12 April 2022

11 April 2019

Bubble Tea Tapioca Ball


How to Cook Tapioca Pearls

Making the Best Boba

A lot of people try to cook tapioca pearls only to have them become mushy and lifeless after about 30 minutes.  This is mainly because the cooked boba are not properly stored after making them.  For best results, you want to let your boba soak in a sweetner (sugar or honey) for about 30 minutes after cooking.  Another important point is to only use your tapioca pearls for 4 hours (don’t store them overnight).

Tapioca Pearls

are another name for Boba 波霸 and are made from tapioca which is derived from the cassava root.  I spent six years in Taiwan and two of those years working for one of the biggest bubble tea shops in Taiwan where I learned how to cook authentic tapioca pearls.

To Cook Tapioca Pearls You’ll just need a few things:

  1. Tapioca Pearls (Bubbles, Boba, 波霸, 珍珠)
  2. A pot
  3. Brown sugar (you can also use honey or white sugar)

How to Make Tapioca Pearls (Boba):


Cooking Time: 60 minutes Serves: 2-4
  1. Measure 100 grams of Tapioca Pearls *Expert Tip* Use a colander (strainer) and shake them to remove any small pieces of tapioca or “tapioca dust” .
  2. Put 1000ml (4 1/4 cups) of water into a pot and bring it to a boil.
  3. Put the 100 grams of the tapioca balls into the water.
  4. Once the tapioca pearls begin to boil, stir them and start a timer for 25 minutes.
  5. Lower the heat to medium and stir occasionally.
  6. While your tapioca pearls are boiling, it’s time to prepare your sugar syrup or honey to sweeten your boba.*One of the secrets to making really good tapioca pearls or boba is to make a sugar syrup to soak them in. 

Tapioca Pearls Sugar Syrup Recipe:

Mix 25ml of hot water with 25g of brown sugar (if you don’t have any brown sugar you can use white sugar or honey).
Stir them until the sugar is dissolved and then put the syrup into a bowl.

Okay, back to your boiling Boba!


boiling boba

  1. Once the timer goes off, turn off the heat and let the tapioca pearls sit for 10 minutes with the lid on.
  2. After 10 minutes, put the tapioca pearls into a strainer(colander) and rinse with cold water for about 2 minutes or until the tapioca balls are no longer hot.
  3. Let all the water drain from the strainer and put them in the bowl of sugar syrup.

Don’t Eat Your Boba Right Away!


how to cook tapioca pearls

Let them sit for 15 minutes in the sugar syrup.  This will give them time to absorb some of the sweet flavor and reach the best consistency.

**Notes: These cooking times are for medium sized tapioca balls. If your using smaller ones then reduce the time to 5 minutes. Increase the time for 15 minutes for larger ones.

***To increase the serving size just multiply all the ingredients by 2. e.g. 200g tapioca balls, 2 Liters of water(2000 ml), 50ml hot water, 50ml brown sugar.


Training Video






09 April 2019

Guru Hang Tuah

3 GURU - HANG TUAH;

1. Guru ilmu persilatan Hang Tuah yang pertama selepas beliau dan sahabat-sahabatnya belajar dengan bapa-bapa mereka ialah Aria Putera, seorang ahli pertapaan (Suluk) di Bukit Panchalusa rangkaian Gunung Ledang. Nama yang lain bagi beliau ialah Maulana Ishak atau Syeikh Wali Lanang. Beliau merupakan pengganti pemuka para Wali Sembilan Maulana Syeikh Malik Ibrahim, putera kepada Pendakwah dari keturunan Rasullah s.a.w iaitu Sayed Husein Jamadil Kubra yang merupakan adik beradik kepada Syeikh Muhammad Saman – Syeikh Saman atau Sayyid Thanauddin.
(Sayed Husein Jamadil Kubra berkahwin dengan Puteri Raja Melayu Negara Chermin Jiddah (Kelantan – Malaysia sekarang ini) iaitu Puteri Linang Chahaya, adinda kepada Cik Siti Wan Kembang lalu berputerakan Maulana Malik Ibrahim yang menjadi pendakwah Islam pertama di Jawa bersama adindanya Maulana Ibrahim Asmarakandi, Adinda kepada Maulana Malik Ibrahim yang berlainan ibu iaitu hasil perkahwinan bapanya dengan puteri Raja Melayu Campa (Muangthai) anak kepada Sultan Zainol Abidin dan permaisuri Siti Zubaidah -`Dewi Sudaksina`- bernama Puteri Ramawati Puteri). Setelah Maulana Malik Ibrahim meninggal dunia dalam tahun 1419M, Maulana Ishak yang hidup se zaman dengan Sultan Mansur Shah semasa zaman remaja Hang Tuah telah menggantikan Maulana Malik Ibrahim dan ayahandanya sayyid Ibrahaim Asmarakandi meneruskan pendakwahan agama Islam bersama kekandanya Maulana Sayyid Ali Rahmatullah (Sang Persanta Nala) di Tanah Jawa sebelum ia membuang diri dari Jawa lalu datang bertapa di Bukit Pancalusa di banjaran Gunung Ledang. Gunung Ledang dalam bahasa Jawa bermaksud `Gunung yang tinggi‘, `Kim Sua` – Gunung Emas atau Mount Ophir – sebutan Euro-Hebrew ada tersebut dalam kitab Zabur.

BERKAITAN HANG TUAH LIMA BERSAHABAT MENJADI MURID ARIA PUTERA ADALAH BERDASARKAN PENYESUAIAN MASA YANG MENGETEMUKAN MEREKA DAN BERDASARKAN petikan teks di bawah ini:

“Maka Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu pun diajarnya-lah oleh Aria Putera, bagai2 ilmu isharat hulubalang dan firasat dan ilmu penjurit (hulubalang) tetapi lebih juga Hang Tuah diajarnya barang ilmu dan isharat.” (Ms.26)

Mengikut kata Aria Putera beliau mempunyai tiga beradik saperti dailog berikut:

“Maka kata Aria Putera, `Hai chuchu-ku Hang Tuah, aku ini tiga bersaudara (tiga beradik-p) yang muda menjadi pegawai, Raden Aria Sina, di (keraton-p) Majapahit, yang tua itu dudok bertapa di-gunong Wirana Pura, namanya Sang Persanta Nala. Ada pun cucu-ku, kala datang (apabila sampai) umor2 dua puloh tiga tahun (ketika umur seseorang paling bertenaga atau perkasa dalam hidupnya-p) engkau pergi ka-Majapahit (beliau melihat melalui firasat atau kasaf para wali-p), jangan tiada engkau berguru pada-nya, kerana saudara-ku itu banyak ilmu-nya daripada-ku, kerana ia dari kecil (sudah-p) bertapa (masuk suluk-p) tiada ia merasai dunia (tidak pernah buang masa berseronok mengikut hawa nafsu dan keduniaan-p).”

Mengikut Versi Tanah Melayu kajian mengenai sejarah Wali Songo memang benar Maulana Ishak (Aria Putera) mempunyai tiga beradik dari satu ibunya puteri Raja Melayu Campa `Wira Bhadrawarman` yang berkahwin dengan Sayyed Ibrahim Samarkandi yang disebut oleh orang Jawa Sayyidi Ibrahim Asmarakandi. Maka Raden Aria Sina ini namanya yang satu lagi ialah Ali Murtadho atau Sayyid Ali Murtolo sebutan orang Jawa. Ada pun Wirana Pura itu zaman 600 tahun lampau namanya disebut Ampeldenta (Wiranapura?-p) ialah nama kepada satu daerah di Surabaya iaitu yang mana di situ ada satu kawasan tanah tinggi yang menjadi pusat perguruannya atau pasentren bagi Sunan Ampel (Sang Persanta Nala). Dalam sejarah beliau akhir menjadi menantu Betara Majapahit (Prabu Hayam Wuruk – Raja Brawijaya – berkahwin dengan puteri Dewi Candrowati atau Nyai Ageng Manila menjadikan beliau salah seorang pangeran yang biasanya dianugerah gelaran Raden oleh Raja – Sebab itu kemudiannya beliau dikenal dengan gelaran Raden Rahmat) bersama isterinya Dewi Candrowati. Wallahualam.

2. Guru Hang Tuah yang kedua ialah Sang Persanta Nala. Mengikut Hikayat Hang Tuah ialah seorang ahli pertapaan (ahli Suluk) yang sakti di Gunong Wirana Pura di Tanah Jawa iaitu saudara tua gurunya Hang Tuah iaitu Aria Putera di Bukit Panchalusa (Nama lain bagi beliau ini ini ialah Maulana Sayyid Ali Rahmatullah - atau Sunan Ampel – Raden Rahmat. Sebelum berpisah dengan Maulana Ishak adiknya yang membuang diri di Bukit Pancalusa, daerah Gunung Ledang Melaka mereka berdua telah berjaya mempeluaskan dakwah Islamiah dengan hebat sekali hingga ke Majapahit. Sunan Ampel atau Sang persanta Nalalah yang merancang penubuhan negara Islam pertama di Jawa yang berpusat di Demak – (lihat hujah yang sama saperti bahasan mengenai Aria Putera di akhir rencana ini). Sayyid Ali Rahmatullah (Sang Persanta Nala) kemudiannya berkahwin dengan puteri Majapahit bernama Puteri Nyai Ageng Manila dikurniai empat orang anak iaitu Sunan Bonang, Sunan Darajat (Kedua beradik ini menjadi anggota wali sembilan di Jawa penyambung usaha ayahandanya Sunan Ampel), Dewi Murtasiah dan Nyai Ageng Maloka. Wallahualam.

Pandangan Hang Tuah terhadap gurunya ini seperti berikut;

“Maka kata Laksamana `Baharu suatu penglihatan tuan-hamba, kerana baginda ini sangat sakti-nya dan tahu-nya`. Maka Laksamana dan Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu pun diajar oleh Sang Persanta Nala akan ilmu segala penjurit dan hulubalang, tetapi terlebih juga Laksamana, diajarnya pelbagai ilmu dan sharat hulubalang dan ilmu penjurit itu, kerana Laksamana, salama dudok di gunong itu, tiada ia tidur dan makan (puasa Bharata-makan bertih sahaja-p) dan tiada ia bercerai dengan Sang Persanta Nala itu, barang dipintanya oleh Laksamana diberinya oleh Sang Persanta Nala. Sang Persanta Nala pun terlalu suka dan kaseh akan Laksamana. Maka kata Sang Persanta Nala, `Ada pun ilmu penjurit dan ilmu hulubalang habislah (tamatlah) sudah, yang ada padaku ini hanyalah ilmu orang bertapa dan kesaktian juga.” (MS.142)

Bersabit dengan ilmu yang di perturunkan oleh Sang Persanta Nala kepada Hang Tuah, kehebatan Ilmu persilatannya tiada tandingan dari dulu hingga sekarang kerana ada satu rahsia ilmu yang mana Hang Tuah Tidak akan mewariskan kepada sesiapa pun selepas dirinya seperti dialog ini;

“Kata Sang Persanta Nala kepada Hang Tuah: `Ya anakku, ada suatu pesanku pada anakku : ada pun ilmu yang ku ajarkan kepada mu ini jangan kau ajarkan pada barang siapa, jikalau anakmu pun sekali jangan kau ajarkan. Jikalau diajarkan, nescaya datanglah kebinasan di atas diri mu`. Maka kata Laksamana, `Pada bicara hambamu yang ilmu dan sharat tuanku itu jangankan kepada anak cucu hambamu, jikalau Duli Yang Di-Pertuan sakali pun berkehendak akan ilmu tuanku itu kepada hamba mu, tiadalah hamba mu persembahkan. Jikalau dibuangkan oleh Duli Yang Di-Pertuan nyawa hamba mu pun redhalah.” (Ms. 142-143)

3. Guru Hang Tuah Yang ketiga ialah seorang ulama dan ahli hikmat lagi wali iaitu Syeikh Mansur di Hulu Melaka. Seperti dialog ini;

“Maka Tun Pekerma dan Tun Kasturi pun naiklah bertanya pada orang dusun itu, katanya, `Ka-mana perginya Laksamana itu?` Maka kata orang itu. `Ada berguru pada Sheikh Mansur namanya. Ada pun Laksamana itu diangkat anak oleh Sheikh itu.”

“Maka sembah Laksamana, `Ya tuanku, hambamu pohon suatu alamat (pertandaan-p) dari tuanku tanda menjadi hamba ke bawah kadam (telapak kaki – bahasa merendah diri-p) tuanku`. Maka Sheikh Mansur pun mengambil mastulnya (kain ikat kepala yang berhikmat) yang burok (lama) itu lalu diberikan pada Laksamana. Maka kata Syeikh, `Ya anakku Laksamana, ada pun mastulku ini jika engkau berperang pakai olehmu.” (Ms. 307)

PETIKAN AYAT YANG MENARIK PERHATIAN SAYA

“Kata Sang Persanta Nala kepada Hang Tuah: `Ya anakku, ada suatu pesanku pada anakku : ada pun ilmu yang ku ajarkan kepada mu ini jangan kau ajarkan pada barang siapa, jikalau anakmu pun sekali jangan kau ajarkan. Jikalau diajarkan, nescaya datanglah kebinasan di atas diri mu`. Maka kata Laksamana, `Pada bicara hambamu yang ilmu dan sharat tuanku itu jangankan kepada anak cucu hambamu, jikalau Duli Yang Di-Pertuan sakali pun berkehendak akan ilmu tuanku itu kepada hamba mu, tiadalah hamba mu persembahkan. Jikalau dibuangkan oleh Duli Yang Di-Pertuan nyawa hamba mu pun redhalah.” (Ms. 142-143)

Sedutan dari buku :
SENI SILAT MELAYU ASLI SERAMBI MAARIFAT
(Meneliti dari penceritaan pengarang Hikayat Hang Tuah)

SEKIAN..terima kasih..

WASSALAM..

https://www.facebook.com/2214545215427494/posts/2443017092580304/


#eschahistory

05 April 2019

Amalan di Jumaat Terakhir bulan Rejab

Faedah amalan di Jumaat terakhir bulan Rajab oleh Sultonul Ulama Al Habib Salim bin Abdullah As-Syathiri.

(فائدة مهمة) قد جاء فى كنز النجاح والسرور ان من قرأ فى آخر جمعة من رجب والخطيب على المنبر أحمد رسول الله محمد رسول الله خمسا وثلاثين مرة لا تنقطع الدرهم من يده تلك السنة.السؤال كيف يقرأ والخطيب على المنبر وهو فى نفس الوقت مأمور بالانصات الجواب أنه ليس من شروط القراءة التلفظ بل استحضارها بالقلب يكفي او يقرأ حال الجلوس على المنبر قبل الخطبة او يقرأ حال الدعاء او الترضي من الصحابة لان المراد بالانصات حال الخطبة هو الانصات حال استماع اركان الخطبة لاغير.اه‍
والله اعلم بالصواب واليه المرجع والمآب

“Dalam kitab Kanzun Najah Was Surur disebutkan bahwa barangsiapa membaca “Ahmad Rasulullah, Muhammad Rasulullah” sebanyak 35 kali di Jumaat terakhir di bulan Rajab pada saat khatib di atas mimbar, maka dirham(duit) tidak akan terputus di tangannya pada tahun itu.

Bagaimana kita membacanya? Sedangkan khotib di atas mimbar, dan di waktu itu kita diperintahkan untuk diam mendengar khutbah?

Jawabnya: tidak disyaratkan untuk membacanya dengan mulut akan tetapi dalam hati saja sudah cukup, atau dibaca ketika khotib duduk di mimbar sebelum khutbah, atau ketika do’a untk para shohabat, kerana yang dimaksud untuk diam di dalam khutbah (الإنصات ) adalah diam mendengarkan rukun khutbah, bukan yang lainnya.”

Zikir ini juga disarankan Al-Imam Al-Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi.

Beliau memberikan ijazah kepada para murid dan pecintanya untuk membaca,

اَحْمَدُ رَسُولُ اللّٰهِ مُحَمَّدٌ رَّسُولُ اللّٰهِ

Ertinya, “Ahmad adalah Rasulullah, Muhammad adalah Rasulullah.” Sebanyak 35 kali di hari Jumaat terakhir bulan Rajab, ketika khatib sedang berkhutbah.

Beliau berkata, “Barangsiapa membaca kalimat di atas pada Jumaat terakhir bulan Rajab, ketika khatib sedang berkhutbah, maka selama setahun tangannya tidak akan pernah kosong dari uang.”

Untuk kaum wanita membacanya di waktu sekiranya(mengikut kebiasaan waktu atau kedengaran suara) khatib sudah naik ke mimbar khutbah Jumaat.

Amalan berikutnya dari Mbah Maimun Zubair, yaitu membaca Istighfar 700 atau 70 atau 7 kali sebelum solat Jum’at. lafalnya berikut :

أَسْتَغْفِرُ اللّٰهَ الْعَظِيْمَ الَّذِي لاَ اِلهَ إِلاَّ هُوَ الْـحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ تَوْبَةً عَبْدِ ظَالِمٍ لاَ يـَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلاَ نَفْعًا وَلاَ مَوْتًا وَلاَ حَيَاةً وَلاَ نُشُوْرًا

(Astaghfirullahal’adhim alladzi lâ ilâha illâ huwal hayyul Qoyyum wa atuubu ilaiih taubata ‘abdin dzolimin la yamliku linafsihi dhorron walâ naf’an walâ mautan wa la hayâtan wa lâ nusyuuro)

Artinya: “Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung Yang tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya) dan saya taubat pada-Nya dengan taubat seorang hamba yang dzalim yang tak boleh berbuat apa-apa dalam menghadapi kematian, kehidupan, dan kebangkitan”.

Barang siapa yang membacanya 700 atau 70 atau 7 kali sebelum khotib naik mimbar pada Jum’at terakhir bulan Rajab, maka akan dimudahkan rizqinya sepanjang tahun.

(Dari Sayyidil Habib Muhammad bin Husein Anis Al Habsyi Solo)

02 April 2019

Ikhtiar Benteng Rumah & Diri

BENTENG KOTA 7 PENJURU.

Bismillahirrahmannirrahim 3x, Shahadah 3x, Ya Allah 3x, Selawat 3x.


1. Baca ayat kursi & tiup ke depan utk hakikat dinding di hadapan diri.
2. Baca ayat kursi & tiup ke kanan utk hakikat dinding di kanan diri.
3. Baca ayat kursi & tiup ke kiri utk hakikat dinding di kiri diri.
4. Baca ayat kursi & tiup ke atas utk hakikat dinding di atas diri.
5. Baca ayat kursi & tiup ke bawah utk hakikat dinding di bawah diri.
6. Baca ayat kursi & tiup ke belakang utk hakikat dinding di belakang diri.
7. Baca ayat kursi & telan  utk hakikat pendinding di dalam diri.


Ya Allah dgn keberkatan ayat kursi yg sy bca ini sy mohon padaMu jadi 7 lapisan kota batu, kota besi, kota tembaga dari dengki khianat manusia  jin & jenisnya, binatang &...kuarkn pgar chya klimah Allah mresap ke dlm bdanku  bilahaula wala quwwata illa billahil 'aliyyil a'zhiim... Terjadilah 3x, Alhamdulillah 1x. Lakukan dan berzikir ya Allah selama 15 minit

Utk pedinding guna medium air
 BENTENG KOTA 7 PENJURU.

 
Bismillahirrahmannirrahim 3x, Shahadah 3x, Ya Allah 3x, Selawat 3x.


1. Baca ayat kursi & tiup ke depan utk hakikat dinding di hadapan diri.
2. Baca ayat kursi & tiup ke kanan utk hakikat dinding di kanan diri.
3. Baca ayat kursi & tiup ke kiri utk hakikat dinding di kiri diri.
4. Baca ayat kursi & tiup ke atas utk hakikat dinding di atas diri.
5. Baca ayat kursi & tiup ke bawah utk hakikat dinding di bawah diri.
6. Baca ayat kursi & tiup ke belakang utk hakikat dinding di belakang diri.
7. Baca ayat kursi & telan  utk hakikat pendinding di dalam diri.


Ya Allah dgn keberkatan ayat kursi yg sy bca ini sy mohon padaMu jadiknlh 7 lapisan kota batu, kota besi, kota tembaga utk mghindarkn dri  kjhtan..jin..dengki khianat mnusia ..jin & jenisnya, binatang &...ya Allah keluarkan pgar cahya dari kalimah Allah...ya Allah engkau tarik knlah 7pjuru alam ayat kursi mresap msuk ke dlm air ini utk dijdikn pdiding.tjdilah3x dg izin Allah..swt..allhmdulilh..kunfayakun..7x


Guna medium air orang lain boleh minum Insya Allah


24 March 2019

Kaifiat Ayat 33

Kaifiat ayat 33

Untuk mendapatkan mp3, sila klik ini : http://goo.gl/7hjhP3
Untuk mendapatkan video, sila klik ini : http://goo.gl/96Q6mb

Sebarkan supaya memberikan manfaat kepada kita semua. Amiiin...

Al Fatihah: ayat 1-7
Al Baqarah: ayat 1-5
Al Baqarah: ayat 163, 255-257 dan 284-286
Al Baqarah: ayat 285-286
Ali Imran: ayat 18, 26 dan27
Al A'raaf: ayat 54-56
Al Israk: ayat 110-111
Al mukminun: ayat 115-118
Al Shaffat: 1-11
Ar Rahman: ayat 33-40
Al Hasry: ayat 21-24
Al Jin: ayat 1-4

Faedah Ayat Tiga Puluh Tiga Menurut Keterangan Dari Saidina Abdullah Ibni Umar R.A:
"Barangsiapa membaca ayat ini pada malam hari tiada dimudaratkan dia oleh binatang yang buas dan pencuri yang menganiaya dan diafiatkan pada dirinya, ahli keluarganya dan hartanya hingga bersubuh-subuh ia dan dibentengkan antara orang-orang yang membaca ayat ini dan antara seterusnya dengan satu pagar besi. Ayat ini juga dikatakan ubat seratus penyakit, setengah daripadanya penyakit kusta, gila, sopak dan mati anggota."