12 April 2022

10 August 2021

Kalis Air / Waterproofing

KALIS AIR / WATERPROOFING

Kerja senang yang mana ramai orang ingat perlukan kemahiran untuk membuatnya 😂😂😂😂....teknik bancur dan sapuan sama digunakan untuk kalis air utk air bertakung (kolam) atau tidak bertakung (konkrit/slab/lantai bilik air)...

1) Teknik Bancuran - guna apa yg aku guna seperti dalam gambar. Ratio bancuran ngam-ngam habiskan set dia, sebab beli waterproofing jenis simen slurry ni dia datang dengan set dia...Sika Top seal 107 harga rm85.00.

2) Teknik sapuan - Lay guna trowel mcm org plaster tu setebal 3mm... kemundia ratakan dengan berus cat...guna berus yg bulunya keras sikit....tak payah guna roller cat walaupun dicadangkan dalam arahan sebab permukaan konkrit/simen/etc tun bukan 100% flat pun, guna roller ada jer bahagian permukaan yg tak kena nanti....guna berus confirm kena dan senang cilok-cilok.

3) Cepat kering, so utk kawasaan terdedah tak perlu risau sangat bila dah sapu, 60 minit lepas tu hujan....

4) Untuk kegunaan kolam manusia/ ikan atau kolah utk mandian, minimum gunakan 3 lapisan yang mana lapisan ke 2 mesti berlawan arah zigzag pattern, kalau lapisan pertama sapu dari kiri ke kanan, lapisan ke 2 dari atas ke bawah....lapisan ke 3 hentam ler mana arah hang suka 😂😂😂...setiap ulangan sapuan sekurangnya 2 jam selepas kering....

5) Setiap permukaan yg hendak disapu dgn kalisair MESTI bebas dgn habuk dan butiran pasir halus, aku siap Vakum beb.....dan LEMBAPKAN dulu permukaan tersebut supaya mudah menerima dan pengolaan kalisair yang telah dibancur....dan sebenarnya untuk cuaca mcm Malaysia ni bila bukan musim hujan waktu yg sesuai utk waterproofing adalah MALAM....begitu juga untuk kerja-kerja simen atau mengecat....tapi malam kan waktu tidur bukan waktu batman tapi aku hentam jer 😂😂😂😂

6) Untuk permukaan luar dan selalu terdedah pada hujan dan panas TANPA tile paling bagus lapisan kalis air yg dah kering dan kalau nsk tahan lama la lebih dari 8 tahun tu di plaster dgn simen (skim coat) setebal 5mm dah cukup dah, se elok-eloknya jika guna simen biasa (portland) campur dgn pasir halus mengikut nisbah 1:3 TANPA pengguna kapur...


Weiiiiiii panjang weiii kalau nak cete, sanggup ker baca....cukup ler (6) point, lain-lain kau org tanya ler dalam ruang komen......

No comments: