" Nenek Moyang Dulu Pandai - tak guna pun minyak sayur untuk masakan"
Mengandungi 86.5% lemak tepu, 5.8% asid lemak monotaktepu dan 1.8% asid lemak politaktepu. Ini membuatnya minyak paling stabil dan ramai saintis menggelarnya sebagai minyak paling menyihatkan di atas muka bumi.
LEMAK DAN MINYAK
Daripada tiga kumpulan makronutrien dalam makanan kita, lemak merupakan yang terpenting untuk penyenggaraan kesihatan. Selama ini telah berlaku salahfaham, salahsebut dan salahtuduh terhadap kepentingan lemak dan minyak dalam penjagaan kesihatan yang sebenar.
Lemak dan minyak essential terdiri daripada rantai atom karbon dan hidrogen terikat oleh ikatan kovalen. Setiap karbon berupaya membentuk empat ikatan dengan karbon dan hydrogen yang berjiran dengannya. Bila semua empat ikatan adalah ikatan satu, single, lemak berkenaan tepu. Bilamana ikatan dwi, double, wujud di antara karbon dalam kerangka sebatian lemak atau minyak itu, ia dikatakan tidak tepu.
Lemak monotaktepu mempunyai satu ikatan dwi dalam molekulnya sementara lemak politaktepu mempunyai lebih dari satu ikatan-ikatn dwi. Lemak tepu adalah stabil dan bentuk molekul lurusnya membolehkan ia tersusun rapat menjadi lemak pejal pada suhu rendah. Berbeza pula bagi ikatan-ikatan dwi dalam lemak politaktepu yang hanya membolehkan molekul-molekulnya membengkok dan menggulung dan dalam keadaan aslinya mengambil konfigurasi, bentuk, cis. Konfigurasi ini bermakna mereka tidak dapat disusun dengan rapat.
Oleh demikian, lemak politaktepu tetap mengambil rupa minyak dalam bentu cecair pada suhu rendah. Jika anda menyimpan minyak jagung atau matahari yang memiliki kandungan lemak politaktepu yang tinggi di dalam ruang pembeku peti sejuk anda, mereka tidak akan menjadi pejal atau keras. Bandingkan keadaan ini dengan minyak kelapa, dengan kandungan lemaktepu yang tinggi yang akan menjadi pejal di dalam peti sejuk walaupun hanya diletakkan di luar bahagian pembeku.
Molekul-molekul asid lemak yang memiliki banyak ikatan dwi adalah lebih reaktif disebabkan struktur mereka yang bercabang-cabang. Mereka juga mudah teroksidasi dan basi. Ini berlaku dalam keadaan panas dengan kehadiran cahaya dan oksigen. Dalam keadaan teroksidasi ini mereka menjadi pemangkin-pemangkin dalam pembentukan dan pengeluaran bahankimia-bahankimia yang menyebabkan kerosakan. Dalam badan kita mereka menjana pengeluaran radikal-radikal bebas yang mengakibatkan pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit jantung, darah tinggi dan kanser.
Lemak adalah sebahagian yang amat penting dari sel-sel kita. Sebenarnya membren sel terdiri daripada kebanyakannya dua lapis fosfolipid. Lemak memberikan integriti dan kekuatan kepada membren sel. Otak kita adlah 70% lemak. Kebanyakan lemak-lemak ini adalah lemak tepu dalam bentuk trigliserid yang terdiri daripada tiga molekul asid lemak melekat pada gliserol. Badan kita berkeupayaan membuat lemak tepu dari gula (kabohidrat) dan protin. Asid lemak bentuk rantai panjang adalah cara paling cekap untuk menyimpan tenaga.
Badan kita juga berupaya menukar asid stearik kepada asid oleik monotaktepu. Bagaimanapun, badan kita tidak mampu membuat asid lemak politaktepu. Oleh itu amatlah penting diet kita membekalkan lemak jenis ini. Asid lemak omega 3 memiliki tiga ikatan dwi sementara omega 6 memiliki dua ikatan dwi. Kedua-dua ini adalah asid lemak essential yang paling biasa dan banyak diperlukan.
Selain dari kehadiran dan bilangan ikatan-ikatan dwi, lemak juga diklaskan mengikut bilangan atom karbon. Asid lemak-asid lemak rantai pendek mengandungi 4 hingga 6 atom karbon dan selalunya tepu. Asid butirik yang 4 karbon dan asidkaprik yang 6 karbon, kedua-duanya terdapat dalalek butter. Oleh sebab rantai mereka pendek, mereka mudah diserap dan boleh dengan cepat digunakan oleh hati untuk tenaga.
Asid lemak rantai pertengahan mengandungi 8 hingga 12 atom karbon. Kumpulan ini juga tepu. Mereka mudah diserap dan dimanafaatkan oleh hati untuk pengeluaran tenaga. Asid lemak rantai panjang mengandungi dari 14 hingga 21 atom karbon dan mereka boleh jadi tepu, mono taktepu dan poli taktepu. Asid palmitoleik yang 16 karbon dan asid stearik yang 18 karbon kedua-duanya terdapat dalam lemak butter. Mereka memiliki sifat antimikrob yang kuat, demikian juga asid lemak-asid lemak rantai pendek dan pertengahan.
Sebahagian besar punca-punca lemak dan minyak mengandungi kombinasi asid lemak tepu dan taktepu, rantai pendek dan panjang dalam kombinasi dengan vitamin dan makanan-makanan lain . Amatlah baik dan berguna bagi kita mengkaji sesetengah jenis lemak dan minyak yang biasa dimakan untuk menjelaskan pengetahuan kita dan membuat pilihan yang bijaksana dalam diet kita.
DR ENG JI BAH
A Recipe For Health - “the truths you should know about healthy eating and healthy living”
Terjemahan oleh: MAHADI BIN ARIFIN, R. Ph., 747
No comments:
Post a Comment