Mandi bunga – Sebuah ritual untuk membersihkan / menggantikan aura kepada yang positif.
Bahan yang diperlukan
- Sembilan atau tujuh jenis bunga yang tidak berduri.
- Kalau boleh tambahkan bunga cempaka dan bunga “Jasmine”.
- Pastikan warna bunga itu bukan hitam.
- Kalau boleh cari bunga dalam pelbagai warna.
- Pastikan bunga tersebut segar dan baru, kalau boleh cari bunga yang menghasilkan bau wangi.
- Sebotol air mawar (Ros water).
- Dua biji limau purut (sepasang), Jantan 1 , Betina 1
Kaedah Persediaan
- Pastikan jumlah jenis bunga yang anda campur dalam angka ganjil, 7 atau 9.
- Buangkan daun dan dahan dari bunga-bunga tadi.
- Rendamkan bunga-bunga tersebut dengan air di dalam sebuah baldi.
- Di campur dengan air mawar.
- Belah limau purut tersebut dan rendam sekali.
- Biarkan bahan-bahan tersebut rendam semalaman.
Sebelum mandi bunga
- Perahkan limau yang direndam semalam ke dalam air.
- Campurkan air yang secukupnya untuk mandi bunga.
- Sebaik-baiknya anda mandi seperti biasa terlebih dahulu sebelum mandi bunga. Supaya anda tidak perlu mandi selepas ritual mandi bunga.
- Pastikan anda ingat niat dan sebab anda mandi bunga.
- Bagi orang Islam baca doa atau ayat suci Al-Quran sebelum mula.
Kaedah mandi
- Kalau boleh mandi bunga pada waktu pagi, semasa bumi masih sejuk lagi.
- Semasa mula mandi ingat tujuan anda dan berdoa terlebih dahulu.
- Minta bantuan Tuhan, untuk selesaikan masalah anda.
- Semasa mula mandi bunga siram air di sebelah kiri badan dahulu sebanyak 3 kali.
- Di ikuti bahagian kanan 3 kali
- Dan seterusnya siram di kepala 3 kali dan di seluruh badan sehingga semua air itu habis.
- Bagi orang Islam, Baca selawat di atas Nabi Muhammad SAW, Sehingga selesai mandi.
- Selepas selesai mandi biarkan seketika, supaya hasil tadi dapat diserap ke dalam badan kita.
Nota penting
- Sebaik-baiknya mandi bunga pada malam Jumaat atau malam Khamis; ataupun pada awal pagi, hari Jumaat atau Khamis.
- Garam bukit boleh digunakan jika perlu.
- Minyak wangi “Attar” boleh di campur sekali jika ada.
- Boleh rendamkan ayat suci Al-Quran yang ditulis dengan tangan dan keluarkannya sebelum mandi.
- Jangan gunakan bunga kertas, bunga yang beracun dan bunga yang biasa tumbuh di tanah kubur.
- Bunga tidak perlu digunakan dengan jumlah yang banyak.
Petikan dari: Kaedah mandi Bunga | RahsiaAlam. com
No comments:
Post a Comment