Tertarik dgn tulisan Dr Rizal. Semoga bermenafaat.
Takut tengok org dok hitung2 duit dlm medsos ni. Siap keluarkan duit berkepuk kepuk. Berikat ikat. Tabur atas meja. Biar bersepah atas lantai
Dulu saya suka tengok macam tu. Lepas tu fikir pula “kalaulah dpt macam ni, Mesti yippedee satu round.”
Bila belajar pasal kewangan mesti diajar bab simpan duit. Kira duit. Bagi duit beranak. Semak pula berapa banyak duit beranak.
Menghitung hitung secara digital lah katakan. Kita rasa seronok bila nampak duit bertambah. Rasa puas. Rasa selamat.
.
Saya berhenti menghitung ni bila belajar terjemah dan tafsir Al-Quran secara harfiah. Tersentak bila faham ayat ini :-
“ CELAKALAH golongan yg mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya" (Al-Humazah:2).
Ayat ini keras sekali. Ayat amaran. Guru saya sebut “Kalau Allah dah sebut CELAKA, apa natijahnya nanti hidup kita. Berdebar dada waktu bila dia sebut macam ni.
Kita selalu dengar org sebut “ni utk emergency. Kalau jadi apa-apa kita selamat. Boleh bertahan few months.”
Bagus ada simpanan. Ada plan. Yg tak bagusnya ialah pergantungan itu kpd makhluk. Bukan pd Pencipta.
Allah sebut “Ia menyangka bahawa hartanya itu dpt MENGEKALKANNYA” (Al-Humazah:3).
Tak bagusnya ialah kita anggap harta, wang ringgit dpt selamatkan kita. Tidak. Yg akan selamatkan kita ialah ALLAH. Ada yg diselamatkan tanpa harta spt Ashabul Kahfi. Ada diselamatkan tanpa duit spt Bilal Ibnu Rabah.
Allah sebut lagi”
“Jika Allah menolong kamu, Maka tak adalah org yg dpt mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), Maka siapakah gerangan yg dpt menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepd Allah saja org2 mukmin bertawakkal.”(Surah Ali Imran : 160).
Poin besarnya ialah jgn bersandar pd makhluk. Bergantung dan bertawakal pd Allah.
Rasulullah SAW bersabda:
لو أنكم توكلتم على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير تغدو خماصاً وتروح بطاناً
“Seandainya kalian bertawakkal kpd Allah dgn sebenar2nya tawakkal maka Allah akan menganugerahkan kpd kalian rezeki sebagaimana Allah memberi rezeki kpd seekor burung. Dia terbang pagi hari dlm keadaan lapar dan petang hari dtg dlm keadaan kenyang.” (Hadith Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Rezeki dtg bersama tawakal. Bukan melalui hitungan. Bukan kerja keras semata.
Apa yg perlu kita lakukan ialah serahkan hidup pd Allah.
وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
Maksudnya: dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat2 kpd Allah (utk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”. (Surah Al-Ghafir : 44 ).
Ibu saya pernah sebut. “Kalau buntu. Kalau susah hati ulang2 baca ayat surah Ghaffir ini. ALLAH akan bantu. DIA dekat. Malah DIA lebih dekat dari urat nadi.”
.
#DrRizal
1 comment:
va225 stockxoutletusa,havaianas varvastossut,crocs infantil,veja ireland,salomon cz,dsquared2jeans,veja outlet,crocs türkiye,crocs australia vy335
Post a Comment