12 April 2022

16 August 2021

Minuman Roti Lebah / Beebread

 Tatacara sediakan minuman beebread. 1 kantung bee bread buang selaput kantung, 2 sudu madu kelulut asli dan 1/2 cawan air sedikit suam. Larutkan beebread dengan air suam=air larutan bee bread, curahkan larutan beebread kedalam cawan madu dan kacau sebati....bismillahh dan minum..pagi dan malam..untuk permulaan, 1x selang 2 hari.

 

 

 


Khasiat Roti Lebah / Bee Bread

 

 

 

 


Pada asasnya kita selalu terdedah dengan perkataan pollen tanaman (debunga). Pollen ialah debunga yang dihasilkan oleh anther dan mengandungi gamete jantan yang mana diperlukan dalam proses pengsenyawaan dan seterusnya bagi menghasilkan buah/biji.

Apa dia itu roti lebah?. Secara ringkas roti lebah ialah pollen lebah (bee pollen) dan berbeza dengan perkataan yang biasa kita gunakan iaitu pollen tanaman (plant pollen). Roti lebah (bee bread) ialah campuran pollen tanaman (debunga), madu atau nektar dan air liur lebah. Roti lebah ialah sangat unik kerana ianya mengandungi kesemua sumber nutrien yang diperlukan untuk kehidupan.

Roti lebah telah digunakan sejak berkurun lalu dalam banyak ketamadunan sebagai sumber makanan tambahan dan untuk rawatan pelbagai jenis penyakit. Sebagai contoh Hippocrates telah menyatakan roti lebah adalah bahan makanan kesihatan yang terbaik. Orang Mesir dan Cina purba pula telah menyatakan roti lebah ialah sumber makanan perubatan dan awet muda.

Kajian yang dijalankan menunjukkan roti lebah mengandungi 55% karbohidrat, 35% protin, 3% bahan galian & vitamin, 2% asid lemak dan 5% kandungan bahan-bahan lain.

Secara umum pengambilan roti lebah boleh meningkat sistem immiuniti tubuh (kerana mempunyai bahan anti-oksidan yang tinggi) dan meningkatkan pengambilan oksigen. Sehubungan dengan itu, roti lebah banyak digunakan untuk tujuan berikut:

1. Meningkatkan tenaga

2. Meningkatkan stamina

3. Untuk meningkatan penafasan bagi mereka yang ada masalah dengan penyakit yang berkaitan dengan penafasan seperti asma

4. Membantu merawat allergi (alahan)

5. Rawatan berkaitan dengan masalah darah dan kandungan kolesterol tinggi

6. Masalah mati pucuk, masalah yang berkaitan menopaus dan kesuburan

7. Diabetes

8. Kekurangan darah merah

9. Bahan bantuan untuk rawatan obesiti dan meningkatkan berat badan

10. Digunakan untuk rawatan rheumatoid arthritis

11. Sebahagian daripada diet untuk makanan kesihatan

Roti lebah boleh diambil dalam bermacam bentuk sama ada diambil mentah (segar dari sarang), sejuk beku atau makanan tambahan dalam bentuk serbuk. Walau apa pun, roti lebah terbaik adalah ialah roti lebah yang sebenar yang telah dicampur dengan air liur lebah itu sendiri dan bukan roti lebah yang dikumpul dari kaki lebah ketika lebah berkenaan masuk sarang.

 

KRedit: https://www.kelablebahkelulut.com/2014/10/roti-lebah-dan-khasiatnya.html 

Bee Pollen (Roti Lebah) Sumber Protein Bina Imuniti

Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 ni mungkin menghadkan pemakanan kita. Susah nak dapat ikan mahupun sumber protein. Jadi penternak disarankan untuk ambil roti lebah (fermented bee pollen) yang kaya dengan protein. 

Kajian-kajian membuktikan roti lebah ni banyak kandungan protein dan asid amino yang penting. Ianya boleh membina sel-sel badan dan sel imun serta membantu membaiki sel badan yang rosak.


Asasnya, bila kelulut mengumpul debunga (polen) dari bunga, ianya agar susah dicerna oleh badan manusia. Tetapi apabila ia ditapai di dalam tempayan madu, ia menjadi roti lebah dan lebih mudah dicerna serta diserap oleh badan kita. 

Jadi pastikan kita menuai roti lebah seperti didalam gambar dan bukanya polen yang masih baru.


Boleh juga buat produk dengan campurkan dengan madu dan dijual untuk membantu orang ramai kekal sihat. 


InsyaAllah, sama-sama kita kembali kepada sumber asli yang berkualiti.

 

 

kredit: https://www.facebook.com/kelulutserdang/photos/a.111207826211975/518289252170495/?type=3&theater
 

Rawat Batuk Dengan Madu Kelulut & Bawang

 

11 August 2021

I'M NOT LEAVING BECAUSE OF COMPANY, I’M ACTUALLY LEAVING BECAUSE OF MY BOSS

 

Man, tak semua Boss itu sombong. Tak semua Boss itu tak supportive. Ada je Boss yang baik. Ko setuju?

Itu permulaan bicara sahabat aku yang aku namakan F semasa lunch tadi.

Jawab aku: Ye, aku setuju. 

F ada menceritakan pengalaman nya berkerja dengan Boss yang baik di sebuah syarikat yang aku namakan Company B. Company B adalah sebuah Company MNC. Tapi akhirnya dia resign juga dari Company B walaupun Boss F sangat bagus. Nak tau sebab apa F resign? Ikuti coretanku kali ini.

F memulakan ceritanya


Masa aku join Company B, ada sesi orientasi. Aku ingat lagi, masa taklimat orientasi. VP HR bagitau macam ni:


//Quoted//

Company B ini beroperasi sebagai company yang mempunyai hati budi. We are COMPANY BY HEART


Kenapa saya katakan begitu? Company kami sangat menghargai pekerja. Kami faham hati pekerja macam mana…Setiap tahun Company akan bagi increment, bonus, promotion, skill development and bla2

//Unquoted//


Memang semangat bila aku dgr VP HR tu cakap macam tu Man. Sambung F.

Aku: Hebat Company B..Thumbs up๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

Sambung F:


F: Lepas 2 minggu, sesi orientasi pun berakhir. Aku telah diletakkan di bawah department Proposal. Boss aku nama dia B. Orang nye agak berumur. Tapi tenaga dia, MasyaAllah..macam umur budak 20 tahun๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป


Memang best keja ngn B. Dia tak suka orang panggil dia Encik ke, Boss ke… Time aku dulu…1st day lagi dia dah suruh aku panggil Pak B je..dia tak suka formal2..

Aku: Wah..best…selesa lah sikit nak kerja bila tak ada formal2 ni…

F: Betul Man..aku rasa selesa kerja dgn dia… Pak B memang Boss yang baik dan sangat supportive.


Kalau ada staff yang nak pergi buat short term task kat department lain nak enhance skill..Pak B tidak akan kata NO. Malah dia akan tanya lagi. Apa yang kami perlukan dari dia untuk support justification nak transfer department.


Lepas tu..setiap pagi, Pak B akan greet semua orang dalam department dia. Walaupun dia sekadar cakap “Good Morning, macam mana hari ni? Sihat?”. Memang kami semua dalam department rasa dihargai. Sorang2 tau dia jumpa. And seingat aku, dia xpernah miss pun walau sehari kecuali kalau dia MC atau tak ada kat office lah… 

Aku: Wow, respect!๐Ÿ‘๐Ÿป

Sambung F lagi,


Lepas tu, dia punya style.. Setiap task, dia akan appoint seorang lead. Dia bagi very clear direction kepada Lead je. Lepas tu, dia akan lepaskan semua ke Lead yang dia dah appoint. Tak kisah lah macam mana Lead tu nak handle task tu. Janji by the end of the day,task tu siap and meet the objective and dateline. Kalau Lead tu dia nampak tak berapa perform. Dia tak marah..dia akan cari sebab apa tak perform and dia coach untuk back on track..


Aku pernah appointed as Lead jugak dulu. Aku rasa ada sense of power.Jawatan aku Executive biasa je, bukan Senior Executive pun..Kalau down pulak, aku tak segan silu mintak dia coach aku… Memang aku seronok bekerja ngn Pak B. 

Aku: Wow, double respect. Dah tu kenapa ko resign? Macam OK dah environment keja ko tu๐Ÿค”

F: Aku start rasa nak resign bila Pak B retired dan Boss baru masuk. Boss baru aku masa tu.Aduhai…๐Ÿคฆ๐Ÿป‍♂️


Dia mula buat peraturan pelik2.

Aku: Contohnya?

F: Aku pernah lambat masuk 6 minit je..itu pun sebab aku siapkan proposal semalamnya sampai pukul 10malam. Dia tengok punch card aku merah..Terus dia hantar email mintak surat tunjuk sebab.Pada dia, semua orang kena masuk kerja On-Time walaupun orang tu dah buat Overtime. Overtime tak berbayar pulak tu..๐Ÿ˜‘

Aku: Aduh..kata Company B “COMPANY BY HEART”..hahaha

F: Tu lah pasal. Tak cukup lagi cerewet pasal masa bekerja…Kalau ada orang buat salah dalam task..Dia bukan nak coach ko. Dia akan blame lagi ko..


Pernah aku kena sembur ngan Boss baru aku ni…”Kenapa lah you ni lemah sangat..You belajar apa dulu kat university?”

Aku: Mak aih..Biadap tak leh bawak bincang ek…Lepas tu?

F: Aku macam tak tahan lah. Aku jadi boring, aku request dari Boss baru aku ni nak transfer ke department lain sekejap sebab nak belajar benda lain pulak. Tapi dia reject.


Dia cakap, task yang dia bagi pun aku tak leh master. Ada hati pulak nak pergi belajar benda lain kat department lain..

Aku: Allah..ni dah double biadap! Ko tak g complain ke HR?

F: Tau tak pe..Aku diam je…AKU TAK COMPLAIN APA2…Aku ni, ko tau lah..Bukan suka complain2 ni..Dari zaman Universiti lagi.hahaha๐Ÿ˜…


Last2, aku decide untuk resign. Masa aku tender resignation, VP HR panggil aku..

Aku: Ok, normal..Aku pun VP HR pernah panggil aku bila aku resign dulu..hahaha. Apa yang VP HR cakap ngn ko?

F: Dia tanya ada Company Policy yang aku tak puas hati ke? Sebab rasanya semua OK. Ada Increment, Bonus, Skill development and bla2…


Aku bagtau VP HR aku..Nothing wrong with Company Policy. Then VP HR aku tanya soalan: SO, WHY YOU WANT TO LEAVE THE COMPANY? 

Aku: So, ko jawab apa?

F: I'M NOT LEAVING BECAUSE OF COMPANY, I’M ACTUALLY LEAVING BECAUSE OF MY BOSS

Aku: Herm… Actually Pak B mengamalkan McClelland's Need Theory. Bila Need of Achievement, Need of Affiliation, Need of Power dipenuhi. Memang motivasi pekerja akan meningkat.

F: Tak faham..Maksudnya?

Aku: Ye lah..Pak B support transfer department sebab ko nak enhance ko punya skill. Itu maknanya dia nak fulfil Need of Achievement yg korang perlukan. 


Pak B hari2 greet korang. Itu maknanya dia bagi Need of Affliation kat staff2 dia. Atau dengan kata lain hubungan baik atau rasa mahu disayangi dengan subordinate dia.


Pak B lantik korg2 tu as a Lead. Sebenarnya dia bagi korang Need of Power.


Hasil semua action ni, korang bersemangat atau bermotivasi nak kerja kan?

F: Haah.. Betul apa yang ko ckp tu Man..Mmg aku sangat bermotivasi bila kerja ngan Pak B. 

Aku: So, amalkan Need Theory ni..InsyaAllah..semuanya akan aman..Dah2..cepat habiskan lunch ko tu. Kang lambat pulak ko masuk Office.

F: Hahaha..ok2๐Ÿ˜…

So, guys. Ini nasihat aku kepada Lead, Boss, Supervisor atau seumpamanya di luar sana: 


Pekerja adalah seorang manusia yang ada hati dan perasaan yang perlu di jaga. Kadang2 keseronokan bekerja tidak boleh di beli dengan wang ringgit. Ia perlukan sentuhan dari sisi atau sikap manusia juga.


Moga bermanfaat๐Ÿ˜‰


Assalam

Ir. Abdul Rahman Bahasa

13 February 2020

#McClellandsNeedTheory #MotivasiBekerja