12 April 2022

15 October 2019

Bell Palsy (saraf muka)



Penyakit bell palsy atau di panggil stroke hanya di bahagian muka sahaja.

Bagaimana ia boleh terjadi⁉️

 
✔️Kekadang kita terlepas pandang..
Yang kita selalu sakit di bahagian leher,bahu..
Bila urat terlampau tegang..
Ia akan menarik urat leher..
Ia berkait ke urat2 mata..hingga separuh muka..
Lama- kelamaan wajah kita akan senget dan jatuh..

✔️Bila kita terasa tegang di bawah telinga..
Ketat nak buka mulut..
Mata terkenyit2..

✔️Cepat2 jumpa doktor..
Untuk pengesahan ...

✔️Jika doktor mengesahkan..
Anda terkena bell palsy ..
Urat saraf wajah..
Jangan putus asa..

✔️Perubatan doktor perlu..
Dan urutan urut saraf juga perlu..
Untuk mengimbangi ..melembutkan saraf di wajah dan perjalanan darah di sel2 muka.

✔️Jadi untuk mengelakkan ..
simptom2 ini terjadi..
Pastikan..setiap pagi ..
Jasmani muka anda..
Seperti..
Mulut buka luas2 dan tutup..
Berulang kali..
Urut muka ..walaupun 2 minit..
Mula dari bawah dagu..
Naik ke atas..
Yang penting..urut di belakang telinga , rahang mulut..dan tepi mata di sebelah atas telinga.

.✔️Treatment Facial muka..adalah di Syorkan ..
Sambil membuat treatment..
Therapist akan mengurut wajah anda..
Sambil itu..wajah akan terasa ringan selepas diurut..

✔️Jika yg dh ada gejala bell palsy..
Therapist..akan memperbaiki urat2 di wajah anda...Dan urutan terapi Qun menggunakan titik2 point saraf ..

14 October 2019

LTTE & KEGANASAN YANG DILAKUKAN

BERINGAT SEBELUM KENA

LTTE atau Liberation Tigers of Tamil Eelam ini ramai orang tidak tahu. Walaupun telah berkubur dengan terbunuh ketuanya Thiruvenkadam Velupillai Prabhakaran pada 19 May 2009 oleh tentera Sri Lanka, namun percubaan untuk menghidupkannya semula kini dikatakan berlaku di Eropah oleh bekas pemimpin LTTE yang terlepas lari pada tahun 2009 dan juga dari kalangan etnik Tamil luar negara termasuk di Malaysia.

100 orang pengganas tegar LTTE telah berjaya melepaskan diri ke India atau melaluinya ketempat lain pada tahun 2009.

Di tubuhkan pada 5 /5/1976, LTTE ketika itu mendapat dana sekitar USD 200-300 juta setahun melalui sumbangan daripada expatriate Tamil diseluruh dunia, peras ugut, rompakan bank, perkapalan, jualan senjata haram dan cukai dari penduduk kawasan Sri Lanka yang diduduki mereka di utara dan timur laut Sri Lanka.

Tujuan mereka adalah penubuhan Tamil Eelam, sebuah negara bebas etnik Tamil di wilayah utara dan timur laut Sri Lanka.

Sri Lanka adalah sebuah negara dimana 74.9% adalah Sinhalese Buddha, 11.2%  Tamil Hindu dan 9.7% adalah Muslim termasuk didalamnya bangsa Melayu Sri Lanka, sekitar 0.2% (40,189) dari jumlah penduduk Sri Lanka yang telah datang kesana bersama raja Melayu, Chandrabhanu Sridhamaraja, yang menakluk utara Sri Lanka pada tahun 1247 juga di bawa oleh Belanda (1640-1796) kemudian British (1796-1948).

Anda tidak akan dapat mengenali jenerasi Melayu 1247 kerana telah di serap sepenuhnya kedalam masyarakat tempatan. Jenerasi penghijrahan tahun 1640-1948 dipanggil Melayu Sri Lanka (Sinhalese:  ශ්‍රී ලාංකා මැලේ, Ja Minissu bermana Jawa) beragama Islam Sunni masih ketara tradisi mereka walaupun pertuturan Bahasa Melayu mereka bagi saya agak sukar difahami. Pembicaraan mereka terlalu pantas dan susunan ayatnya terbalik dengan perkataan Melayu tua. 

Dizaman kemuncak keganasannya, mengikut lapuran FBI pada 10 Jan 2008, LTTE merupakan antara pertubuhan terrorist terganas di dunia. Dalam sejarah terrorist moden mereka adalah pertama memperkemaskan unit pengebom berani mati. Mereka adalah organisasi pertama dunia mencipta talipinggang bomb (suicide belt), menggunakan wanita sebagai suicide bomber dan menggunakan kanak kanak dalam operasi serangan dan pembunuhan. Mereka telah membunuh dua pemimpin dunia. Al Qaeda, ISIS, Hezbollah dan Hamas pun tidak pernah membunuh pemimpin dunia.

Mereka bertanggung jawab membunuh bekas PM India, Rajiv Gandhi bersama 14 orang lain pada 21/5/1991 jam 10:10 pm di Sriperumbudur, Tamil Nadu, India. Suicide bomber yang membunuhnya adalah wanita dari LTTE bernama Thenmozhi Rajaratnam, dikenali juga sebagai Dhanu.

Rajiv adalah dalam kempen PRU India
dan mengatakan jika dipilih dia akan menghantar semula Indian Peace Keeping Force (IPFK) untuk melucutkan senjata LTTE. IPFK pada waktu itu baru saja tamat perkhimatan mereka di Sri Lanka Utara pada bulan Mac 1990.

LTTE pada awal penubuhannya dibantu oleh Jabatan Perisikan Luar India dikenali sebagai RAW (Research and Analysis Wing- : Anusaṃdhān Aur Viśleṣaṇ Viṅg) diantara 1983-1987 dimana kem latihan mereka terdapat di Tamil Nadu. Mereka kemudian mengambil alih sebagai pasukan pengaman (IPKF) apabila persetujuan dengan kerajaan Sri Lanka di perolihi melalui Indo-Sri Lanka Peace Accord di tandatangani di Colombo pada 29 July 1987, diantara PM India, Rajiv Gandhi dan President Sri Lanka J. R. Jayewardene.

Perjanjian tersebut dijangka menyelesaikan Perang Saudara Sri Lanka dengan membolehkan Pindaan Ke-13 kepada Perlembagaan Sri Lanka dan Akta Majlis Daerah 1987. Di bawah syarat-syarat perjanjian, Colombo bersetuju untuk penyisihan kuasa ke wilayah yang di tuntut, tentera Sri Lanka akan kembali ke berek mereka di utara dan pemberontak Tamil akan menyerahkan senjata mereka. LTTE bagaimanapun enggan meletakkan senjata dan meneruskan tuntutan penuh keatas wilayah yang dipanggil Tamil Eelam.

LTTE mengisytiharkan Perang secara resmi dengan tentera pengaman India (IPKF) pada 7 Okt 1987.

Mereka juga telah membunuh Presiden Sri Lanka Ranasinghe Premadasa semasa perayaan Hari Buruh pada 1/5/1993 jam 12:45 pm di Colombo Utara bersama 17 orang lain. Suicide bomber kali ini adalah seorang pemuda LTTE, dimana di mulutnya dari kepala yang putus ditemui “capsul cynide”— biasa dibawa oleh pengganas LTTE dimana mereka diperintahkan oleh Prabhakaran membunuh diri andainya ditawan dalam setiap operasi. Setiap pengganas LTTE dibekalkan dengan capsul cynide yang di gantungkan sebagai rantai di tengkuk mereka.

Mereka bertanggung jawab melakukan “ethnic cleansing” Muslim dan Sinhalese dikawasan yang mereka kuasai di utara Sri Lanka.

Mereka juga telah melakukan “pembunuhan beramai ramai (massacre)” seperti dibawah . Senarai ini meletakkan nama massacre, tarikh dan angka dihujungnya adalah jumlah orang yang terbunuh didalam kejadian tersebut di Sri Lanka sejak 1990 sahaja.

* 1990 massacre of Sri Lankan Police officers 11 June 1990 Eastern Province 600–774

* Massacre of prisoners in Mulathivu Camp 1996 18 July 1996 Eastern Province 207

* Kattankudy mosque massacre 3 August 1990 Kattankudy, Batticaloa District 147

*Anuradhapura massacre 14 May 1985 Anuradhapura, Anuradhapura District 146

* Habarana bus massacre 17 April 1987 Habarana, Anuradhapura District 127

* October 1995 Eastern Sri Lanka massacres 16 October 1995 Eastern Province 120

* Central Bus Station Bombing 21 April 8. 1987 Pettah, Colombo, Colombo District 113

* Palliyagodella massacre 15 October 1991 Palliyagodella, Polonnaruwa District 109

* 2006 Digampathana bombing 16 October 2006 Digampathaha, Matale District 92–103

* Central Bank bombing 31 January 1996 Colombo, Colombo District 91

* Kebithigollewa massacre 15 June 2006Kebithigollewa, Anuradhapura District 66

* Dehiwala train bombing (1996) 24 July 1996 Dehiwala, Colombo District 64

* Kent and Dollar Farm massacres 30 November 1984 Mullaitivu District 62

* Lionair Flight 602  29 September 1998 off  the coast of Mannar District 55

* Gonagala massacre 18 September 1999Gonagala, Ampara District 54

* Assassination of Gamini Dissanayake Ossie Abeyagoonasekera 24 October 1994 Thotalanga, Colombo  52

* Kallarawa massacre 25 May 1995 Kallarawa, Trincomalee District 42

* Aranthalawa Massacre 2 July 1987 Aranthalawa, Ampara District 35

* Assassination of C. V. Gunaratne 8 June 2000 Ratmalana, Colombo District 22

* Air Lanka Flight 512 3 May 1986 Bandaranaike International Airport, Gampaha District 21

* Havelock Road bombing/Assassination of Ranjan Wijeratne 2 March 1991 Havelock Road, Colombo  19

* 1998 Temple of the Tooth attack 25 January 1998 Temple of the Tooth, Kandy 17

* Assassination of Rajiv Gandhi 21 May 1991 Sriperumbudur, Chennai, in Tamil Nadu, India 15

* Assassination of Ranasinghe Premadasa 1 May 1993 Armour Street, Colombo 17

* Kokilai massacre 1 December 1984 Kokilai, Mullaitivu District 11

* Gomarankadawala massacre 23 April 2006 Gomarankadawala, Trincomalee District 6

* 2009 suicide air raid on Colombo 20 February 2009 Colombo, Colombo District 2

Dalam “Pembunuhan Masjid Kattankudy” pada 3/8/1990 mereka telah membunuh 147 orang Muslim yang sedang sujud ketika solat isya di tiga mesjid di Kattankudy, Batticaloa, Sri Lanka. Ketika pembunuhan ini 30 orang terrorist LTTE menyamar sebagai muslim, 10 orang setiap kumpulan membunuh pakai bom tangan dan rifle.

Muslim menjadi mangsa kerana mereka biasanya adalah “sandwich” diantara bangsa pribumi Sinhalese dan Tamil yang maukan kawasan Sri Lanka dimana mereka majoriti.

Serangan keatas Central Bank di Colombo pada 31/1/1996 adalah juga antara paling dahsyat. 91 orang terbunuh, 1400 cedera dan 100 orang menjadi buta untuk selama lamanya.

Keganasan LTTE di Sri Lanka menyaksikan kematian 70,000 orang. Andainya anda ingat mereka telah berkubur lupakan. Ideology mereka tetap hidup dari luar Sri Lanka terutama di kalangan expatriate Tamil. Golongan ini menyalakan api dari belakang.

Penubuhan kerajaan Hindu supremacist di India dibawah Narendra Modi pada 16 May 2014 memberi mereka nafas baru. Narendra Modi memerintah tanpa sebarang parti pembangkang kerana untuk menjadi pembangkang parti mesti memenangi 55 dari 545 kerusi parlimen.
 (10%). Parti lawan terdekat, Indian National Congress hanya memperolihi 44 kerusi.

India hari ini pada dasarnya adalah “demokrasi satu parti” dimana lebih 50% dari ahli parlimennya mempunyai rekod jenayah termasuk merogol dan membunuh orang.

Pemuja LTTE di Malaysia sampai hari ini masih ramai. Anda kenal siapa mereka yang cuba menghidupkan LTTE di Malaysia. Antaranya adalah Timbalan Ketua Menteri II P Pinang, P Ramasamy yang pernah berjumpa dan berbincang dengan bekas pemimpinnya yang masih hidup selepas perang, Selvarasa Pathmanathan (dikenali juga sebagai KP) yang telah ditangkap di Tune Hotel, Kuala Lumpur pada 5/8/2009. Selvarasa Pathmanathan adalah pembantu kepada Shanmugalingam Sivashankar (Nickname:Pottu Amman), ketua bahagian Risikan LTTE yang telah terbunuh bersama Prabhakaran pada 19/5/2009 ketika cuba melarikan diri dari Sri Lanka.

P Ramasamy juga adalah ahli jawatan kuasa perlembagaan LTTE yang dilantik pada tahun 2003 dimana ketika itu LTTE telah pun diisytiharkan sebagai pertubuhan terrorist oleh India (1992), USA (8/10/1997, dinaikkan taraf sebagai Specially Designated Global Terrorist pada 2/11/2001) dan UK (29/3/2001). Malaysia hanya mengisytiharkan LTTE sebagai organisasi terrorist pada tahun 2014, 24 tahun setelah mereka melakukan keganasan secara besar besaran.

Pada hari ini 32 buah negara masih meletakkan LTTE sebagai organisasi terrorist walaupun bagi setengah kita yang tidak banyak membaca sejarah mengatakan LTTE telah tidak ujud dan tidak ada apa yang perlu di bimbangkan.

Selvarasa Pathmanathan telah dihantar pulang Ke Sri Lanka oleh kerajaan Malaysia pada tahun yang sama.   

Polis setakat ini telah menahan 12 orang termasuk dua orang ADUN DAP, P Gunasekaran dari Seremban Jaya dan G Saminathan dari Melaka.

Belajar sejarah. Jangan semua ambil mudah. Kerana ambil mudahlah orang Melayu selalu kena tipu. Anda boleh bermain politik (untuk dapat undi) tetapi jangan sampai menggadaikan negara dan bangsa anda.

“Beringat sebelum kena”.

https://youtu.be/iLq-iOyxTic

12 October 2019

Pengganas Tamil Elam @ LTTE & Umat Islam

*Senarai Kejahatan dan Keganasan LTTE Kepada Umat Islam Sri Lanka*

1. Tragedi pembunuhan besar besaran di Masjid Kattankudy -  mengorbankan 147 orang Islam pada 3hb Ogos 1990. 30 orang Militia Tiger menyerbu masuk ke empat buah masjid di Kattankudy di saat lebih 300 orang Islam sedang solat Isya’.

2. Pembunuhan kejam di Palliyagodella - LTTE menyerang kampung muslim. 285 orang majoritinya wanita dan anak anak kecil telah dibunuh.

3. Tarikh 23hb Julai 1990 - pembunuhan oleh LTTE di Kg Veeracholai. Seramai lapan orang Islam mati dan mayatnya digantung di pokok.

4. Tarikh 30 Julai, LTTE telah menembak maut 14 muslim dalam bandar Akkaraipattu Batticaloa.

5. Tarikh 5hb Ogos di Mulliyankadu Ampara - LTTE membunuh 17 petani muslim yang sedang bersawah padi.

6. Seminggu berikutnya (12 Ogos) - Kampung Satham Hussain Eravur puak LTTE membunuh 121 orang Islam dan mencederakan 20 yang lain.

7. Keesokan harinya LTTE bergerak ke Kampung Awarantalawa Vavuniya membunuh sembilan orang Islam dan seorang bangsa Sinhalese. Manakala di Poonani, Batticaloa mereka membunuh pula tujuh orang kampung Islam.

8. Antara kemuncak kejahatan LTTE adalah pada Oktober 1990 di Jaffna, Kilinochchi, Mullaittivu dan Mannar iaitu utara pulau ini yang mana dalam masa 48 jam sahaja mereka menghalau 80,000 orang Islam dan mereka dibenarkan membawa bersama hanya 150 rupees ataupun RM3 sahaja! Anak anak menangis kelaparan, tiada makanan, haus dahaga, tiada susu, yang sakit tiada ubat, tiada baju, tiada apa apa yang boleh dibawa dek kerana kegilaan LTTE mahu menguasai empat daerah ini.

9. Pengeboman Pasar Ikan Bogamuyaya, Akkaraipattu - LTTE meletupkan pasar ini dan membunuh sembilan orang Islam dan mencederakan 32 yang lain. Ini berlaku pada 24hb Mac 1991.

10. Petani dibunuh saban bulan. Antaranya pada 19hb Mei 1991 yang mana lima muslim diserang dan dibunuh ketika pulang dari sawah di Kg Erakkaman.

11. Begitu juga kes yang berlaku sehari kemudian apabila sembilan orang Islam yang balik dari sawah dengan menaiki traktor, telah dibedil oleh LTTE di Malwatta.

12. Dunia hanya mengetahui tentang kejahatan Israel yang menyembelih orang Islam Palestin. Rupa rupanya di Pudur, Jaffna pada 6hb Julai 1991 puak LTTE telah menyembelih sembilan muslim. Seterusnya mereka mengheret lapan lagi muslim ke tebing Sungai Mahaweli dan menyembelih semuanya!

13. Memori pahit umat Islam Sri Lanka berterusan apabila pada 29hb April 1992 puak LTTE membunuh 69 orang Islam yang semuanya tiada kaitan bekerja sebagai polis, askar ataupun mana mana jabatan kerajaan di Sri Lanka. Mereka hanya rakyat biasa. Semuanya syahid termasuk 5 bayi!

14. Pada 16 Mac 1994, mereka menyerang 10 bot menangkap ikan di Kudiramalai hingga membunuh 17 nelayan.

15. Bulan Mei 1995 LTTE menyerang pula kampung nelayan di Kallarawa. Mereka heret isteri dan anak anak nelayan dan menembak mati semua 42 orang. Hal ini dilaporkan dalam akhbar Sundaytimes yang menyebut 12 wanita telah maut dan 8 anak anak kecil juga turut terbunuh.

16. Tahun 1996, awal tahun tanggal 31 Januari, mereka menyerang Colombo Central Bank dan membunuh 90 pekerja bank serta pelanggan bank. Mereka cederakan pula 1,400 orang awam dalam serangan yang sama. Ia dilaporkan meluas oleh media antarabangsa.

Ini hanyalah secebis kisah kisah yang sempat dicoretkan kembali daripada ribuan serangan dan keganasan LTTE terhadap rakyat awam Sri Lanka dan juga kezaliman mereka secara khusus kepada orang Islam sepanjang kewujudan mereka di atas muka bumi ini. Ribuan kes, ribuan serangan dan ratusan ribu jiwa mati. Ini yang dinamakan perjuangan oleh Ramasamy?

11 October 2019

Tutorial Cara Buat Rakaman Live Facebook Dengan Memaparkan Screencast iPad

Berikut ialah proses setting yang saya buat untuk rakaman di atas. Saya memilih untuk menggunakan kabel. Saya elakkan guna airplay/wifi dalam setting ini untuk mengelakkan 'lagging'.


SAMBUNGAN KABEL:

1. iPad sambung dengan kabel ke Mac.
2. Mac sambung dengan kabel (adapter) ke projektor (saya cuma ada vga adapter). Tujuan sambung ke projektor adalah untuk tontonan peserta dalam bilik bengkel sahaja.
3. Sambung juga wired external speaker kalau tak nanti music/sound dari iPad tak keluar (kalau ada hdmi adapter mungkin external speaker tak diperlukan).
4. Kat iPad buat screen mirroring ke Mac. Dengan Mac saya yang dah berusia 7 tahun ni saya kena guna AirServer baru boleh mirror. Mac baru lain settingnya ya.
5. Duduk/berdiri membelakangkan dinding (jangan membelakangkan skrin projektor tau). Elok duduk/berdiri bertentangan dengan tingkap. Tujuannya... (sila buka kitab fotografi la). Jarak saya dari Mac 1-2 meter sahaja.

SETTING KAT DEVICES/SOFTWARE/APPS

1. Kat Mac buka quicktime > file > new movie recording (then set full screen), jangan tekan record ya.
2. Kat iPad buat screen mirroring ke Mac. Set full screen juga
3. Kat Mac buka Google Chrome (mesti guna Google Chrome ya!) & login fb > start fb live > mesti pilih share screen kalau kali pertama guna, nanti keluar pop up suruh add Extension FB Share Screen (lupa namanya) > klik your entire screen > klik start & enjoy your fb live lompat-lompat antara Chrome, iPad & camera.



09 October 2019

Kelenjar Pituitari

Kelenjar Pituitari, Si “Kelenjar Master” Pengendali Banyak Fungsi Vital Tubuh

Oleh Informasi kesehatan ini sudah direview dan diedit oleh: dr. Tania Savitri - Dokter Umum
Tubuh manusia memiliki 14 kelenjar utama yang memiliki tugas teramat penting untuk melakukan berbagai proses biologis. Salah satu kelenjar yang akan dibahas pada artikel ini adalah kelenjar pituitari, yang berbentuk seperti tonjolan dan terletak di bagian bawah otak. Yuk, baca lebih lanjut!

Apa fungsi kelenjar pituitari?

Kelenjar pituitari, atau hipofisis, adalah kelenjar produsen hormon-hormon tertentu yang bertindak sebagai pengedali berbagai aspek tubuh manusia. Hormon yang diproduksi oleh hipofisis membantu mengatur pertumbuhan, tekanan darah, produksi dan pembakaran energi, dan berbagai fungsi organ tubuh lainnya.
Kelenjar ini sering dijuluki “kelenjar master” karena hormon yang disekresi olehnya mengatur fungsi kelenjar lain juga. Hormon-hormon ini dapat diproduksi baik dari depan (anterior) atau bagian belakang (posterior) dari kelenjar tersebut.
                                                                       Lokasi kelenjar pituitari dalam otak
Namun, penting untuk dipahami bahwa kelenjar pituitari bekerja sendirian untuk menjalankan fungsi tubuh. Hormon yang diproduksi oleh kelenjar pituitari bertindak sebagai pembawa pesan dari dan ke banyak sel yang berbeda dalam tubuh.
Sebelum kelenjar pituitari memproduksi hormon, otak akan mengirimkan sinyal dari hipotalamus sebagai pusat komunikasi antar kelenjar. Setelah itu, kelenjar tersebut akan mulai memproduksi yang kemudian bertindak sebagai sinyal bagi kelenjar lain dan organ tubuh untuk mengatur fungsi mereka.

Apa saja hormon yang diproduksi oleh kelenjar pituitari?

Hormon yang diproduksi oleh kelenjar pituitaridapat berasal dari bagian pituitari depan atau belakang.
Hormon dari bagian depan kelenjar, atau dikenal sebagai Lobus Anterior:
  • Hormon adrenokortikotropik (ACTH): Hormon ini merangsang produksi hormon adrenal.
  • Hormon perangsang folikel (FSH) dan Luteinizing hormone (LH): Hormon-hormon ini bekerja sama satu sama lain sebagai regulator atas fungsi ovarium dan testis.
  • Hormon pertumbuhan (GH): Hormon ini sangat penting dalam pertumbuhan tubuh manusia, terutama di tahun-tahun awal. Untuk anak-anak, hormon ini membantu menjaga komposisi tubuh yang sehat. Untuk orang dewasa, GH bertindak sebagai penyeimbang distribusi lemak serta menjaga kesehatan tulang dan otot.
  • Prolaktin: Fungsi utama hormon ini adalah menstimulasi produksi ASI pada wanita. Hormon ini juga memiliki efek pada aktivitas seksual yang berbeda pada pria dan wanita.
  • Hormon perangsang tiroid (TSH): Hormon ini merangsang kelenjar tiroid untuk memproduksi hormonnya sendiri.

Hormon dari bagian belakang kelenjar pituitari, atau dikenal sebagai Lobus Posterior:
  • Hormon anti diuretik (ADH): Hormon ini merangsang ginjal untuk meningkatkan penyerapan air dalam darah, mengurangi jumlah air yang keluar dalam urin.
  • Oksitosin: Oksitosin biasanya memengaruhi proses persalinan dan kondisi tubuh ibu setelah melahirkan, seperti produksi ASI.

Apa saja kemungkinan gangguan pada pituitari?

Gangguan yang paling umum ditemukan pada kelenjar pituitari adalah tumor pituitari.
Tumor pituitari dibagi menjadi 2 kategori: sekresi dan non-sekretorik. Tumor non-sekretorik disebabkan oleh kurangnya jumlah hormon pituitari yang dihasilkan. Sementara itu, tumor sekretorik disebabkan oleh produksi hormon yang berlebihan. Tumor bisa disebabkan oleh cedera, obat-obatan tertentu, perdarahan internal, dan gangguan kesehatan lainnya.
Tumor ini jarang menyebabkan kanker, meski begitu tumor ini dapat menyebabkan gangguan pada fungsi normal kelenjar. Dalam beberapa kasus, tumor ini bahkan dapat bertumbuh besar sehingga menekan bagian-bagian otak yang berdekatan, yang mungkin mempengaruhi pengelihatan dan indra lainnya.
Selain tumor pituitari, ada gangguan lain yang dikenal sebagai apopleksi pituitari. Dalam kasus yang parah, hilangnya fungsi kelenjar secara tiba-tiba dapat mengancam jiwa karena kekurangan hormon-hormon vital yang mendadak.
Pasien sangat disarankan untuk mencari perhatian medis sesegera mungkin, karena kelenjar pituitari sangat penting dalam menjaga fungsi tubuh.


https://hellosehat.com/hidup-sehat/fakta-unik/fungsi-kelenjar-pituitari/