12 April 2022
13 August 2014
BEZA Shi'ah berbanding ASWJ
Melihat pentingnya persoalan tersebut, maka di bawah ini dinukilkan sebagian dari perbedaan antara aqidah Ahlussunnah Waljamaah dengan aqidah Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah).
1. Ahlussunnah: Rukun Islam kita ada 5 (lima)
a) Syahadatain
b) As-Sholah
c) As-Shoum
d) Az-Zakah
e) Al-Haj
Syiah : Rukun Islam Syiah juga ada 5 (lima) tapi berbeda:
a) As-Sholah
b) As-Shoum
c) Az-Zakah
d) Al-Haj
e) Al wilayah
2. Ahlussunnah: Rukun Iman ada 6 (enam) :
a) Iman kepada Allah
b) Iman kepada Malaikat-malaikat Nya
c) Iman kepada Kitab-kitab Nya
d) Iman kepada Rasul Nya
e) Iman kepada Yaumil Akhir / hari kiamat
f) Iman kepada Qadar, baik-buruknya dari Allah.
Syiah : Rukun Iman Syiah ada 5 (lima)*
a) At-Tauhid
b) An Nubuwwah
c) Al Imamah
d) Al Adlu
e) Al Ma’ad
3. Ahlussunnah: Dua kalimat syahadat
Syiah : Tiga kalimat syahadat, disamping Asyhadu an Laailaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah, masih ditambah dengan menyebut dua belas imam-imam mereka.
4. Ahlussunnah: Percaya kepada imam-imam tidak termasuk rukun iman. Adapun jumlah imam-imam Ahlussunnah tidak terbatas. Selalu timbul imam-imam, sampai hari kiamat. Karenanya membatasi imam-imam hanya dua belas (12) atau jumlah tertentu, tidak dibenarkan.
Syiah : Percaya kepada dua belas imam-imam mereka, termasuk rukun iman. Karenanya orang-orang yang tidak beriman kepada dua belas imam-imam mereka (seperti orang-orang Sunni), maka menurut ajaran Syiah dianggap kafir dan akan masuk neraka.
5. Ahlussunnah: Khulafaurrosyidin yang diakui (sah) adalah :
a) Abu Bakar
b) Umar
c) Utsman
d) Ali Radhiallahu anhu
Syiah : Ketiga Khalifah (Abu Bakar, Umar, Utsman) tidak diakui oleh Syiah. Karena dianggap telah merampas kekhalifahan Ali bin Abi Thalib (padahal Imam Ali sendiri membai’at dan mengakui kekhalifahan mereka).
6. Ahlussunnah: Khalifah (Imam) adalah manusia biasa, yang tidak mempunyai sifat Ma’shum.
Berarti mereka dapat berbuat salah/ dosa/ lupa. Karena sifat Ma’shum, hanya dimiliki oleh para Nabi.
Syiah : Para imam yang jumlahnya dua belas tersebut mempunyai sifat Ma’’hum, seperti para Nabi.
7. Ahlussunnah: Dilarang mencaci-maki para sahabat.
Syiah : Mencaci-maki para sahabat tidak apa-apa bahkan Syiah berkeyakinan, bahwa para sahabat setelah Rasulullah SAW wafat, mereka menjadi murtad dan tinggal beberapa orang saja. Alasannya karena para sahabat membai’at Sayyidina Abu Bakar sebagai Khalifah.
8. Ahlussunnah: Siti Aisyah istri Rasulullah sangat dihormati dan dicintai. Beliau adalah Ummul Mu’minin.
Syiah : Siti Aisyah dicaci-maki, difitnah, bahkan dikafirkan.
9. Ahlussunnah: Kitab-kitab hadits yang dipakai sandaran dan rujukan Ahlussunnah adalah Kutubussittah :
a) Bukhari
b) Muslim
c) Abu Daud
d) Turmudzi
e) Ibnu Majah
f) An Nasa’i
(kitab-kitab tersebut beredar dimana-mana dan dibaca oleh kaum Muslimin sedunia).
Syiah : Kitab-kitab Syiah ada empat :
a) Al Kaafi
b) Al Istibshor
c) Man Laa Yah Dhuruhu Al Faqih
d) Att Tahdziib
(Kitab-kitab tersebut tidak beredar, sebab kebohongannya takut diketahui oleh pengikut-pengikut Syiah).
10. Ahlussunnah: Al-Qur’an tetap orisinil
Syiah : Al-Qur’an yang ada sekarang ini menurut pengakuan ulama Syiah tidak orisinil. Sudah dirubah oleh para sahabat (dikurangi dan ditambah).
11. Ahlussunnah: Surga diperuntukkan bagi orang-orang yang taat kepada Allah dan Rasul Nya.
Neraka diperuntukkan bagi orang-orang yang tidak taat kepada Allah dan Rasul Nya.
Syiah : Surga diperuntukkan bagi orang-orang yang cinta kepada Imam Ali, walaupun orang tersebut tidak taat kepada Rasulullah. Neraka diperuntukkan bagi orang-orang yang memusuhi Imam Ali, walaupun orang tersebut taat kepada Rasulullah.
12. Ahlussunnah: Aqidah Raj’Ah tidak ada dalam ajaran Ahlussunnah. Raj’ah adalah besok diakhir zaman sebelum kiamat, manusia akan hidup kembali. Dimana saat itu Ahlul Bait akan balas dendam kepada musuh-musuhnya.
Syiah : Raj’ah adalah salah satu aqidah Syiah. Dimana diceritakan : bahwa nanti diakhir zaman, Imam Mahdi akan keluar dari persembunyiannya. Kemudian dia pergi ke Madinah untuk membangunkan Rasulullah, Imam Ali, Siti Fatimah serta Ahlul Bait yang lain.
Setelah mereka semuanya bai’at kepadanya, diapun selanjutnya membangunkan Abu Bakar, Umar, Aisyah. Kemudian ketiga orang tersebut disiksa dan disalib, sampai mati seterusnya diulang-ulang sampai ribuan kali. Sebagai balasan atas perbuatan jahat mereka kepada Ahlul Bait.
Keterangan : Orang Syiah mempunyai Imam Mahdi sendiri. Berlainan dengan Imam Mahdinya Ahlussunnah, yang akan membawa keadilan dan kedamaian.
13. Ahlussunnah: Mut’ah (kawin kontrak), sama dengan perbuatan zina dan hukumnya haram.
Syiah : Mut’ah sangat dianjurkan dan hukumnya halal. Halalnya Mut’ah ini dipakai oleh golongan Syiah untuk mempengaruhi para pemuda agar masuk Syiah. Padahal haramnya Mut’ah juga berlaku di zaman Khalifah Ali bin Abi Thalib.
14. Ahlussunnah: Khamer/ arak tidak suci.
Syiah : Khamer/ arak suci.
15. Ahlussunnah: Air yang telah dipakai istinja’ (cebok) dianggap tidak suci.
Syiah : Air yang telah dipakai istinja’ (cebok) dianggap suci dan mensucikan.
16. Ahlussunnah: Diwaktu shalat meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri hukumnya sunnah.
Syiah : Diwaktu shalat meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri membatalkan shalat.
(jadi shalatnya bangsa Indonesia yang diajarkan Wali Songo oleh orang-orang Syiah dihukum tidak sah/ batal, sebab meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri).
17. Ahlussunnah: Mengucapkan Amin diakhir surat Al-Fatihah dalam shalat adalah sunnah.
Syiah : Mengucapkan Amin diakhir surat Al-Fatihah dalam shalat dianggap tidak sah/ batal shalatnya.
(Jadi shalatnya Muslimin di seluruh dunia dianggap tidak sah, karena mengucapkan Amin dalam shalatnya).
18. Ahlussunnah: Shalat jama’ diperbolehkan bagi orang yang bepergian dan bagi orang yang mempunyai udzur syar’i.
Syiah : Shalat jama’ diperbolehkan walaupun tanpa alasan apapun.
19. Ahlussunnah: Shalat Dhuha disunnahkan.
Syiah : Shalat Dhuha tidak dibenarkan. (padahal semua Auliya’ dan salihin melakukan shalat Dhuha).
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERBEZAAN SYAIH DGN ASWJ
Ramai yang masih tidak dapat mencari punca mengapa Syiah ditentang dan mengapa pula dikatakan akidah Syiah bertentangan dengan Islam. Malah ramai yang masih menanggapi Syiah merupakan salah satu daripada mazhab dalam Islam yang perbezaannya dengan Sunnah Wal Jamaah ‘amat kecil.
Justeru, apabila semakin banyak pendedahan tentang Syiah dibuat, sebahagian orang menganggapnya sebagai tindakan berlebih-lebihan. Kata mereka, ‘kita sama-sama Islam’, itulah reaksi yang kerap diberikan.
Untuk menilai secara objektif tentang Syiah, pengkajian yang cermat dan kritis perlu dibuat membabitkan ajaran Syiah itu sendiri. Kita tidak boleh serta-merta menolak atau membelanya tanpa membuat usul dan kajian terlebih dahulu.
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri di Malaysia telah mewartakan bahawa umat Islam di Malaysia dan negeri-negeri dalam Malaysia hanya dibenarkan mengikut ajaran Islam berasakan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariat dan akhlak. Larangan jelas terhadap penyebaran dan amalan fahaman-fahaman lain selain Ahli Sunnah Wal Jamaah sama ada dari segi akidah, syariat dan akhlak adalah dilarang sama sekali.
Biarpun tidak dikuatkuasakan secara hukuman, seharusnya umat Islam di negara ini perlu mencari sebab mengapa kerajaan tidak membenarkan fahaman selain Sunnah Wal Jamaah diamalkan di negara ini. Seharusnya dikaji apa bahaya dan kesan buruk yang akan ditimbulkan oleh fahaman-fahaman selain Sunnah Wal Jamaah.
Di dalam kitab-kitab ‘muktabar Syiah’ seperti Usul kafi, I’tiqadi, ijtima’i, Akhalaki Wa-ilmi karangan Al-Kulaini, perbezaan antara ajaran Syiah dengan Sunnah begitu jelas. Perkara paling asas yang menjadi perbezaan ialah membabitkan Rukun Iman dan Rukun Islam.
Rukun Iman menurut Sunnah WJ iaitu berdasarkan hadis sahih ada enam perkara iaitu:
(1) Beriman kepada keesaan Allah Taala
(2) Beriman kepada para Malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-Kitab Allah
(4) Beriman kepada para Nabi dan Rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar
Bagaimanapun, menurut Syiah, Rukun Iman mereka hanya ada lima perkara iaitu:
(1) Beriman kepada keesaan Allah
(2) Beriman kepada Keadilan
(3) Beriman kepada Kenabian
(4) Beriman kepada Imamah iaitu kepimpinan 12 Imam
(5) Beriman kepada Hari Ma’ad atau Kiamat.
Dalam Sunnah, Rukun Islam menurut hadis sahih adalah:
(1) Mengucap dua kalimah syahadah
(2) Solat
(3) Puasa
(4) Zakat
(5) Haji
Manakala Syiah pula:
(1) Solat
(2) Zakat
(3) Puasa
(4) Haji
(5) Imamah / Pemimpin / Kepimpinan
Syiah menganggap Syaidina Abu Bakar r.a, Syaidina Umar Al-Khattab r.a, Syaidina Uthman Affan r.a dan sebahagian besar para Sahabat r.a, sebagai murtad dan kafir kerana dituduh merebut ‘hak’ kekhalifahan Syaidina Ali bin Abi Talib r.a. Bahkan Syiah amat gemar melaknat ketiga-tiga orang khalifah pertama tersebut dengan alasan-alasan yang tidak berasas dan tidak berpandukan kepada al Quran dan Hadis.
Konon-kononnya, semua itu adalah kerana cinta mereka yang sangat berlebihan kepada Syaidina Ali r.a dan Ahlul Bait biarpun secara ironinya, Syaidina Ali r.a sendiri tidak suka, bahkan menjatuhkan hukuman berat terhadap puak Syiah yang berlebih-lebihan memuja dirinya.
Lebih menarik lagi ialah berbeza daripada persepsi yang disebarkan oleh puak Syiah, Ali r,a tidak pernah membenci Syaidina Abu Bakar r.a, Syaidina Umar r.a dan Syaidina Uthman r,a sebaliknya menamakan anak-anak lelakinya daripada isteri selain Syaidatina Fatimah Az-Zahra r.a dengan nama Abu Bakar bin Ali, Umar bin Ali dan Uthman bin Ali.
Kesesatan dan penyelewengan dalam ajaran Syiah boleh ditemui berdasarkan sumber-sumber utama dari Syiah sendiri. Ini termasuklah keyakinan Syiah Imamiyyah bahawa Imam 12 adalah maksum atau bebas daripada kesalahan dan dosa sebagaimana para Nabi dan Rasul, manakala Al Quran pula dianggap tidak sempurna kerana tidak mengagungkan Syaidina Ali r.a, bahkan wujudnya pandangan ekstrim dari kalangan Syiah bahawa Syaidina Ali r.a sebenarnya adalah ‘Tuhan’ yang telah ditajallikan dalam bentuk tubuh badan manusia.
Jangan ditanya kepada para pengikut Syiah kerana mereka pasti akan membantah sekeras-kerasnya. Sebabnya ialah di dalam ajaran Syiah terdapat anjuran bahawa kewajipan untuk melakukan taqiyyah iaitu menampakkan diri berbeza dengan kenyataannya, melindunginya dengan dusta dan sebagainya.
Atau dalam bahasa yang lebih mudah, meneruskan penipuan dan menjadi munafiq.
Anda boleh melakukan ujikaji mudah ini untuk mendapatkan kepastiannya. Kenal pasti individu yang mendewa-dewakan Khomeini dan tanya adakah dia berfahaman Syiah. Jawapannya ialah, tidak. Apakah Syiah mengkafirkan umat Islam. Jawapan yang diberikan juga adalah tidak.
Sedangkan sangat jelas dalam ajaran Syiah bahawa orang yang tidak meyakini Imamah adalah dianggap kafir dan terkeluar dari Islam. Ini adalah kerana meyakini dan beriman kepada Imamah menurut Syiah merupakan sebahagian daripada Rukun Iman.
Terdapat beberapa kitab Syiah yang menjadi rujukan utama golongan Syiah iaitu Al-Kafi karya Al-Kulaini, At-Tahdzib, Biharul Anwar dan beberapa kitab yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment