12 April 2022

30 August 2013

Daun Sirih Ubati Selaput Mata

Aku dah bercerita yang nenek tukang urut tu usianya dah lebih 70 tahun. Badannya sihat kejap, telinganya tak bermasalah dan matanya pun sangat terang penglihatannya.

Nenek tu pun cakap dengan aku daun sirih tu boleh ubati atau bahasa mudahnya buangkan selaput yang ada pada mata. Aku tanya macamana. Dia cakap ambil 2-3 helai daun sirih, ramas dalam sedikit air dan titis kat dalam mata. Lebihan airnya buatlah sapu muka sambil berselawat.

Balik rumah aku google cari kandungan yang ada dalam daun sirih. Bahan aktif fenol dan kavikolnya ada daya mematikan kuman.

Aku pun cuba buat. Mulakan dengan sebelah mata dahulu. Apa rasanya? Aduh. Pedihnya terasa sampai berdengung ke otak. Bukan buat selalu. Sekali sekala bila teringat sajalah. 

Rasanya ada perubahan. Sekarang aku dah boleh cuci bilik air. Sebabnya?. Sebelum ini aku tak nampak sangat yang bilik air tu dah kotor sebab bila masuk bilik air aku tak pakai cermin mata. hehe..

Selaput mata ni mula kelihatan bila usia kita makin meningkat. Selaput yang ada kat mata aku ni mulai kelihatan selepas aku gunakan produk apa tak tau untuk rawatan kulit muka. Mata aku alergik rupanya tak sesuai dengan sebarang bahan kosmetik.

Aku tanya guru biologi. Selaput mata tu katarak ke? Dia cakap katarak tu bukan selaput mata. Katarak ialah bila kanta mata yang jernih tu berubah menjadi kelabu. Oh. Yang aku tau ialah kalau rabun dekat atau rabun jauh, pembetulannya ialah dengan menyesuaikan ketebalan cerminmata.


No comments: