12 April 2022

16 August 2021

Kaedah Proses Beebread

Debunga lebah (bee pollen) atau roti lebah (bee bread) adalah antara produk yang dihasilkan oleh lebah kelulut selain daripada madu.


Roti lebah ini adalah debunga pokok yang diambil oleh lebah kelulut untuk dijadikan makanan dan sumber protein kepada koloni kelulut.

Khasiatnya telah diperkatakan pada post 'Roti Lebah dan Komposisinya'.

Pemprosesan roti lebah

Kali ini kita belajar cara memproses roti lebah.

1. Tuai roti lebah yang masih di dalam kantung propolis.






2. Simpan hasil tuaian di dalam peti ais. Ini bertujuan agar roti lebah mengeras dan terpisah daripada propolis.

3. Kemudian asingkan roti lebah dan propolis.

4. Seterusnya masukkan roti lebah yang telah diasingkan ke dalam ketuhar dengan suhu 35 oC selama 10 minit.

5. Atau boleh dikeringkan roti lebah di bawah kipas. Jangan dijemur di bawah terik matahari.

6. Apabila menjemurnya, sila sungkup dengan jaring halus bagi mengelakkan kumbang atau lalat datang hinggap bertelur.

7. Roti lebah yang telah dikeringkan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara untuk tujuan penyimpanan.

 



 

No comments: