12 April 2022

25 October 2012

Jadi Jutawan Dengan Catering

 Salam semua..

 Pada sya tiada yg mustahil.. tpi gunakan modal RM10K yg ada tu buat business yg tidak berisiko tinggi. Bidang yg sgt2 berbaloi dlm pelaburan adalah makanan. Jgn buat kedai makan, tpi buat catering.

Awal2 ni x payah fikir tentang siapa nak masak macam mana nk hantar, macam mana nk service? Yg penting buat marketing aje.. dapatkan seberapa banyak syarikat katering yg berhampiran.. lepas tu dapatkan harga mereka. Biasanya, untuk katering makanan sahaja rate harga RM8.00 RM10.00..

Dapatkan harga pakej khemah, mak andam, pelamin & juru gambar.. kemudian u buat package sendiri..buat pakej perkahwinan lengkap u RM18.00 - RM25.00.. kalau u dapat order 1000pax.. darab dgn pakej u RM22.00.. RM22,000.. bayar supplier u, habis bersih dlm RM12,000.. untung u masih dlm lingkungan RM8,000 -RM10,000..

Sebulan ada 4 minggu, 8 hari sabtu & ahad.. kalu u bole market smpai 15 cater dlm 1 bulan dgn kerjasama 3, 4 syarikat catering.. u bole pergi.. sebulan income u 15cater x RM10,000.. RM150,000

Jgn lupa daftar syarikat dgn ssm, kalau xle guna nama u, guna nama wife la.. kalau wife pn blacklist, pakai nama adik beradik yg lain.. kalau adik beradik xnk tolong, cari wife lagi 1, hehehe, gurau aje..

Lepas ada syarikat sndiri tu, jgn lupa daftar dgn kontraktor pembekalan dgn kementerian kewangan kod bidang makanan islam.. masuk tender kerajaan, selalu susah sikit la.. tpi kalau dapat contoh sekolah sukan atau asrama penuh.. contoh RM25 per day per kepala.. kalau ramai 1000 pelajar (RM25,000 sehari) kali setahun persekolahan 250 hari sekolah RM625,000 setahun.. 2 tahun kontrak RM1,250,000 punya kontrak..

Kalu susah masuk tender kerajaan, masuk tender kantin kilang atau bangunan swasta.. biasanya subsidi makanan pekerja yg majikan sediakan RM4.00 per staff x masuk minuman.. kalau kilang ada 1000 pekerja RM4,000 x 25 hari kerja RM100,000 claim sebulan.. tu belum makanan lain yg dijual runcit kpada pekerja lain..

So, adakah mustahil hidup senang di Malaysia? lupakan semua cakap2 politik diluar sna.. parti kerajaan atau pembangkang ke yg memerintah, lagu dan gerak kerja pn sama.. tetap akan tolong kroni sndiri.. kalau kita jdi menteri atau pengarah2 dlm 1 organisasi, kita nk tolong orang luar atau kerabat2 kita.. lumrah bila org bernama manusia..

Nak berjaya dlm hidup, yg penting kita kreatif.. nk jdi perompak pn kne kreatif.. kena rancang strategi agar x gagal atau kena tangkap polis, apa lgi kitayg nk buat kerja baik.. kena kreatif tuk selesaikan semua masalah yg kita hadapi..

Saya bercakap ni, berdasarkan income yg diperolehi dri salah 1 syarikat sya dlm bidang catering.. sahabat2 boleh lihat website catering sya di www.anycacatering.com..

Mohd Suhaili Abdullah <urusflora@yahoo.com>

 

No comments: