12 April 2022

30 August 2013

Usus - Masalah & Penyakit

Angiodysplasia di kolon.

Appendicitis ialah keradangan vermiform appendix yang terletak di sekum.

Bowel twist atau usus berpintal (dikenali juga sebagai bowel strangulation) ialah perkara yang jarang berlaku (kebiasannya berkembang kadang-kadang selepas pembedahan besar bagi usus ). Walaubagaimanapun, ianya sukar didiagnos secara tepat, dan jika dibiarkan secara salah ia akan membawa kepada bowel infarction dan kematian. (difahamkan bahawa penyanyi Maurice Gibb mati disebabkan gejala ini).

Celiac disease, iaitu alergi terhadap gluten (protein dalam kebanyakan roti) yang menyebabkan usus tidak dapat menyerap nutrien sepenuhnya. Simptom yang biasa adalah susut berat badan dan sakit perut.

Carcinoid tumor, iaitu ketumbuhan yang berlaku di usus kecil. Masalah kulit dan cirit-birit adalah simptom yang paling kerap.

Chronic functional abdominal pain.

Crohn’s disease, iaitu keradangan yang selalu memberi kesan/ melibatkan kolon dan usus. Kesakitan di bahagian abdomen dan cirit-birit (berdarah) adalah simptomnya.

Colitis iaitu keradangan pada usus besar.

Ulcerative colitis, iaitu keradangan yang lazimnya menyerang kolon dan rektum. Sepertimana Crohn’s disease, cirit-birit berdarah juga merupakan simptomnya.

Colon bleeding (hemorrhage), iaitu kolon berdarah. Banyaknya masalah (yang berpotensi) terhadap kolon akan menyebabkannya berdarah. Pendarahan yang laju boleh dilihat pada najis (bukanlah jika pendarahan terlalu perlahan).

Colon polyps, polips tumbuh dan membesar di dalam kolon. Kanser kolon akan berkembang dari ketumbuhan ini selepas beberapa tahun.

Colon cancer, iaitu kanser kolon. Mengikut Pendaftar Kanser Kebangsaan, lebih 3,600 kes baru dikesan setiap tahun dan kebanyakannya dihidapi mereka yang berusia melebihi 50 tahun. Banyak kes kanser dapat diatasi (dicegah) melalui pemantauan berterusan.

Colorectal cancer.

Constipation, iaitu apabila pergerakan (dalam) usus menjadi tidak menentu dan sukar.

Diarrhea, iaitu cirit-birit, atau keadaan di mana najis terlalu kerap dikeluarkan, cair dan berair. Kebanyakan kes cirit-birit disebabkan badan tidak tahan terhadap sesuatu keadaan (makanan), dan jangkitan ringan pada kolon atau usus kecil.

Diverticular disease, iaitu keadaan yang lazim berlaku kepada orang-orang tua di negara-negara industri. Selalunya ia menyerang usus besar dan kajian hari ini menyatakan bahawa ia juga menyerang usus kecil. Diverticulosis berlaku apabila struktur seperti poket-poket lubang terbentuk di dinding usus. Bila mana berlakunya keradangan pada lubang-lubang tadi, maka ia dipanggil diverticulitis.

Endometriosis, iaitu keadaan yang menjejaskan usus, dengan simptom-simptom yang sama dengan IBS.

Gastroenteritis, iaitu keradangan pada usus. Ia merupakan antara penyakit usus yang paling banyak berlaku.

Hirschsprung’s disease (aganglionosis).

Ileus, iaitu usus tersumbat.

Ileitis, iaitu keradangan pada ileum.

Intussusception, kebanyakannya berlaku kepada kanak-kanak. Ia adalah satu keadaan di mana usus kecil saling terperosok sesama sendiri, seperti lapisan-lapisan teleskop apabila ditolak masuk untuk dipendekkan.

Irritable bowel syndrome (IBS), iaitu gangguan fungsi yang paling lazim berlaku pada usus. Ia menyebabkan rasa sakit yang kronik pada abdomen, sembelit, tidak selesa, panas perut, kembung perut dan rasa sempit dalam perut.

Intestinal obstruction, iaitu keadaan di mana sebahagian usus kecil atau besar menjadi tersekat, tersimpul atau berhenti bekerja. Rasa sakit dan tekanan pada perut, sembelit dan muntah-muntah adalah simptomnya.

Pseudomembranous colitis.

Rectal prolapse, iaitu sebahagian atau keseluruhan dinding rektum bergerak keluar dari kedudukan asalnya dan kadangkala terkeluar dari anus semasa meneran membuang air besar. Ia juga disebut sebagai buasir.

Salmonellosis. Bakteria Salmonella boleh mencemarkan makanan dan menjangkiti usus. Salmonella menyebabkan cirit-birit dan kejang perut, dan biasanya ia pulih sendiri tanpa rawatan.

Shigellosis. Bakteria Shigella boleh mencemarkan makanan dan menjangkiti usus. Simptommnya merangkumi demam, kejang perut, dan cirit-birit yang kadangkala berdarah.

Stomach flu (enteritis), iaitu keradangan pada usus kecil yang disebabkan oleh jangkitan virus, bakteria atau parasit.

No comments: