12 April 2022
11 July 2019
Kelemumur Hilang
https://twitter.com/feeyanybeauty/status/1149230103009718273?s=19
1. Lidah Buaya
Aloe vera diketahui mempunyai banyak manfaat dan sangat berguna. Kandungan dalam Aloe vera, antara lain; protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, dan C.
Bagaimana membuang kelemumur degil menggunakan bahan ini:
Haluskan isi lidah buaya secukupnya
Sapukan secara rata pada permukaan kulit kepala
Urus perlahan-lahan agar meresap ke kulit kepala anda
Biarkan selama 30 minit
Bilas dengan air sehingga bersih
2. Daun Soursop
Salah 1 kdgan yg manfaat bgi kesihatan dlm daun ini is Acetogenin yg merupakan kumpulan sebatian aktif yg mpunyai aktiviti sitotoksik (membunuh racun) ddalam tubuh dgn cara menghalang transport ATP (adenosina trifosfat) @ tenaga yg diperlukan sel kanser kembang
Acetogenin memasuki dan melekat pada reseptor dinding sel dan merosakkan ATP di dinding mitokondria. Tetapi bukan hanya untuk kesihatan sahaja, daun Soursop bermanfaat kepada manusia, tetapi secara ajaib sangat beracun kepada serangga atau parasit.
Cara menghilangkan kelemumur degil menggunakan bahan ini ialah:
Sediakan beberapa daun soursop
Tumbuk sehingga lancar
Tambah sedikit air
Gunakan sebagai masker pada rambut
Sapukan secara merata
Biarkan selama 30 minit
Bilas dengan air sehingga bersih
3. Limau Nipis
Vitamin C dlm limau nipis akan menggalakkan pertumbuhan akar rambut. Anda blh menggunakan limau nipis utk menebal rambut anda atau mengatasi kebotakan. Selain menebalkan rambut, penggunaan limau nipis pada kulit kepala juga boleh digunakan untuk membasmi kelemumur.
Cara menghilangkan kelemumur dengan limai nipis, iaitu:
Perah jus limau nipis
Campurkan jus limau dengan air yang mencukupi
Sapukan pada rambut
Biarkan seketika untuk merendam kulit kepala
Bilas dengan air bersih
4. Lemon 🍋
Bukan hanya limau nipis, anda juga boleh menggunakan lemon sebagai cara menghilangkan kelemumur dan rambut gugur secara semulajadi. Cara yang sama seperti menggunakan limau nipis pada kulit kepala.
5. Minyak Hazelnut
Bukan sahaja digunakan sebagai minyak rambut, minyak hazelnut juga boleh digunakan sebagai cara hilangkan kelemumur secara semula jadi tanpa merosakkan rambut.
07 July 2019
Resipi Minuman Cokelat Sedap
Suatu hari pergi 1 event. Ada percuma air milo atas lori. Saya tengok pekerja Milo tengah bancuh air. Saya tanya napa air Milo free ni sedap sangat. Tak sama yang kita buat.
1. Air mesti panas
2. Nisbah 1:1 susu pekat manis & susu cair
3. Jangan kedekut cokelat & jgn campur gula
10 sudu besar serbuk milo
1/2 liter air panas
1/2 liter air sejuk
1/2 tin susu pekat manis
1/2 tin susu cair
Kacau semuanya dengan air panas
Kemudian campur air sejuk
Tambahkan airbatu

04 July 2019
Bangsa Melayu Keturunan Yafits
Melayu,
al kisah bangsa istimewa
berketurunan yafits
dari keturah nama ibunya
berketurunan raja
anak nuh mereka
suatu masa brahman melewati tanah sang raja
berlawanlah mereka
keturah dikalahkan oleh brahman yang sakti orangnya
brahman adalah ibrahim namanya
pastilah sakti berketurunan sam anak nuh mereka
berketurunan para rasul dan nabi
berkahwinlah keturah dan ibrahim
beranak pinaklah mereka
Melayu
dari purbakala hingga selamanya islam agamanya
agama nenek moyangnya adam
Melayu berdaulat dengan dua perkara
islam dan raja
agama islam bukanlah agama baharu
tetapi itulah agama anutan adam hingga ke muhammad
mereka islam keseluruhannya
"seorang melayu itu haruslah beragama islam"
"biar mati anak, jangan mati adat, adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah"
"takkan melayu hilang di dunia"

DIY - Fusebox Preve
DIY Relay Aircond (AC) Fusebox Repair Preve
**Yang Menyanyat Hati**
Isu: aircond sejuk tak sejuk ... Lama lama terusss tak sejuk.
Suspect : relay aricond da kaputtt.
Pict 1&2-
Tool yang diperlukan. nut size 8&10.
Missing in picture - Sucker!! (Hilang plak time nak pakai. As replacement .... Aku pakai home vacuum **hat ni penyebab "menyanyat hati'.
Pict 3,4,5,6,7-
Usha skittt rekabentuk fusebox.
Fusebox ada 2 level lock kat casing.. Start buka lock yang besar follow dengan dengan lock kecil.
Ada nut kru yang kene buka. Size 10&8.
Pull out semua connector (line by line-mudah skit)
Angkat keluar fuse box with PCB board.
Peringatan: Cabut semua fuse/relay. Simpan tepi. Untuk elakkan confuse masa nak pasang balik..ambil gambar sebelum cabut.
Sequence ni tak wajib...ikut koranglah asalkan berjaya keluarkan fusebox.
Pict 8,9,10
Hah! Apa lagi .... Desolder lah relay aricond tu. Refer gambar relay dibulatkan.
Sucker aku xde.. Fusebox da barai..adoooiii camne???
So aku belasah pakai vacumm rumah. Modified sikit ujungnya... Asal Boleh.
Da cabut relay lama ... Solder la balik dgn relay baru.
kerja ni mudah kalau sucker ada...
Per my observation .. PCB ni Jenis 2 layer je.
Komponen kat PCB pun xde apa pun. Tiada active components/chip etc.
Cuma ada relay and resistor(kottt).
Just make sure jgn ganas sgt handle PCB tu..kang bengkok besi2 ceracak tu nayaaaa...
Modal : beli relay kedai apek kena corn rm80.
Patut2 relay tu dalam 30-50 je.
Lepas Siap.... Yeah ..keta sejuk balik.
Hope this help!
Kredit: https://m.facebook.com/groups/698917243532591?view=permalink&id=1969335706490732

28 June 2019
Abang...Maafkan Ayah
Maafkan saya bro...
Petang tadi masa aku gi jemput anak. Sampai satu tempat tu ternampak le satu keta benti kat tepi jalan. Bonet depan terbukak. Keta rosak le ni (ati aku cakap). Aku pelahan le. Nampak le sorang mamat ni tengah bebelek enjin. Dalam keta aku perasan ada gak penumpangnya. Mandangkan tempat tu ok, aku berhenti le.
Masa jalan ke keta tu, aku nampak dalam keta tu ada dua org perempuan dewasa, sorang budak kecik dan sorang budak lelaki. Mungkin sekeluarga le ni...
"Asalamualaikum bro. Pehal ni?" Aku tanya. Lepas jawab salam dia kata keta buat hal. Minyak macam tak naik, tetiba mati katanya sambil pegang spana idup. "Boleh saya tengok?" Aku tanya dia. "Bro pomen ke?" Dia tanya aku balik. "Tak ahh...tapi saya penah kena mcm ni dulu", aku bagitau dia. "Takpe la bro, rase saya boleh setel ni". "Oo...ok la kalu camtu", kata aku sambil bepusing nak blah. Tetiba aku dengar suara perempuan..."Masuk ni dah 2-3 orang nak nolong, awak tanak pulak. Tak paham la saya apa masalah awak ni!!".
Aku pun pusing balik kat dia. Aku suruh dia ke tepi. Aku cabut salur minyak yang datang dari oil pump. Memang tak de minyak. Aku mintak spana idup yang dia pegang dan bukak oil pump. Check ada main ke tak. Aku tengok ok je...Dalam hati cakap, takkan le sampai minyak kering mcm ni. Setahu aku, kalau pun oil pump rosak minyak mesti akan meleleh sesikit dari salur tu bila kita cabut dari oil pump.
Aku mintak masuk keta dia, on kunci dan tengok meter minyak, tak naik langsung!! Meter tu rosak katanya.
Tapi aku perasan, riak muka dia ada lain sikit. Malas banyak cite aku keluar dan terus ajak dia cari pomen. Memula dia tak nak. Tapi lepas bini dia membebel kereta buruk la, tak beguna la, apa la dia pun setuju. Anak lelaki dia ikut sama.
Masa dalam kereta tu, aku cadangkan supaya beli minyak dulu. Mana le tau kut-kut minyak tak sampai pulak. Tetiba anaknya menyampuk bagitau dia lapar dan haus. Dia diam je... Sampai stesen minyak dia cakap nak gi tandas kejap. Aku lak terus masuk dalam, beli air soya dua kotak besar, 2 bantal roti bun (ntah kenapa aku boleh tepikey nak belikan) dan bayar temasuk minyak.
Aku bagi bebende tu kat anak dia. Lepas isi minyak dalam bekas yang memang sentiasa ade dalam kereta aku. Dia nak bayar tapi aku cakap karang la, macam la beratus...
Mungkin terase nyusahkan aku, dia cakap takyah cari pomen. Dia mintak aku hantar kat kereta dia balik. Aku ok je la...dalam 2 kilometer nak sampai dia suruh aku berhenti kat tepi jalan. Anaknya tanya apasal? Dia cuma cakap ada hal nak bagitau aku. Ahh sudah...aku punye la saspen mase tu tuhan je yang tau.
Aku pun berhenti le...tetiba..."Bro, saya nak mintak maaf sesangat dengan bro". "Apasal?" Aku tanya. Kelopak matanya bekaca digenangi air.
"Sebenarnya saya bohong. Kereta saya tak rosak pun bro. Kereta saya tu memang habis minyak." Aku tak dapat cakap apa dah... "Saya memang takde duit nak isi minyak. Saya ingat minyak kereta sampai la ke rumah, tapi..." Aku masih diam... "Duit bro ni kang pun saya tak dapat nak ganti. Maafkan saya bro..." Aku bagitau dia, pasal duit tu. Takpe...aku halalkan.
Dia sambung lagi. "Percaya tak kalu saya cakap yang Allah dah makbulkan doa saya? Demi Allah bro...dekat dua jam kami kat sana tadi. Memang ada dua tiga orang yang berhenti. Tapi tak buat macam yang bro buat ni. Diorang cuma tanya, tengok sesikit lepas tu jalan. Saya berdoa dalam hati semoga Allah bagi bantuan kat saya demi keluarga saya. Alhamdulillah...Allah hantar bro untuk saya."
Aku cakap takkan la sampai camtu sekali aihh... Dah memang kebetulan pun aku lalu sini nak ambik anak. Ada masa aku tolong le... Tapi dia tetap beriye ucap terima kasih kat aku. Lantak le hei...
Lepas tu dia pandang anaknya.
"Abang, maafkan babah ye. Babah belom dapat nak belikan kasut yang abang nak tu. Babah memang dah tade duit. Tadi babah dah belikan barang dapur nenek. Kesian nenek. Abang nampak kan tadi?" Anaknya angguk kepala.
"Lagi satu, abang jangan marah ibu ye. Ibu bising pasal kereta kita tu sebab kesian kat abang, kakak dan adik. Ibu tu tak nak anak-anaknya susah. Depan pakcik yang baik ni babah buang rase malu babah ni. Biarlah pakcik ni nak anggap babah apa. Babah malu dengan ibu, malu dengan anak-anak babah.
Tapi babah nak abang tau. Babah sentiasa berusaha untuk senangkan ibu ngan anak-anak babah. Babah harap abang paham ye." Katanya lagi dalam sedu sedan. Anaknya terus peluk dia. Dua beranak tu bepelukan sambil menangis. Aku klua kereta... Sumpah... Demi Allah, aku pun nangis sama...
Sambil lap lap air mata, aku masuk kereta balik. Aku hantar dia ke keretanya. Tangannya terus memegang bahu aku. Lepas enjin keretanya hidup, aku salam dan selit sikit duit kat tapak tangannya. Pantas dia peluk aku. "Jangan bro, saya dah banyak menyusahkan. Maafkan saya...saya janji akan bayar balik apa yang bro dah bagi saya ni." Dia mintak nombor tipon aku. Nak tak nak aku bagi...
Aku panggil anak lelakinya tadi. Aku peluk...aku pesan sikit kat dia. "Nak, belajar rajin-rajin ye. Jaga ibadat... Besok kalu dah berjaya, jaga babah ngan ibu macam babah jaga nenek sekarang. Doa bebanyak supaya babah tu sentiasa sihat dan tabah". Sambil aku selitkan duit yang babahnya tak nak tadi ke kocek seluarnya. Anaknya angguk sambil lap air matanya.
Allahu Akbar...sepanjang pemanduan hati aku sebak semacam. Sikit doa aku titipkan untuk bro tu semoga dia terus tabah menempuh kehidupan membela keluarganya. Terdetik dalam hati betapa bersyukurnya hidup aku...
Ya Allah. Dalam aku sentiasa mengeluh dan mengenang kesusahan, Kau sedarkan aku yang selama ni sentiasa lupa bahawa ada orang yang lebih susah dari aku. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat aku menyembah dan memohon pertolongan.
Bukan niat aku untuk betakbur riak, sekadar buat renungan dan peringatan betapa besyukurnya hidup kita.
Kredit tuan punya cerita

Subscribe to:
Comments (Atom)