Apa itu Syiah ?
Tidak harus mengikut ajaran Syiah samaada di Selangor atau
dimana sahaja. Mereka bukan Ahli Sunnah. Sila baca penjelasan di bawah pasal
SYIAH;
1. LATAR BELAKANG
Kebangkitan fahaman Syiah secara meluas di Malaysia bermula
dari kemenangan revolusi Islam yang diketuai oleh Ayatullah Al-Khomeini di Iran
pada tahun 1979 dan menjadikan Iran sebagai Republik Islam. Atas nama kerajaan
Islam itulah rakyat Malaysia telah memberi sokongan tanpa menyedari orang-orang
Iran yang berfahaman Syiah telah menyebarkan fahaman mereka dengan meluasnya di
Malaysia.
2.1 Penyebaran fahaman Syiah di Malaysia dilakukan melalui
beberapa cara :
a) Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang di susuli
dengan kempen dan penerangan fahaman mereka serta lawatan pelawat-pelawat
Malaysia ke Republik itu.
b) Melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar
ke Republik itu dengan diberi biasiswa dan kemudahan asas yang secukupnya atau
melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia yang membuat lawatan ke
pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.
c) Memberi hadiah berupa buku fahaman Syiah kepada
perpustakaan-perpustakaan umum seperti perpustakaan universiti, masjid dan
toko-toko buku yang terkenal.
2.2 Di Malaysia terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembang
beberapa tahun lalu :
a) Syiah Tayyibi Bohra (Dawood Bohra)
Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia dikenali
sebagai golongan yang memiliki kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah
Klang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjid sendiri dengan jumlah pengikut
dianggarkan 200 hingga 400 orang.
b) Syiah Ismailiah
Kumpulan ini dikenali dengan nama kedai Perbhai yang
bergerak di Lembah Klang. Bilangan pengikutnya lebih kecil dari kelompok Bohra.
c) Syiah Ja’fariyah @ Imamiah Ithna Asyariah
Kumpulan ini dipercayai mula bertapak di Malaysia pada tahun
1979. pengaruh ajaran dan fahaman ini menular melalui bahan bacaan dan individu
seperti pensyarah IPT. Beberapa buku utama Syiah telah dijadikan rujukan dan
telah diterjemah dalam Bahasa Melayu. Pengikut kumpulan ini dianggarkan 300
hingga 500 orang.
2. PERKEMBANGAN SYIAH DI SELANGOR
Berdasarkan kajian dan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS) dan polis, Syiah di Negeri Selangor dikategorikan seperti berikut :
3.1 Pusat Pengajian Tinggi
Beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi telah dikenal pasti
menjadi sasaran Syiah bergerak iaitu Universiti Malay, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa dan Institut Teknologi Mara.
3.2 Orang Awam
Hasil penyiasatan JAIS bersama Polis dan JAKIM didapati
beberapa orang penyebar fahaman ini telah bergerak cergas dalam kelompok kecil
untuk berkempen dari rumah ke rumah. Di antara individu yang telah dikenalpasti
ialah Syed Jaafar bin Abdul Hamid Al-Sagof, beliau didapati menyebarkan fahaman
ini di Taman Permata dan Taman Melor di Hulu Klang.
3.3 Menubuhkan Persatuan
Terdapat usaha-usaha kumpulan ini menubuhkan persatuan untuk
mengembangkan fahaman Syiah kepada orang ramai yang dikenali dengan nama “Darul
Husaini” tetapi pendaftaran ditolak pada 19September 1992 atas nasihat MAIS dan
JAKIM.
4 PENYELEWENGAN SYIAH
Berikut adalah antara cirri-ciri ajaran Syiah yang
bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah:
4.1 Imam Adalah Maksum
Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu
terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah
meninggal dunia, kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi. Pada iktiqad mereka
Imam memelihara syariat dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha
al-Muzaffar, hal 72.
4.2 Kemunculan Imam Mahadi Bersama Orang Yang Telah Mati
Golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah akan
menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam
Mahadi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman seperti
Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aishah, Hafsah, Muawiah dan lain-lain lagi.
Fakta ini dijelaskan dalam kertas Aqaid al-Imamiah oleh
Syeikh Muhammad Redha al- Muzaffar, hal 83
4.3 Berpura-Pura
Mengikut aqidah Syiah, al-Taqqiyah ialah menunjukkan sesuatu
yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan
hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap
perkara kecuali dalam masaalah arak dan menyapu khuf. Perkara ini dijelaskan
dalam buku Al-Usul Min Al-Kafi juz 2 oleh Abu Jaafar Muhammad bin Yaakub bin
Ishak al-Khulaini al-Razi. Hal
4.4 Menyanjung Saidina Ali Secara Keterlaluan
Syiah menyanjung Saidina Ali secara berlebih-lebihan hingga
disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali
dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Al-Usul Min
Al-Kafi oleh Al Khulaini. Jld.1.Hal. 197
4.5 Menghalalkan Nikah Mut’ah
Golongan Syiah menghalalkan Nikah Mut’ah. Perkara ini
dinyatakan dalam kitab Man La Yahduruhu Al- Faqih oleh Abu Jaafar Muhammad bin
Ali bin Hussain Bahawiah Al-Qanuni. Juzu’ 1 hal 358
4.6 Menambah Syahadah
Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah
selepas nama Nabi Muhammad S.A.W. Perkara ini dinyatakan didalam kitab Al-Usul
Min Al-Kafi oleh Khulaini, Juzu’1, hal 441
4.7 Menolak Hadis Yang Diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal
Jamaah Sekalipun Hadis Mutawatir.
Golongan Syiah juga menolak semua hadis yang diriwayatkan
oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadis itu sampai kepada darjat
mutawatir. Mereka hanya berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Bait
sahaja. Pegangan ini disebut dalam buku Aslu Al Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad
Al Husain Ali Kasyif Al-Ghita’, hal 149
4.8 Menolak Ijmak Ulama’
Golongan Syiah tidak menerima pakai Ijmak Ulama’ buktinya
mereka menolak perlantikan Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Malah mereka
berpegang kepada pendapat-pendapat Imam mereka, kerana ijmak pada mereka adalah
kesalahan, sedangkan pendapat Imam adalah maksum. Perkara ini dinyatakan di
dalam kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz
al-Imam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi, hal 51
4.9 Menolak Qias
Golongan Syiah juga menolak Qias kerana beramal dengan qias
akan merosakkan agama. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Aslu al- Syiah Wa
Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita’, hal 149:
4.10 Mengubah ayat al-Quran
Dipercayai Syiah telah menambah beberapa ayat dalam al-Quran
yang bukan dari ayat Al-Quran sebenar. Sila rujuk: m_syiq@yahoo.com untuk
maklumat lanjut.
4.11 Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharam
Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan mnyeksa
tubuh badan sempena 10 Muharam bagi menangisi kematian Saidina Husain. Perkara
ini dinyatakan dalam kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira’, Baina al-Syiah wa
al-Tasyayu’, oleh Doktor Musa al-Musawi. Hal 98:
4.12 Menghina Isteri-Isteri Nabi.
Golongan Syiah juga menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini
dinyatakan dalam kitab Tuhfah al-‘Awam Maqbul oleh Syed Manzur Husain, hal 330
4.13 Mengharuskan Jama’ Sembahyang Dalam Semua Keadaan
Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu
Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam
semua keadaan tanpa sebarang sebab. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj
Kebenaran Dan Pendedahan (Fiqh Lima Mazhab diantara Nas dan Ijtihad) oleh
al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hilliyyah terjemahan Prof Madya Dr.Lutpi
Ibrahim(thn. 1993) hal. 36:
Ja’fari: harus menjamakkan diantara sembahyang Zohor dan
Asar, Maghrib dan Isyak sama ada di dalam musafir ataupun hadir tanpa sebab
4.14 Sembahyang Duha Adalah Bid’ah.
Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran dan
Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin
Yusuf al-Mutahar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim. Hal 31 :
Ja’fari : sembahyang Duha adalah bid’ah. Para imam mazhab
empat ianya sunat. Lantaran itu mereka menyalahi sunnah Rasulullah S.A.W yang
diriwayatkan oleh al-Humaidi dalam al-Jami’ Baina al-Sahihain daripada Marwan
al-‘Ajali, dia berkata: aku berkata kepada Ibn Umar “anda mengerjakan
sembahyang Duha? Dia menjawab: “tidak”. Akupun bertanya lagi, Abu Bakr? Dia
menjawab: “tidak”. Humaidi pula meriwayatkan dari Aisyah di dalam Musnad
Aisyah, dia berkata sesungguhnya Nabi S.A.W tidak pernah mengerjakan sembahyang
Duha. Abdullah b. Umar juga berkata, “Sembahyang Duha adalah bid’ah dari segala
bid’ah
5 Terakhir
KEPUTUSAN
"Keputusan berdasarkan kajian termasuk kajian luar
dapat disimpulkan bahawa fahaman Syiah didapati menyeleweng dan bertentangan
dengan ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam yang
menganut fahaman ini hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar”
No comments:
Post a Comment