001
|
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi
|
002
|
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam
|
003
|
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi
|
004
|
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)
|
005
|
Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
|
006
|
Tunjukilah kami jalan yang lurus
|
007
|
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat
|
Tafsiran:
“AI-Quran” ialah Imam kita dan Panduan kita. Dalam ayat suci ini Allah Ta’ala mengajar kita supaya tiap-tiap pekerjaan yang baik hendaklah dimulakan dengan menyebut nama Allah Ta’ala, iaitu dengan membaca: , semoga pekerjaan kita itu diberkati Allah Ta’ala dan berjaya. Dengan melakukan yang demikian, bermakna kita berserah bulat-bulat kepada Allah Azza wa Jalla sesudah kita berusaha dan berikhtiar. “Allah” : ialah nama yang khas bagi Zat Tuhan Yang Wajib Al-Wujud, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya. Kalimah “Allah” ini dinamakan “Lafzu’l Jalalah’’yakni kalimah yang menunjukkan “Kebesaran Allah”, dan juga dinamakan “Sultanu’l Asmaa”’ yakni “Raja segala nama Tuhan”.“Ar-Rahmaan”: (Yang Maha Pemurah), “Ar-Rahiim”: (Yang Maha Mengasihani), kedua-duanya ialah di antara nama-nama Allah (AI-Asmaa’u’l Husna) yang menunjukkan bahawa Allah Ta’ala amat melimpah rahmatNya kepada sekalian makhlukNya.
Puji-pujian itu ialah cara atau keadaan yang menzahirkan sesuatu sifat yang baik dan sempurna pada yang dipuji seperti kecantikan, keindahan, kejayaan, kesempurnaan, kebesaran, dan keagungan. Kerana segala kesempurnaan dan kebesaran serta keagungan dan kekuasaan itu hanya ada pada Zat Allah Yang Maha Kuasa: maka hanya Allah Ta’ala sahaja yang berhak menerima puji-pujian, sebagaimanaAllah Ta’ala jua berhak memuji ZatNya sendiri.
Menurut huraian Sahibul-Fadhilah Datuk Haji Muhammad Noor, Penyemak Kitab Tafsir ini:
Satu-satunya jalan bagi menyatakan iman dan takwa kepada Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Kuasa, yang menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat) ialah dengan beribadat atau memperhambakan diri kepadaNya dengan penuh rasa ikhlas dan tawadhu’.Tidak ada lain yang berhak disembah atau diperhambakan diri kepadanya selain dari Allah Yang Maha Kuasa; demikian juga tidak ada lain tempat kita memohon pertolongan iaitu dari Allah Yang Maha Pemurah.
Pengertian “ibadat” secara ringkas dapat diertikan sebagai menunjukkan rasa taat setia dan perhambaan diri kepada Allah ‘Azza wa Jalla yang dikenangkan limpah kurnia kebaikanNya serta dirasai dalam hati nurani akan kehaibatan kekuasaanNya .
Allah Ta’ala perintahkan supaya kita tidak menyembah selainNya, kerana Dialah sahaja Tuhan yang wajib disembah dengan sebenar-benarnya. Kita juga diperintahkan supaya hanya memohon pertolongan kepadaNya. Ayat ini seolah-olahnya bertentangan dengan ayat 2, surah Al-Maa’idah yang menyuruh manusia bertolong-tolongan antara satu sama dan dalam membuat amal kebajikan dan bertakwa kepadaAllah Ta’ala. Yang bererti kita disuruh supaya meminta pertolongan sesama manusia; sementara ayat 5 dalam surah Al-Fatihah ini menyuruh supaya kita hanya memohon pertolongan kepada Allah Ta’alasemata-mata.Sebenarnya tidak ada pertentangan di antara kedua-dua ayat itu, kerana usaha dan amal perbuatan manusia adalah bergantung kepada adanya sebab-sebab yang dapat menghasilkan kejayaan itu dan ketiadaan halangan-halangan yang merintanginya. Demikianlah kejadian alam ini, segala yang berlaku itu pada keseluruhannya adalah melalui adanya sebab-sebab dan syarat-syarat yang telah diatur olehAllah ‘Azza wa Jalla. Manusia sebagai makhluk Tuhan telah diberikan nikmat ilmu pengetahuan melalui akal fikirannya yang waras, di samping itu diberikan tenaga kekuatan untuk mengatasi sesuatu halangan. Oleh itu, yang menjadi tanggungjawab bagi manusia ialah menggunakan segala ikhtiar dan daya usaha, meliputi cara-cara bergotong-royong dan bantu-membantu antara satu sama lain, yang disertakan dengan doa memohon bantuan dan pertolongan kepada Allah Subhaanahu wa Ta’ala. Semuanya ini adalah merupakan sebab-sebab yang telah ditentukan oleh Allah Ta’ala bagi pelaksanaan sesuatu pekerjaan. Dan segala-galanya itu tidak lain hanyalah merupakan usaha ikhtiar kita sahaja. Setelah kita berusaha dan berikhtiar maka kita serahkan pula Penentuan natijah dari usaha kita itu kepadaAllah Yang Maha Kuasa.

Penunjuk hidayah yang dipohonkan di sini ialah penunjuk yang disertakan dengan taufik supaya kita sentiasa berada pada jalan yang diredhai Allah Ta’ala.
“Orang-orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka” ialah Nabi-nabi, Rasul-rasul dan orang-orang yang beriman serta beramal salih. Dan jalan mereka, selain daripada beriman serta beramal salih ialah membimbing manusia ke jalan kebaikan dengan perbuatan-perbuatan yang baik dan perkataan yang murni serta sanggup menanggung beban dan tanggungjawab dengan penuh ikhlas, sabar dan bertakwa. Itulah dia “As-Siraatu’I Mustaqiim” (jalan yang lurus).
Menurut Hadith Nabi Muhammad s.a.w.: "Orang-orang yang dimurkai" itu ialah kaum Yahudi, dan “Orang-orang yang sesat” ialah kaum Nasrani.” (Tafsir Al-Alusi, 1:90).Ada juga Ahli Tafsir yang memberikan huraian lanjut mengenainya. Menurut Sahibul-Fadhilah Datuk Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahim - Penyemak Kitab Tafsir ini - bahawa kesimpulannya seperti berikut:
“Orang-orang yang dimurkai Allah” ialah orang-orang yang mengingkari atau menyembunyikan sesuatu perkara agama yang telah diketahuinya betul dan benar, atau orang yang tidak mahu menerima sesuatu hukum agama yang sampai kepadanya dengan keterangan-keterangan yang sah kerana beberapa sebab yang mempengaruhi jiwanya seperti: perasaan takassub atau fanatik kepada sesuatu pendapat, keinginan hendak menjaga nama dan taraf, ingatan hendak memelihara keadaan dan kedudukannya yang turun temurun, atau fikiran hendak menghormati sesuatu keadaan masyarakat.
"Orang-orang yang sesat” pula ialah orang-orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha untuk mempelajarinya atau orang yang pengetahuan agamanya tidak betul, kerana dipelajarinya dengan tidak menurut peraturan dan jalan yang sebenarnya. Orang-orang yang tersebut kalau mereka tidak sesat dalam urusan kebahagiaan hidup dunia kerana sihat pancaindera dan tepat pendapat akal mereka pada zahirnya, maka tak dapat tidak mereka sesat dalam urusan kebahagiaan hidup di akhirat. kerana pengetahuan agama Allah sahaja yang sanggup menunjuk dan membimbing pengikutnya kepada kebahagiaan akhirat.
No comments:
Post a Comment