kebanyakan mereka kurang suka komen sini, shy kut.

Harap boleh bantu. Jangan risau. Ada group nie, baca banyak sbb members lama semua dah melaluinya dan dapat cari jalan.

P/s, usah like banyak banyak post senior including i punya,setakat lebih 20 dah cukup. Likes member baru post, kasi dorongan kpd mereka. Usah shy shy. :)

No comments: