Juga dikenali sebagai FPE (Fermented Plant Extract) ; adalah bahan yg baik untuk menambah pertahan pokok dari jangkitan kulat, virus dan serangan serangga. Kira macam imunisasi pokok le.
Bahan yg biasa digunakan dalam pembuatan OHN ialah bawang putih, halia, kunyit hidup, kulit kayu manis, tong kui, kam coo, akar seruntun, daun mambu. Macamana rupa kam coo dan tong kui tu ? Tuan tuan dan puan puan kena pi cari kat kedai senseh yeee...
Kenapa bahan2 di atas sering digunakan dalam pembuatan OHN ? Kerana bahan bahan diatas mempunyai kekuatan tersendiri untuk melawan penyakit2 tanaman.
Bawang putih - dibenci oleh serangga perosak dan anti bakteria.
Halia - anti kulat.
Kunyit - anti kulat.
Tong kui - mengandungi coumarin, menghalang penyakit yg disebabkan oleh kulat.
Kam coo - mengandungi glycyrrhizin, anti virus dan bakteria.
Kulit kayu manis - mengawal kulat, bakteria dan virus.
Akar seruntun - mencegah serangga penghisap cecair tumbuhan.
Daun mambu - serangga tak suka, fungus juga tak suka padanya.
Bahan bahan lain yg juga ada kekuatan masing masing, yg boleh dicuba jika berminat ialah daun ulam raja, marigold, basil, daun gelenggang, iaitu bahan2 yg diketahui sebagai ubat dan yg tidak disukai serangga. Daun betik, daun sirih, buah serai kayu juga termasuk dalam senarai bahan sesuai dibuat ohn.
Cara Pembuatan.
Terdapat 3 cara pembuatan.
1. Diperam bersama gula merah.
2. Direndam dengan air.
3. Direndam dengan alkohol dan gula merah.
Di sini saya akan terangkan cara pembuatan yg pertama. Senang nak faham dan senang nak buat.
Cara peraman dgn gula merah.
Sy guna cara ini utk peram kunyit hidup, halia dan bawang putih.
Potong kunyit hidup, halia, bawang putih, asingkan ketiga tiganya, campur dengan gula merah, nisbah 1 : 1.
Ertinya; 1kg halia + 1kg gula merah;
1kg bwg putih + 1kg gula merah;
1kg kunyit + 1kg gula merah.
Peram ketiga2nya berasingan. Peram dalam balang plastik bertutup selama 7 hari.
Selepas 7 hari, tapis.
Campurkan : 100 ml OHN bawang putih +
100 ml OHN kunyit +
100ml OHN halia.
(Letak dalam satu bekas)
Cara guna :
Cairkan 5ml OHN/1L air. Sembur pada tanaman dan tanah 1@2 kali seminggu. Anda boleh menggandingkan penggunaan OHN ini bersama dengan baja baja organik yang lain (contohnya dgn MOL).
No comments:
Post a Comment