12 April 2022

29 February 2012

al-Fatehah Sebagai Penawar

 

Al-Qur'an juga merupakan penawar dan penyembuh kepada pelbagai penyakit dan mudharat baik zahir dan batin yang menimpa manusia. Sebagaimana firman Allah swt :

 وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

" Dan diturunkan Al-Qur'an itu sebagai penyembuh (penawar) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" (Surah Al-Isra : 82).

 

Sesungguhnya antara fadhilat surah ini seperti yang termuat dalam pelbagai kitab antaranya seperti yang diriwayatkan dari kisah Abu Sa'id Al-Khudri ra bahawa ketika diberitahu kepada rasululullah salallahualaihiwasalam bahawa seorang lelaki disembuhkan dengan jampi dari bacaan Al-Fatihah maka baginda pun membenarkannya dengan bersabda :

وما كان يدريه أنها رقية ؟

" Apakah kamu masih belum menyedari sesungguhnya ia ialah penawar / Jampi ?" (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no. 2276 dan Muslim no. 2201, Abu Daud no. 3418 serta Tirmidzi no. 2064).

 

Mengenai pengubatan dan merawat penyakit mengunakan fadhilat surah ini boleh dilihat dengan lebih lanjut dalam Kitab Tibb Nabawi oleh Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah m/s 133. Pengubatan dan jampi sememangnya wujud dan dibenarkan dalam Islam bahkan ianya di Ijmakkan oleh para ulama' bahawa bolehnya berjampi dengan syarat mestilah dilakukan dengan menurut panduan dari Al-Qur'an dan As-Sunnah serta dilakukan untuk kebaikan (lihat Minhaj Syarah Sahih Muslim oleh Imam An-Nawawi m/s 392 Jilid 14). 

 

 

Diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Aisyah ra bahawa baginda nabi  salallahualaihiwasalam  apabila mengadu sakit maka baginda akan dijampi oleh Malaikat Jibril as dengan membaca :

با اسم الله يبريك ومن كل داء يشفيك ومن شرّ حاسد اذا حسد و شركل ذي عين

 " Dengan nama Allah yang membebaskan engkau dari segala penyakit dan menyembuhkan engkau dari segala kejahatan dengki bila manusia mendengki dan dari segala kejahatan mata-mata" (Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 5663 dalam Minhaj).

 

 

 

http://www.ashtech.com.my/DIL/start/artikel/Tafsir_Surah_Al_Fatihah___Muqadimah_Tafsir.htm

No comments: