Definisi Penting
1. HASAD : HASAD (DENGKI) adalah perasaan tidak suka atau benci terhadap nikmat yang ada pada org lain sehingga menggharapkan nikmat tersebut hilang drpd org yg dia dengki. Selama nikmat itu masih ada pada org yg dia dengki itu, selama itu juga hati nya merasa dengki. HASAD akan menyebabkan berlakunya dua penyakit, ia itu penyakit maknawi yg menimpa hati si pendengki dan penyakit hissi yg menimpa org yg di dengki
1. Penyakit maknawi: penyakit yg menimpa hati
2. penyakit hissi: Segala penyakit fizikal yg dapt di lihat atau di rasai oleh panca indera
2. AIN : penyakit yg menimpa seseorang akibat pandangan mata. Pandangan mata penyakit AIN boleh timbul dari hati yg baik ataupun yg tidak baiksehingga nikmat yg dia kagumi itu hilang.
3. NAFS: ada lah penyakit JIWA yg menyebabkan terkena AIN pada diri nya sendiri. ini dari akibat merasa SOMBONG akan sesuatu nikmat akibat kelebihan nya ada pada diri nya. Merasakan diri nya terlalu MULIA. Kesimpulannya, NAFS org yang menimpakan AIN terhadap diri nya sendiri. Banyak berlaku pada org kaya yg SOMBONG, ANGKUH dan BONGKAK di sebabkan nikmat kekayaan yg ada pada diri nya, tidak rasa bersyukur terhadap nikmat yg dia ada
4. NAZDRAH: penyakit AIN yg berasal dari pandangan mata JIN terhadap nikmat manusia. Kesannya dapat di lihat pada perubahan penampilannya dan tubuh badan nya menjadi pucat.
5. SAF'AH : KEHITAMAN atau perempuan yg pucat, perubahan kulit muka dari yg asalnya. Biasanya di lihat pada perubahan kulit muka yang kehitaman ke arah kemerahan seperti batu yg di panggang. Wajah pesakit akan kelihatan suram dan pudar
6. GIBTHOH: rasa KEBERUNTUNGAN. Ingin beruntung seperti org lain. contoh: ingin berlumba lumba mencari kebaikan seperti org tersebut, tanpa menginginkan kebaikan itu hilang dr org yg kita cemburui.
HASAD lebih umum berbanding AIN, setiap pelaku HASAD adalah pekalu AIN, tetapi pelaku AIn tidak semestinya dari HASAD
HASAD (DENGKI) berlaku dengan perasaan iri hati, benci dan berharap hilang nya nikmat yg ada pada org lain
Sedangkan AIN boleh terjadi akibat pujian dan kekaguman besar terhadap org lain.
Perbezaan antara HASAD dan AIN
1. Punca terjadi nya HASAD dan AIN. HASAD berpunca dari hati yg kotor, sedangkan AIN boleh dtg dari hati yg kotor dan juga hati yg bersih
2. setiap pelaku HASAD adalah pekalu AIN, tetapi pelaku AIn tidak semestinya dari HASAD
3. memohon perlindungan dari HASAD akan mencakupi perlindungan termasuk AIN
4. HASAD di dasarkan dgn harapan hilangkan nikmat terhadap seseorang, sedangkan AIN boleh dtg daripada rasa kagum
5. HASAD boleh terksesan walaupun org yg dia DENGKI itu jauh atau tidak bertemu. Cukup dia mengetahui nikmat seseorabg, dah boleh mendatangkan HASAD, walaupun dia buta. AIN pula hanya akan terkesan melalui panndangan mata yg di lihat secara lansung.
6. HASAD hanya dilemparkan kepada org yg dia DENGKI, sedangkan AIN boleh di lemparkan kepada org yg dia BENCI dan juga CINTAI
7. HASAD di lemparkan dengan kemahuan diri nya sendiri, manakala AIN boleh di lemparkan dengan tidak sengaja. Di ibaratkkan HASAD membunuh dengan sengaja, AIN pula org yg membunuh tanpa sengaja
Syarat utk Berlaku HASAD & AIN
1. TAKDIR ALLAH : tekdir dan ketentuan yg telah di tetapkan oleh Allah swt, sama ada takdir baik ataupun takdir buruk, ianya merupakan suatu ketetapan yg sudah tertulis
2. NIKMAT : NIKMAT yg ada, kebaikan, keennakkan, kekayaan, kebahagiaan atau yg berkaitan dengannya
3. Adanya UCAPAN atau PERKATAAN : PERKATAAN atau UCAPAN yg di lontarkan oleh seseorang bersama perasaan KAGUM atau BENCI
4. JIWA/NAFS : JIWA yg akan mempengaruhi rasa KAGUM dan DENGKI
5. Adanya SYAITAN : adanya campur tangan syaitan tentang nikmat yg di ucapkan
Rujukan Buku: Mengupas Lebih Dalam Tentang AIN
Penulis : Salahuddin Sunan Al-Sasaki
Makluman: Dibenarkan dan di galakkan utk sebarkan, utk copy dan share artikel penulisan ini, anda WAJIB copy paste dengan lengkap tanpa mengubah atau edit penulisan asal
No comments:
Post a Comment