12 April 2022

19 January 2021

Kasihnya Ayah, Kasihnya Ibu

 Ayah memang garang... ayah memang tegas..

Kalau ayah tenung je, dah tak tentu arah dah kita.. Pada aku ayah tak sayang aku..

Ayah selalu sebat aku dengan rotan dan tali pinggang.. Kadang-kadang aku rasa macam aku ni beban dan ayah tak sayang..

Tapi mak selalu pujuk aku.. mak cakap; 

"ayah tu sayang kamu.. semua tu sebab kamu tu nakal sangat"

Tapi aku tetap cakap.. ayah tak sayang aku.. ayah jahat!


Bila aku nak duit, ayah selalu cakap dia takde duit.. Tapi aku tak tahu, senyap-senyap ayah bagi mak duit suruh bagi kat aku..

Pada aku, mak la hero aku... sebab mak sayang aku.. Apa je aku nak makan, ayah akan carikan.. Tapi aku tak tahu, ayah sendiri tak makan kat tempat kerja sebab nak jimat duit untuk keluarga dia.. Pada aku, mak yang bersusah payah kat rumah siapkan semua makanan untuk kami.. Pada aku, mak la yang buat semua ni..


Bila aku dah besar, ayah tak pernah tanya macam mana aku belajar.. ayah pun jarang tanya khabar.. Tapi aku tak tahu, semua tu mak dah cerita dengan ayah.. setiap hari ayah tanya mak.. Pada aku, ayah tak pedulikan anak..

Sebab tu aku lebih selesa cakap dengan mak..

Bila aku balik rumah, soalan pertama aku;

"Mak.. ayah mana mak?"

Bila dah tau, aku diam je.. Aku tak cari ayah peluk cium tunjukkan rindu aku pada dia.. 

Aku lebih suka berbual dengan mak..

Manja-manja baring atas riba mak.. 

Tapi aku sikit pun tak perasan.. ayah tengok dari jauh sambil dalam hati dia cakap;

"Besar dah anak aku.. Ayah sayang sangat kat kamu, nak.."


Macam adik perempuan aku pulak..

Bila dia dah kawen, dia dah ada lelaki lain..

Pada dia, ayah dah tak penting dah..

Kehidupan dia sekarang dah berubah..

Tapi dia tak tahu, ayah setiap hari hatinya berbisik.. "Adakah anak aku dijaga dengan baik? Adakah anak aku yang aku sayang ni dipukul atau dijentik?"


Bila balik kampung, aku akan peluk dan cium mak.. Tapi aku tak peluk ayah.. aku cuma salam cium tangan dia je.. Aku tak tahu apa yang ayah rasa.. Pada ayah; Takpe.. anak aku dah jadi besar.. dia malu nak peluk ayah dia.. walaupun ayah memang nak pelukkan anaknya..  Anak bujang aku dah dewasa.. dia malu kalau orang nampak nanti cakap apa...Takpe.. mak dia wangi pakai bedak.. ayah ni busuk bau hapak... Takpa.. bila dia peluk cium mak dia, sama je la macam dia peluk cium ayah dia...


Aku tak pernah nampak ayah menangis..

Aku selalu nampak ayah serius je.. Senyum pun susah... Tapi aku tak tahu hati ayah menahan rindu macam nak pecah..


Kenapa aku hukum ayah?

Kenapa aku buat ayah macam sampah?

Kenapa aku selalu membantah?

Kenapa aku selalu fikir ayah tak sayang sebab ayah selalu marah?


Sekarang ayah dh pergi.. 

dan yang pasti tak kembali..

Aku rasa terhutang..

Aku rasa kehilangan..


Ayah...

Anakmu ini terlalu sayangkan ayah..

Anakmu ini rindu sangat kat ayah..

Anakmu lupa dulu ayah yang paling gembira bila aku lahir..

Anakmu lupa ayah yang banyak berkorban biarpun anakmu ini tak pernah cakap terima kasih dari bibir..

Anakmu ini lupa dulu ayah selalu peluk, cium dan dukung aku... lupa yang dari kecik aku ditatang..

Anakmu ini lupa ayah garang sebab nak anak dia ni jadi orang...

Ampunkan aku ayah...

Maafkan aku ayah...

Aku banyak dosa dengan ayah...


Al Fatihah buat AYAH.

(Siapa hiris bawang ni.. terpercik masuk mata aku la.. )

Kalau sesiapa sayang ayah dia, hormati dia..

jom post dan share kat wall masing-masing..

17 January 2021

Khasiat Pokok Galak Kucing

1. Ambil akar shj .. dalam kadar secekak kita , cuci bersih dan rebus dgn api perlahan (berbangai kata orang n9) biarkan air kering sedikit sebaik nya dari 3 gelas jadi satu gelas (Saya guna mug) . tapis dan simpan pati nya.. bolih minum dgn campuran minuman biasa (kopi atau teh) bolih minum macam tu jer dgn campuran madu atau telur kuning jika ndak dos kuat buat tiga bahagian. Cabut pokok pada waktu matahari naik (pagi) . sebaik nya ikut cara penyediaan herba guna bekas periok tanah  stainless steel.  jgn guna bekas aluminium.

2. Seingat saya...masa kecil2 dulu..batuk..x pernah mkn ubat..amik daun ni upaq2 sapu kt leher dan dada...kami panggil pokok batuk kucing





13 January 2021

Asma' Menarik Rezeki

Ijazah Asma' Untuk Menarik Rizqi dari Habib Luthfi

.

Ijazah doa ini dikhususkan untuk keperluan “Lil Rizqi Wa Daf’il Faqri” (mendapat rizqi dan mencegah kefakiran). Ilmu ini diterjemahkan dari kitab “Durrot Ats-Tsaminah Fi Al-Ulumi Ar-Ruuhaniyyat” karya Asy-Syeikh ‘Izzuddin Al-Iraqi hal. 20, bab طلسم للرزق ودفع الفقر (tholasim Lil Rizqi wa daf’il faqri).

.

Tata caranya yaitu :

.

Pertama, bacalah ayat di bawah ini setiap selesai sholat sunat fajar dan setiap selesai sholat subuh 70 kali, selama 40 hari mutawalliyat / berturut turut tidak boleh terputus, inilah ayat yang di maksud :

رَبِّ إِنِّى لِمَآ أَنزَلْتَ إِلَىَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

. (Robbi inni limaa anzalta ilayya min khoirin faqiir)

.“Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku”. (QS. Al-Qoshos 24).

.

Mengomentari doa di atas, telah berkata Al-Allamah As-Sayyid Abdullah Al-Bilady Al-Busahry bahwa doa ini sangat mujarrab (mujarrab = ilmu-ilmu hikmah yang berulang-ulang diuji coba dan berhasil atau terbukti).

.

Kedua, jika tidak didawamkan (dibaca terus-menerus) selama 40 hari, ayat tersebut bisa juga ditulis dengan doa di bawah ini pada tiap tanggal 7 bulan hijriyah, kemudian tulisan tersebut disimpan pada tempat uang, dengan izin Allah swt uang tersebut barokah.

.

Inilah doa yang ditulis beserta ayat 24 surat Al-Qoshos di atas :

بسم الله الرحمن الرحيم يامعز كل ذليل ذو الطول

Menulisnya :

يامعز كل ذليل ditulis 6x

ذو الطول ditulis 6x

Sumber: Facebook Habib Muhammad Luthfi bin Ali bin Yahya.

Pokok Lemba - Penawar Racun & Santau

Kalau masa kanak- kanak dulu pokok inilah yang selalu akan di cari bila ikut ayah atau emak bila mencari kayu api di hutan, kerana pada waktu itu mana ada dapur gas dan boleh dikatakan semua orang kampung menggunakan dapur kayu untuk memasak.


Pokok yang saya maksudkan ini ialah pokok lemba, pokoknya seakan pokok sawit yang baru membesar dan banyak tumbuh meliar didalam hutan. Saya gemar mencari pokok ini ialah kerana buahnya sangat manis bila di makan buah yang telah masak.


Bila saya membesar barulah tahu pokok ini sebenarnya pokok ini banyak khasiatnya yang amat berguna kepada manusia kerana pada satu hari seorang lelaki yang terkena santau sehingga kulit wajahnya menjadi lebam kebiruan datang bertemu dengan ayah saya, lalu ayah menyeruh saya mencari pokok lemba katanya racun santau itu boleh di tawarkan dengan menggunakan akar dari pokok itu bila di rebus akarnya lalu di beri minum kepada orang yang terkena santau. Tampa membuang masa saya terus mencari pokok itu untuk merawat pesakit yang terkena santau itu.


Alhamdulillah selang beberapa hari lelaki itu datang bertemu dengan ayah dan mukanya tidak lagi menjadi lebam kebiruan serta darah tidak lagi keluar bila lelaki itu batuk dan waktu itu baru ayah bercerita pokok lemba sebenarnya di makan oleh binatang yang bernama Jebon bila selesai bertarung dengan ular tedung, kerana untuk menawarkan racun ular yang mematuknya.


Selain dari itu daun lemba juga boleh digunakan sebagai salah satu bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin dan bayi bagi menghilangkan bau badan. Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut. biasanya dimakan bersama pinang untuk merawat masalah pencernaan, gastrik atau dijadikan campuran ubat jamu. Akar pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman dengan cara merebusnya dengan air lalu diminum.


Manakala akar dan daun yang ditumbuk kemudian di balut pada tempat pula sendi dan otot untuk merawat masalah sengal-sengal tulang.


Lemba juga mempunyai khasiat untuk menyembuhkan sakit kepala dan penyakit ulser mulut dengan memakan buahnya yang telah masak.


Sumber: Ustaz Rosdi Hasan






01 January 2021

Rahsia Berdoa Dengan Menyebut Ya Hayyu Ya Qayyum

 


Allah mempunyai nama-nama yang sempurna yang membawa maksud yang sangat luas. Antara 99 nama yang pernah kita hafal, mungkin boleh dikatakan nama Ar-Rahman dan Al-Rahim adalah nama yang lebih kerap kita sebut, contohnya sebelum membaca Surah Al-Fatihah dalam solat, membaca bismillah sebelum melakukan sesuatu dan juga sebelum makan.

Namun kali ini, Tzkrh ingin berkongsi kepada para pembaca sekalian berkenaan meminta doa dengan menyebut nama ‘Al-Hayyu’ (Yang Maha Hidup) dan ‘Al-Qayyum’ (Yang Tidak Bergantung Kepada Makhluknya).

#1- Doa Tidak Akan Ditolak

عَنْ أَنَسٍ أَنَّهُ كَانَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- جَالِسًا وَرَجُلٌ يُصَلِّى ثُمَّ دَعَا اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ الْمَنَّانُ بَدِيعُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ يَا حَىُّ يَا قَيُّومُ

(فَقَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- (لَقَدْ دَعَا اللَّهَ بِاسْمِهِ الْعَظِيمِ الَّذِى إِذَا دُعِىَ بِهِ أَجَابَ وَإِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى

Dari Anas, ia pernah bersama Rasulullah SAW yang dalam keadaan duduk lantas ada seseorang yang solat, kemudian dia berdoa,

Allahumma inni as-aluka bi-anna lakal hamda, laa ilaha illa anta al-mannaan badii’us samaawaati wal ardh, yaa dzal jalaali wal ikram, yaa hayyu yaa qayyum.

Ertinya: Ya Allah, aku meminta padaMu kerana segala puji hanya untukMu, tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Engkau, Yang Banyak Memberi Kurnia, Yang Menciptakan langit dan bumi, Wahai Allah yang Maha Mulia dan Penuh Kemuliaan, Ya Hayyu Ya Qayyum (Yang Maha Hidup dan Tidak Bergantung pada MakhlukNya)”

Kemudian Nabi SAW bersabda, “Sungguh dia telah berdoa pada Allah dengan nama yang agung di mana siapa yang berdoa dengan nama tersebut, maka akan diijabahi. Dan jika diminta dengan nama tersebut, maka Allah akan beri.” (HR. Abu Daud, no. 1495 dan An-Nasa’i no. 1301 – Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih)

#2- Doa Ketika Dirundung Kesedihan

(عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا كَرَبَهُ أَمْرٌ قَالَ (يَا حَىُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ

Dari Anas bin Malik, ia berkata, “Nabi SAW ketika dapat masalah berat, beliau membaca: Yaa Hayyu Yaa Qayyum, bi rahmatika as-taghiits Ertinya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmatMu aku minta pertolongan).” (HR. Tirmidzi, no. 3524. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa hadis ini hasan)

#3- Doa Yang Diwasiatkan Kepada Fatimah, Puteri Rasulullah SAW

Dari Anas bin Malik r.anhu, ia berkata bahawa Nabi SAW bersabda pada Fatimah (puterinya), “Apa yang menghalangimu untuk mendengar wasiatku atau yang kuingatkan padamu setiap pagi dan petang iaitu ucapkanlah:

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ أَبَدًا

“Ya hayyu ya qoyyum bi rahmatika astaghiis, wa as-lihlii sya’nii kullahu wa laa takilnii ilaa nafsii thorfata ‘ainin abadan”
(Ertinya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmatMu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekali pun sekejap mata tanpa mendapat pertolongan dariMu selamanya).” (HR. Ibnu As Sunni dalam ‘Amal Al-Yaum wa Al-Lailah no. 46, An-Nasa’i dalam Al-Kubra, 381: 570, Al-Bazzar dalam musnadnya 4/ 25/ 3107, Al-Hakim 1:545. Sanad hadis ini hasan sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Al-Albani dalam Silsilah Al-Ahadis As-Sahihah, no. 227)

Jika anda mahukan kelainan ketika berdoa, boleh juga menyebutkan nama-nama Allah ini saat membaca doa atau boleh juga membaca doa penuh seperti yang disebutkan di atas. Ambillah peluang untuk ‘upgrade’ doa anda dengan menyebut nama ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum’ untuk meraih peluang serta kelebihan yang telah Allah sediakan