12 April 2022

01 January 2021

Rahsia Berdoa Dengan Menyebut Ya Hayyu Ya Qayyum

 


Allah mempunyai nama-nama yang sempurna yang membawa maksud yang sangat luas. Antara 99 nama yang pernah kita hafal, mungkin boleh dikatakan nama Ar-Rahman dan Al-Rahim adalah nama yang lebih kerap kita sebut, contohnya sebelum membaca Surah Al-Fatihah dalam solat, membaca bismillah sebelum melakukan sesuatu dan juga sebelum makan.

Namun kali ini, Tzkrh ingin berkongsi kepada para pembaca sekalian berkenaan meminta doa dengan menyebut nama ‘Al-Hayyu’ (Yang Maha Hidup) dan ‘Al-Qayyum’ (Yang Tidak Bergantung Kepada Makhluknya).

#1- Doa Tidak Akan Ditolak

عَنْ أَنَسٍ أَنَّهُ كَانَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- جَالِسًا وَرَجُلٌ يُصَلِّى ثُمَّ دَعَا اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ الْمَنَّانُ بَدِيعُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ يَا حَىُّ يَا قَيُّومُ

(فَقَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- (لَقَدْ دَعَا اللَّهَ بِاسْمِهِ الْعَظِيمِ الَّذِى إِذَا دُعِىَ بِهِ أَجَابَ وَإِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى

Dari Anas, ia pernah bersama Rasulullah SAW yang dalam keadaan duduk lantas ada seseorang yang solat, kemudian dia berdoa,

Allahumma inni as-aluka bi-anna lakal hamda, laa ilaha illa anta al-mannaan badii’us samaawaati wal ardh, yaa dzal jalaali wal ikram, yaa hayyu yaa qayyum.

Ertinya: Ya Allah, aku meminta padaMu kerana segala puji hanya untukMu, tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Engkau, Yang Banyak Memberi Kurnia, Yang Menciptakan langit dan bumi, Wahai Allah yang Maha Mulia dan Penuh Kemuliaan, Ya Hayyu Ya Qayyum (Yang Maha Hidup dan Tidak Bergantung pada MakhlukNya)”

Kemudian Nabi SAW bersabda, “Sungguh dia telah berdoa pada Allah dengan nama yang agung di mana siapa yang berdoa dengan nama tersebut, maka akan diijabahi. Dan jika diminta dengan nama tersebut, maka Allah akan beri.” (HR. Abu Daud, no. 1495 dan An-Nasa’i no. 1301 – Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih)

#2- Doa Ketika Dirundung Kesedihan

(عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا كَرَبَهُ أَمْرٌ قَالَ (يَا حَىُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ

Dari Anas bin Malik, ia berkata, “Nabi SAW ketika dapat masalah berat, beliau membaca: Yaa Hayyu Yaa Qayyum, bi rahmatika as-taghiits Ertinya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmatMu aku minta pertolongan).” (HR. Tirmidzi, no. 3524. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa hadis ini hasan)

#3- Doa Yang Diwasiatkan Kepada Fatimah, Puteri Rasulullah SAW

Dari Anas bin Malik r.anhu, ia berkata bahawa Nabi SAW bersabda pada Fatimah (puterinya), “Apa yang menghalangimu untuk mendengar wasiatku atau yang kuingatkan padamu setiap pagi dan petang iaitu ucapkanlah:

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ أَبَدًا

“Ya hayyu ya qoyyum bi rahmatika astaghiis, wa as-lihlii sya’nii kullahu wa laa takilnii ilaa nafsii thorfata ‘ainin abadan”
(Ertinya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmatMu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekali pun sekejap mata tanpa mendapat pertolongan dariMu selamanya).” (HR. Ibnu As Sunni dalam ‘Amal Al-Yaum wa Al-Lailah no. 46, An-Nasa’i dalam Al-Kubra, 381: 570, Al-Bazzar dalam musnadnya 4/ 25/ 3107, Al-Hakim 1:545. Sanad hadis ini hasan sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Al-Albani dalam Silsilah Al-Ahadis As-Sahihah, no. 227)

Jika anda mahukan kelainan ketika berdoa, boleh juga menyebutkan nama-nama Allah ini saat membaca doa atau boleh juga membaca doa penuh seperti yang disebutkan di atas. Ambillah peluang untuk ‘upgrade’ doa anda dengan menyebut nama ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum’ untuk meraih peluang serta kelebihan yang telah Allah sediakan

31 December 2020

Wirid-Wirid Kunci-Kunci Langit & Bumi

Kunci-Kunci Langit dan Bumi merupakan wirid-wirid di bawah ini; iaitu Zikir Khusus / Tahlil Makhsus, Selawat A'zhimiah, dan Istighfar Kabir.

Rasulullah SAW bersabda: 

"wahai Ahmad, kini telah aku berikan kepadamu kunci-kunci langit dan bumi; iaitu zikir yang khusus, selawat yang agung (selawat a'zhimiah), dan istighfar yang besar (istighfar kabir)”.

Sumber Amalan

Disampaikan oleh Sheikh Ismail an-Nawab yang bermukim di Mekah, bersumber dari gurunya Sheikh Ibrahim ar-Rasyid, dan dari gurunya Sheikh Ahmad ibn Idris. Sheikh Ahmad ibn Idris adalah pendiri tarikat al Idrisiah, cabang dari tarikat as-Syazaliah.

Syeikh Ahmad ibn Idris menerima wirid-wirid yang tersebut di atas secara langsung dari Rasulullah SAW tanpa perantara. Sheikh Ahmad berkata bahawa beliau pernah berkumpul bersama Rasulullah SAW, dan hadir bersama ialah Nabi Khidir AS. Dalam pertemuan tersebut, Rasulullah SAW menyuruh Nabi Khidir AS mengajarkan wirid-wirid tarikat as-Syazaliah kepada Sheikh Ahmad, maka Nabi Khidir pun mengajarkan beberapa wirid di hadapan Rasulullah SAW. 

Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada Nabi Khidir AS:“Wahai Khidir, ajarkan kepadanya (Syeikh Ahmad) wirid-wirid yang mencakupi seluruh zikir, selawat dan istighfar, yang lebih utama ganjarannya dan lebih banyak bilangan pahalanya”.

Berkata Nabi Khidir AS: “Apakah itu wahai Rasulullah?” 

Baginda bersabda: “ucaplah: 



Lalu Syeikh Ahmad pun menuruti bacaan keduanya (Rasulullah & Nabi Khidir). Di ulangi oleh Rasulullah SAW sehingga tiga (3) kali.

Seterusnya, Rasulullah SAW bersabda, “ucaplah: 



Seterusnya, Rasulullah SAW bersabda, “ucaplah: 



Kalimah-kalimah tersebut di atas adalah Selawat A'zhimiah dan Istighfar Kabir, yang di ulang-ucap oleh Nabi Khidir AS, dan diajarkan secara lansung kepada dan di ulang-ucap oleh Sheikh Ahmad ibn Idris.

Kemudian, Rasulullah SAW bersabda: “wahai Ahmad, kini telah aku berikan kepadamu kunci-kunci langit dan bumi; iaitu dzikir yang khusus, selawat yang agung, dan istighfar yang besar”.

Kemudian, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang sampai kepadamu (wasilahnya) maka ia tidak akan tersesat ke daerah yang lain atau kepada jaminan yang lain, tetapi akulah yang menjadi kekasihnya dan dia menjadi tanggunganku”.

Pernah suatu ketika Rasulullah SAW bersabda kepada Syekh Ahmad: "bacalah




Nescaya akan ku simpannya di dalam khazanah bagimu. Wahai Ahmad, tiada seorangpun yang dapat mendahului keutamaan engkau. Ajarkan pada para pengikutmu, agar mereka menjadi orang pertama yang mengetahuinya”.

Apa yang terkandung dalam zikir-zikir tersebut ini mencakup segala zikir seluruh makhluk dan ciptaanNya, baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi. 

Amalan Ikhtiar Kekayaan


Yang disebut dengan amalan adalah suatu pekerjaan (usaha/ikhtiar) yang dilakukan berulang-ulang dan konsisten. Bulan misalnya, mengelilingi bumi berulang-ulang, demikian pula bumi, planet lain bahkan matahari sekalipun. semua yang di ciptakan Allah pada dasarnya bergerak. Allah sudah menentukan amalan setiap makhluk, dalam hal ini gerakan berulang yang dilakukannya. Semua makhluk yang berfikir setuju bahawa diam itu tidak menghasilkan apa-apa.

Imam Al-Ghazali pernah berkirim surat kepada murid kesayangannya yang isinya :" Hai anak, jangan engkau hidup miskin amal, sebab setinggi langit ilmu mu tidak bermanfaat jika tak kau susuli dengan amal, jika dalam hatimu berangan-angan ingin dapat rahmat dari Allah sedangkan engkau diam, maka, malanglah engkau, malang." Allah hanya membalas apa yang kita usahakan/amalkan.

Di saat di kepung oleh musuh dan tidak berdaya, Allah menyuruh Nabi Musa untuk memukulkan tongkatnya ke laut, maka laut itu pun terbelah dan Musa "selamat". 

Pertanyaan kita adalah, mengapa Allah menunggu tongkat Nabi Musa untuk membelah laut? bukankan Kekuasaan-Nya boleh membelah laut tanpa tongkat. Itu semua pertanda bahawa pemberian/ anugerah Allah itu dekat dengan orang yang berusaha dalam hal ini beramal.

Jangan kita terlalu berharap akan pepatah "Pucuk dicinta ulam mendatang", tetapi baiknya kita pakai ucapan orang-orang suci yang berkata "siapa mengetuk akan dibukakan, siapa meminta akan diberi, siapa memohon akan dikabulkan".

Berikut adalah beberapa amalan yang baiknya kita lakukan supaya kita menjadi kaya, dan semua sudah terbukti, ingat! usaha tanpa do'a adalah sombong, doa tanpa usaha adalah sia-sia. Maka beramallah, jangan diam sebab diam itu tidak menghasilkan apa-apa:

AMALAN DENGAN BASMALAH

1. Barang siapa membaca Basmalah (BISMILLAHIRROHMANIRROOHIM) 313 kali ketika matahari terbit dengan menghadap qiblat kemudian membaca selawat 100 kali, maka Allah akan memberinya rezeki yang tak terduga.

2. Barang siapa membaca Basmalah 12,000 kali, setiap seribu kali solat sunat 2 rakaat, lalu memohon rezeki yang banyak insya Allah terkabul.

3. Barang siapa membaca Basmalah 786 kali setiap hari selama 7 hari berturut-turut dengan maksud mendatangkan rezeki yang melimpah, insya Allah akan tercapai.

AMALAN DENGAN FATIHAH

1. Siapa yang membaca Al-Fatihah 41 kali antara solat sunat qobliyah dan solat Subuh. maka segala hutangnya akan terbayar, ada saja jalannya dan rezekinya jadi lancar.

2. Barang siapa membaca Fatihah setiap selesai Subuh 30 kali, selesai Asar 20 kali, selesai Maghrib 15 kali, selesai Isyak 10 kali, maka rezekinya akan dimudahkan oleh Allah.

3. Perhatikan hari Ahad yang ada di permulaan bulan (bulan Hijriyah), pada hari Ahad itu bacalah Fatihah 70 kali, hari Isnin nya baca 60 kali, hari Selasa nya baca 50 kali, hari Rabu nya 40 kali, hari Khamis nya 30 kali, hari Jumaat nya baca 20 kali, hari Sabtu nya baca 10 kali, kemudian di ulang sampai satu bulan. Maka tunggulah keajaiban dari rezeki Anda.

AMALAN DENGAN AL-IKHLAS

1. Agar dikaruniai Allah rezeki yang banyak, maka bacalah surah Al-Ikhlas 1000 kali, lalu memohon untuk dilapangkan rezeki, insya Allah terkabul.

2. Apabila Anda ingin mengetahui usaha apa yang dapat mendatangkan rezeki yang banyak, begini caranya : Pada malam Jumaat baca al-Ikhlas 66 kali, lalu membaca lafadz "ALLAH" 5631 kali, kemudian membaca "MASYA ALLAH" 1000 kali, lalu membaca selawat 1000 kali. kemudian tidurlah, maka dalam mimpi Anda akan dipertunjukkan pekerjaan yang membuat Anda sukses.

AMALAN DENGAN YAASIN

1. Barang siapa yang punya kepentingan terhadap seseorang agar dikabulkan maksudnya dalam urusan Rezeki maka bacalah terlebih dahulu Surah Yasin 25 kali, kemudian berangkatlah, insya Allah apa yang dimaksud terkabul.

2. Bila ingin manjadi kaya mendadak, maka bacalah Surah Yasin 41 kali, tanpa berpindah tempat, lalu tanpa bicara apapun kemudian tidurlah, setelah bangun keajaiban terjadi.

AMALAN DENGAN WAQIAH

1. Apabila anda memohon kepada Allah datangnya rezeki yang melimpah maka bacalah Waqiah 41 kali, dan jangan berpindah tempat sampai selesai. sering-seringlah. Rezeki Anda datangnya akan seperti hujan.

2. Nabi bersabda : "Barang siapa membaca Surah Waqiah setiap hari, maka ia tidak akan mengalami kefakiran selamanya.


Semua tulisan di atas di ambil dari kitab TAYSIRUL ARZAQ oleh Abdul Hamid Zahwan.




Metafizik Rahsia Tarikh Lahir Anda

Percayakah anda bahawa dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak lagi?


Berdasarkan TARIKH LAHIR seseorang dan dengan menggunakan penemuan sendiri Metodologi Penyahkod, anda boleh mengetahui tentang diri anda ataupun orang lain secara hampir menyeluruh. Anda boleh mengetahui perwatakan individu seperti sikap dan personaliti seseorang. Dengan membongkar secara lebih mendalam, anda juga dapat mengetahui tentang Kesihatan, Kerjaya, Perniagaan, Hala Tuju Terbaik seseorang serta Kesesuaian dan Perhubungan dengan individu lain.

Metafizik Tarikh Lahir 


Jom kita lihat video tutorial bagaimana nak kira nombor asas kita mengikut tarikh lahir masing-masing.




Ciri-Ciri Nombor Kod Asas :

Nombor 1: Elemen Logam
Ada ciri-ciri kepimpinan. Kemungkinan semasa alam persekolahan atau selepas anda dilantik menjadi ketua atau penolong atau dalam persatuan. Kemungkinan juga anda menolak perlantikan dalam jawatan tersebut. 

Nombor 2 : Elemen Air
Anda punyai komunikasi atau penyampaian yang baik. Suara anda kedengaran lantang dan jelas. Mungkin juga anda susah atau malu nak mula bercakap namun apabila sudah mula anda kelihatan mesra. 

Nombor 3: Elemen Api
Pergerakan anda sangat cepat atau lain kata anda tidak suka bertangguh dalam sesuatu perkara. 

Nombor 4:  Elemen Kayu
Anda suka merancang dan juga anda suka kepada ilmu pengetahuan. 

Nombor 5: Elemen Tanah
Anda seorang yang punyai prinsip sendiri. Contoh jika anda kata “A”, “A”lah jawapannya, jika “B”, “B”lah jawabnya. Atau anda tidak terus membuat keputusan serta merta dan anda akan fikir dahulu dan jawapan akan diberi kemudian. 

Nombor 6: Elemen Logam / Besi
Anda mempunyai sifat kekeluargaan atau ambil berat tentang keluarga. Ini membuatkan anda bagus dalam perancangan kewangan. 

Nombor 7: Elemen Air
Anda punyai ramai kawan atau mudah mendapat penyokong. Ini membuatkan hidup anda nampak bertuah. 

Nombor 8: Elemen Api
Anda seorang yang bertanggungjawab sama ada terhadap keluarga atau kerjaya.
Contoh dalam kerjaya atau persekolahan jika diberi tugas atau kerja rumah anda akan selesaikannya walaupun memakan masa. 

Nombor 9: Elemen Kayu
Anda suka mengejar kejayaan atau aset. Mungkin juga anda memikirkan perniagaan yang membawa keuntungan.


Mari kita tengok video berkaitan 5 elemen utama yang ada pada manusia.



Jom kita lihat video untuk mengetahui lebih lanjut ciri-ciri individu nombor asas 1 hingga 7.

(Maaf bagi individu nombor asas 8 dan 9, sebab tiada video penerangan untuk anda).


















Info Pola Diri :

1 - Sangat berdikari, namun ditikam dari belakang. Jadi, berwaspada selalu
56 - Sangat berhati-hati dengan wang
67 - Mudah kasihan orang. Mudah belanja kawan-kawan
71 - Mudah ditipu orang
73 - Orang/pengikut/kawan mudah datang dan pergi
156 - Bekerja di luar kawasan. Selalu outstation
189 - Bergerak ke sana ke mari. Tidak suka duduk di satu tempat
336 - Mempunyai pergerakan wang yang aktif
786 - Orang suka beri tanggungjawab
123 - Kekuatan pada suara. Bagus untuk sales, marketing, guru, penyanyi dan usahawan
235 - Beremosi, mudah terusik dan baran
246 - Pandai dalam bab-bab syarahan dan ceramah
393 - Cepat mendapat kejayaan, tapi tak bertahan lama
426 - Pandai memberikan ceramah atau syarahan
456 - Terlibat dan bertanggungjawab dalam aliran wang. Berjaga-jaga supaya jangan terlibat dalam rasuah
459 - Seorang yang memiliki gerak hati atau 6th Sense. Ilham yang tinggi
573 - Mudah bergaul dengan orang atas dan orang kenamaan
666 - Sangat berhati-hati dengan wang
729 - Mudah yakinkan orang. Menjadi tarikan orang. Bagus untuk jadi usahawan dan orang politik
777 - Sentiasa di kelilingi oleh lelaki
843 - Selalu tercari-cari kejayaan. Mudah tukar citarasa dan cepat bosan. Tetapi, banyak idea dan inovatif
888 - Hiperaktif
933 - Kejayaan yang singkat. Kena belajar strategi bagaimana yang mengimbanginya
944 - Kurus dan mempunyai citarasa yang tinggi
966 - Mudah untung, bagus untuk menjadi usahawan 
999 - Banyak peluang dan kejayaan, tetapi kesunyian

Lihat video ini untuk cari 12 nombor pola anda.



Semuanya ketentuan dan takdir dari Allah.
Jika ianya betul dan kena dengan anda, ianya kebetulan sahaja.
Ilmu Allah sangatlah luas.
Sama-samalah kita mengkajinya.

Wirid Dan Amalan Lipat Bumi

Amalan ini untuk orang yang nak bermusafir ke tempat yang jauh dengan sekelip mata. Ini amalan para wali. Semua ini adalah kurniaan Allah kepada hambaNya yang terpilih.


AMARAN: 
Amalan ini kena rujuk kepada tuan guru mursyid anda terlebih dahulu sebelum mengamalkannya.




Bismillahi ‘Alaa Qalbiiy Hattaa Yurwaaa.
Dengan Nama Allah-Ini Di Atas Hatiku Ini Hinggalah Penuhlah Ia (Hati)

Bismillahi ‘Alaa Rukabiiy Hattaa Taqwaaa.
Dengan Nama Allah-Ini Di Atas Lututku Ini Hinggalah Dikuatkan Ia (Lutut)

Bismillahi ‘Alaal Ardhi Hattaa Tutwaaa.
Dengan Nama Allah-Ini Di Atas Bumi Ini Hinggalah Dilipatkan Ia (Bumi)



Kisah Wali Allah Yang Jalan Melipat Bumi

Pada suatu hari Syeikh Abdul Wahid bin Zaid penganti kepada ahli sufi terkenal Hassan Al-Basri dan mempunyai salsilah Fudhail Bin Iyadh serta pernah mendapat didikan dan berguru dengan Imam Abu Hanifah,pengasas mazhab hanafi berjalan di pasar

Tiba-tiba ia terlihat seorang hamba yang sedang dijual di pasar. Syeikh Abdul Wahid ingin membeli hamba untuk membantunya kerja-kerja di rumahnya. Hamba yang dibelinya itu seorang yang sangat rajin dan taat melakukan kerja-kerja yang diarahkan oleh Syeikh Abdul Wahid dengan tekun sekali. 

Syeikh Abdul Wahid merasa hairan tentang perilaku pelik hambanya, iaitu di waktu malam tidak ada di rumah walaupun Syeikh Abdul Wahid puas mencarinya sedangkan pintu rumahnya tertutup dan tiada tanda-tanda pintu dibuka. 

Pada waktu pagi, hamba tersebut memberikannya sekeping wang dirham yang terukir di atasnya surah Al-Ikhlas. Hamba tersebut, menyatakan jangan ditanya kemana dia pergi. Syeikh Abdul Wahid menerimanya dan tidak mahu mengetahui apa yang dilakukan dan kemana hambanya pergi pada malam hari. 

Setelah sekian lama, pada satu hari datang seseorang mengadukan kepada Syeikh Abdul Wahid tentang perilaku hambanya kerjanya mengali kubur orang meninggal dunia. Syeikh Abdul Wahid terkejut tentang apa yang telah diberitahu oleh kenalannya dan berjanji akan menyiasatnya terlebih dahulu. 

Pada suatu malam, Syeikh Abdul Wahid mengintai gerak-geri hambanya tanpa diketahui olehnya. Syeikh Abdul Wahid melihat dengan jelas dan pelik bagaimana pintu bilik hamba itu dibuka dan ditutup hanya dengan menghala jarinya sahaja. Syeikh Abdul Wahid terus mengekori hambanya sampai ke suatu tempat lapang di padang pasir. Hambanya menukar pakaiannya kepada pakaian yang diperbuat daripada guni. Hambanya menunaikan solat sehingga terbit fajar. Setelah selesai solat hambanya terus berdoa dan memohon kepada Allah :"Wahai tuanku yang besar berilah upah kepada tuanku yang kecil." Selesai berdoa jatuhlah sekeping wang dirham dari langit. Syeikh Abdul Wahid memerhatikannya dengan perasaan hairan dan takjub sekali. 

Oleh kerana hari hampir siang, Syeikh Abdul Wahid mencari air disekitarnya untuk berwuduk dan menunaikan solat subuh. Kemudian, selesai solat subuh Syeikh Abdul Wahid berdoa bahawa dia berjanji akan memerdekakan hambanya, kerana hambanya seorang yang soleh. 

Selesai berdoa, Syeikh Abdul Wahid berusaha mencari hambanya tetapi tidak berjumpa kerana dia menghilangkan diri dengan begitu cepat sekali. Syeikh Abdul Wahid mencari jalan untuk pulang ke rumahnya tetapi tidak berjumpa ini kerana tempat tersebut terlalu asing baginya. Dengan perasaan cemas dan menyesal atas tindakannya mengekori hambanya. Ketika Syeikh Abdul Wahid mundar mandir mencari bantuan beliau ternampak seseorang berkuda sedang menuju ke arah beliau. 

Dengan perasaan tidak sabar menunggu orang itu sampai ke arahnya, lantas orang berkuda itu bertanya :"Apakah yang sedang dibuat olehmu wahai Abdul Wahid." Syeikh Abdul Wahid kehairanan dan berkata di dalam hatinya bagaimana orang berkuda itu mengetahui namanya. Lantas, Syeikh Abdul Wahid memberitahu apa yang terjadi. Orang yang berkuda itu memberitahu "Janganlah kamu berasa curiga tentang apa yang berlaku." Lantas orang yang berkuda memberitahu lagi:"Tahukah kamu berapa jauh jarak rumah kamu dengan tempat ini?". Jawab Syeikh Abdul Wahid : "Saya tidak tahu" 

Jaraknya adalah dua tahun perjalanan dengan kuda yang berlari cepat kata orang berkuda itu kepada Syeikh Abdul Wahid, kehairanan dan berkata dalam hati semasa aku mengikut hambaku malam tadi hanya beberapa minit sahaja perjalanan kemari.Orang berkuda telah berpesan kepada Syeikh Abdul Wahid jangan pergi kemana-mana tunggu sahaja di sini sampai hambamu datang dan mengikuti pulang ke rumah. Semasa menunggu Syeikh Abdul Wahid telah beberapa kali tertidur dan terjaga kerana keletihan dan kehausan. Apabila Syeikh Abdul Wahid tersedar daripada tidurnya didapati disisi terdapat makanan dan minuman yang telah terhidang dan hambanya juga berada disitu. 

Hambanya mempelawa Syeikh Abdul Wahid makan makanan yang telah terhidang. Syeikh tanpa berkata-kata hanya menurut sahaja perintah dan makan dengan selera sekali. Hambanya berpesan kepada Syeikh Abdul Wahid agar tidak mengulangi perbuatan ini lagi dan tunggu sehingga hambanya selesai solat. Seperti biasa selesai solat hambanya berdoa dan sekeping dirham diberikan kepada Syeikh Abdul Wahid. "Ini wang dirham malam tadi"

Setelah itu hambanya memimpin Syeikh Abdul Wahid berjalan dan tidak sampai beberapa saat sahaja mereka telah tiba di hadapan rumah Syeikh Abdul Wahid. Hambanya bertanya kepada Syeikh Abdul Wahid benarkah Syeikh memerdekakannya kerana Allah SWT. Lalu hambanya, menunjukkan batu penyedal pintu dan menyatakan bahawa ia adalah wang tebusan pembebasannya. 

Syeikh Abdul Wahid sangat hairan bagaimana batu tersebut boleh bertukar menjadi seketul emas. 

Keesokkannya, Syeikh Abdul Wahid pergi ke rumah kenalannya yang menuduh hambanya seorang penggali kubur untuk menceritakan perkara yang sebenar. Sementara di rumahnya, anak perempuan Syeikh Abdul Wahid memarahi hambanya tentang kehilangan ayahnya selama dua malam sambil menuduh membunuh ayahnya kerana mengintip perbuatan jahatnya menggali kubur orang. Anak perempuan Syeikh telah mengambil batu dan membalingnya ke arah hambanya lalu terkena pada matanya yang menyebabkan mata hamba terkeluar dan dia jatuh pengsan. 

Setelah itu, ketika Syeikh Abdul Wahid balik dan mengetahui tentang apa yang berlaku. Dengan perasaan marah Syeikh Abdul Wahid mengambil pedang lalu memotong tangan anaknya sehingga putus. Syeikh Abdul Wahid sangat menyesal atas apa yang berlaku tentang tuduhan yang dibuat oleh anaknya sedangkan mereka tidak mengetahui hal yang sebenar. 

Setelah itu, apabila hambanya sedar daripada pengsan dia cepat bangun serta mengambil mata yang terjatuh tadi lalu dimasukkan kembali ke tempat asalnya sambil berdoa. Dengan izin Allah matanya elok seperti sediakala. Kemudian, dia mengambil tangan anak Syeikh Abdul Wahid yang putus seraya membaca sesuatu dengan izin Allah tangan anak Syeikh pulih seperti sediakala. Orang ramai kehairanan melihat keajaiban yang telah berlaku. 

Begitulah, besarnya darjat orang-orang yang taat beribadah dan patuh kepada Allah semata-mata, sehinggakan memperolehi darjat kemuliaan yang tinggi dari Alllah Subhanallahu Wataala. Semoga kisah para wali allah ini menginsafi diri ini , bahawa Allah berhak memberikan 'kelebihan' kepada sesiapa sahaja hamba yang dipilih olehNya. Bersama-samalah kita memperelok dan meningkatkan amalan kita semata-mata hanya kepadaNya.