12 April 2022

13 October 2018

Doa Mudah Faham & Hafal






Terdapat doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. kepada Sayyidina Ali k.w. untuk menjadikan kita mudah menghafal ayat-ayat al-Quran dan juga pelajaran kita.

Abdullah bin Abbas r.a. berkata, "Saya pergi ke majlis Nabi SAW dan disana Sayyidina Ali k.w telah datang dan berkata, "Wahai Rasulullah, saya mengorbankan ayah dan ibu saya untuk tuan, ayat-ayat al-Quran tidak melekat pada hati saya. Apa-apa saja yang saya hafal tidak kekal dalam ingatan."

Nabi SAW bersabda maksudnya , "Hendakkah saya memberitahu kamu satu cara yang akan memberi manfaat kepada kamu dan kepada sesiapa yang akan kamu  sampaikan tentang hal ini serta apa-apa sahaja yang kamu pelajari akan terpelihara dalam ingatanmu?"

Diatas permintaan Ali k.w  Nabi SAW memberitahu, "Apabila tiba malam Jumaat, sekiranya kamu mampu, bangunlah pada satu pertiga bahagian akhir malam. Masa itu masa yang paling baik kerana masa itu adalah masa para malaikat turun ke bumi dan masa yang khusus untuk penerimaan doa. Untuk menunggu masa tersebutlah Nabi Ya'akub a.s. berkata kepada anak-anaknya yang bermaksud, " Tidak lama lagi aku akan memohon keampunan untuk kamu daripada Tuhanku." (yakni  malam Jumaat).

Setelah kita selesai solat Tahajjud 4 rekaat , memuji Allah SWT, beristighfar, berselawat dan mohon keampunan untuk kaum Muslimin dan Muslimat baik yang masih hidup atau telah meninggal dunia maka teruskan membaca doa ini :

"Ya Allah, rahmatilah daku sehingga daku dapat meninggalkan segala maksiat selama Engkau menghidupkan daku. Rahmatilah daku supaya daku tidak menanggung apa-apa beban yang tidak memberi manfaat kepadaku. Kurniakanlah kepada daku pandangan yang baik terhadap amalan yang membawa daku kepada keredhaan-Mu.

Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, wahai Tuhan yang memiliki kehebatan dan kemuliaan serta kehormatan yang tidak mungkin dapat dicapai oleh sesiapapun. Wahai Allah, wahai yang Maha Pemurah, aku memohon dengan kehebatan dan nur wajah-Mu supaya Engkau menetapkan hatiku untuk menghafal kitab-Mu sebagaimana Engkau telah mengajarku. Dan kurniakanlah (taufik) supaya daku dapat membaca al-Quran dengan cara yang menyebabkan Engkau redha terhadapku.

Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, yang memiliki kehebatan, kemuliaan dan kehormatan yang tidak dapat di capai (oleh sesiapapun), wahai Allah dan wahai Tuhan yang Maha Pemurah, aku memohon dengan kehebatan dan nur wajah-Mu supaya Engkau mencahayakan penglihatanku dengan nur kitab-Mu dan Engkau mengerakkan lidahku untuk menyebut al-Quran dan Engkau menghilangkan kesempitan hatiku dengan keberkesanan al-Quran dan Engkau lapangkan dadaku dengan keberkatan al-Quran.

Dan Engkau membasuh badanku dengan al-Quran (dari kekotoran dosa) kerana sesungguhnya tiada pembantu bagiku keatas perkara yang haq (benar) kecuali Engkau dan tidak ada yang mengurniakan perkara haq itu (kepadaku) kecuali Engkau. Dan tiada daya (untuk melakukan sebarang kebaikan) dan tiada upaya (untuk menjauhi sebarang kejahatan) kecuali dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung."

Selanjutnya, Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Wahai Ali, lakukanlah amalan ini sama ada 3 kali Jumaat, 5 kali Jumaat atau 7 kali Jumaat. Insya Allah doa kamu pasti akan dikabulkan. Demi Zat yang mengutuskan daku dengan kebenaran, doa ini tidak akan ditolak daripada mana-mana Mukmin."

Abdullah bin Abbas r.a. berkata, " Setelah berlalu 5 atau 7 minggu maka Sayyidina Ali k.w. telah datang ke majlis Nabi SAW. dan berkata, "Wahai Rasulullah, dahulu saya membaca lebih kurang 4 ayat, itu pun saya tidak dapat mengingat sedangkan sekarang saya membaca 40 ayat dan ayat-ayat itu dapat saya ingati sehingga seolah-olah al-Quran terbuka dihadapan saya. Sekarang, setelah saya mendengar hadis, apabila saya ingin menyampaikan hadis itu kepada orang lain, satu huruf pun saya tidak tertinggal."

Marilah kita amalkan doa ini semoga terbuka pintu hati kita untuk menerima ayat-ayat al-Quran dan  ilmu yang haq dan benar dan mampu pula kita amalkan dan sampaikan kepada orang lain. Semoga Allah SWT memberi taufik dan hidayah-Nya kepada kita semua dan diiringi pula dengan rahmat dan keberkatan.



Doa Pelaris



1. Di amalkan selalu diwaktu sebelum matahari terbit: Di baca sambil di gerakkan barang-barang perniagaan.

2. Dibaca samada 3 kali, 113 kali, atau 313 kali.

Doa Haikal











Dan doa haikal tersebut sebenarnya adalah susunan daripada ayat-ayat Quran Al-Karim dari beberapa surah seperti berikut:

1. Haikal 1: ayat kursi (Al-Baqarah: 255);

2. Haikal 2: Ali-Imran: 35 Al-Isra’: 77 – 80;

3. Haikal 3: Al-Baqarah: 285 – 286;

4. Haikal 4: Al-Isra’: 81 – 85;

5. Haikal 5: Maryam: 4 – 6 Al-Fath: 27;

6. Haikal 6: Al-Jin: 1 – 4; dan

7. Haikal 7: Al-Qalam: 51 – 52



Ketujuh-tujuh ayat Al-Quran itu dimulakan dengan frasa: U'iidzu nafsi bilaahil'aliyil
'azhim yang bermaksud 'Aku mohon perlindungan kepada Allah Yang Maha Tinggi lagi Mahabesar.

Mengikut versi yang saya pelajari, ada penambahan dua doa haikal lagi sehingga menjadikannya 9 kesemuanya.

Penambahan itu ialah; Haikal Kelapan : Surah Al-Falaq
Haikal Kesembilan: Surah An-Nas

Kedua-dua tambahan surah ini juga dimulakan dengan frasa :
"U'iidzu nafsi bilaahil'aliyil 'azhim" selepas membaca Bismillah.

Doa Haikal ini merupakan sebuah doa yang amat ampuh sekali untuk kita amalkan kerana khasiatnya amat banyak. Bagi sesetengah individu mungkin merasa berat untuk menerima faedah dan khasiatnya yang dilihat terlampau banyak. Faktor ini sedikit sebanyak telah menimbulkan keraguan orang ramai untuk menerimanya.

Adik Beradik

Seburuk buruk adik beradik, dia tetap darah daging kita, sehina hina adik beradik dia tetap keluarga terdekat kita, sejahat jahat adik beradik dia tetap dikandungkan dari perut yang sama & benih yang sama.

Jangan selalu lihat keburukan adik beradik sehingga lupa pada kebaikannya. Kerana adik beradik tetap adik beradik cuma dilahirkan berlainan nasib dalam hidupnya.

Ada yang susah ada yang senang, jangan kita bangga sekiranya kita lebih baik dari adik beradik yang lain kerana suatu hari nanti semua akan berbalik.

Jangan kita angkuh & sombong kepada adik beradik yang kurang bernasib baik kerana mereka yang akan tolong susah payah kita satu hari nanti tanpa kita sangka.

Jangan terlalu berkira akan harta & duit yang kita ada kerana harta & duit takkan kekal selamanya.

Pernah ka kita terpikir siapa yang angkat jenazah kita kelak??

Pernah ka kita terpikir siapa keluarga terdekat kita yang membungkus mayat kita kelak ??

Adakah harta boleh tolong kita ketika mayat dibungkus kelak? Tidak.

Adik beradik kita sejahat mana pun dia, dia takkan jijik menyentuh mayat kita walaupun dia hina buruk & jahat dimata kita.

Jangan terlalu benci akan adik beradik kerana adik beradik tetap adik beradik.

Berkatnya rezeki dari tali persaudaraan adik beradik.

Semoga kita selalu ingat siapa diri kita, kita hanya hamba yang hina dimata Allah.

Semoga kita dilembutkan hati dari perasaan benci kepada sesama adik beradik mau pun kepada manusia lain.